Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, February 11, 2012

Teknik Plot dalam Novel 6:20


















Analisis Novel – 6:20
Penulis – Siti Jasmina Ibrahim
Tajuk: Teknik Plot

(i)Teknik Pemerian
Pengarang memerihalkan sikap ibu Sukma yang dahulunya merupakan seorang wanita yang begitu disegani dan dihormati tetapi sikapnya itu berubah setelah beliau berhenti kerja. Contoh:-
 Ibu wanita yang disegani dan dihormati kerana kebjaksanaan, kelembutan dan kesederhanaannya dalam melakukan apa-apa sahaja. Semasa ibu masih bekerja di sebuah syarikat besar yang mempunyai cawangan di serata dunia, hidupnya teratur dan berdisiplin. Dia teliti dan amanah orangnya. Saya yakin ada sikapnya yang tumbuh subur dalam diri saya. Mungkin juga setelah berhenti kerja ibu berasa sedikit tertekan. (Hal.24)
(ii)Teknik Dialog
Terdapat banyak dialog antara watak termasuklah antara Sukma dengan Iskandar. Contoh:-
 “Sentiasa hendak melarikan diri daripada saya!” Iskandar cuba menghalang laluan saya.
 “Kalau dah tahu, eloklah. Duduk dengan Ehsan lagi aman.” (Hal.39)
(iii)Teknik Imbas Kembali
Terdapat beberapa peristiwa telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya termasuklah ketika nenek tua menceritakan kisah lalu antara dia dengan ibu Sukma ketika Sukma masih kecil lagi. Contoh:-
 Nenek Aim menyambung cerita lagi. Dia kerap juga datang melawat saya sehingga umur saya empat tahun.Waktu itu berlaku sesuatu antara nenek dengan ibu. Dia mengesat air mata, seakan-akan tidak berdaya hendak menyambung kisah silamnya. Nafasnya kedengaran sesak. (Hal.175)
(iv)Teknik Monolog Dalaman
Sukma terfikir akan Iskandar yang tidak pernah bersikap lembut terhadap dirinya. Sukma juga menyatakan kepada dirinya agar memikirkan perkara lain yang lebih penting daripada perihal Iskandar. Contoh:-
 “Ah, bagaimana pula jawapannya indah?” Itu Iskandar dan dia tidak pernah berdamai denganku! Dia sengaja. Dia tahu apa-apa yang dilakukan sebenarnya. Dia sengaja. Sudahlah tu, Sukma. Banyak perkara lagi yang perlu difikirkan. Lupakan!” Suara itu jelas melantuni ruang minda. (Hal.94)

Ahli Kumpulan:-
Navindran a/l Pani Chlavam (Ketua), Vivian Kuang, Nor Faraheeda bt. Mohd Rahmat, Nurul Shahiera bt. Abdullah dan Siti Nor Azura, Tingkatan 3 Thankfulnes, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim.

1 comment:

Nurulaini Zalizan said...

cikgu.... kalau teknik imbas muka macam mana?