Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, November 30, 2011

Jamuan Pengawas MES 2011





















Gambar Nostalgia MES 2011 - Lembaga Pengawas Sekolah
Tetamu Kehormat: YBrs. Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Monday, November 28, 2011

Pertanyaan

















Anakku, sesungguhnya hidup ini suatu perlumbaan?

Friday, November 25, 2011

Ahli MESA 2011/2012







Tuan/Puan,
Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Sudah menjadi ahli MESA? Jika belum, sila dapatkan borang dan mohon jadi ahli MES Alumni 2011/2012. Yuran ahli tahunan sebanyak RM10.00 manakala yuran ahli seumur hidup pula sebanyak RM50.00. Sila layari laman sesawang www.mesatgmalim.com untuk memperoleh maklumat tambahan. Sekian, terima kasih. Salam.

Chai Loon Guan, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim.

Sajak - Merah Senja
















Merah Senja

merah senja
memimpin alam
ke rumah malam
tanpa bintang
tanpa bulan

seketika
merah senja
gelap-gelita
alam
dibalut kelam hitam
berduka
dalam ribut pawana
berhiba
dalam sihir hujan menggila

dan, berdramalah malapetaka
di buana manusia!

Chai Loon Guan,
25 November 2011.

Kasih Sayang

Wednesday, November 23, 2011

Elaun Perjalanan PPPS 2011









Tuntutan Elaun Perjalanan PPPS 2011

Tuntutan elaun perjalanan guru (PPPS) dari bulan Mei hingga September 2011 Negeri Perak Darul Ridzuan masih belum diterima biarpun tugas rasmi (kurikulum, kokurikulum dan kokurikulum akademik peringkat daerah, negeri dan kebangsaan) telah disempurnakan dengan jayanya.

Maka, terpaksalah saya dan keluarga berjimat cermat oleh sebab perlu amat untuk mendahulukan wang gaji (emolumen) bulanan bagi membiayai perbelanjaan (minyak, tol, hotel, tempat letak kereta, makan, minum dll.) yang kian meningkat sepanjang lima bulan tersebut dan barangkali terpaksa pula kami ikat perut pada bulan-bulan yang berikutnya.

Berkhidmat untuk Negara. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Salam.

Tuesday, November 22, 2011

Foto















Alesund, Norway.

Saturday, November 19, 2011

Cerpen - Bendera Putih















BENDERA PUTIH
oleh Chai Loon Guan, Tg.Malim.

Nippon kian mengganas. Nippon kian bermaharajalela. Nippon kian melebarkan sayap ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Tanah Melayu mula bergelora. Api peperangan sudah bernyala. Semboyan perang sudah berbunyi. Pelik bin ajaib. Dalam dua purnama, Nippon sudah berjaya menguasai Malaya – Semenanjung Tanah Melayu.

Apapun, Ah Hai perlu menguruskan diri terlebih dahulu. Rambut perlu digunting. Diri perlu kemas. Diri perlu segak. Itu disiplin diri sejak di Tanah Besar. Ah Hai keluar sebentar mencari Mutu, tukang gunting bergerak di kaki lima deretan kedai Sin Teck Soon. Bertemankan cermin yang retak di bucunya, sebuah bangku bulat dan sehelai kain putih melilit badannya, Mutu beroperasi di kaki lima kedai.

“Gunting, Ah Hai?”

“Macam biasa, Mutu!”

“Baik…”

Orang ramai kelihatan bertali arus di kaki lima kedai. Masing-masing mempunyai urusan. Urusan peribadi. Urusan keluarga. Urusan perniagaan. Urusan kerajaan. Sana sini, orang berbicara tentang Nippon. Nippon sudah mendarat di Kota Bharu. Nippon sudah berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang Inggeris, HMS Repulse dan HMS Prince of Wales pada 10 Disember 1941 di Laut Cina Selatan. Ejen Nippon pula berselerak di seluruh pelosok Tanah Melayu. Ada yang berada di bandar. Ada yang berada di desa pedalaman. Ejen Nippon berada di serata tempat. Zaman duit kertas pokok pisang Nippon. Era penampar Jepun yang bengis. Inflasi. Masakan tidak, belacan zaman British bernilai lima sen sekati melambung tinggi harganya mencecah RM 250 sekati pada zaman Nippon!

“Ada projek, Ah Hai?”

“Projek apa? Kerjalah Mutu!”

“Out station?”

“Bisnes susah sikitlah, Mutu…”

“Zaman perang macam itulah Ah Hai!”

“Orang Putih sudah kalah. Nippon pula mari…” keluh Ah Hai berkali-kali.

“Betul, Ah Hai! Lu cakap ada betul!”

Mutu berhenti sebentar. Diludahnya sisa kahak sebentar. Kemudian diilap mulutnya dua tiga kali. Gunting dan sikat dalam capaian terus beroperasi. Ketika separuh jalan, suara jeritan kedengaran. Sayup-sayup kedengaran.

“Ah Hai!”

Macam biasa didengar suara itu. Suara Tauke Teh.

“Ah Hai!”

“Tauke?”

“Ah Hai, balik segera! Nippon mahu datang!”

Nippon?

“Kemas segera! Bertolak ke Cameron! Nippon nak tangkap awak!” Arah Tauke Teh tanpa tolak ansur.

Belum habis bergunting, Ah Hai terpaksa bergegas ke kamarnya. Berbekalkan pakaian sekadar sepasang dua, sepatu lama dan sedikit wang, Ah Hai ke stesen bas Tanjong Malim. Dicarinya bas ke Sungkai. Topi masih melekat di kepalanya. Imej tersebut dipercayai dapat mengalihkan perhatian ejen Nippon. Identitinya perlu disorok. Barangkali wajahnya sudah dalam senarai Nippon. Nippon dari Kuala Kubu Bharu.

Bas ke Sungkai melewati bandar Slim Village. Dari Slim River, bas Mogah terus menerjah liku-liku jalan ke Bidor. Ah Hai turun di stesen bas Bidor. Dia perlu bertukar bas ke Tapah. Dari Tapah, baru Ah Hai dapat meneruskan destinasinya ke Cameron Highlands. Jalan Cameron bagaikan ular kena palu. Bas bergerak perlahan-lahan dari Tapah ke Ringlet. Ringlet ke Tanah Rata. Tanah Rata ke Brinchang. Di Brinchanglah, Ah Hai perlu menghubungi Ah Yee. Ah Yee sudah bersiap siaga. Segala-galanya telah diuruskan oleh Tauke Teh. Tempat tinggal Ah Hai telah disediakan. Di situlah, Ah Hai menjalani kehidupan selama mungkin. Kehidupan biarpun masih bebas tetapi terbatas dan terkurung dek kehadiran Nippon di Tanah Melayu. Jelas, Nippon bernafsu nafsi – raja di mata, sultan di hati.

Kenapa dengan Nippon? Nippon sedang memburu orang yang aktif menentang perjuangannya di Tanah Melayu. Barangkali, pertalian Ah Hai dengan pemuda Kuomintang di Tanah Besar turut mendorong Nippon memburu Ah Hai. Benar, Ah Hai aktif menyokong gerakan anti-Nippon. Ah Hai aktif dalam kegiatan pemuda Kuomintang. Pihak Kuomintang bukan sahaja menentang komunis di Tanah Besar tetapi juga menentang Nippon. Anti-Nippon mula tercetus selepas Jepun melanggar China pada 1937. Masyarakat Tionghoa masih menumpukan taat setia kepada Tiongkok. Kutipan derma dibuat untuk membantu Tiongkok melawan Jepun. Barang-barang Jepun di Tanah Melayu dipulau. Yang jelas, Nippon anti-Tanah Besar. Anti-Tanah Besar bererti anti-Tionghoa. Tionghoa di Tanah Besar. Tionghoa di luar Tanah Besar. Tionghoa di Tanah Melayu. Maka, lahirlah MPAJA di Tanah Melayu, Bintang Tiga dan PKM.

Pada masa yang sama, Tentera Kebangsaan India ditubuhkan oleh Jepun. Jepun mahu masyarakat India membebaskan India daripada penjajahan British. Malah kerajaan buangan, Azad Hind telah dibentuk di bawah kelolaan Subhas Chandra Bose.

Maka berkelanalah Ah Hai di Tanah Tinggi Cameron. Sebulan. Dua bulan atau barangkali berbulan-bulan lamanya. Nippon tidak dapat memberkas Ah Hai. Nippon gagal dalam misi untuk menangkap Ah Hai. Nippon tewas untuk memberkas Ah Hai. Gagal Nippon untuk memasukkan Ah Hai ke dalam penjara maut. Gagal Nippon juga untuk menyoal siasat Ah Hai. Gagal bererti banyak maklumat tidak diperoleh. Sebagai galang gantinya, Tauke Teh pula ditangkap. Tauke Teh ditahan dan disoal siasat selama tujuh hari. Pelbagai deraan, cacian, layanan buruk dan tekanan perlu dilalui oleh Tauke Teh. Keadaan ini amat merisaukan Ah Hai. Ah Hai bagaikan cacing kepanasan.

Sebenarnya, Nippon mahu akan maklumat Ah Hai. Namun, Tauke Teh tetap kental berahsia. Tauke Teh membisu seribu bahasa. Dia tidak membocorkan sebarang maklumat. Hal Ah Hai tiada kompromi biarpun dia terpaksa berhadapan dengan maut sekalipun. Sebaik Ah Hai mendapat khabar tentang penangkapan Tauke Teh, mahu saja dia kembali menyerah diri. Kenapa harus perjuangannya ditanggung oleh Tauke Teh? Namun hasrat Ah Hai tersekat dek sekeping nota ringkas yang diseludup masuk oleh anak buah Tauke Teh kepadanya membantutkan niat asalnya.

“Ah Hai, biar apapun berlaku, jangan sekali-kali kaupulang ke Tg.Malim. Ingat!”

Maka terpaksa akurlah Ah Hai. Ah Hai terpaksa patuh akan isyarat Tauke Teh. Itu perintah orang tua. Arahan orang lama. Orang yang perlu dihormati. Orang yang perlu disanjungi. Orang yang sudah banyak menimba pengalaman. Asam garam hidupnya cukup banyak. Cukup matang. Cukup masak. Jika tidak, akan jadi sia-sialah tempoh tahanan Tauke Teh di kamar penjara Nippon di Tg. Malim.

Kediaman Ah Hai sudah mula dihidu oleh Nippon. Tempat persembunyian Ah Hai mula dijejaki oleh Nippon. Maka perlu berkelana lagilah Ah Hai. Dari Brinchang, Ah Hai bergegas ke Sungai Siput. Dari Sungai Siput, Ah Hai perlu menginap beberapa hari di Batu Gajah. Batu Gajah ke Teluk Anson. Selama beberapa bulan, Ah Hai perlu berpindah randah macam nomad atau gipsi sehinggalah keadaan menjadi tenang dan terkawal.

1941 - 1945

Gugurnya bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menggemparkan dunia. Nippon di Tanah Melayu bagaikan dirasuk iblis syaitan ketewasan. Nippon yang pernah gah megah di Asia Timur akhirnya terpaksa menyerah kalah. Bendera Putih! Jeneral Yamashita terpaksa menyerah kalah kepada Jeneral MacArthur pada 2 September 1945 di atas kapal perang Amerika Syarikat, USS Missouri. Secara rasminya tarikh penyerahan bendera putih pada 12 September 1945 di Victoria Institution Kuala Lumpur. Maka, berakhirlah era kekejaman dan kedurjanaan Nippon di Tanah Melayu.

Keadaan di Tanah Melayu masih belum reda. Berkuburnya kekejaman Nippon mengundang masalah baharu. MPAJA mula bermaharajalela. MPAJA mula menghidupkan sayapnya. Sayap kekejaman dan penindasan yang ditinggalkan oleh Nippon. Saki baki penyokong Nippon diburu, diberkas, didera dan dibunuh oleh MPAJA dan konco-konconya. Ah, keluar dari mulut ular masuk ke dalam mulut naga! Maka, bermulalah era Bintang Tiga dan PKM bermaharajalela di Tanah Melayu sebelum kembalinya British.

Sebenarnya, pelarian yang agak panjang banyak mematangkan Ah Hai. Pelarian dan persembunyian daripada buruan Nippon telah mendewasakan Ah Hai. Sebaik sahaja bendera putih Nippon berkibaran, Ah Hai dapat kembali ke pangkuan Tauke Teh. Ah Hai dapat kembali bertemu dengan handai taulan di Syarikat Sin Teck Soon.

Pertama sekali menjejakkan kaki ke Tg. Malim selepas tamatnya episod pemburuan Nippon, dapatlah Ah Hai bersalaman dengan Tauke Teh, Ah Lian, Eng Chuan, Sarjit Singh dan Mutu. Tauke dan rakan-rakan sekerja yang peka dan prihatin. Kembali Ah Hai bererti dia dapat membantu operasi kedai di Sin Teck Soon semula. Ah Hai orang penting. Ayam tambatan. Sejak ketiadaan Ah Hai, operasi syarikat agak bercelaru. Bisnes kurang lancar. Lembab. Sesekali terbantut dek ancaman Nippon. Ah Hailah pakar runding syarikat dengan Inggeris di Tanah Melayu. Bayangkan, setiap tanda batu di bahu jalan Kuala Lumpur sudah dikira dan dihafal. Kali ini, Ah Hai tidak digelar rusa masuk kampung. Ah Hai sudah mahir. Ah Hai sudah cekap. Ah Hai jugalah orang penting dalam persatuan saudagar di Tg. Malim. Hubungan Syarikat Sin Teck Soon dengan persatuan saudagar Tionghoa cukup akrab. Ada ikatan. Ada kerjasama. Ada persefahaman. Ada silaturahim yang sudah mula terjalin akrab. Orang moden boleh gelar Ah Hai sebagai PRO syarikat. Ingat, bukan GRO! Kalau dalam bidang politik, Ah Hai sudah setaraf dengan SU Politik ADUN atau Ahli Parlimen. Barangkali kerja Ah Hai sudah setaraf SU YB dan YAB!

Biarlah pengalaman itu menjadi catatan peribadi yang berharga dan bermakna dalam hidupnya. Pengalaman inilah yang mampu memudahkan Ah Hai untuk menangani cabaran-cabaran yang mendatang. Ah Hai masih berstatus pemautautin tetap. Dia masih belum digelar warganegara. Ah Hai sedang berusaha ke arah itu. Hasrat itulah seringkali bermain-main dalam mindanya. Azamnya yang kuat barangkali mampu merealisasikan impian diri dan keluarga untuk bergelar warganegara di tanah yang mahakaya ini – Semenanjung Tanah Melayu!

“Apa khabar, Pak Cik Teh?”

“Syukur, Ah Hai. Sihat. Kau…bagaimana?”

“Maaf. Saya telah banyak menyusahkan Pak Cik selama ini…” suara hiba Ah Hai memenuhi ruang pejabat Tauke Teh pada suatu petang ketika tauke sedang bersantai di ruang pejabat kecilnya.

“Demikianlah kehidupan, Ah Hai. Adakalanya, hidup bagaikan lautan yang bergelora. Sang pelaut haruslah bijak menimbang gelora, melembutkan ribut, menghayati bahasa ombak dan mendalami sejarah lautan…Yang penting, Ah Hai…usah kita mudah kecewa atau putus asa,” ujar Tauke Teh semacam mahu berkongsi pahit manis pengalaman hidup dengan anak buah kesayangannya – Ah Hai.


Bibliografi:
i. Negara Kita – Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan, INTAN, Kuala Lumpur, 1980.

Friday, November 18, 2011

Foto - Yang Kuat vs Yang Lemah

Foto - Perlagaan

Bulan Bahasa Kebangsaan MDTM 2011

















Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berlangsung di Dewan Seri Tanjong, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan pada 19 November 2011 (Sabtu). Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, SPMP, DPMP, PMP, Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Malim. Antara acara yang akan dipertandingkan dan dipersembahkan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Melukis, Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Berbalas Pantun BM. Syabas dan tahniah kepada MDTM! Salam Bahasa Jiwa Bangsa.





Bulan Bahasa Kebangsaan


Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia “BBK” menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah.

HURUF “B”
Huruf “B” yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk “B” bererti “Bulan” dan “Bahasa Kebangsaan” di hujung pena menjadi tunjang pada huruf “B”. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh “B”.

BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA
“Bendera Malaysia” secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan “B” yang cemerlang.

Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara.

Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan “BBK” yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa.
DAUN RESAM DBP
Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama “BBK”.

PENA DARI HURUF “B”
Pena yang terletak di penghujung huruf “B” menggambarkan matlamat yang dituju dalam “BBK”. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera.

WARNA

MERAH DAN PUTIH
Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas.

KUNING
Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan “BBK” ke arah kegemilangan.

BIRU
Biru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat “BBK” bersama pelbagai kaum dalam negara.

HIJAU
Hijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia.

Pereka:
Naim bin Hj. Ahmat

Thursday, November 17, 2011

Wednesday, November 16, 2011

Sajak - Wang














Wang

Wang
Gizi harian
Wang
Busana hiasan
Wang
Sering kita bilang
Malam atau siang
Dalam mimpi
Siang atau malam
Dalam misteri

Kerana wang
Orang jadi curang
Kesetiaan diperkosa
Kerana wang
Orang jadi dalang
Keadilan dinoda
Kerana wang
Kawan jadi lawan
Lawan jadi kawan
Mula kita lupa daratan

Wang
Bisa bermaharajalela
Di pasar kuasa
Bisa berjual beli
Di pasar nama
Bisa berasmaraloka
di kamar cinta
bisa bersandiwara
di buana bahagia
bisa bercengekerama
di syurga dunia

Wang
Cerlang cemerlang di malam suram
Mainan politikus zaman-berzaman!


Chai Loon Guan,
Aras 30, Menara DBP,
Kuala Lumpur.

(Sumber: Mingguan Malaysia - 1 Januari 2012)

PPSMI - MBMMBI

Pertemuan Penulis Bukan Melayu 2011


















Penulis diundang untuk menghadiri Mesyuarat/Pertemuan Penulis Bukan Melayu bersama-sama YBhg. Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Ab. Majid, Ahli Lembaga Pengelola DBP di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengelola, Aras 30, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 16 November 2011 (Rabu).

Tuesday, November 15, 2011

Selamat Berjuang Pasukan Robotik MES 2011














Setiap warga Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, Alumni MES dan SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan memanjatkan sejuta doa agar wira dan wirawati Robotik MES 2011 dapat bertanding dengan sungguh-sungguh, kreatif, inovatif dan seterusnya mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam Pertandingan Robotik Sedunia yang akan berlangsung di Abu Dhabi pada 17 - 22 November 2011.

Ulangi kecemerlangan dan kegemilangan yang bersejarah pasukan Robotik MES dalam Kejohanan Robotik Sedunia di Yokohama, Jepun (Naib Johan - 2008) dan di Pohang, Korea Selatan (Johan - 2009). Sesungguhnya, MES Boleh!

Monday, November 14, 2011

Jamuan 1 Malaysia



















Lembaga Pengelola Sekolah SMK Methodist, 35900 Tg. Malim berkesempatan menghadiri Jamuan 1 Malaysia bersempena dengan sambutan Deepavali 2011 anjuran MCA Bahagian Tanjong Malim di Dewan Muhibah, Bidor pada 14 November 2011. Majlis gilang-gemilang tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA.

LPS SMK Methodist, 35900 Tg. Malim turut berpeluang untuk menyampaikan permohonan peruntukan untuk Tabung Pembangunan Sekolah kepada YB Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Sunday, November 13, 2011














Teachers’ union says no to 9-hour policy
By G. Manimaran
November 13, 2011
(Dengan izin...)

KUALA LUMPUR, Nov 13 – The National Union of the Teaching Profession (NUTP) today urged Putrajaya to revoke the nine hours a day teaching policy for school teachers, as a study has shown it was not beneficial.

NUTP also said that the new policy was not suitable at the moment as many schools lack comfortable facilities for teachers.

The new policy will be implemented January 2012 onwards in four states – Melaka, Sarawak, Pahang and Johor – and will affect about 5,000 teachers from primary and secondary institutions.

NUTP president Hashim Adnan the new policy would not bring positive results if school facilities and workload of the teachers were considered.

“Moreover, teachers are not compelled to work nine hours a day like other services. As the minister said (today), teachers have to have enough rest and they actually work more than nine hours,” he told The Malaysian Insider today.

Hashim added that the policy was not popular among teachers, therefore “why should the government go ahead with it?”

He explained that the education ministry should conduct a study before implementing the policy.

Under this new policy, morning school teachers are required to be in school from 7.30am until 4.30pm whereas afternoon school teachers are required to be on duty at 9.30am to 6.30pm.

Yesterday, deputy education minister Datuk Dr Wee Ka Siong had urged teachers not to ‘panic’ with the new policy.

However, Hashim said it was best to forgo the new policy.

“These early signs show that the policy is not going to work, so just revoke it. It’s a waste of time to conduct the study,” he said, adding he hoped the public service department will look into this case especially the facilities at work.

“If we were to sit at work for nine hours, we need to have comfortable facilities. Staff in other agencies have tables, a comfortable environment, but not in schools.”

(Sumber: Malaysian Insider 13 November 2011)

Saturday, November 12, 2011

Warkah Buat Anak-anak Didik SPM MES 2011















Selamat Maju Jaya buat anak-anak didik Tingkatan 5 Sains 1, Sains 2, Sains 3, Akaun, Perdagangan dan Ekonomi, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim dalam peperiksaan penting SPM 2011. Salam Bahasa Jiwa Bangsa. Ingatan tulus ikhlas daripada Cikgu Chai Loon Guan, GC BM, Ketua Panitia Bahasa Melayu, dan Munsyi DBP, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Sajak - Sungai Hidup
















SUNGAI HIDUP

biarpun deru
kota kemodenan
kian menjalar
di desa marhaennya
orang tua itu
tetap setia
menjala hidup
di sungai rezeki
tetap gigih
membanting tulang
di lautan harapan

doanya dalam pasrah
agar hidup anak cucu
makmur aman zaman-berzaman

di desa terpencil inilah
cintanya kian membara
setianya kian berbunga
bahagianya kian bersketsa
di landskap hidupnya
yang kian senja
yang kian tua!

Chai Loon Guan, Taman Intan Setia, Tg.Malim.
12 November 2011

(Sumber: Mingguan Malaysia - 20 November 2011)

Kartun

Majlis Silaturahim Hari Keluarga MES
















































































Majlis Silaturahim Hari Keluarga SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim (MES) di Awana Genting Highlands, Genting Highlands pada 12 November 2011.

Friday, November 11, 2011

Sajak - Hujan
















Hujan

mendung muram
mengundang gila hujan
alam
diselubungi kabus
dibasahi ribut
dibelai dingin angin
monsun

sungguh, insan
bisa merancang
hanya Tuhan
merencanakan kehidupan

dalam sihir hujan
termangu aku
mentafsir melodi ribut
menghalusi bahasa alam
menghayati puisi hujan
menyelami dingin iklim
sebelum aku
pasrah kepada-Nya!

Chai Loon Guan, Tg.Malim.
12 November 2011.

Bicara Pelan Atap Dataran MES

















Alumni MES, YBhg. Encik Lee Seng Kit sedang berbicara tentang Draf Awal Pelan Atap Dataran MES bersama-sama dengan YBrs. Encik Lee Weng Woh (Pengetua MES), YBhg. Encik Mohganaselvam a/l Nadarajah (Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah), YBrs. Encik Ganesan a/l Suppiah (PK Kokurikulum MES) pada 11 November 2011 di Restoran Fu Man, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Koir MES 2011




















Koir MES sedang berlatih dan bertanding dalam Pertandingan Koir Peringkat Negeri Perak pada 9 - 10 November 2011 di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.

Angsa Putih












Pelukis:
Chai Wuang Shen, IPGM Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.
Media:
Pensel Warna

Ungkapan





Bahasa Berwibawa Sastera Bermutu,
Kualiti Dipulihara Martabat di Mercu.