Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, July 3, 2012

Khemah Membaca Nilam Perak 2012



Program Khemah Membaca Nilam Negeri Perak 2012 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak sedang berlangsung di BTPN Perak Darul Ridzuan mulai 2 - 5 Julai 2012. Tokoh Nilam Kategori Bandar dan Luar Bandar (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) dari sepuluh daerah Negeri Perak terpilih untuk menyertai perkhemahan tersebut. Antara aktiviti pengisian Khemah Membaca Nilam Negeri Perak 2012 ialah Ceramah Motivasi, Keterampilan Diri dan Komunikasi Bahasa Inggeris, Jerayawara Puisi (Puisi Lama dan Puisi Moden), Bicara Bahasa Melayu, Darmawisata dan Jejak Maklumat, Resensi Buku/Bicara Buku dan Malam Persembahan Daerah. Salam Nilam.

No comments: