Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, December 4, 2012

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2012

Pagi, 4 Disember 2012 (Selasa) - Penulis telah menerima sepucuk surat undangan daripada Tuan Pengarah Festival untuk membaca PUISI pada 15 - 17 Disember 2012 bersempena dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III. 


Tema festival pada tahun ini ialah "Meningkatkan Harmoni Menerusi Seni" dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi seni dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Festival ini berkonsepkan penggabungan berbagai-bagai genre seni dan wacana intelektual (forum dan dialog) bagi mempopularkan seni, budaya dan sastera tanah air.

Seperti Festival I dan Festival II, Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III dianjurkan bersama oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM) serta ditaja oleh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

No comments: