Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, April 8, 2012

Sajak Awang Had Salleh



















Aku Penyambung Zaman

Kerana aku punya wang
Kupastikan anakku hidup senang
Kerana aku punya harta
Kupastikan anakku tidak papa

Jika hanya itu milikku
Jika hanya itu lakuku
Hidup ini belum punya erti apa-apa
Hadirku di dunia baru sekadar sama
Ibu bapa terhadap anak mereka.

Aku tidak sekadar serupa
Punya hanya anak baka
Aku tidak punya anak baka
Aku punya anak bangsa!

Akulah penerus wawasan
Akulah pembawa obor peradaban
Pemangku perubahan
Penyambung zaman

Aku punya daya menulis
Maka dengannya wajar anak bangsa menulis
Aku punya daya bercerita
Maka dengannya wajar anak bangsa, membaca, mengira
Aku punya cita mulia
Maka dengannya kujadikan anak bangsa pewaris dunia yang sejahtera

Tuhanku,
Jadikanlah aku kuat gagah
Menunaikan fungsi khalifah
Di bumi bertuah
Betapapun payah
Menahan semangat jangan mudah patah
Menahan hasrat jangan cepat ‘rebah
Sehingga perjuangan tercapai sudah

Khidmat hamba inilah cuma
Sejahtera anak bangsa
Sejahteralah hamba
Terbayarlah sudah keringat dan air mata.


Awang Had Salleh,
Ampang Jaya.
19 Julai 1999

(Sajak ini sempat saya salin di lobi Asrama Induk, IAB ketika menghadiri Mesyuarat Penilaian Skrip Cerpen Hari Guru Kebangsaan 2012 di Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, 69000 Genting Highlands pada 6 – 8 April 2012.)

No comments: