Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, May 9, 2012

Sajak - Pulau Mutiara


Pulau Mutiara
(sempena Bicara Karya Penulis Pelbagai Kaum Wilayah Utara, DBP-IPG Kampus Pulau Pinang)

simpang-siur
perjalanan
bercumbu di lorong kehidupan
isyarat pengalaman
mendewasakan landskap makmur
di pulaumu, harapan

Pulau Mutiara
darmawisataku, semalam
membina sejuta nostalgia
gah megah jambatanmu
dilamar desiran laut biru
mengubat rinduku
pada ilmu di alam Melayu

syukur, anak cucu
dapat kukongsi
gugus puisi dan misi
agar bahasa dimartabat
susastera diangkat
di buana sarwajagat
nusa bangsa yang berdaulat

Chai Loon Guan,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Pulau Pinang.
8 Mei 2012

No comments: