Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, May 1, 2012

Bicara Karya Chai Loon Guan


Pelantikan penulis sebagai pembicara proses kreatif dalam "Bicara Karya Penulis Pelbagai Kaum Wilayah Utara" anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Persekutuan, Pulau Pinang pada 8 Mei 2012 (Selasa) di Institut Pendidikan Guru Persekutuan, Pulau Pinang.
Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Bicara Karya Antologi Sajak "Di Padang Kehidupan"

Di Padang Kehidupan memuatkan sebanyak 100 buah puisi hasil karya Chai Loon Guan yang dihasilkan sejak mula pembabitan beliau dalam bidang penulisan puisi pada tahun 80-an hingga kini. Puisi-puisi yang kebanyakannya pernah tersiar dalam pelbagai majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan akhbar tempatan ini, memaparkan pelbagai tema seperti kemanusiaan, isu-isu semasa, alam sekitar, semangat cinta akan tanah air dan diri penulis sendiri.

Kumpulan puisi ini boleh dianggap istimewa kerana penulis menggunakan bahasa yang tersendiri dalam menyampaikan perasaan dan pemikirannya yang begitu mendalam terhadap kehidupan. Keindahan kata-kata dalam setiap bait pula mampu memberikan kesegaran dan kesedaran kepada pembaca dalam menghayati puisi-puisi dalam kumpulan ini.

No comments: