Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, July 20, 2012

Karangan Peribahasa - Sehari Selembar Benang...


Sifat sabar dan tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan lama-lama akan berhasil juga sesuai dengan peribahasa, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Peribahasa Melayu ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain bermaksud kalau seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha untuk mencapainya. Berikut adalah kisah seorang pelajar yang begitu rajin berusaha untuk mencapai cita-citanya.

Razif merupakan seorang murid Tingkatan 3 Hemah di Sekolah Menengah Kebangsaan Minasa. Razif merupakan seorang murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Beliau berminat dalam sukan memanah. Razif bercita-cita untuk menjadi olahragawan negara dan berharap untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara. Razif mula berminat dalam acara memanah sejak beliau menyertai sukan memanah di sekolah. Beliau juga memberikan perhatian sepenuhnya semasa sesi latihan dan telah mempelajari teknik memanah dengan betul.

Razif senantiasa berbincang tentang teknik memanah dengan jurulatihnya untuk mempertingkatkan prestasinya dalam sukan memanah. Sikap rajin berusaha Razif telah menyebabkan beliau menjadi atlet memanah yang paling hebat di sekolah dalam masa 3 bulan sahaja sejak beliau menceburi acara itu. Razif pernah tewas dalam beberapa pertandingan tetapi beliau tidak mudah berputus asa. Beliau juga berpendapat bahawa kelemahan dapat diatasi melalui pengalaman.

Baru-baru ini, Razif telah mewakili sekolahnya dalam pertandingan. Dia berjaya  mendapat pingat emas dalam pertandingan  MSS daerah dan negeri. Beliau akhirnya diterima memasuki sekolah sukan selepas menamatkan pelajarannya di SMK Minasa. Beliau berasa bertuah kerana berpeluang untuk menggunakan prasarana sukan yang lebih lengkap dan moden di samping mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih profesional dan berpengalaman di sekolah sukan tersebut. Hal ini telah menaikkan semangatnya untuk lebih berjaya dan mencipta kecemerlangan dalam sukan memanah sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa.

Razif  mula menyertai pertandingan SUKMA dan berjaya memecahkan rekod di peringkat kebangsaan. Dengan prestasi yang cemerlang itu, Razif layak mewakili negara ke Kejohanan Sukan SEA. Akhirnya, beliau telah berjaya memperoleh pingat emas dalam acara kegemaran dan telah mengharumkan nama baik Malaysia di persada Asia Tenggara.

Walaupun Razif telah memenangi pertandingan peringkat antarabangsa, namun beliau tetap selalu berusaha untuk mempertingkatkan teknik memanahnya. Sesungguhnya, kejayaan Razif banyak berpegang teguh pada maksud peribahasa, “Sehari  selembar benang, lama-lama menjadi kain.”

Hasil karya:
Chiam Tow Yuet, Tingkatan 3 Meekness, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: