Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, September 30, 2011

Sajak - Aksara Sandiwara

Aksara Sandiwara

hulurkan dukamu
untuk aku
jadikan madu
hulurkan laramu
untuk aku
jadikan rindu

dan, tibalah waktu
untuk aku
mengutusimu miskin
agar kauhargai
peluh keringat
yang membasahi jiwa raga
marhaen
untuk aku
mengirimimu susah
agar kaufahami
perit sukar kebuluran
derita papa kesusahan

hulurkan seikhlas tulus
empati hati suci
bukan aksara sandiwara
di atas pentas pura-pura!

Chai Loon Guan,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Ipoh.
26 - 29 September 2011.

Thursday, September 29, 2011

Staf Akademik MES 2011






















Guru-guru MES 2011 (Sidang Pagi dan Sidang Petang) bergambar kenangan untuk diabadikan dalam majalah tahunan sekolah - IMPETUS 2011.

Wednesday, September 28, 2011

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2011



Para calon Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak yang mewakili 10 daerah dari seluruh negeri Perak sedang tekun mengikuti kuliah bimbingan dan tunjuk cara daripada para fasilitator lantikan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, iaitu Encik Abdul Aziz Jamaludin, BTPN Ipoh (Kepimpinan), Puan Arinawati bt. Mohd Yaasin, BTPN WP Kuala Lumpur (Teknik Membaca Berkesan), Puan Hasni bt. Abdul Rahman, GC BM (Pengucapan Umum), Encik Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan (Teknik Ulasan Puisi Moden) dan Puan Norsaedah bt. Che Ri, JU Kesusasteraan Melayu dan PLKN (Teknik Ulasan Puisi Tradisional) di Bilik Juara Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 26 - 29 September 2011. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, September 26, 2011

Kata-kata Imam Al Ghazali

Suatu hari, semasa Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, lalu Imam Al Ghazali bertanyakan 6 soalan:
Pertama
“Apakah yang paling dekat atau rapat dengan diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab “Ibu bapa atau guru atau kawan dan sahabat”

Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan adalah benar. Tetapi yang paling dekat atau rapat dengan kita adalah MATI; oleh sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surat Al Imran ayat 185). Oleh itu, berlumba-lumbalah kita membuat persiapan untuk kembali menemui pencipta kita bila-bila masa sahaja.

Kedua
“Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini?”
Murid-murid beliau ada yang menjawab “Negara China atau bulan atau matahari atau bintang-bintang”.

Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan oleh mereka adalah benar. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara jua pun, kita tidak dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Ketiga
“Apa yang paling besar di dunia ini?”  Murid-muridnya menjawab “Gunung atau bumi atau matahari”.

Semua jawapan itu benar kata Imam Al Ghazali. Tetapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini ialah NAFSU (Surat Al A’raf Ayat 179). Sebenarnya anugerah nafsu kepada manusialah yang membezakan manusia daripada malaikat. Maka kita harus berhati-hati dengan anugerah tersebut, menggunakan sebaik-baiknya bersama dengan akal untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Semoga nafsu mutmainnah yang sentiasa mendampingi kita membawa ke jalan yang diredhai-Nya serta mendapat keberkatan-Nya.

Keempat
“Apa yang paling berat di dunia?” Ada jawapan yang diberikan ialah besi dan gajah.

Semua jawapan adalah benar, kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling berat ialah MEMEGANG AMANAH (Surat Al Ahzab ayat 72). Langit termasuk malaikat dan bumi serta gunung ganang semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah atau pemimpin di dunia ini. Hanya manusia yang menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga ramai dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat menyempurnakan amanahNya.

Kelima
“Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT. Peringatan ini adalah untuk kita menginsafi bahawa solat ialah salah satu perintah Allah tapi
ditinggalkan hanya kerana leka atau alasan yang longgar seperti leka membeli-belah di bazar Ramadan atau pasar malam atau bersuka ria dalam sesuatu perayaan lalu terlepas waktu solat.

Akhir sekali soalan Keenam
“Apakah yang paling tajam di dunia?” Murid Imam Al Ghazali serentak menjawab “Pedang”.

Benar kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling tajam di dunia ialah LIDAH MANUSIA, kerana lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri sama ada melalui umpat mengumpat atau ketika marah. Sebaliknya, marilah kita gunakan lidah untuk menyampaikan berita baik dan memberikan nasihat ingat-mengingatkan.

Majlis Hari Jadi

Gambarkan Suasana Sambutan Majlis Hari Jadi Anda pada Tahun Ini.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyambut hari jadi saya yang ke -12. Majlis hari jadi saya telah diadakan di rumah saya pada waktu malam.

Emak telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang beraroma dan enak. Bapa pula turut membantu, yakni menolong emak menghias ruang tamu rumah dengan barang hiasan yang menarik dan cantik seperti belon, riben, kad-kad ucapan dan bunga-bungaan. Banyak kawan telah datang ke rumah saya untuk meraikan hari jadi saya pada malam itu. Mereka turut membawa hadiah untuk kenangan saya.

Kawan-kawan saya memulakan majlis pada malam itu dengan memasang dan menyalakan lilin di atas sebuah kek yang besar. Kemudian mereka menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” untuk saya. Kami menyanyikan lagu tersebut bersama-sama sambil bertepuk tangan dengan gembira sekali. Sebaik selesai menyanyi, saya pun dibenarkan memasang hajat sebelum meniup lilin kek. Kedengaran tepukan gemuruh daripada kawan-kawan saya. Mereka turut mengucapkan tahniah dan berdoa agar saya sihat sejahtera hendaknya dan  maju jaya selalu.

Selepas itu, saya memotong kek dan menjemput kawan-kawan saya menjamu selera dengan aneka juadah yang telah disediakan. Kami makan sambil berbual-bual dengan gembira. Selepas itu, saya diberi penghormatan untuk membuka hadiah yang saya peroleh.

Pada pukul 9:30 malam, majlis tersebut pun tamat. Kawan-kawan saya mengucapkan terima kasih sebelum pulang ke rumah masing-masing. Selepas itu saya membantu emak mengemaskan rumah. Kakak turut menghulurkan bantuan. Kakak membantu kami membasuh pinggan dan mangkuk di dapur. Sebenarnya, kami bergotong-royong membersihkan ruang tamu rumah.

Saya berasa amat gembira pada malam itu kerana dapat memyambut hari jadi saya dengan meriah sekali. Saya berharap agar majlis sambutan hari jadi saya akan menjadi lebih meriah pada tahun depan. Yang penting, saya perlu belajar rajin-rajin, bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum sekolah dan sihat walafiat pada setiap masa.

Hasil tulisan:
Ong Wee Ming, Tingkatan 1 Hijau, SMJK Katholik, 35900 Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan.

Sunday, September 25, 2011

Cenderamata Persaraan

Cenderamata persaraan daripada guru-guru sidang pagi SMK Methodist, 35900 Tg. Malim kepada Tn.Hj.Ahmad Faauzi bin Hj. Husin bersempena dengan tarikh persaraan beliau pada 19 September 2011. Cenderamata disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim.
Selamat Bersara.

Saturday, September 24, 2011

Malam Kebudayaan Cina IPGM Kota Bharu 2011

Ilham cipta:
Chai Wuang Shen, IPGM Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Friday, September 23, 2011

Novel BM T5 SPM - Kembara Amira

KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

Novel ini mengisahkan pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique.

Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.

Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.

Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique. Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.

Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu. Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi). Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik Malique.

Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.

Tema

Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

Persoalan

Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.

Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Pembinaan Plot
(i) Permulaan

Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang. Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia. Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

(iii) Klimaks

Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

(iv) Peleraian

Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau. Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.

Teknik Plot
1. Pemerian

Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.

2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak

“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.
5. Suspens

Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.
"Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.

Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.

Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang berkulit putih.

Watak Utama
Amira

Pelajar sekolah swasta. Anak Profesor Zaidah. Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT. Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.

Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.

Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Watak Sampingan
1. Jacinta

Berkulit cerah. Berbangsa Cina. Rakan sebilik Amira di sekolah swasta. Anak seorang jutawan.
Telah kematian ibunya empat tahun lalu. Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.

Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

2. Itai

Berkulit gelap. Berbadan tegap. Anak orang asli yang bersekolah di bandar. Anak kepada Tau. Bakal ketua kampung.

Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.

Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

3. Profesor Zaidah

Wanita pertengahan usia. Ibu kepada Amira. Pensyarah universiti dan meminati bidang arkeologi.

Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.

Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.
4. Tau

Seorang yang tinggi lampai. Berbadan tegap. Bapa kepada Malique dan Itai. Bekas suami kepada Ipah (Jennifer). Adik kepada Ludin.

Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.

Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.

Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.
5. Malique (Sabi)

Berkulit gelap. Berambut kasar. Anak Tau dengan Ipah. Abang kepada Itai. Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.

Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

Gaya Bahasa
1. Simile

Contoh:
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

2. Personifikasi

Contoh:
Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

3. Hiperbola

Contoh:
“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”
4. Sinkope

Contoh:
“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

5. Inversi

Contoh:
Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

6. Kata Ganda

Contoh:
Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru Samantha.

7. Peribahasa

Contoh:
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.

Nilai

1. Nilai bekerjasama

Contoh:
Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

2. Nilai kasih sayang

Contoh:
Kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

3. Nilai keberanian

Contoh:
Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

4. Nilai cinta akan alam sekitar

Contoh:
Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

5. Nilai semangat bermasyarakat

Contoh:
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

6. Nilai kesopanan

Contoh:
Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

7. Nilai ketaatan

Contoh:
Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

8. Nilai amanah

Contoh:
Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.

9. Nilai keikhlasan

Contoh:
Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.

10. Nilai tolong-menolong

Contoh:
Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Pengajaran

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Contoh Soalan:

a.Jelaskan tiga persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira.
b.Jelaskan tiga perwatakan Prof. Zaidah.
Persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Persoalan kedua ialah persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya. Persoalan ketiga pula ialah persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

Prof. Zaidah ialah watak sampingan novel Kembara Amira. Perwatakan beliau ialah beliau seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Beliau juga seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Selai itu beliau juga seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

(Sumber: Munsyi Sastera 2011)

Doa Restu PMR - SPM PPC MES 2011

Persatuan Pengajian Cina, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim telah berjaya mengadakan upacara Mohon Doa Restu MES 2011 pada 24 September 2011 (Sabtu) bertempat di Kuil Buddha Po Pau Lin, Jalan Slim Lama, 35900 Tg. Malim. Murid-murid Cina yang beragama Buddha daripada Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM) telah hadir untuk merealisasikan majlis. Yang turut hadir ialah Puan Yeoh Bee Bee (Guru Penasihat PPC), Cik Liow Bee Teen (Penolong Guru Penasihat PPC) dan Encik Chai Loon Guan (GC BM dan Munsyi Dewan). Selamat Maju Jaya. Salam.

Majlis Kesyukuran

Majlis Kesyukuran Aidilfitri 1432H dan Kemerdekaan Ke-54 Daerah Batang Padang akan berlangsung di Dewan Seri Tanjong, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim, Bandar Behrang 2020 pada hari Selasa bersamaan 27 September 2011.
Kesyukuran dirai, keinsafan dihayati.

Thursday, September 22, 2011

Sajak - Dendam

usah kaubiarkan
dendam berdarah
kerana kalah
atau berbalah

harus kauingat
lumrah kehidupan
menang kalah
adalah
warna-warni sayembara
kikiskan
kesumat dendam
nostalgiakan kegagalan
hayati kisah silam

dan bangkitlah
untuk kaucipta
sejarah masa depan
yang
gilang-gemilang!
Chai Loon Guan,
Taman Intan Setia, 35900 Tg.Malim.

Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak 2011



Khemah Membaca dan Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Negeri Perak Darul Ridzuan 2011 akan berlangsung di BTPN, Tasik, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 26 - 29 September 2011.

Sajak - MAAF

maaf
seringkali bermain di gigi pantai
tanpa segan
tanpa malu

sesekali
dibiarkan maaf
dilambung ombak
ditimbang samudera
lautan sandiwara
manusia

biarkan jangan
maaf dilafazkan
sekadar mengacapkalikan kesilapan
atau membenarkan kedustaan
di pentas pura-pura

campakkanlah
duka maaf
ke laut dalam
biarkan ia tersimpan
zaman-berzaman
di kubur kenangan!

Chai Loon Guan,
Kamar Guru, MES Tg.Malim.

Monday, September 19, 2011

Majlis Persaraan Tn.Hj.Ahmad Faauzi Hj.Husin






Guru-guru dan murid-murid SMK Methodist, 35900 Tg. Malim telah meraikan persaraan Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Faauzi bin Haji Husin di Dataran Perhimpunan MES pada 19 September 2011. Tuan Hj. Ahmad Faauzi memulakan kerjaya perguruannya di SMK Methodist, 35900 Tg. Malim pada 7 Januari 1980 sehingga beliau bersara pilihan di sekolah yang sama selepas berkhidmat selama 31 tahun. Selamat bersara, YBhg. Tn.Hj. Ahmad Faauzi Hj.Husin.
Cikgu, jasamu dikenang.
Dirgahayu, guruku!

Saturday, September 17, 2011

Cerpen T2 - Gema Sepi Gadis Genius

Gema Sepi Gadis Genius
- Azmah Nordin

Tema – Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan. Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia merupakan gadis genius.

Binaan Plot
Cerpen ini digarap secara tidak kronologi kerana banyak terdapat unsur imbas kembali.

Permulaan:
Basirah menghadapi masalah “busut” dalam sistem komputer Makmal Perdana tempat dia bekerja. Dia tidak dapat mengenal pasti orang yang bertanggungjawab atas masalah “busut” ini.

Perkembangan:
Dalam kekusutan fikirannya itu, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani. Bayang-bayang masa silam kembali berlegar dalam ingatannya. Basirah lebih cepat berkembang sama ada dari segi fizikal mahupun intelek. Masalah “busut” dalam komputer telah menyebabkan timbul “busut” yang lain kepada Basirah, iaitu “busut” peribadinya. Walaupun Basirah merupakan seorang gadis genius, tetapi hidupnya sering dilanda kesepian. Dia ingin menjadi seorang gadis periang seperti kakaknya, tetapi dia tidak mampu melakukannya kerana perasaan egonya sebagai seorang gadis genius. Dia ingin menjalinkan sebuah persahabatan, tetapi dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja. Di samping itu, dia juga tercabar dengan ujian dan sindiran oleh orang-orang dewasa di tempat kerjanya. “Busut” yang paling menghantuinya siang dan malam ialah “busut” yang menyebabkan ibunya meninggal dunia. Namun, Basirah menghadapi segala-galanya dengan tabah.

Klimaks:
Basirah mendapat klu kepada masalah pencerobohan dalam sistem komputer itu. Dia perlu memasang alat osiloskop. Untuk itu, dia banyak memerlukan “kawan elektronik” dari banyak negara. Basirah mula rasa tertekan kerana dia tidak pernah mempunyai kawan istimewa yang dapat dijadikan tempat mengadu. Tiba-tiba, lamunannya terhenti dengan kehadiran sekumpulan remaja termasuk kakaknya, Hanani. Mereka datang untuk meraikan hari jadinya yang ke-14. Dengan bantuan kakak dan rakan-rakan kakaknya itu, Basirah berjaya mengesan penceroboh sistem komputer yang dicari-cari selama ini.

Peleraian:
Penceroboh sistem komputer yang telah dikesan itu ialah seorang pemuda genius bernama Roger Maris dari Los Angeles. Pensyarah Basirah mengucapkan tahniah atas kejayaan Basirah dan rakan-rakannya.

(Sumber: KOMSAS Sasbadi 2011)

Novel

NOVEL SEBAGAI GAMBARAN PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT MELAYU
by Djazlam Zainal

Kajian sosial yang dibuat oleh Virgania Matheson Hooker terhadap novel-novel Melayu, menunjukkan bahawa etnonasionalisme Melayu sejak tahun 1920 hingga 1980 sangat membimbangi akan kehilangan keperibadian kebangsaan. Orang Melayu menggunakan novel bagi menjelaskan kebimbangannya bahawa bangsa Melayu di tanah airnya sendiri. Bahaya ini dizahirkan apabila orang asing begitu progresif dan maju hingga mengaut keuntungan dan meminggirkan orang Melayu.

Mereka yang menulis novel Melayu adalah kelas Melayu yang berpendidikan sama ada pendidikan Inggeris di Tanah Melayu atau pendidikan Arab di sekolah-sekolah pondok di Bukit Semanggol, Kubang Kerian atau di Sumatera. Memahami konteks pengarang Melayu menulis sangat penting kerana pengarang Melayu jelas tidak mempedulikan soal yang berkaitan dengan ciri negara sebagai entiti yang abstrak. Terutama pada tahun-tahun 1950-1960an, mereka melihat dan mempersoalkan pembahagian sosial yang semakin meluas.

Pengarang novel mencipta watak yang bergelut dengan isu ini secara bersendirian dan menghuraikan pencapaian dan kelemahan mereka. Daripada perjuangan individu yang bergelut dengan masa dan keadaan bukan saja muncul gambaran tentang pencapaian peribadi tetapi pembentukan sistem nilai yang khusus bersifat Melayu bagi meneruskan hidup dalam dunia yang kompleks ini.

Rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur membuktikan betapa kurangnya penerimaan rakyat terhadap konsep bernegara. Etnonasionalisme dalam novel Melayu menekan nilai bangsa di Asia Tenggara merentasi sempadan etnik, isu tentang etnik, hak asasi, pengucapan politik dan kemerdekaan menjadi tumpuan paling utama kepada kerajaan yang cuba mengekalkan kawal berpusat terhadap pelbagai kelompok. Novel dijadikan ruang untuk meneliti seluruh persoalan tentang nasionalisme etnik dan keperluan untuk pengucapannya.

Pengarang novel memilih bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang memberi tumpuan kepada kelompok bukan elit dan kelas bawahan dalam masyarakat Melayu. Dengan memilih untuk menulis dalam bahasa Melayu dan bukan bahasa Inggeris, pengarang mengaitkan diri mereka dengan orang Melayu yang bukan berpendidikan Inggeris, orang Melayu yang jarang-jarang akan termasuk kelompok kelas atasan di bawah sistem penjajah. Dengan menulis dalam bahasa Melayu mereka mengungkapkan kesetiaan kepada budaya ( nasionalisme budaya ) dengan menyokong budaya dan masyarakat Melayu.

Kenapakah bahasa Melayu digunakan dalam lingkungan umum khusus dalam penulisan buku dalam bahasa Melayu? Mereka ini bukanlah dari golongan atasan yang merupakan pemimpin tradisional orang Melayu. Mereka merasa gembira sekiranya idea yang didapati daripada bahan bacaan, pendidikan dan pergaulan dapat disebarluasan melalui novel. Umum mereka berasa yakin bahawa bangsa Melayu harus meninggalkan amalan tradisi yang lapuk menghadapi dunia modern yang ditawarkan oleh pendidikan dan pemikiran rasional. Mereka mengecam pemimpin tradisional yang tidak mengambil berat tentang kemajuan bangsa Melayu.

Kebimbangan juga dapat dirasai dengan kehadiran sebegitu banyak orang asing yang dibawa oleh pihak British sebagai buruh di lombong dan estet. Berbekalkan idea dan istilah yang diserap daripada perbicaraan akhbar, buku, jurnal dan sebagainya, menyebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk menggalakkan perubahan. Dengan menulis novel mereka dapat menyakinkan seluruh wahana yang mereka inginkan.

Novel yang disorot oleh Virginia ialah Faridah Hanum ( Syed Syekh Al-Hadi, 1925 ) Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan ( Ahmad Kotot, 1927 ) Melor Kuala Lumpur ( Harun Aminurrashid, 1930 ) Putera Gunung Tahan ( Ishak Haji Muhammad, 1938 ) Melati Kota Bharu ( Kadir Adabi, 1939 ) Anak Mat Lela Gila ( Ishak Haji Muhammad, 1941 ) Mari Kita Berjuang ( Abdullah Sidek, 1941 ) Nyawa di Hujung Pedang ( Ahmad Murad, 1946 ) Bilik 69 ( Ahmad Lufti, 1949 ) Saka Kampung Gergasi ( Wijaya Mala, 1950 ) Mata Intan ( Wijaya Mala, 1951 ) Rumah Kosong ( Hamzah, 1954 ) Pengantin Baru ( Ishak Haji Muhammad, 1957 ) Musafir ( Hasan Ali, 1958 ) Hari Mana Bulan Mana ( Salmi Manja, 1960 ) Salina ( A. Samad Said, 1961 ) Desa Pingitan ( Ibrahim Omar, 1964 ) Merangkaklah Senja Menutup Pandangan ( Ruhi Hayat, 1964 ) Rentong ( Shahnon Ahmad, 1965 ) Ranjau Sepanjang Jalan ( Shahnon Ahmad, 1966 ) Tulang-Tulang Berselerakan ( Usman Awang, 1966 ) Seroja Masih di Kolam ( Adibah Amin , 1968 ) Merpati Putih Terbang Lagi ( Khatijah Hashim, 1972 ) Perjudian ( S. Othman Kelantan, 1973 ) Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman ( Anwar Ridhwan, 1979 ) Kepulangan ( Fatimah Busu, 1980 )

Kajian Virginia hingga ke tahun 1980 adalah dikira wajar kerana inilah masanya negara paling bersilang. Apabila Dasar Ekonomi Baru mula menampakkan cahaya apabila gandingan Mahathir- Anwar Ibrahim menerajui Malaysia, novel Malaysia menanjak kepada keoptimisan. Dan ia mulai berantakan menjelang perpecahan gandingan tersebut pada akhir abang ke 20.

Metodologi tentang pemilihan karya kajian beliau adalah naratif cereka moden Melayu yang awal sangat komited dengan pembaca mereka dan dengan konteks sosial mereka dan karya Melayu yang lebih baru secara terbuka mengumumkan kaitannya dengan masyarakat. Secara simbolik mereka menunjukkan ketaatan kepada raja yang mereka paparkan kepada kumpulan baru iaitu bangsa Melayu, Islam dan Tanah Melayu. Golongan penulis ini juga mengetengahkan hikayat baru seperti Hikayat Faridah Hanum yang lebih melatari ' rakyat ' berbanding hikayat lama yang lebih kepada ' bangsawan '. Untuk melihat lebih khusus lagi, hanya lima buah novel yang akan diberi penekanan iaitu Hikayat Faridah Hanum, Tulang-Tulang Berselerakan, Salina, Ranjau Sepanjang Jalan dan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.

Dalam Hikayat Faridah Hanum, penulis memulakan ceritanya dengan tarikh Mei 1894 di sebuah tempat iaitu Jalan al-Abbasiah di Kaherah. Tarikh dan tempat ini dapat menarik fokus pembaca hingga dapat menyerlahkan akan kebenaran cerita. Hikayat ini menceritakan tentang keakrapan Faridah dan Shafik sebagai orang yang terpelajar. Namun tradisi keislaman juga mulai tercabar bila digambar kedua pasangan kekasih ini berpelukan. Walau pun Faridah akan ditunangkan dan eterusnya berkahwin dengan pilihan keluarganya, tetapi Faridah masih mengharapkan Shafik hingga usahanya untuk membatalkan perkahwinan itu berhasil. Atas beberapa kesilapan teknik, perkahwinan Faridah dan suaminya dapat dibatalkan.

Pengarang menggambarkan khalifah Mesir ketika itu seorang yang mudah ditemui. Ia mahu hal ini dapat disebarkan di Tanah Melayu yang mempunyai persamaan kepercayaan iaitu Islam. Faridah juga digambarkan sebagai gadis bangsawan yang sangat halus budi bahasanya dan hendaknya ini akan merentas kepada puteri bangsawan Melayu. Faridah juga digambarkan dengan elok hubungannya dengan orang gaji. Sebagai majikan Faridah memberi tunjukajar tentang arti perawan. Katanya keperawanan melambangkan ketegangan antara sifat keji lelaki dengan akal fikiran dan ilmu sebagai cara untuk mengawal nafsu syahwat. Pesannya, " wanita itu wajib hidup dalam bersih dan keredaan Tuhannya menghasilkan upayanya akan menjaga mutiara kehidupannya " Pengarang secara tidak langsung mahu masyarakat Melayu memiliki sifat-sifat murni selaras dengan Islam sebagai agama yang dianutinya.

Novel-novel erakemerdekaan Ranjau Sepanjang Jalan, Tulang-Tulang Berselerakan dan Salina menunjukkan bagaimana pertempuran dan perjuangan yang berterusan boleh mengakibatkan perpecahan, malah kematian. Dalam Tulang-Tulang Berselerakkan penekanan diberikan pada zaman darurat. Konfliks dan kontradiksi menjadi teka-teki. Polis berkawal di hutan memburu mereka yang tidak dikenali dan bukan musuh mereka. Mereka sukar memahami atau menerima konsep membunuh tanpa tujuan peribadi. Dan semasa mereka bersedia membunuh, mereka juga menunggu dibunuh oleh orang yang mungkin tiba-tiba muncul di hadapan mereka di hutan tebal itu. Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan diburu kematian oleh duri-duri menerung di dalam sawah. Lahuma mati kerana terkena duri menerung yang menyebabkan kakinya membusung dan membusuk. Mati menjadi topik utama dalam kedua-dua novel ini.

Salina sebagai sebuah novel Melayu yang menembusi pemikiran sastra barat mengisahkan perang menjerumuskan watak-watak nanar Melayu seperti Salina menjadi pelacur. Salina menjalani hidup hitam dengan masa depannya. Dengan menyara seorang adik angkat ' Helmi ' Salina tetap tenang dalam dunia hitamnya. Watak hitam Salina cuba dinyahkan oleh pengkaji sastra Melayu sebagai watak luar biasa dalam penulisan novel Melayu. Tetapi A. Teeuw melihatnya dalam kaca mata sastra barat hingga menampakkan gejala-gejala kontradiksi dalam memperkatakan sastra Melayu ketika itu. Namun Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman menutup segala kegundahan tersebut apabila karya ini mengungkapkan tentang hari-hari seorang seniman rakyat. Pak Hasan seorang penglipurlara dan mengesek rebab bertali tiga, mati dalam holusinasi kepercayaan sakral ' pucuk pujangga songsang ' " Jika Pak Hasan yakin dengan penemuannya itu, berbahagialah dengan keyakinannya itu "

Novel Melayu menjelang akhir abad 20 menjadi semakin kompleks. Shahnon Ahmad menghasilkan Shit dan Anwar Ridhwan menghasilkan Naratif Ogonshoto. Arenawati juga menerbitkan Sudara yang mencari identiti Melayu. Faisal Tehrani dengan Surat-Surat Perempuan Johor dan Siti Zainon Ismail dengan novel Delima Ranting Senja. Kekomplekan tema-tema novel Melayu mencari identiti Melayunya yang terperangkap dalam dogma dan pikum massa menjadi pengarang Melayu menyusur jauh ke daerah-daerah simbolisme yang memerlukan carian sumber penelaahan yang kental dan padu.

Daftar Pustaka
Virginia Matheson Hooker, Mencipta Masyarakat Baru, Kuala Lumpur, 2003

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia 2011

Bunga Teratai

Pelukis:
Chai Wuang Shen, IPGM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Medium:
Warna Air

Wednesday, September 14, 2011

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 6/2011 - Pendapat/Perbincangan

Sahabat merupakan sebahagian daripada hidup kita. Secara tidak langsung sahabat telah mempengaruhi hidup kita. Jelaskan faktor-faktor seseorang sahabat mampu mengubah hidup kita.

Sebagai manusia kita tidak mampu hidup berseorangan. Walaupun kita tidak mempunyai harta bertimbun, namun kita pasti akan berasa kesunyian kerana tidak mempunyai sesiapa di sisi untuk menemani. Selain ibu, bapa, abang, kakak, adik-adik, dan ahli keluarga yang lain, kita tidak boleh mengetepikan peranan seorang sahabat yang secara tidak langsung boleh mengubah kehidupan kita.

Menurut pakar sosiologi, seseorang sahabat mampu mengubah kehidupan kita melalui faktor persekitaran. Persekitaran yang sihat mampu mencorakkan peribadi seseorang. Sebagai contoh, kita berkawan dengan rakan-rakan yang pandai bermain bola sepak. Tidak mustahil kita juga yang pada awalnya tidak suka bermain bola sepak tetapi akhirnya akan terikut-ikut untuk bermain bola sepak. Kita mesti berhati-hati ketika memilih kawan. Hal ini kerana kita tidak mengetahui sama ada rakan tersebut mampu membimbing kita ke jalan yang benar ataupun ke lorong kegelapan.

Faktor kedua pula disebabkan perkongsian minat. Mempunyai minat atau kegemaran yang sama juga mampu mengubah kehidupan seseorang. Hal ini kerana perasaan minat itu menimbulkan keinginan untuk berkongsi sesuatu bersama-sama. Namun pada masa yang sama, perkongsian minat juga boleh memandu kita ke jalan yang salah. Sebagai contoh, jika seseorang perokok berkawan dengan perokok yang lain maka adalah mustahil untuknya berhenti merokok walaupun mempunyai niat ke arah itu.

Faktor yang terakhir ialah komunikasi. Komunikasi yang baik dan mantap mampu mengukuhkan sesebuah ikatan. Walaupun kita masih mempunyai anggota keluarga, kalangkala kita akan lebih senang berkongsi cerita dan rahsia dengan sahabat sekeliling. Sahabat menjadi tempat kita luahkan segala masalah. Pada masa inilah kita boleh menilai dan melihat bukti seorang sahabat itu benar-benar ikhlas berkawan dengan kita. Penilaian tersebut boleh juga dilihat menerusi nasihat yang diberikan oleh rakan. Nasihat yang elok akan membantu kita manakala nasihat yang negatif akan merosakkan kehidupan kita.

Oleh hal yang demikian, apa-apa juga faktornya, yang penting kita perlu mengetahui cara-cara untuk mencari dan mengenal pasti rakan sebaya yang baik. Teliti terlebih dahulu sifat peribadinya kerana jika kita tersilap langkah, yang merana ialah diri kita sendiri.

Karangan 6/2011 - Pendapat/Perbincangan
(Latihan - Melengkapkan Teks Karangan)

Sahabat merupakan sebahagian daripada hidup kita. Secara tidak langsung sahabat telah mempengaruhi hidup kita. Jelaskan faktor-faktor seseorang sahabat mampu mengubah hidup kita.

Sebagai manusia kita tidak mampu hidup berseorangan. Walaupun kita tidak mempunyai harta bertimbun, namun kita pasti akan __________ kesunyian kerana tidak mempunyai sesiapa di sisi untuk menemani. Selain ibu, bapa, abang, kakak, adik-adik, dan ahli keluarga yang lain, kita tidak boleh mengetepikan peranan seorang sahabat yang secara tidak langsung boleh ______________ kehidupan kita.
Menurut pakar sosiologi, seseorang sahabat _________ mengubah kehidupan kita melalui faktor persekitaran. Persekitaran yang sihat mampu mencorakkan peribadi seseorang. Sebagai ________, kita berkawan dengan rakan-rakan yang pandai bermain bola sepak. Tidak mustahil kita juga yang pada awalnya tidak suka bermain bola sepak tetapi akhirnya akan terikut-ikut untuk bermain bola sepak. Kita mesti berhati-hati ketika memilih kawan. Hal ini kerana kita tidak mengetahui sama ada ________ tersebut mampu membimbing kita ke jalan yang benar ataupun ke lorong kegelapan.

Faktor kedua pula disebabkan perkongsian minat. Mempunyai minat atau _____________ yang sama juga mampu mengubah kehidupan seseorang. Hal ini kerana perasaan minat itu menimbulkan keinginan untuk berkongsi sesuatu bersama-sama. Namun pada masa yang sama, perkongsian minat juga boleh memandu kita ke jalan yang salah. Sebagai contoh, jika seseorang perokok berkawan ___________ perokok yang lain maka adalah mustahil untuknya berhenti merokok walaupun mempunyai niat ke arah itu.

Faktor yang terakhir ialah komunikasi. Komunikasi yang baik _____ mantap mampu mengukuhkan sesebuah ikatan. Walaupun kita masih mempunyai anggota keluarga, kalangkala kita akan lebih senang berkongsi cerita dan rahsia _________ sahabat sekeliling. Sahabat menjadi tempat kita luahkan segala masalah. Pada masa inilah kita boleh menilai dan melihat bukti seorang sahabat itu benar-benar ikhlas berkawan dengan kita. Penilaian tersebut boleh juga dilihat menerusi nasihat yang diberikan oleh rakan. Nasihat yang elok akan membantu kita manakala nasihat yang _____________ akan merosakkan kehidupan kita.

Oleh hal yang demikian, apa-apa juga faktornya, yang penting kita perlu mengetahui cara-cara untuk mencari dan ____________ pasti rakan sebaya yang baik. Teliti terlebih dahulu sifat peribadinya kerana jika kita tersilap langkah, yang merana ialah diri ______ sendiri.


• Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim.
• Sumber: Karangan PMR – Kuasai Melalui Diagram, SAP Publications (M) Sdn. Bhd.





Tuesday, September 13, 2011

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 5/2011 – Dialog/Wawancara

Anda ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis novel tanah air. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

Kelahiran ‘Detik Miasara’ adalah antara novel yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat penulis Sukma Dewi atau nama sebenarnya Nurin binti Naim. Saya sangat bertuah kerana dapat mewawancara beliau sehari selepas pelancaran novel tersebut. Yang berikut ialah skrip wawancara saya bersama dengan Puan Nurin.
Sarimah : Apa khabar Puan Nurin?

Puan Nurin : Khabar baik.

Sarimah : Terima kasih kerana puan sudi meluangkan masa untuk sesi wawancara ini.

Puan Nurin : Sama-sama.

Sarimah : Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas karya terbaharu puan yang berjudul ‘Detik Miasara’. Bolehkah puan bercerita serba sedikit tentang novel terbaharu ini?

Puan Nurin :‘Detik Miasara’ merupakan karya saya yang ke-22. Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Miasara telah didera oleh ibu bapanya sejak kecil lagi. Semasa usianya menginjak remaja, dia nekad lari dari rumah untuk menyelamatkan diri tetapi malangnya dia telah ditangkap oleh sindiket pelacuran. Apa yang terjadi selepas itu merupakan detik-detik kehidupan yang telah saya kupas.

Sarimah : Adakah novel ini dihasilkan melalui pengalaman seseorang?

Puan Nurin : Novel ini dihasilkan bukan berdasarkan pengalaman seseorang. Novel ini dihasilkan selepas saya membaca satu artikel mengenai pengakuan seorang mangsa dera. Daripada sumber itu, saya mendapat ilham untuk mengolah cerita hingga terhasil novel ini.

Sarimah : Berapa lama masa yang puan ambil untuk menyiapkan novel ini?

Puan Nurin : Saya mengambil masa selama sebulan setengah untuk menyiapkannya. Novel ini merupakan karya saya yang terpantas pernah saya hasilkan. Biasanya saya mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk menyiapkan sebuah novel. Mungkin disebabkan banyak masa terluang, jadi saya dapat menyiapkannya dalam tempoh yang singkat.

Sarimah : Secara peribadi, dalam semua novel yang telah puan hasilkan, novel yang mana satu menjadi kegemaran puan?

Puan Nurin : Boleh dikatakan saya suka akan kesemua novel yang saya hasilkan. Namun begitu, pada saya novel ‘Seputih Pasir Pantai’ merupakan novel yang istimewa kerana ilham novel ini diperoleh ketika pulang dari Thailand sehari sebelum kejadian Tsunami. Hasil daripada jualan novel tersebut telah saya dermakan kepada mangsa Tsunami di Kedah, Thailand dan Acheh.

Sarimah : Sebelum saya mengakhiri wawancara ini, jika tidak keberatan bolehkah puan berkongsi dengan kami mengenai penulis yang puan kagumi dan novel yang puan sukai?

Puan Nurin : Saya amat mengagumi karya Arenawati dan Keris Mas. Semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi saya sudah terdedah oleh hasil karya mereka. Novel pilihan saya ialah karya Keris Mas, iaitu ‘Korban Kesuciannya’. Saya sudah membaca novel ini berkali-kali. Namun, saya tidak pernah jemu membacanya.

Sarimah : Terima kasih Puan Nurin. Kami mendoakan agar puan terus berjaya dalam penghasilan novel-novel tempatan.

Puan Nurin : Sama-sama dan terima kasih kembali.

Saya sempat membaca sinopsis novel ‘Detik Miasara’ sebelum mengundurkan diri dari kediaman Puan Nurin.

Karangan 5/2011 – Dialog/Wawancara
(Latihan - Melengkapkan Teks Karangan)

Anda ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis novel tanah air. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

Kelahiran ‘Detik Miasara’ adalah antara novel yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat penulis Sukma Dewi atau nama sebenarnya Nurin binti Naim. Saya sangat bertuah kerana dapat __________________ beliau sehari selepas pelancaran novel tersebut. Yang berikut ialah skrip wawancara saya bersama dengan Puan Nurin.

Sarimah : Apa khabar Puan Nurin?

Puan Nurin : Khabar baik.

Sarimah : Terima kasih kerana puan sudi __________ masa untuk sesi wawancara ini.

Puan Nurin : Sama-sama.

Sarimah : Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas karya terbaharu puan yang berjudul ‘Detik Miasara’. Bolehkah puan bercerita serba sedikit tentang novel terbaharu ini?

Puan Nurin :‘Detik Miasara’ merupakan karya saya yang ke-22. Novel ini ______________ seorang gadis yang bernama Miasara telah didera oleh ibu bapanya sejak kecil lagi. Semasa usianya menginjak remaja, dia nekad lari dari rumah untuk menyelamatkan diri tetapi malangnya dia telah ditangkap oleh sindiket pelacuran. Apa yang terjadi selepas itu merupakan detik-detik kehidupan yang telah saya kupas.

Sarimah : Adakah novel ini dihasilkan melalui pengalaman seseorang?

Puan Nurin : Novel ini dihasilkan bukan berdasarkan ____________ seseorang. Novel ini dihasilkan selepas saya membaca satu artikel mengenai pengakuan seorang mangsa dera. Daripada sumber itu, saya mendapat __________ untuk mengolah cerita hingga terhasil novel ini.

Sarimah : Berapa lama masa yang puan ambil untuk menyiapkan novel ini?

Puan Nurin : Saya mengambil _______ selama sebulan setengah untuk menyiapkannya. Novel ini merupakan karya saya yang terpantas pernah saya hasilkan. Biasanya saya mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk menyiapkan sebuah novel. Mungkin disebabkan banyak masa terluang, jadi saya dapat menyiapkannya dalam ___________ yang singkat.

Sarimah : Secara peribadi, dalam semua novel yang telah puan hasilkan, novel yang mana satu menjadi kegemaran puan?

Puan Nurin : Boleh dikatakan saya suka akan kesemua novel yang saya hasilkan. Namun begitu, pada saya novel ‘Seputih Pasir Pantai’ merupakan novel yang istimewa kerana ________ novel ini diperoleh ketika pulang dari Thailand sehari sebelum kejadian Tsunami. Hasil daripada jualan novel tersebut telah saya dermakan kepada mangsa Tsunami di Kedah, Thailand dan Acheh.

Sarimah : Sebelum saya mengakhiri wawancara ini, jika tidak ______________ bolehkah puan berkongsi dengan kami mengenai penulis yang puan kagumi dan novel yang puan sukai?

Puan Nurin : Saya amat mengagumi karya Arenawati dan Keris Mas. Semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi saya sudah terdedah oleh hasil karya mereka. Novel pilihan saya ialah karya Keris Mas, iaitu ‘Korban Kesuciannya’. Saya sudah membaca novel ini berkali-kali. Namun, saya tidak ________ jemu membacanya.

Sarimah : Terima kasih Puan Nurin. Kami mendoakan agar puan terus _________ dalam penghasilan novel-novel tempatan.

Puan Nurin : Sama-sama dan terima kasih kembali.

Saya sempat membaca sinopsis novel ‘Detik Miasara’ sebelum mengundurkan diri dari kediaman Puan Nurin.

Monday, September 12, 2011

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 4/2011 – Cereka

Akhiri cerita anda dengan ayat yang berikut: “Bukan di sekolah. Bukan di Kuala Lumpur. Tetapi di Pantai Cherating. Ketika itu barulah aku berfikir betapa kecilnya dunia.”

Sudah lama aku berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Pantai Cherating dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan. Setelah hampir tiga bulan merancang, maka kira-kira pukul 10 pagi kami pun bertolak dari rumah menuju ke Kuantan.
Perjalanan yang memakan masa hampir enam jam tidak terasa jauhnya kerana sepanjang perjalanan, aku begitu asyik menikmati suasana kampung, hutan belukar dan keindahan alam sekitar. Dalam hatiku terselit rasa bangga kerana alam sekitar ini masih lagi dipelihara dengan elok. Kami berhenti di bandar Kuantan untuk mengalas perut. Suasana di bandar ini tetap sibuk walaupun hari tersebut bukanlah hari cuti. Bandar Kuantan tidak sesibuk Kuala Lumpur tetapi kenderaan yang bertali arus menunjukkan bandar ini tetap berfungsi tanpa mengira masa.

Selepas makan, kami terus menuju ke Pantai Cherating yang jaraknya tidak jauh dari bandar. Walaupun perjalanan ke pantai tidak mengambil masa sehingga sejam, aku terasa perjalanan kali ini lebih lambat berbanding dengan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Pada ketika itu, aku sudah membayangkan keindahan pantai yang aku idamkan dan kegembiraan bermandi-manda di sana. Aku tersenyum sendirian. Akhirnya, kami sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju. Tanpa membuang masa aku terus berlari menuju ke gigi air. Sambil menuju ke pantai, aku terdengar akan laungan abang menyuruh mengangkat barang terlebih dahulu, tetapi aku pura-pura tidak dengar.

Sebaik tiba di gigi air, aku terus menjerit kepuasan. Terasa seluruh masalahku terbang bersama dengan jeritan tadi. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menghirup udara pantai yang segar. Ketika aku asyik melontarkan pandanganku ke laut, tiba-tiba seseorang telah menegurku dari belakang. Segera aku menoleh. Alangkah terkejutnya aku melihat jasad tersebut. Dia sedang tersenyum memandang aku padahal dalam fikiranku sedang ligat memikirkan gerangan pemuda yang menegur aku. Seolah-olah dapat membaca kotak fikiranku, akhirnya dia bersuara memperkenalkan diri. Sambil itu dia bertanyakan khabar dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, aku tidak menjerit seraya memeluk tubuh di depan mataku. Rupanya inilah sahabat lamaku yang aku cari-cari selama ini.

Setelah aku berpindah ke Kuala Lumpur, aku pernah menghubunginya, tetapi rakan-rakanku memberitahu bahawa dia sudah berpindah. Aku tidak menyangka sama sekali setelah hampir enam tahun, kami bertemu kembali. Bukan di sekolah. Bukan di Kuala Lumpur. Tetapi di pantai Cherating. Ketika itu barulah aku berfikir betapa kecilnya dunia ini.

Karangan 4/2011 – Cereka
(Latihan - Melengkapkan Teks Karangan)
Akhiri cerita anda dengan ayat yang berikut: “Bukan di sekolah. Bukan di Kuala Lumpur. Tetapi di Pantai Cherating. Ketika itu barulah aku berfikir betapa kecilnya dunia.”
Sudah lama aku berhasrat untuk ________________ kaki ke Pantai Cherating dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan. Setelah hampir tiga bulan merancang, maka kira-kira pukul 10 pagi kami pun ___________ dari rumah menuju ke Kuantan.
Perjalanan yang memakan masa hampir enam jam tidak __________ jauhnya kerana sepanjang perjalanan, aku begitu asyik menikmati suasana kampung, hutan belukar dan ______________ alam sekitar. Dalam hatiku terselit rasa bangga kerana alam sekitar ini masih lagi dipelihara dengan elok. Kami berhenti di bandar Kuantan untuk mengalas perut. Suasana di bandar ini tetap sibuk walaupun hari tersebut bukanlah hari cuti. Bandar Kuantan tidak sesibuk Kuala Lumpur tetapi kenderaan yang bertali ______ menunjukkan bandar ini tetap berfungsi tanpa mengira masa.

Selepas makan, kami terus menuju ke Pantai Cherating yang jaraknya tidak jauh ______ bandar. Walaupun perjalanan ke pantai tidak mengambil masa sehingga sejam, aku terasa perjalanan kali ini lebih lambat berbanding ___________ perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Pada ketika itu, aku sudah membayangkan keindahan pantai yang aku idamkan dan kegembiraan bermandi-manda di sana. Aku tersenyum sendirian. Akhirnya, kami sampai dengan selamat ke ____________ yang dituju. Tanpa membuang _______ aku terus berlari menuju ke gigi air. Sambil menuju ke pantai, aku terdengar akan laungan abang menyuruh mengangkat ____________ terlebih dahulu, tetapi aku pura-pura tidak dengar.

Sebaik tiba di gigi air, aku terus menjerit kepuasan. Terasa seluruh masalahku terbang bersama _________ jeritan tadi. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menghirup udara pantai yang segar. Ketika aku asyik melontarkan pandanganku ke laut, tiba-tiba seseorang telah menegurku dari belakang. Segera aku menoleh. Alangkah terkejutnya aku melihat jasad tersebut. Dia sedang tersenyum memandang aku padahal dalam fikiranku sedang ligat memikirkan gerangan pemuda yang _____________ aku. Seolah-olah dapat membaca kotak fikiranku, akhirnya dia bersuara memperkenalkan diri. Sambil itu dia bertanyakan khabar dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, aku tidak menjerit seraya _____________ tubuh di depan mataku. Rupanya inilah sahabat lamaku yang aku cari-cari selama ini.

Setelah aku berpindah ke Kuala Lumpur, aku pernah menghubunginya, tetapi rakan-rakanku memberitahu bahawa dia sudah berpindah. Aku tidak menyangka sama sekali setelah hampir enam tahun, kami ____________ kembali. Bukan di sekolah. Bukan di Kuala Lumpur. Tetapi di pantai Cherating. Ketika itu barulah aku berfikir betapa kecilnya dunia ini.

• Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim.
• Sumber: Karangan PMR – Kuasai Melalui Diagram, SAP Publications (M) Sdn.Bhd.

Saturday, September 10, 2011

Pesta Tanglung

Tanglung Cina
(Sumber: Wikipedia)

Tanglung Cina.
Tanglung merupakan satu elemen kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi.

Kegunaan
Dalam masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Tanglung digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau sebagai tanda amaran bahaya.

Simbol
Warna serta tempat tanglung digantung membawa makna tertentu. Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Amalan ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, seperti perayaan Tahun Baru Cina.

Reka bentuk
Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu. Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh. Tetapi ada juga tanglung diperbuat daripada sutera dan kain. Semasa pemerintahan Dinasti Song, tanglung-tanglung diperbuat daripada kaca dan permata digunakan sewaktu menyambut pesta dan perayaan. Di negara China, tanglung yang mudah dan ringkas bentuknya digunakan untuk menerangi jalan masuk ke rumah, digantung di tiang sampan, di luar rumah, dan kedai. Kanak-kanak sekolah juga diajar membuat tanglung.

Semasa musim luruh, mereka mengadakan pesta tanglung sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan cahaya dan musim bunga.Tanglung yang berbagai-bagai bentuk dan warna digantung di merata-rata tempat.

Pesta Tanglung di Malaysia
Di Malaysia, disambut pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina, iaitu semasa bulan penuh. Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina menggantung tanglung semasa malam bulan penuh ini. Kadang-kadang mereka menulis puisi dan teka-teki pada tanglung-tanglung dan cuba menyelesaikannya.

Sajak

Friday, September 9, 2011

Azizi Hj. Abdullah

Pulangnya seorang sasterawan rakyat
Oleh Zainal Rashid Ahmad
AZIZI Hj. Abdullah akan sentiasa dikenang sebagai sasterawan besar, meskipun selama hayatnya tidak menerima Anugerah Sasterawan Negara. Sejarah membuktikan, kehebatan seorang sasterawan sejati bukan terletak pada anugerah - namun sebaliknya, sejauh mana karya-karyanya mampu terus "hidup" merentas zaman ke zaman.

Azizi akan dikenang dengan susuk karyanya yang sangat merakyat - bermula dari cerpen Sisa yang disiarkan di Warta Mingguan, Pulau Pinang, Azizi terus menulis dan menulis hingga merentas 48 tahun - hingga saat pemergiannya pada 11 Ogos lalu. Azizi pernah menerima Hadiah Sako tahun 2002 anjuran Kumpulan Utusan menerusi novel Kawin Kawin selain menerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi cerpen Cermin (1990) dan cerpen Jati Diri (1995).

Saya bukanlah orang yang tepat untuk berbicara mengenai Azizi - tetapi rasa kagum dan terasa kehilangannya sukar saya banding. Zaman dan bangsa ini, saya rasa tidak mungkin lagi mampu melahirkan sasterawan-sasterawan besar, dan Azizi antara susuk tubuh yang dipinjamkan Allah pada bangsa ini untuk menjadi sebahagian dari nadi perjalanan sastera bangsa.

Sepanjang zaman kesasterawanannya (1963-2011), Azizi menulis lebih dari 25 novel dan hampir 200 cerpen. Satu pencapaian yang sangat luar biasa - dan membuktikan kesungguhannya dalam berkarya. Dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 April 1942 - Azizi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan kemudian ke Sekolah Agama Dairatul Maarif Al Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sepanjang era kerjayanya, Azizi berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah (1965-1997). Selepas bersara, Azizi menjadi Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Ini sebahagian jalur fakta untuk kita menyusur persekitaran pendidikan dan kerjaya Azizi. Sepanjang menjadi Editor Utusan Pengguna - Azizi menghabiskan banyak masa dan tumpuan untuk melihat dan menganalisis isu-isu pengguna malah isu rakyat. Sesuatu yang saya andaikan, sebagai sentimen semulajadinya terhadap kehidupan.

Saya kenal Azizi melalui karya- karyanya -hinggalah pada tahun 2002 - ketika saya terpilih mewakili Malaysia ke Mastera di Bogor, Indonesia bagi kategori cerpen, Azizi adalah penyelia yang dilantik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengiringi penulis muda pada pertemuan tahun itu.

"Aku cakap terus-terang kat hang Non, aku meluat baca karya-karya hang - hangpa orang muda mengarut!" kata Azizi kali pertama kenal saya.

Azizi mengkritik ketika saya minta panduannya, untuk memilih satu dari tujuh karya yang saya bawa bagi diperkatakan. Kerana Azizi penyelia, maka saya fikir dialah tempat saya meminta panduan dan nasihat."Tetapi abang kena pilih juga," kata saya setengah memaksa. Azizi mengerutkan muka, dan terdiam sahaja. Saya juga tidak berminat memanjangkan perbualan sebab saya sudah tahu rentaknya. Hari pertama, sebagai Penyelia, Azizi ditempatkan di Rumah Agam, manakala kami peserta berkongsi bilik di berek. Saya jarang masuk seminar, sebab lebih suka merayau di luar. Dek kerana itu, saya senjata keperluan Azizi."Awat hang tak masuk," tegurnya."Saya duduk di bilik bang, buka saja tingkap, bersusun orang datang berjaja. Banyak lukisan berkualiti, harga murah. Jadi saya pesan minta hari-hari penjaja tu datang bawa apa saja lukisan yang dia ada."

Sejak itu saya menjadi akrab dengan Azizi. Tetapi hubungan yang akrab itu kerana satu perkara: Dia sukakan program televisyen Edisi Siasat dan dia tahu saya penerbitnya.

"Non, hang teruskan apa hang buat... rakyat... rakyat... tak kira apa pun kerja kita... kepentingan rakyat kita kena jaga," kata Azizi.

Sejak itu saya faham Azizi - kenapa dia mencela karya-karya eksperimental saya sebagai 'meluat dan mengarut'. Komposisi kepengarangan Azizi sangat jelas: sastera mesti menyuarakan soal rakyat. Sesuatu yang saya anggap tipikal pada masa itu, tetapi beberapa tahun kemudian hingga sekarang, saya tahu, mencari sastera yang menyuarakan nadi rakyatlah paling sukar sekarang.

Novel-novel seperti Senja Belum Berakhir (1971), Suriati (1993), Wi & William (1995), Kawin-Kawin dan karya popularnya Seorang Tua di Kaki Gunung akan menjadikan suara perjuangan Azizi pada karya-karya rakyat akan terus hidup.

Di Bogor, dalam satu sesi Mastera 2002 itu, Azizi hadir sebagai panel dengan hanya memakai baju Pagoda dan berkain pelikat- saya nampak dengan jelas - dia agak kecewa. Sekalipun panel yang menyertai pada hari itu adalah dua nama besar cerpenis Indonesia - Hamsad Rangkuti dan Danarto - namun isu dan perbincangan melegar sekitar sastera eksperimental ternyata mengecewakan Azizi.

Kami meninggalkan Dewan Seminar, walaupun Danarto cerpenis kegemaran saya. Saat itu, susuk peribadi Azizi makin saya kenal. Orang kasar, tetapi kelakar - dia bercakap lepas - satu yang sinonim dengan watak orang pedalaman di Kedah. Personaliti dirinya adalah struktur kepengarangannya - Azizi sentiasa menyuarakan fikiran dan perasaan tanpa ragu-ragu - bukan kerana nilai 'kampung' tempat dia lahir, membesar dan bekerja - tetapi kerana - akar umbi kampung membuatkan dia melihat hidup itu satu kelangsungan untuk berterus-terang.
"Aku meluat dengar orang bercakap benda-benda teori ni," kata Azizi sepanjang berjalan.

Sebentar kemudian, ada orang menyahut nama saya dari belakang - muncul penjaja lukisan. Kelihatan dia bersama tiga kanak-kanak.

Ini momen penting dalam pengenalan saya dan Azizi - kanak-kanak. Saya melihat Azizi yang sebenar apabila saya melihat dia bersama kanak-kanak.

Peristiwa bertemu penjaja lukisan dan tiga cucunya membuat saya faham, mengapa Azizi menasihati saya berulang kali dalam nota kata yang hampir sama: "kita ni kena ada sikap membela... kita bagi bahagian diri kita, sama ada kita kerja atau menulis... sebahagiannya mesti untuk orang lain. Itu namanya kita pembela dan kita kena membela nasib orang lain."

Esoknya, kami berdua ponteng lagi seminar - Azizi datang melepak di bilik saya. Sebentar kemudian, penjaja lukisan pun sampai. Azizi tetap berkain pelikat - segera saya jemput penjaja itu masuk bilik. Lelaki tua sekitar usia 70 tahun itu nampak sangat gelabah dan serba-salah.

"Saya bawa apa yang tuan minta," kata penjaja itu. Segera dilembarkan begitu banyak lukisan cat minyak dengan motif ikan kap. Ada sekitar 30 lukisan. Tiap kali mengingat saat itu, dan saya selalu mengingati selama sembilan tahun ini, kerana itu antara momen penting. Saya rasa banyak Azizi membeli lukisan pada hari tersebut - dan saya rasa, dia memang peminat ikan kap.

Tetapi jauh dari itu ialah kerana kejadian hari sebelumnya. Azizi menjemput si penjaja ke bilik kami kerana ketika terserempak di pekan kecil Bogor, terjadi sesuatu. Ketika kami sibuk bersalaman, dan saya memperkenalkan penjaja itu pada Azizi, seorang dari cucunya enggan bersalam - matanya merah tanda sudah lama menangis.

Yang pertama saya lihat, Azizi bertanya dengan lemah-lembut: "mengapa menangis?"

Wajah garang dan sinis Azizi, sikap cakap lepas dan polosnya lenyap sama sekali. Dipendekkan cerita, si anak menangis kerana tidak mendapat baju sekolah. Jadi Azizi menjemput si penjaja datang ke bilik esoknya. Mahu melihat lukisan. Tapi saya tahu, matlamat Azizi mudah: membeli untuk bersedekah itulah cara untuk melenyapkan airmata anak itu dari terus menangis.

Cuma yang kelakarnya, saya mati-mati percaya Azizi peminat lukisan dan mengumpulkan koleksi catan ikan kap. Rupanya lukisan sekitar RM25 sekeping itu, dibelinya banyak-banyak untuk sekadar hadiah pada teman-teman. Pada sesiapa yang sempat menerima hadiah atau memiliki lukisan itu, simpanlah baik-baik. Ada jiwa dan hati nurani Azizi di situ.

Banyak yang saya lalui lagi bersama Azizi selama seminggu di Indonesia. Ada yang boleh saya kongsi - selebihnya saya simpan kerana sukar untuk dikongsi. Tetapi terus-terang saya katakan, sampai kesudah Azizi terus mengkritik cerpen-cerpen saya - antara yang saya ingat: "orang mabuk akan memabukkan orang lain!"

Itu sindirannya pada sikap eksperimental saya. Tetapi saya senang hati menerimanya - sebab Azizi menyatakannya cara orang kampung - terus-terang.

Saya percaya ramai yang akan mengenang Azizi dengan cara tersendiri - peminat sastera juga, terutama yang membesar dengan novel Seorang Tua di Kaki Gunung yang dijadikan teks sekolah sedikit masa dahulu.
(Sumber: Utusan Malaysia)

Thursday, September 8, 2011

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 3/2011: Syarahan
Anda akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah “Kebaikan Bersukan”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Cempaka, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Kepentingan Bersukan”.

Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa kesihatan badan adalah pemangkin kepada seluruh sistem badan. Bersukan ialah satu daripada cara untuk menyihatkan badan. Kita dapat melihat perbezaan antara orang yang aktif bersukan dengan orang yang kurang bersukan. Orang yang aktif bersukan akan kelihatan bertenaga, ceria dan awet muda. Orang yang tidak aktif bersukan pula akan kelihatan mudah letih dan lemah.

Bersukan dapat mengisi masa lapang juga. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa dengan sia-sia. Kita dapat berkumpul bersama-sama dengan rakan dengan cara yang sihat. Hubungan sesama kenalan dapat dipererat menerusi aktiviti bersukan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terjebak dengan gejala yang kurang sihat seperti lepak dan lumba haram.

Hadirin yang dihormati,

Amalan bersukan dapat menyatupadukan rakyat di negara kita. Jika kita lihat dalam sesuatu permainan, pemain-pemain yang terlibat bukan hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum saja. Contohnya, dalam permainan bola sepak. Dalam satu pasukan itu terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dapat menyemaikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Di sekolah, murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan. Menerusi aktiviti sukan, murid dapat mengetengahkan kebolehan dan seterusnya mewakili sekolah. Dalam pasukan juga ada seorang ketua yang akan memimpin pasukan ini. Hal ini dapat memupuk sikap kepemimpinan dalam kalangan murid di samping bijak mengatur strategi agar pasukan yang dipimpin memperoleh kejayaan sekali gus melatih murid agar lebih berdisiplin, menepati masa, dan saling bekerjasama.

Oleh itu, jelaslah bahawa bersukan banyak mendatangkan faedah. Pada era ini, sukan telah diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan terdirinya sekolah sukan, universiti yang menawarkan kursus dalam bidang sukan dan imbuhan yang memberangsangkan. Jadikanlah aktiviti sukan sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan selain bidang kerjaya yang menjamin imbuhan yang lumayan.
Sekian, terima kasih.

• Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
• Sumber: Xpress Pro Penulisan PMR 123, Sasbadi Sdn. Bhd. 2010.

Karangan 3/2011: Syarahan (Latihan – Melengkapkan Teks Karangan)
Anda akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah “Kebaikan Bersukan”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Cempaka, para hakim yang adil lagi ___________, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan _________ bertajuk, “Kepentingan Bersukan”.

Otak yang ___________ ada pada badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa kesihatan badan adalah pemangkin kepada seluruh sistem badan. Bersukan ialah satu daripada cara untuk _______________ badan. Kita dapat melihat perbezaan antara orang yang aktif bersukan dengan orang yang kurang bersukan. Orang yang _______ bersukan akan kelihatan bertenaga, ceria dan awet muda. Orang yang tidak aktif bersukan pula akan kelihatan mudah letih dan lemah.

Bersukan dapat mengisi masa ________ juga. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa dengan sia-sia. Kita dapat berkumpul bersama-sama dengan rakan dengan cara yang sihat. Hubungan sesama kenalan dapat dipererat menerusi aktiviti bersukan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terjebak dengan _________ yang kurang sihat seperti lepak dan lumba haram.

Hadirin yang dihormati,

Amalan bersukan dapat menyatupadukan _________ di negara kita. Jika kita lihat dalam sesuatu permainan, pemain-pemain yang terlibat bukan hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum saja. Contohnya, dalam permainan bola sepak. Dalam satu pasukan itu terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dapat ______________ semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Di sekolah, murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan. Menerusi aktiviti sukan, murid dapat mengetengahkan ___________ dan seterusnya mewakili sekolah. Dalam pasukan juga ada seorang ketua yang akan memimpin pasukan ini. Hal ini dapat ____________ sikap kepemimpinan dalam kalangan murid di samping bijak mengatur strategi agar pasukan yang dipimpin memperoleh kejayaan sekali gus melatih murid agar lebih berdisiplin, ________________ masa, dan saling bekerjasama.

Oleh itu, jelaslah bahawa bersukan banyak mendatangkan faedah. Pada era ini, sukan telah diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan terdirinya sekolah sukan, universiti yang __________________ kursus dalam bidang sukan dan imbuhan yang memberangsangkan. Jadikanlah aktiviti sukan sebagai aktiviti __________ yang menyihatkan selain bidang kerjaya yang menjamin imbuhan yang lumayan.
Sekian, terima kasih.

• Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
• Sumber: Xpress Pro Penulisan PMR 123, Sasbadi Sdn. Bhd. 2010.

Tokoh Nilam Daerah Batang Padang 2011



Saudari Sivagamy a/p Chandran, Tingkatan 4 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 35900 Tanjong Malim muncul sebagai Johan Anugerah Nilam Kategori Sekolah Bandar dan terpilih sebagai Tokoh Nilam Peringkat Daerah Batang Padang 2011. Tahniah daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim! Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Azshar bin Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Kurikulum (Bahasa) Daerah Batang Padang mewakili Tuan Hj. Muhammad Nawawi bin Hj. Yaacob, AMN, Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang di Pusat Kegiatan Guru Tapah Road, 35400 Tapah Road pada 8 September 2011.