Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, December 31, 2011

Hujan






Hujan masih menggila di kampung halamanku, Tg.Malim. Selamat Tahun Baharu 2012!

Friday, December 30, 2011

DINAR

Air Bah di Tg.Malim 1971


Banjir besar di Tanjong Malim pada tahun 1971 semasa penulis berusia 11 tahun, yakni ketika penulis sedang menuntut ilmu dalam Darjah 5 di SRJK Methodist, Tg. Malim.

Thursday, December 29, 2011

Antologi Sajak - Ratib 1000 Syair








Sajak-sajak penulis, Bahasa, Kerusi, Kuda dan Lata Bongsu - antara 1000 syair (sajak) yang termuat dalam Antologi Ratib 1000 Syair terbitan Gapena, 734, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Antologi tersebut diterbitkan pada tahun 2005.

Wednesday, December 28, 2011

0.8 Dekad Lagi















9 FEBRUARI 2020
SBPA - Penulis masih mempunyai kurang lebih 8 tahun lagi dalam perkhidmatan perguruan. 8 tahun bersamaan dengan 96 bulan. 96 bulan bersamaan dengan (35 040 + 39 = 35 079) hari, selagi hayat dikandung badan. Pasrah kepada-Nya.

Tuesday, December 27, 2011

SM Dato Bendahara CM Yusuf, 31800 Tg. Tualang









Penulis memulakan profesion perguruan di SM Dato Bendahara CM Yusuf, 31800 Tanjong Tualang, Perak Darul Ridzuan dari 1982 hingga 1987. Gambar menunjukkan staf guru pada tahun 1980-an. Nostalgia kembali mengusik jiwa. Yang masih hidup akan terus memikul amanah dan tanggungjawab untuk memandaikan anak-anak bangsa di tanah air yang tercinta.

Monday, December 26, 2011

Singgah Pulau Pangkor













RAJA Dr Nazrin Shah merasmikan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor Ke-2 sambil melancarkan Kumpulan Puisi Suara Pelaut, ditemani Dr Zambry (kiri), Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (dua kanan) dan K Aminudin.

Singgah Pulau Pangkor
oleh Nazmi Yaakub (nazmi@bharian.com.my)
2011/12/22

Deklamasi, lagu puisi dan rakyat bergema di perkampungan nelayan

FESTIVAL Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2 di Pulau Pangkor, baru-baru ini, menghembuskan semangat seni dan sastera yang segar ke tengah masyarakat yang selama ini sinonim dengan perkampungan nelayan.

Dua tahun berturut-turut, penyair dan deklamator, penyanyi serta kumpulan lagu rakyat berhimpun di Pantai Bogak, Pulau Pangkor untuk menjadikan festival bertema Penyair Sebagai Penyambung Suara Generasi itu sebagai mercu tandanya yang baru.

Sekiranya pada tahun lalu, acara baca puisi dan lagu rakyat dipersembahkan dalam kawasan hotel dengan khalayak sederhana, festival tahun ini berkumandang di Arena Pangkor dengan kira-kira 2,000 penonton.

Lebih istimewa, festival kali ini turut dihadiri Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang berkenan merasmikannya, sekali gus meniupkan semangat yang lebih kuat supaya ia terus menjadi acara tahunan.

Meskipun tema keindahan pulau dan kelestarian alam masih menguasai pentas puisi, tetapi kehadiran tokoh siasah tetap mencuri tumpuan dengan puisi yang bernada politik.

Pulau Pangkor menjadi kebanggaan penyair dan deklamator sehingga tidak hairanlah Juara Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2001-2011 Peringkat Negeri Perak, Azmi Ismail, tidak menyembunyikan rasa itu lewat puisinya, Mutiara Pangkor.

Cahayamu memancar dari laut dalam
menyoroti kegelapan dan kesamaran malam
menyuluh jalan berliku
buat anak bangsa meredah kejayaan
mutiara ini bukan sebarang mutiara
tak gentar ombak melanda
tsunami mengganas kau cekal tabah
kaulah mutiara tahu usul
kaulah mutiara Pangkor.

Penyair Perak, Chai Loon Guan pula membacakan puisinya, Akulah, Pelaut Hidup, yang menyampaikan pesan daripada perjuangan masyarakat pelaut yang tentunya sinonim dengan Pangkor.

Pernah dilamar bahasa ombak
yang liar yang jinak
sebelum berumah, aku
di pantai sejarah
meratapi senja merah
berlabuh suram di horizon hayat.

Kebanggaan dan perjuangan itu turut diluahkan oleh Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Datuk Zainal Abidin Omar, yang mengalunkan syair, Pulau Pangkor, sekali gus menyorot sejarah penting pulau itu yang membentuk tawarikh tanah air.

Lewat syair itu, Zainal Abidin mengingatkan khalayak untuk menjadikan sejarah sebagai pengajaran dan kejayaan masa kini sebagai asas untuk membangunkan bangsa.

Lupakan segala beza dan rupa
bersatu kita membangun bangsa
agar negara menjadi ternama
Perak maju aman jaya.

Sejarah yang perit itu jugalah yang mungkin mendorong penyair dari Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL), Amran Ibrahim Rashidi, mendeklamasikan puisi, Pahlawan Tanah Merdeka, karya Hassan Baseri Budiman.

Kalau nanti engkau bangun bersama mimpi ini, pahlawanku
engkau lihatlah - betapa tanah warisan kita sudah terlalu gersang,
nyanyian dan genangan air mata derita anak bangsa
sudah semakin lusuh lapisan makna merdekanya,
seperti lusuhnya kesepian di muka tugu ingatan.

Di sebalik puisi alam dan patriotisme itu, sajak yang berunsurkan sosiopolitik turut berkumandang dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, membentuk gelombang itu sendiri.

Beliau menggamatkan penonton dengan puisi berbahasa Inggeris, I Born Black, yang asalnya menyindir sikap pilih kasih masyarakat kulit putih, tetapi berjaya ‘mengeksploitasi’ sajak itu sebagai reaksi satiranya terhadap ejekan pemimpin lawan berhubung warna kulit, September lalu.

Bagaimanapun, beliau kembali serius dengan puisi Di Zaman Menggila Ini sehingga ia boleh dianggap sebagai sajak ala pesan dan pidato politik yang mengingatkan khalayak terhadap senario politik serta kehidupan semasa.

Pada zaman menggila ini
orang mengejar harta semahunya
biar si miskin merana
kerana itu sudah nasibnya
biar si yakin sengsara
kerana itu sudah takdirnya.

Di zaman menggila ini
kata pujangga
perlu tabah perlu sabar
kerana hanya yang beringat
kepada Tuhan saja
yang selamat sentosa.

Nada sama turut dilontarkan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin lewat puisi, Yang Putih Hitam Metalik karya Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perak, Nizam Isa, manakala Ketua Eksekutif, Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminudin Hashim pula menyampaikan sajak Apa Nak Jadi.

Bagaimanapun, Penerima Anugerah Penulisan SEA 2007, Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Agi, turut mencuri tumpuan apabila deklamasi puisinya, Apa Yang Nak, disudahkan dengan isyarat pangkah yang boleh memberi pelbagai tafsiran.

Tokoh media juga tidak ketinggalan memeriahkan festival itu apabila Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib membacakan puisinya, Abang, manakala Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid pula, berkongsi Balai Berita 1.

Penyair Singapura, Djamal Tukimin dan penyair Indonesia, Viddy AD Daery, Isbedy Stiawan ZS dan Safrullah Sanre turut tampil di pentas puisi, selain Sasterawan Negara (SN) Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, Datuk Rahim Razali, Datuk Dr Mohamed Mansur Abdullah, Malim Ghozali Pk, Marsli NO, Puzi Hadi, Jasni Matlani, Dr Irwan Abu Bakar, Haryani Haron, Norazimah Abu Bakar dan Haslinaz Hanapi.

Pelbagai pengalaman apresiasi puisi dan lagu rakyat pada festival di Pulau Pangkor itu mempunyai makna yang besar kepada peserta, termasuk penyair Sarawak, Poul Nanggang, yang memilih lagu rakyat Ngendong Anak untuk menghantar isyarat kesyahduannya terhadap pulau itu.

Tidak keterlaluan juga sekiranya bait lagu rakyat itu juga dianggap sebagai perasaan yang mewakili lebih 120 penyair, deklamator dan penyanyi lagu rakyat sebaik saja tamatnya festival terbabit.

Bakar saja udang bergulung,
burung bayan menanggung pauh,
bakal sahaja melangkah gunung,
rasaku tidak bercerai jauh.

Asam pauh ngalingang batu,
anak sembilang bertepuk tangan,
walau jauh beribu batu,
hilang di mata di hati jangan.

Acara yang dipengerusikan Ahmad Fedtri Yahya, Zakiah Anas dan Dr Ibrahim Ghaffar, itu turut dimeriahkan oleh Kumpulan Jiji dari Sarawak; kumpulan lagu rakyat Orang Asli Bah Loth, Tapah; Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh dan World Buskers Pangkor, selain persembahan kebudayaan Teater Garis Lurus (Langkat, Indonesia); Pustaka Indatu (Aceh, Indonesia) dan Wayang Gedek (Thailand).

Acara anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM) itu, turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU); Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera Perak, Majlis Perbandaran Manjung dan International Council of Organisations of Folklore and Folk Arts (CIOFF Malaysia).

Bahan Penerbitan Persatuan Karyawan Perak

Friday, December 23, 2011

PENA 50 TAHUN - PPM NASIONAL KE-3 2011

















Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA dan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Ke-III pada 16 - 18 Disember 2011 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Hj. Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Muhasabah Diri (dengan izin...)

Seni Foto





















(Sumber: Teoh Gek We, Alumni MES)

Thursday, December 22, 2011

Sajak - Rerintis Hujan

















Rerintis Hujan

I
Rerintis hujan
Meratapi kematian
Sang hidup
Di daerah kembara ini

Hayat menutup
Buku hidup
Bab demi bab pahala
Dihitung
Bab demi bab dosa
Dibilang
Tinggal keluarga dan nama
Tinggal kuasa dan harta
Tanpa peta

Sakaratulmaut, sebenarnya
Tanpa kenal akan papa
Tanpa kenal akan kaya
Tanpa isyarat
Maka akan berangkatlah
Sang hidup
Ke alam barzakh!

II
Rerintis hujan
Dalam menyaksikan keberangkatan
Mensyukuri kelahiran
Sang bayi kehidupan
Di daerah kembara ini!

Chai Loon Guan,
Tg.Malim.
23 Disember 2011.

Selamat Hari Krismas 2011










MERRY CHRISTMAS AND A HAPPY 2012
May you and your loved ones be blessed with happiness, good health and good luck
throughout the year!
Chai Loon Guan and family,
Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
24 Disember 2011.

Wednesday, December 21, 2011

Sifir Gaji SBPA Guru


SBPA









Selamat saya menandatangani borang SBPA 2012. Sah, saya akan bersara pada umur 60 tahun. 60 tahun sama dengan enam dekad. Jika diizinkan-Nya, maka sudah hampir empat dekadlah insan ini berjuang, mencurahkan ilmu, didikan dan pengalaman kepada anak-anak didik di buana perguruan yang kian mencabar ini.

Puisi Guru:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
(Sajak “Guru Oh Guru” – Usman Awang, Guru Oh Guru, DBP, Kuala Lumpur, 1989. Halaman: 42 – 43)

Guru adalah batin suci hati nurani,
Penjunjung budi, manusia yang takwa,
Obor hemah kehidupan bangsa.
(Sajak “Obor Hemah”, A. Samad Said, Guru Oh Guru, DBP, Kuala Lumpur, 1989. Halaman: 75)

Gurindam:
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
(Gurindam 12 Fasal yang Keenam: Antologi Harga Remaja, DBP 2009. Halaman: 11)

Salam.

Tuesday, December 20, 2011

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2
















Raja Dr. Nazrin meriahkan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2

LUMUT 19 Dis. – Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2 yang berakhir malam tadi berjaya memukau lebih 2,000 penonton termasuk tetamu kenamaan apabila buat kali pertamanya diadakan di Dataran Pangkor dekat sini.

Festival itu melakar sejarah apabila DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut yang bertemakan penyair sebagai penyambung suara generasi.

Rata-rata penonton kagum mendengar deklamasi puisi yang disampaikan dengan penuh perasaan serta tidak berganjak daripada majlis tersebut sehingga ia tamat kira-kira pukul 11.30 malam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang membuka tirai persembahan dengan puisi nukilannya sendiri bertajuk ‘Di Zaman Menggila Ini’ berjaya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Majlis yang diteruskan dengan persembahan Exco Kesenian negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin itu juga dihangatkan dengan kemunculan nama besar seperti Sasterawan Negara Ke-11, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala).

Turut membuat penampilan pada festival puisi kali ini ialah Chai Loon Guan yang juga merupakan penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009.

Majlis penutupan festival tersebut menjadi lebih bermakna apabila Raja Dr. Nazrin turut melancarkan kumpulan puisi ‘Suara Pelaut’ karya Zambry yang ditulis sendiri sewaktu zaman persekolahan sehingga ke peringkat universiti antara tahun 1978 hingga 1989.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminudin Hashim.

Festival puisi tersebut semakin meriah apabila pelakon, pelawak dan pengacara, Roslan Madun menyampaikan lagu rakyat diikuti oleh persembahan lagu puisi oleh Siso Kopratasa dan nyanyian Aris Ariwatan.

Majlis diacarakan oleh dua personaliti stesen televisyen TV3, Zakiah Anas dan Ahmad Fitri Yahaya.

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2 yang mendapat tajaan kerajaan negeri, dianjurkan oleh IDR bersama Yayasan Kampung Karyawan Malim.

(Sumber: Utusan Online)

Malam Suara Kita

















Penulis turut berpeluang untuk mendeklamasikan sajak yang berjudul "Buana Merdeka" (Antologi Suara Kita Edisi Khas terbitan Persatuan Karyawan Perak, 2011) pada Malam Suara Kita di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 19 Disember 2011. Majlis Malam Suara Kita telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Drs. Jamaluddin Abdul Rahim, Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Perak.

Sajak
BUANA MERDEKA

Bernafas aku di buana merdeka
Sesekali ingin aku hirup
Air madu makmur
Sesekali ingin aku hirup
Angin maju jujur
Di desa pedalamanku
Di kota kosmopolitanku

Berdenyut aku di buana merdeka
Sesekali ingin aku merasa
Debar cabar kemajuan
Bergema di sawah ladang
Getar suara prihatin
Bergema di lembah kilang
Tanpa luka noda cemar
Parah membarah
Di sungai lautku
Di langit cakerawalaku
Di hutan rimbaku

Mahu aku bernafas makmur di buana merdeka
Mahu aku berdenyut ceria di buana merdeka
Tanpa api sengketa
Tanpa belenggu derita
Tanpa bumi ternoda
Tanpa buta bahasa
Tanpa buta budaya
Tanpa buta agama

Ayuh, di buana merdeka ini
Kita semaikan bebenih usaha
Kita suburkan pepohon jaya
Bersatu kita
Menjulang nusa bangsa
Di persada antarabangsa

Chai Loon Guan,
SMK Methodist, Tg.Malim.

Festival Puisi Antarabangsa Pangkor II



Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor II telah berlangsung di Puteri Bayu Resort dan Dataran Pangkor, Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada 17 - 18 Disember 2011. Festival gilang-gemilang tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Penulis turut diberi kesempatan dan penghormatan untuk mendeklamasikan sajak - Akulah, Pelaut Hidup (DS Julai 2011) pada malam tersebut.



Sajak:
Akulah, Pelaut Hidup

akulah, pelaut hidup
yang baru pulang
dari pelayaran panjang
pernah belayar bahtera hidup
di lautan duga
pernah menimba
pahit manis pengalaman
dari pelabuhan ke pelabuhan
dari lautan ke lautan
antara siput duka
dan kerang bahagia

akulah, pelaut hidup
yang baru pulang
dari pengembaraan panjang
pernah dilamar bahasa ombak
yang liar yang jinak
sebelum berumah, aku
di pantai sejarah
meratapi senja merah
berlabuh suram di horizon hayat

akulah, pelaut tua
di lautan hidup!

Chai Loon Guan,
Taman Berop Idaman,
Tg.Malim.
(Dewan Sastera – Julai 2011)

Friday, December 16, 2011

Thursday, December 15, 2011

Kata Mutiara

(Dengan izin...)

"Where there is confidence there is love. Where there is love, there is peace. Hand that help are holy then lip that pray. Infinite love is Swami's only wealth. Unity is divinity, purity is enlightenment." Baba.

(Sumber: Kata-kata Mutiara Baba saya catat dan petik untuk dikongsi bersama ketika mengiringi anak bongsu ke Klinik Pakar Kulit Dharan, Rawang, Selangor Darul Ehsan pada 16 Disember 2011)

PUISI















Puisi PM Gambarkan Bangsa Melayu

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Tidak cukup dengan kata-kata perangsang yang bernas dan semangat berkobar-kobar ketika menyampaikan ucapan dasar semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno ke-61 hari ini, Presiden Umno YAB Datuk Seri Najib Tun Razak turut berpuisi untuk menyampaikan mesejnya.

Perdana Menteri memetik bait-bait nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang dan gurindam daripada tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan Melayu. Bagi menggambarkan asal usul bangsa Melayu, Najib berpuisi:


Melayu itu, kaya falsafahnya,
Melayu itu, orang yang bijaksana,
Akal budi bersulamkan daya.

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu.

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun.

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Sebaik selesai membaca puisi itu sambil tersenyum simpul, Najib menerima tepukan gemuruh daripada 2,543 anggota perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ucapan Presiden Umno itu, yang disiarkan melalui siaran televisyen litar tertutup, turut mendapat sorakan daripada pemerhati dan hadirin di luar Dewan Merdeka yang penuh khusyuk mengikuti ucapannya. Najib kemudian meneruskan puisinya bagi menggambarkan perpaduan dan agama di negara ini.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan.

Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Daripada perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung.

Hidupnya mengabdi kepada rakyat,
Taat setia membela umat.

Di akhir petikan puisi itu, Najib membaca rangkap yang menyimpulkan Melayu sebagai:

Dijadikan induk kuat berdiri,
Umat sentosa bertuahlah negeri.

“Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni.

“Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat,” kata Najib.

Presiden Umno itu berkata keperibadian bangsa Melayu itulah yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk dan sikap itu juga yang menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

(Sumber: UMNO Online)

Allahyarham Dato' Dr, Hj. Hassan Ahmad
















"Jadi, kalau hari ini ada orang yang berkata bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjana tamadun tinggi, tidak mampu menjadi bahasa sains dan teknologi saya kira orang itu tidak membaca sejarah bahasa Melayu ini!" - Allahyarham Dato' Dr. Hj. Hassan Ahmad, pejuang bahasa mapan, aktivis pembukuan dan penggerak kesusasteraan Bahasa Melayu.

Wednesday, December 14, 2011

Guru Oh Guru









Menurut Earl V. Pullias dan James D. Young dalam buku “Guru
Adalah Segala-galanya” , guru:

a.Guru Sebagai Pembimbing
b.Guru Sebagai Pendidik
c.Guru Sebagai Pembaharu
d.Guru Sebagai Teladan
e.Guru Sebagai Pencari
f.Guru Sebagai Penasihat
g.Guru Sebagai Pencipta
h.Guru Sebagai Orang yang Berwibawa
i.Guru Sebagai Pengilham Cita-cita
j.Guru Sebagai Pekerja Rutin
k.Guru Sebagai Perombak
l.Guru Sebagai Penutur Cerita dan Pelakon
m.Guru Sebagai Orang yang Berani Menghadapi Kenyataan
n.Guru Sebagai Penilai

Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan














Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan
(Dengan izin...)

Tan Sri Dato' Dr M Jegathesan, 66, a Malaysian, was appointed to the Governing Council of Yayasan Sime Darby on 16 October 2008.

He is a medical doctor with specialist qualifications in pathology and currently holds various professional positions, namely, Laboratory Director at Sunway Hospital, Consultant Microbiologist an Gribbles’ Pathology and Deputy Vice Chancellor in charge of Research at Mahsa University College.

In addition he is also the Chairman of OCM Services Sdn Bhd and Director of CCM Duopharma Biotech Bhd and IntraGlobal Communications Sdn Bhd. Previously he served in the Ministry of Health, a career spanning over 30 years culminating in the posts of Director of its Institute for Medical Research and latterly Deputy Director General ( Research and Technical Support). During this time he has also served on numerous occasions as consultant and adviser to International Agencies such as the World Health Organisation, the UNDP associated Council for Health Research for Development.

To sports aficionados, he is fondly remembered as ‘the Flying Doctor’ for blazing the tracks around Asia and being the first Malaysian to win an Asian Games gold medal in Jakarta 1962 for 200 meters, then winning 3 gold medals at the next Asian Games in Bangkok. He was also the first Malaysian to enter the semi-final stage of an Olympic event in 1964 and repeated that in Mexico in 1968, setting at that time a national record that stands to this day.

Tan Sri Dato' Dr M Jegathesan is currently the Deputy President Olympic of Malaysia (OCM, the President of the Malaysian Association of Doping Control Officers (MASDOCS), the Medical Advisor and a member of the Executive Board of the Commonwealth Games Federation, the Chairman of the Medical Committee and a member of the Executive Board of the Olympic Council of Asia.

He has constantly managed to balance his academic and sporting interests and careers and this perhaps best attested by his unique achievement of winning two national awards—the sportsman of the year award in 1966 and the national science award in 1995.

Mother Teresa













The Nobel Peace Prize 1979
Mother Teresa's Biography
(Dengan izin...)

Mother Teresa was born Agnes Gonxha Bojaxhiu in Skopje*, Macedonia, on August 26, 1910. Her family was of Albanian descent. At the age of twelve, she felt strongly the call of God. She knew she had to be a missionary to spread the love of Christ. At the age of eighteen she left her parental home in Skopje and joined the Sisters of Loreto, an Irish community of nuns with missions in India. After a few months' training in Dublin she was sent to India, where on May 24, 1931, she took her initial vows as a nun.

From 1931 to 1948 Mother Teresa taught at St. Mary's High School in Calcutta, but the suffering and poverty she glimpsed outside the convent walls made such a deep impression on her that in 1948 she received permission from her superiors to leave the convent school and devote herself to working among the poorest of the poor in the slums of Calcutta. Although she had no funds, she depended on Divine Providence, and started an open-air school for slum children. Soon she was joined by voluntary helpers, and financial support was also forthcoming. This made it possible for her to extend the scope of her work.

On October 7, 1950, Mother Teresa received permission from the Holy See to start her own order, "The Missionaries of Charity", whose primary task was to love and care for those persons nobody was prepared to look after. In 1965 the Society became an International Religious Family by a decree of Pope Paul VI.

Today the order comprises Active and Contemplative branches of Sisters and Brothers in many countries. In 1963 both the Contemplative branch of the Sisters and the Active branch of the Brothers was founded. In 1979 the Contemplative branch of the Brothers was added, and in 1984 the Priest branch was established.

The Society of Missionaries has spread all over the world, including the former Soviet Union and Eastern European countries. They provide effective help to the poorest of the poor in a number of countries in Asia, Africa, and Latin America, and they undertake relief work in the wake of natural catastrophes such as floods, epidemics, and famine, and for refugees. The order also has houses in North America, Europe and Australia, where they take care of the shut-ins, alcoholics, homeless, and AIDS sufferers.

The Missionaries of Charity throughout the world are aided and assisted by Co-Workers who became an official International Association on March 29, 1969. By the 1990s there were over one million Co-Workers in more than 40 countries. Along with the Co-Workers, the lay Missionaries of Charity try to follow Mother Teresa's spirit and charism in their families.

Mother Teresa's work has been recognised and acclaimed throughout the world and she has received a number of awards and distinctions, including the Pope John XXIII Peace Prize (1971) and the Nehru Prize for her promotion of international peace and understanding (1972). She also received the Balzan Prize (1979) and the Templeton and Magsaysay awards, 1910.

"It even appeared in the Indian Loreto Entrance Book as her date of birth. In fact, as she confided to her friend, co-worker and American author, Eileen Egan, that was the date on which she was christened Agnes Gonxha Bojaxhiu. The date which marked the beginning of her Christian life was undoubtedly the more important to Mother Teresa, but she was none the less actually born in Skopje, Serbia, on the previous day." (Spink, Kathryn: Mother Teresa: A Complete Authorized Biography, HarperSanFrancisco, 1997.)

Mother Teresa died on September 5, 1997.

(Sumber: Copyright © The Nobel Foundation 1979)

Tuesday, December 13, 2011

Bicara Belasungkawa & Malam Suara Kita

JOM KE SEKOLAH















Penulis menghadiri Mesyuarat Panel Penulis Buku Jom ke Sekolah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 12 - 13 Disember 2011 di Purnama Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Thursday, December 8, 2011

Makan Malam Alumni MES 2012







Makan Malam Alumni MES 2012

Tarikh: 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 7.30 malam
Tempat: Kompleks Sukan Proton, 35900 Tanjong Malim.

Tiket:
a. Jualan Meja (10 orang semeja)
b. Tiket Individu

Maklumat Lanjut:
Sila hubungi Setiausaha Jawatankuasa Induk MMA MES 2012 atau Pengetua, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan. Telefon: 05-4596244.

Wednesday, December 7, 2011

BAHASA

Bahasa adalah jati diri bangsa, yang amat tinggi nilainya.

Tanda orang tahu kan diri, bercakap dengan bahasa sendiri.
Tanda orang memuliakan bangsa, kepada bahasanya ia berbangga.
Tanda orang menjaga maruah, bahasanya tidak dipandang rendah.
Tanda orang memegang adat, bahasa sendiri yang diangkat.
Tanda orang berakal budi, bangga kepada bahasa sendiri.
Tanda orang berfikiran panjang, bahasa sendiri yang ia pelihara.
Tanda orang lupakan diri, tak ingat lagi bahasa sendiri.
Tanda orang tidak amanah, bahasa sendiri dipandang rendah.
Tanda orang bodoh dan bebal, ke bahasa sendiri ianya malu.
Tanda orang yang dungu, ke bahasa sendiri ia tak tahu.
Tanda orang yang malang, bahasa sendiri ianya buang.

(Sumber: Kearifan Orang Melayu Berbahasa, Dr. Tenas Effendy - Jendela Utara DBPWU Ogos 2009)

RUMAH

















Slogan buat tatapan dan renungan - Rumahku, Syurgaku.

Monday, December 5, 2011

Malam Suara Kita Satu Malaysia 2011














Malam Suara Kita anjuran bersama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak Darul Ridzuan, Majlis Kebudayaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur akan berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak, Ipoh pada 19 Disember 2011 (Isnin) mulai 8.30 hingga 11.30 malam.

Antologi puisi Suara Kita (Suara Kita Satu Malaysia) terbitan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) merangkum karya puisi sumbangan YABhg. mantan Perdana Menteri Malaysia, YB Menteri, Mufti Perak, sasterawan, budayawan, ahli-ahli politik, ahli-ahli profesional, ahli-ahli Karyawan Perak, pensyarah, pendidik, golongan marhaen, pelajar-pelajar IPTA dan IPTS, anak watan Perak Darul Ridzuan serta orang perseorangan dari seluruh pelosok tanah air yang tercinta. Suara Kita Satu Malaysia ditujukan khas kepada YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Personaliti yang bakal membaca sajak: YBhg. Datuk Dr. Rosli Saludin, Dr. Mana Sikana, Malim Ghozali Pk, Suhaimi Hj. Muhammad, Zabidin Hj. Ismail, Ijamala MN, Dr. Talib Samat, Chai Loon Guan, Sabariah Bahari dan ramai lagi. Semua dipersilakan hadir. Percuma. SUARA KITA SATU MALAYSIA.


Salam Bahasa Jiwa Bangsa

LEMBU














Lembu dalam Budaya Hindu
oleh Uthaya Sankar SB , December 5, 2011
(Penulis menjelaskan antara sebab kaum India-Hindu tidak makan daging lembu.)

Suatu perkara yang sepatutnya (ulang: sepatutnya) sudah diketahui masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara bertuah ini adalah bahawa kaum India beragama Hindu tidak makan daging lembu.

Bagi sesiapa yang mengambil ikhtiar untuk bertanya, maka biasanya akan diberikan jawapan paling mudah iaitu bahawa lembu dianggap binatang suci dalam agama Hindu.
Alasan sebenar orang India tidak memakan daging lembu berasaskan budaya dan kepercayaan tradisional; bukan berikutan tuntutan agama semata-mata.

Kaum India-Hindu di serata dunia mempercayai bahawa lembu adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia, lalu kurniaan istimewa itu perlu dihargai.Sekadar contoh mudah, apabila melihat anaknya kelaparan, lembu betina akan segera bergegas mendapatkan si anak untuk menyusukannya.Begitulah dibandingkan dewa-dewi dalam konsep agama Hindu yang datang segera untuk membantu insan yang memerlukan bantuan.

Dalam kepercayaan kaum India, lembu juga dikatakan sama seperti Bumi; dengan erti kata, sanggup menanggung sesiapa sahaja yang bergantung hidup padanya. Sebab itulah juga lembu dianggap sebagai “ibu” kerana Bumi, ibu dan lembu dikatakan mempunyai persamaan dari segi kesanggupan berkorban dan menanggung derita demi “anak-anak”. Sekiranya kita berpeluang memperhatikan kehidupan petani dan pesawah kaum India yang masih menggunakan khidmat lembu, maka kita akan lebih memahami sentimen kaum India terhadap haiwan berkenaan.

Sejak zaman dahulu, lembu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat di Benua Kecil India. Hasil kajian arkeologi menemukan bukti kewujudan Tamadun Harappa dan Mohenjo-daro di Lembah Indus sekitar tahun 2500-1500 SM. Antara barangan yang ditemui adalah mohor daripada batu yang mempunyai ukiran lembu jantan dan betina. Tentulah binatang berkenaan mempunyai peranan penting dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu sehingga diabadikan pada mohor. Lembu membantu petani dan pesawah untuk membajak. Haiwan itu juga digunakan untuk mengangkut barang serta menarik kereta lembu. Ringkasnya, lembu merupakan binatang yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat India tradisional. Kita tidak perlu memiliki ijazah Doktor Falsafah untuk memahami, menyedari dan mengakui hakikat itu.

Hubungan dengan Dewa

Dalam pada itu, bagi orang ramai yang berpeluang membaca teks Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) secara teliti dan mendalam, pasti tahu mengenai individu yang dikatakan lahir daripada muntah seekor lembu dan meneruskan jurai keturunan Melayu yang ada sekarang.

Kalau diteliti dalam teks klasik India yang dinamakan purana iaitu cerita dewa-dewi, akan dijelaskan bahawa bukan hanya manusia bergantung pada lembu. Dewa-dewi sendiri mempunyai hubungan rapat dengan mamalia berkenaan. Misalnya, Dewa Shiva menjadikan lembu sebagai wahana rasmi. Sekiranya kita berpeluang melawat kuil Dewa Shiva, pasti akan kelihatan patung lembu betina yang dinamakan “nandhi” di kuil berkenaan.

Lembu turut menjadi wahana serta binatang kesayangan Dewa Krishna. Tidak setakat itu, purana menggambarkan Dewa Krishna sebagai pengembala lembu. Terdapat juga sebuah cerita di mana Dewa Krishna mengangkat Gunung Govardhan semasa hujan lebat supaya para petani, penternak serta lembu mereka boleh berlindung di bawahnya. Sejak dahulu, petani kaum India merayakan ponggal iaitu pesta menuai selama beberapa hari. Hari kedua pesta menuai ini adalah Maatu Ponggal iaitu perayaan khas bagi lembu peliharaan.

Perayaan Maatu Ponggal adalah tanda terima kasih masyarakat India kepada lembu yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Lembu dimandikan dan dibersihkan. Tanduk disapu cat pelbagai warna dan loceng baru dipasang pada leher. Lembu yang diraikan diberi makan nasi manis yang dimasak khas untuknya.

Keluarga petani dan penternak berbuat demikian sebagai tanda terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada haiwan berkenaan. Lembu sesungguhnya memberikan sumbangan besar kepada keluarga si penternak. Lembu jantan biasanya membantu membajak serta mengangkut barang. Lembu betina pula membekalkan susu yang amat diperlukan untuk diminum, dijadikan susu masam atau dijadikan minyak sapi. Lembu turut membekalkan tahi yang dijadikan baja organik. Di India, tahi lembu juga dijadikan bahan bakar selepas dikeringkan; termasuk sebagai bahan bakar apabila jenazah dibakar mengikut adat Hindu.

Kajian saintifik membuktikan bahawa tahi lembu mempunyai kandungan bahan kimia yang mampu menghalau serangga perosak dan membunuh kuman. Amalan tradisi itu ada saya selitkan pada perenggan pertama cerpen “Doa Tahun Baru” (Siru Kambam, 1996) sebagai usaha awal menggambarkan budaya kaum India dalam karya Bahasa Malaysia. Mungkin orang ramai sedia maklum mengenai Dewi Lakshmi dalam konsep budaya India dan agama Hindu. Tambahan pula, ramai yang suka menonton filem Tamil dan Hindi.

Komatha

Dewi berkenaan dianggap sebagai sumber kekayaan. Namun, tidak ramai – termasuk kaum India beragama Hindu – yang tahu bahawa Dewi Lakshmi dikatakan menghuni tahi lembu.
Mitos dan purana ini sebenarnya bertujuan menunjukkan bagaimana “kekayaan” (Dewi Lakshmi) terdapat juga pada tahi lembu yang mungkin dianggap sebagai bahan buangan yang tidak berguna.

Air kencing lembu turut terbukti secara saintifik mengandungi bahan yang mampu mengubati beberapa penyakit kulit serta bertindak sebagai bahan antiseptik. Kelebihan ini ternyata sudah diketahui masyarakat India sejak sekitar tahun 2500 SM! Air kencing lembu biasanya direnjis pada lantai rumah untuk membersihkannya daripada kuman.

Tahi lembu yang dikeringkan pula sering dibakar dan asapnya dibiarkan memenuhi rumah kediaman. Langkah ini bagi membersihkan udara di dalam rumah daripada bakteria. Selain itu, khasiat susu lembu adalah suatu hakikat yang sudah diketahui umum. Secara tradisi, keluarga dalam masyarakat India bergantung pada susu yang dibekalkan oleh lembu peliharaan keluarga mereka.

Susu lembu menjadi minuman sejak bayi. Maka itulah lembu yang membekalkan susu tadi dianggap sebagai “ibu susu” bagi anak-anak dalam keluarga berkenaan. Konsep ini sama sahaja dengan konsep “ibu susu” yang terdapat dalam budaya kaum/agama lain di seluruh dunia. Itulah juga antara sebab utama mengapa masyarakat India menganggap lembu peliharaan sebagai sebahagian daripada ahli keluarga berkenaan. Malah, lembu digelar “komatha” iaitu gelaran sama seperti “ibu”. Sejak kecil, anak-anak dididik supaya menyayangi serta menghormati lembu yang dipelihara sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.

Lembu juga menjadi simbol kemakmuran, kekayaan dan kebahagiaan. Apabila seseorang membeli – atau membina – sebuah rumah baru, maka tuan rumah akan mengadakan upacara sembahyang khas. Pada upacara berkenaan, seekor lembu betina akan dibawa masuk ke dalam rumah. Lembu itu akan dibawa ke setiap bilik dan ruang yang terdapat di rumah berkenaan. Malah, jika rumah itu merupakan rumah dua atau tiga tingkat, lembu berkenaan akan dibawa menaiki tangga! Tindakan ini dianggap sebagai mengundang Dewi Lakshmi (“kekayaan” dan “kemakmuran”) bertandang ke rumah. Malah, tuan rumah dikatakan amat bertuah sekiranya lembu itu kencing atau berak semasa berada di dalam rumah berkenaan.

Demikianlah lembu yang pendiam diberi kedudukan yang amat mulia dalam budaya kaum India sejak dahulu. Atas dasar itulah juga kaum India-Hindu tidak menyakiti, menganiaya, membunuh – apatah lagi makan! – lembu hingga kini.

Mahatma Gandhi sendiri beranggapan bahawa lembu adalah wakil bagi manusia memahami dunia binatang yang bisu. Menurut beliau, walaupun “bisu” dan tidak mampu berkata-kata, lembu mampu berkomunikasi bersama manusia melalui pergerakan matanya yang besar dan bulat.

Apa yang pasti, kaum India-Hindu di seluruh dunia amat menghargai jasa lembu. Walaupun tidak ramai petani/penternak kaum India yang masih memelihara lembu, amalan yang mendarah-daging sejak hampir 4,500 tahun lalu tentu sahaja sukar dilupakan.
Mungkin ada individu kaum India (khususnya yang tidak mengamalkan ajaran agama Hindu) yang makan daging lembu tetapi itu adalah kes terpencil yang tidak mewakili masyarakat India secara keseluruhan.

(Sumber: Ruangan Mandala Bicara Uthaya Sankar SB. Uthaya Sankar SB sering memaparkan budaya kaum India menerusi cerpen-cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkannya sejak 1991.)

Sunday, December 4, 2011

Pelita Bahasa dan Dewan Sastera
























Majalah Pelita Bahasa dan Dewan Sastera edisi Disember 2011.

PENA







PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (PENA),
off Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) ditubuhkan pada 12 Februari 1961 di Dewan Kuliah A, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pengasasnya ialah A. Samad Ismail, Kamaluddin Muhammad, Said Zahari, Asyraf Hj Wahab, S.Husin Ali, Usman Awang dan Ali Haji Ahmad.

Apabila pendaftarannya disahkan oleh kerajaan pada 2 September 1962, maka bermulalah pergerakan sebuah persatuan penulis peringkat nasional yang sangat penting di Malaysia; lima tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Tetapi kelahiran PENA sesungguhnya, tidak dapat dipisahkan langsung daripada soal kemerdekaan, baik sebelum mahupun selepas hari merdeka itu.

Gerakan intelektual Melayu, terutama yang berhubung dengan persuratan dan kebudayaan Melayulah yang telah menanamkan benih dan memberikan pengarahan kepada semangat dan cita-cita Melayu bagi memperjuangkan isu kemerdekaan.Alat utama yang digunakan oleh golongan intelektual ini ialah akhbar. Malah semenjak pemerintahan Jepun lagi, sebagai gelanggang mengajukan semangat terhadap Jepun.

Utusan Melayu yang terbit di Singapura selepas pemerintahan Jepun, banyak sekali berbeza, dari segi isi dan tujuannya, daripada Utusan Melayu sebelum itu. Tenaga penggerak di jabatan pengarangnya bukan cuma orang-orang muda, akan tetapi orang-orang muda yang telah merasakan betapa seksa dan terdesaknya hidup pada zaman Jepun. Mereka ini seperti Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail. Dahari Ali, dan Said Zahari, menjadi “matang politik” dengan kejayaan perjuangan kemerdekaan di Indonesia dan mula mengkonsepsikan sebuah Malaya Merdeka.

Hanya akhbarlah media massa yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak swasta. Oleh sebab sifat dan strukturnya yang agak bebas, kandungan dan tujuannya dapat dicorakkan supaya menjadi bukan sahaja penyampai berita yang boleh “mendidik” pemikiran rakyat, tetapi boleh juga menanam serta menyebarkan semangat menentang penjajahan. Utusan Melayu selepas perang telah menjadi media ungkap utama dalam soal menggalakkan orang-orang Melayu bersatu tenaga dalam pergerakan politik mereka.

Oleh sebab “kentalnya” semangat perasaan antipenjajah, pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan Melayu ketika itu, di samping berita, menggunakan bidang kreatif memberikan poetic licence, justeru skop yang amat luas bagi sang penulis membakar semangat antipenjajahan tanpa terlalu diawasi dan dikesani oleh pemerintah pada waktu itu.

Isu Malayan Union menjadi katalis yang menubuhkan UMNO dan Utusan Melayu jugalah media ungkap yang membantu mengukuhkan dan menyemarakkan pergerakan UMNO zaman awal itu.

Memang ada penulis-penulis di Semenanjung Tanah Melayu waktu sesudah perang yang menubuhkan persatuan-persatuan penulis dengan tujuan mengeratkan ikatan persaudaraan demi memajukan bidang mereka. Akan tetapi penubuhan persatusan atau ikatan penulis di Singapuralah, terutamanya ASAS 50 di pusat penerbitan itu telah banyak membantu memberikan kewibawaan kepada ASAS 50.

Persoalan-persoalan utama dalam karya kreatif para penyokong ASAS 50 itu adalah kesempitan hidup golongan pekerja dan buruh kasar di kota raya Singapura. Para pekerja ini ialah penghijrah dari desa ke kota yang bukan sahaja harus mencari apa-apa sahaja kerja yang sesuai dengan tahap pendidikan dan kebolehan mereka, tetapi juga harus menghadapi kejutan-kejutan budaya kota yang cara hidupnya sangat berbeza daripada gaya hidup di desa-desa. Persoalan inilah yang terpancar dalam kebanyakan tulisan ahli ASAS 50 untuk mengarahkan pergerakan itu bagi memperjuangkan kemerdekaan politik, mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, dan mempertingkatkan prestasi kesusasteraan dan budaya Melayu.

Empat memorandum yang dikemukakan oleh ASAS 50 kepada pemerintah dan satu lagi kepada Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956 mencerminkan kejituan pemikiran intelektual dalam zaman-zaman awal proses pembinaan negara (nation-building).

Memorandum-memorandum tersebut ialah:-

I. Memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Rendell;
II. Memorandum mengenai tulisan rumi untuk Bahasa Melayu;
III. Memorandum mengenai Penyata Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu 1956;
IV. Memorandum kepada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, mengenai pembentukan Dewan Bahasa dan Pustaka, penyatuan Bahasa Melayu dan Indonesia, peranan bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dan Perlembagaan bahasa Melayu sekarang dan akan datang.

Dalam memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Rendell, Suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menggubal Perlembagaan Melayu yang berpemerintahan sendiri, ASAS 50 menggesa supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan bagi negara Melayu baru (termasuk Singapura) dan diajarkan sebagai bahasa kedua di semua sekolah dan pusat-pusat pembelajaran dan pengajaran. Tetapi di samping soal bahasa, ASAS 50 menyinggung soal pembangunan ekonomi dan pentingnya setiap kaum menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi yang sama rata.

Katanya : “Sebenarnya perpaduan politik lebih bergantung kepada kemajuan kepentingan ekonomi yang sama di antara kaum-kaum yang berbeza dalam bahasa-bahasa mereka yang mendiami satu-satu kawasan dan tidaklah hanya bergantung kepada pelaksanaan satu bahasa yang sama semata-mata di antara penduduk-penduduk itu.

“Pada masa ini persamaan kepentingan-kepentingan ekonomi ini tidak ada di Malaya. Pembahagian-pembahagian kelas dalam masyarakat Malaya kebanyakannya sama dengan pembahagian-pembahagian perkauman. Yang demikian kami percaya bahawa Perlembagaan yang akan datang hendaklah mengandungi beberapa syarat yang tertentu untuk menjamin kemajuan ekonomi, pelajaran dan kebudayaan yang sama di antara ketiga-tiga kaum yang yang besar di Malaya, dengan tujuan untuk menghilangkan sebab musabab ekonomi yang telah melahirkan perkauman di negeri ini.

“Kami percaya bahawa dengan tercapainya kepentingan-kepentingan politik dan ekonomi yang sama dan dengan adanya keadaan-keadaan yang sama dan taraf hidup yang sama untuk kaum di negeri ini, maka perkauman dan kebudayaan negeri ini juga akan hilang, kerana keadaan material akan wujud pada saat itu untuk kemajuan dan perkembangan satu kebudayaan yang sama di antara penduduk-penduduknya.”

(Sumber: PENA)

Saturday, December 3, 2011

Friday, December 2, 2011

HISMA UPSI 2011




Dari Hotel Seri Malaysia Taiping (30 November - 1 Disember 2011), penulis ke Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tg. Malim untuk menghadiri Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia (HISMA) pada 2 - 3 Disember 2011. HISMA anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI dengan kerjasama BUDIMAN dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.