Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, November 15, 2012

Malam Gema Puisi ROHINGYA 2012


Pagi tadi, penulis menerima surat jemputan untuk menghadiri dan membaca puisi bersempena dengan Program Malam Gema Puisi ROHINGYA anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar dan Persatuan Penulis Budiman Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim pada 21 November 2012 (Rabu, 7.30 malam - 11.30 malam) di Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI Tg. Malim. Salam Kemanusiaan.



Warkah Buat Rohingya
(pertama kali dideklamasikan bersempena dengan Malam Gema Puisi Rohingnya pada 21 November 2012 di Dewan Ungku Omar, UPSI Tg. Malim.)

Rohingya
Masih hitam,
langitmu
Arakan
Masih merah,
bumimu
Myanmar
Ditindas, etnikmu
Dibelenggu, merdekamu
Dek konflik Rakhine

Antara desingan peluru
Dan ledakan bom
Ada ceritera
Pembunuhan
Penganiayaan
Berkampung di tanahmu
Ada sandiwara
Kebuluran
Kematian
Berkhemah di bumimu

Rohingya
Kemanusiaan
Kian berkubur
tanpa nisan

Rohingnya
Kebebasan
Kian berkurung
tanpa penjara

Rohingya masih duka
Rohingya masih luka
Rohingya masih berdarah!

Chai Loon Guan,
MES Tg.Malim.

No comments: