Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, November 11, 2012

Majlis Pecah Tanah & Sejarah MES








SMK METHODIST, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.
Sejarah: 
Sejarah awal sekolah ini bermula sejak 1925 apabila sebuah banglo milik sepasang suami isteri, Encik Enmanuel dan Puan Ester yang terletak di tengah padang sekolah sekarang ini dijadikan tempat belajar. Setelah En. Enmanuel meninggal dunia, Pn. Ester menyerahkan sekolah ini kepada pihak Gereja Methodist Tanjong Malim. 

1931 – 1941  
Sekolah Anglo Chinese telah ditubuhkan sehinggalah pada tahun 1941, sekolah ini telah dibom oleh tentera Jepun. 

1945
 
Selepas Perang Dunia II (1945), pihak Gereja Methodist telah membuka Sekolah Inggeris Anglo Chinese semula di Bangunan Persatuan Khek Cina. 


1948  
Sekolah ini telah bergabung dengan Sekolah Inggeris Victory (yang telah ditubuhkan pada 1946) lalu diberikan nama baru, iaitu Sekolah Methodist (Persendirian). 

Mei 1949  
Sekolah ini telah diberikan ‘grant’, yakni bantuan modal oleh pihak kerajaan lalu diberikan nama baharu, iaitu Methodist English School (MES). 

1949 hingga 1950  
Selain bantuan modal kerajaan, pihak sekolah telah berusaha dengan gigih memungut derma daripada orang ramai untuk melengkapkan prasarana asas 7 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pejabat, sebuah kantin dan sebuah tandas sebelum dibuka dengan rasminya oleh YAB Menteri Besar Perak pada 14 November 1951. Seyogia diingatkan, jika dihitung dari sejarah awal penubuhannya (1925), 

MES  
akan menjangkau usia seabad (100 tahun) pada tahun 2024 nanti. 

Pengetua MES:  
01. Mr. D.K.Rajakariar, FRGS, PJK (1947 - 1957) 
02. Rev. Paul Athimuthu, BA (1958 - 1963) 
03. Mr. Goh Kim Bah (1964 - 1977) 
04. Mr. S.Nithianathan (Pemangku: 1978 - 1979) 
05. Mr. Joseph Thambiah (1982 - 1985) 
06. Mr. R. Ganesanathan (1986 - 1997) 
07. Miss Mary Katheleen Loke (1997 - 1999) 
08. Mr. R. Ganesanathan (1999) 
09. Mr. Tan Teik Lee (1999 - 2000) 
10. Miss Lee Wai Leng (2001 - Jan.' 2004) 
11. Mr. P. Yogarajan, AMN (Feb.’2004 – 09 Mac 2011) 
12. Mr. Lee Weng Woh (Mulai 1 April 2011) 

MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN TAMBAHAN SMK METHODIST, TG. MALIM
TANJONG MALIM – 9 November 2012

Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan telah berlangsung pada 09 November 2012 (Jumaat – 10.00 pagi) bertempat di Astaka dan Padang MES. Majlis tersebut telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBhg. Reverend Vincent C. Jeyaraj, Presiden Tamil Annual Conference (TAC) of the Methodist Church.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, Pengetua, YBrs. Encik Lee Weng Woh, MESA, Dif-dif Kehormat, Ketua-ketua Jabatan Tg. Malim, pemimpin-pemimpin masyarakat setempat, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SMK Methodist, 35900 Tg. Malim.

Acara bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, doa selamat, ucapan dan majlis pecah tanah bangunan tambahan serta berakhir dengan makan tengah hari di kantin sekolah. Pembinaan bangunan tambahan SMK Methodist, Tg. Malim merangkum pembinaan bangunan tiga tingkat yang akan menempatkan pejabat pentadbiran (pejabat sekolah, bilik Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan), bilik guru, dan lapan buah bilik darjah.

Projek pembinaan tersebut dapat dimulakan dengan adanya sumbangan peruntukan daripada kerajaan pusat sebanyak RM 800 000.00 kepada Lembaga Pengelola Sekolah, SMK Methodist, Tg. Malim dan dijangka siap sepenuhnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran murid menjelang September 2013.
Majlis Pecah Tanah
丹绒马林美以美中学新校舍动土礼
丹绒马林美以美中学于2012119日在学校草场举行新校舍动土礼,主持嘉宾为美以美教会的云森神父。当天出席见证动土礼尚有美以美中学三大机构成员、李永和校长、地方长官及老师学生。
即将兴建的新校舍楼高三层,有八间教室、行政室及教员室。此项工程获得教育部拨款八十万,预计于2013年九月竣工。
云森神父在致词时表示,全国美以美中小学及学院共超过六十所,希望美以美的学生善用学校设备,成为学富五车、品德高尚的人。
Sejarah Sekolah
校史
丹绒马林美以美中学的校史可追溯至1925年。当时一对善心夫妻,艾梅诺先生及伊诗德女士(Mr. Enmanuel, Madam Ester)把他们的独栋洋房作为学生上课的地方。这栋洋房的所在地就是今日的学校草场。艾梅诺先生去世过后,伊诗德女士将这间洋房交予丹绒马林美以美教会。1931年,美以美教会设立英华学校(Anglo Chinese English School, 该校校舍于1941年被日军炸毁。1945年,二战过后,美以美教会重新设立英华学校,在丹绒马林客属公会上课。1948年,英华学校与维多利亚学校合并,改名美以美私立中学(Methodist Private School)。1949年,该校获政府资助,终于以美以美英校(Methodist English School)定名,并在当地社会展开筹募活动兴建校舍。校舍于1951年落成,有七间教室、科学室,行政室、教员室及食堂。自此美以美中学展开新页。

No comments: