Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, May 3, 2012

Makan Malam Alumni MES - 16 JUN 2012


MAKLUMAN:
Sempena dengan Majlis Makan Malam Alumni MES atau MES Alumni (MESA) Dinner pada 16 JUN 2012 (Sabtu, 7.30 malam) di Kompleks Sukan Proton, Tanjong Malim, Jawatankuasa Silaturahim Alumni ingin mengaturkan pertemuan “Gebang Pagi dan Sukaneka Alma Mater MES” bertempat di kawasan SMK Methodist, Tg.Malim mulai pukul 8.30 pagi - 16 Jun 2012.

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:


a. Darmawisata nostalgia atau lawatan kenangan dari bilik darjah ke bilik darjah dan kawasan sekitar alma mater.
b. Permainan seperti bola sepak, bola tampar dan bola keranjang.

Aktiviti tersebut bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada bekas murid MES untuk berkumpul dan bertanyakan khabar sambil menziarahi alma mater mereka di samping mengimbas kembali nostalgia semasa di alam persekolahan rendah dan menengah.

Yang berminat untuk berkumpul, berdarmawisata dan bersukaneka, sila hubungi: wendyyee33@gmail.com, chaimestm@yahoo.com atau 05-4596244 (MES) / 012-3549306 (Cikgu Chai Loon Guan – MESA 1977). Salam “Goodwill MES”. Terima kasih. 
3 Mei 2012.


No comments: