Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, April 12, 2012

Sajak - NUR

NUR

Mencari aku, Nur
Dalam kegelapan
Pekat hitam cabaran
Gelora ombak dugaan
Perlu kuredahi
Dalam ketabahan
Perlu kutempuhi
Dalam kecekalan

Dalam pencarian aku, Nur
Perjalanan panjang
Perlu kutiti simpang duga
Perlu kutiti simpang luka
Sesekali, pernah tersungkur aku
Dalam sepak terajang kehidupan
Sesekali, pernah terpelosok aku
Dalam lubuk akar duga
Sandiwara
Yang silih berganti
Antara babak dan adegan
Di pentas kehidupan

Dalam takwim diri
Notelun duka lara
Bertegur sapa tanpa bahasa
Bercengkerama pahit tanpa putus asa
Syukur, ramuan bitara
Menuntun aku
bermunajat kepada-Mu
Nur pun bergemerlapan
Di hujung terowong kehidupan

Kelewatan yang datang
Bagaikan kejayaan yang tertangguh
Syukur,
Dapat kukecap nikmat
Nur bahagia
Di hujung perjalanan
Dapat kukecap nikmat
Nur makmur
Di hujung pengembaraan
Pabila landskap-Nya
Kian senja, tanpa
Bintang-bintang berkerdipan!


Chai Loon Guan,
Tanjong Malim.

No comments: