Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, November 5, 2012

HEITA 2012 BOLEH!



HEBAHAN

Pasukan Robotik SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Robotik Sedunia 2012 (Kategori Terbuka Sekolah Menengah) pada 9 – 12 November 2012 di Resort Sunway Piramid dan Spa, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Pasukan SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim yang bergelar Heita 2012, akan diwakili oleh Derrick Goh Xin Deik (Ketua Pasukan), Yuharajan a/l Baskaran dan Liew Ban Chau. Pasukan Heita 2012 telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Pn. Lau Yoke Yin, Guru Kanan Sains, SMK Methodist, Tg. Malim selaku mentor dan guru pengiring. 

Syabas dan tahniah! Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, MESA, Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru cemerlang, guru-guru dan murid-murid SMK Methodist (MES), 35900 Tg. Malim cukup berbangga dan senantiasa mendoakan kejayaan pasukan Robotik MES – Heita 2012. Yakin boleh, Heita 2012! Malaysia Boleh! Salam Bahasa Jiwa Bangsa.


No comments: