Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, May 6, 2012

Taju'l Muluk


Teks Prosa Klasik Tingkatan 1: 
TAJU'L MULUK
Plot:

Permulaan:
Raja negeri Syarqastan, iaitu Zainu’l Muluk menjadi buta secara tiba-tiba. Pada pendapat ahli nujum,  hanya bunga bakawali yang dapat mengembalikan penglihatan baginda semula. Empat orang putera baginda keluar mengembara untuk mencari bunga bakawali. Malangnya, keempat-empat mereka telah menjadi hamba kepada Puteri Jenuh Hati apabila gagal menewaskan Puteri Jenuh Hati dalam permainan catur.

Perkembangan:
Selepas keempat-empat orang abangnya tidak pulang, Taju’l Muluk keluar mencari bunga bakawali. Taju’l Muluk bertemu dengan perempuan tua. Baginda mengetahui rahsia Puteri Jenuh Hati yang menipu dalam permainan catur daripada perempuan tua itu. Taju’l Muluk berjaya membongkar helah Puteri Jenuh Hati yang selalu menang bermain catur. Taju’l Muluk berjaya mengalahkan puteri tersebut dan menyelamatkan empat orang saudaranya.

Klimaks:
Taju’l Muluk bertemu dengan Raksasa I. Raksasa itu menjadikan Taju’l Muluk sebagai anak angkatnya.

Peleraian:
Selepas itu, Taju’l Muluk bertemu dengan raksasa Dewi Hamalah, iaitu raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa dan penjaga Taman Bakawali. Dewa Hamalah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah.

Tema:
Pengembaraan seorang putera raja di negeri Syarqastan, iaitu Taju’l Muluk yang berusaha mencari bunga bakawali untuk mengubati penyakit ayahandanya. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi oleh Taju’l Muluk.

Persoalan:
1.    Tanggungjawab seorang anak menjaga keluarganya.
2.    Pengorbanan.
3.    Kebijaksanaan dalam menempuh cabaran.
4.    Keberanian dalam menghadapi segala cabaran.

No comments: