Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, July 31, 2011

AUTOBIOGRAFI - Aku Sebatang Pensel

Aku Sebatang Pensel
Aku ialah sebatang pensel. Nama aku ialah Faber Castell. Aku diperbuat daripada kayu. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Seluruh badanku dibalut dengan suatu lapisan yang berwarna-warni coraknya. Setelah siap diperbuat, aku dan “kawan-kawan” dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar.

Seterusnya, “kami” dihantar oleh sebuah lori ke sebuah tempat. Agaknya aku akan dibawa ke kedai alat tulis, bisik hatiku. Ramalan aku memang tepat sekali. Tidak lama kemudian, lori tersebut berhenti dan aku dibawa masuk ke Kedai Alat Tulis Amir.

Seorang pekerja kedai tersebut membuka kotak besar dan meletakkan aku dan “kawan” ke dalam rak yang berlutsinar. Setelah aku berada di sini selama seminggu, kawan-kawan saya kian meninggalkan aku kerana mereka telah dibeli oleh tuan baharu mereka. Aku berasa sungguh sunyi dan kecewa kerana tiada orang yang mahu membeliku.

Penantian saya akhirnya berbuah apabila seorang budak lelaki yang ditemani ibunya berhasrat untuk membeli buku latihan telah membeli aku. Mula-mula, dia membelek aku dengan gembira dan meminta ibunya membeli aku. Aku mengikutinya balik ke rumah setelah membayar wang.

Nama tuanku ialah Amir. Dia menggunakan aku untuk menulis dan menjaga aku dengan baik. Setiap hari, aku dibawa oleh tuan ke sekolah. Aku berjaya menarik perhatian rakan tuanku dengan mempamerkan kecantikan aku yang tiada tolok bandingannya. Aku berasa bangga akan keistimewaanku.

Suatu hari, apabila tuanku menggunakan aku, tuan aku telah menjatuhkan diri aku secara tidak sengaja. Mata aku patah dan aku dibuang oleh tuanku yang tersayang. Aku berasa sedih kerana tuanku tidak memerlukan perkhidmatan aku di sisinya. Namun begitu, saya berasa puas hati kerana berupaya untuk berbakti dan berkhidmat untuk tuanku. Maka, tamatlah riwayat aku sebagai sebatang pensel.

Disediakan oleh:
Chai Wei Kit, Tingkatan 2, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Sore di Teluk Batik, Lumut.


















30 Julai 2011

Latar dalam HIKMAH

Analisis Novel Tingkatan 1- Hikmah
Tajuk Kajian: Latar

Latar Masyarakat
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat yang mengalami tekanan hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda, ayahnya hanya tahu pulang meminta duit dan berjudi. Seterusnya masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri yang terlibat dengan kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah. Seterusnya masyarakat yang suka membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa diperas ugut di sebuah lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat di farmasi selain Pak Dolah, peruncit yang sentiasa memberikan hutang kepada emak Amri. Selanjutnya masyarakat yang melakukan jenayah, contohnya ayah Amri yang akhirnya dipenjarakan dan hadirnya dua orang pemeras ugut yang telah menyamun Amri tetapi mereka gagal mendapat wang daripada Amri. Akhirnya masyarakat yang insaf akan keasalahan yang telah dilakukan, contohnya ayah Amri yang berada di dalam penjara telah pun insaf dan berharap agar keluarganya dapat menerimanya semula.

Latar Tempat
Antara latar yang terdapat dalam novel ini ialah latar di dalam kelas/sekolah. Contohnya murid-murid lain tidak berani mengangkat muka apabila Amri masuk ke dalam kelas selepas dia dirotan oleh Cikgu Salman kecuali Siva seorang sahaja yang berani berbual-bual dengannya. Seterusnya di rumah Amri, selepas kepulangan Amri dari sekolah. Amri juga terserempak dengan Sapura semasa ingin menyisihkan diri di hujung padang, walaupun telah ditegur Sapura. Selanjutnya di tempat letak basikal, contohnya Amri menunggu Sapura dan berpura-pura baik sebelum balik bersama-sama dan mengenakan Sapura. Seterusnya di farmasi, contohnya Amri membeli ubat demam dan luka untuk ibunya. Akhirnya di hospital, contohnya keluarga Sapura membawa emak Amri ke hospital selain Amri yang telah diselamatkan oleh Sapura.

Latar Masa
Latar masa dalam novel ini adalah pada waktu siang/tengah hari, contohnya semasa Amri dan Sapura pulang dari sekolah bersama-sama sebelum Amri mengenakan Sapura. Seterusnya pada waktu malam, yakni pada pukul 11.00 malam apabila ayah Amri pulang untuk meminta wang daripada isterinya, kain yang baru dilipat bertaburan apabila ayahnya menyelongkar gerobok baju dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak sedikit, ayahnya telah meragut rantai yang dipakai oleh ibunya.

Hasil kerja:
Yap Kai Lun, Lam Jia Hao, dan Tan Wai Pin, Tingkatan 1 Hijau, SMJK Katholik, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Saturday, July 30, 2011

Sahabat II

Sahabat
Menurut Kamus Dewan, sahabat bermaksud kawan, teman atau taulan. Setiap orang pasti mempunyai sahabat yang baik. Begitulah dengan diri saya juga. Ann Zhi, Zi Shan, Sok Kuan dan Ee Ming ialah sahabat saya. Namun begitu, sahabat yang paling akrab dengan saya ialah Sok Kuan. Sebenarnya, kami saling berkenal sejak prasekolah.

Sok Kuan seorang gadis remaja yang cantik. Dia mempunyai sepasang mata yang besar, hidung yang mancung, mulut yang sederhana dan kulit yang putih. Sok Kuan seumur dengan saya. Dia tinggal di Jalan Ketoyong. Selain itu, Sok Kuan juga belajar bersama dengan saya di SMK Methodist. Sok Kuan mempunyai dua orang adik perempuan yang comel.

Di samping itu, Sok Kuan juga seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Walaupun Sok Kuan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang daif dan miskin, namun dia selalu menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru pada tepat masanya. Pada setiap hari, selepas menyiapkan kerja rumah, Sok Kuan akan membantu ibunya mengemaskan rumah selain perlu menjaga kebajikan adik-adiknya.

Sok Kuan bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik, tetapi juga dia telah berjaya dalam kokurikulum. Hobinya ialah bermain badminton dan bola jaring. Kami sering bermain badminton bersama-sama pada masa lapang. Selepas itu, kami akan balik ke rumah dan mengulang kaji pelajaran. Dia akan memberikan tunjuk ajar sekiranya saya mempunyai masalah.

Cita-cita Sok Kuan ialah menjadi seorang peguam. Untuk mencapai cita-citanya, Sok Kuan perlu belajar bersungguh-sungguh. Semasa guru sedang mengajar, dia akan memberikan perhatian sepenuh. Saya berharap agar cita-citanya akan tercapai pada masa-masa yang akan datang.

Sesungguhnya, saya amat bersyukur kerana dapat mengenali seorang sahabat yang baik dan akrab seperti Sok Kuan. Saya berharap agar persahabatan kami tidak akan berubah sebaliknya akan kekal selama-lamanya selagi hayat dikandung badan.

Hasil kerja :
Chai Wei Xin, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Senja di Teluk Batik, Lumut


















30 Julai 2011

Nostalgia PSUB BM Perak 2011




















Penulis dan barisan hakim Pertandingan Syarahan (PSUB) BM SRJK(C) dan SRJK(T) Negeri Perak 2011 bergambar kenangan dengan YBhg. Datin Seri Chan Tat Chin, isteri YB Dato' Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut di Teluk Batik Resort, Lumut pada 30 Julai 2011.

Thursday, July 28, 2011

Jasamu Dikenang



















Jamuan perpisahan untuk Cikgu Unaizah bt. Mohd Attas (Guru Bahasa Inggeris yang akan bertukar ke SM Sains Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus mulai 1 Ogos 2011) di Bilik Gerakan, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim pada 28 Julai 2011.

Kalau pinang
Hendak pulang ke tampuknya
Kalau sireh
Hendak pulang ke gagangnya
Kalau burung
Hendak pulang ke sangkarnya
Ke laut, menuju alur
Ke darat, menuju benar
Air setitik, sama dilautkan
Tanah sekepal, sama digunungkan

Kasih berpaut, jasamu puan mekar
Di hati tersemat, tak pernah pudar
Tak sedetik, kami lupakan
Tak setimpal, kami balaskan.

Terima kasih, Cikgu Unaizah. Salam.

Wednesday, July 27, 2011

Cegah Kebakaran MES 2011





















Latihan Cegah Kebakaran SMK Methodist, 35900 Tg. Malim dengan kerjasama Jabatan Bomba Malaysia Cawangan Tg. Malim telah diadakan di padang sekolah pada 27 Julai 2011. Terima kasih daun keladi kepada Jabatan Bomba Malaysia Cawangan Tg. Malim.

Tuesday, July 26, 2011

PSUB Negeri Perak 2011















Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia untuk SRJK(C) dan SRJK(T) Negeri Perak Darul Ridzuan akan berlangsung di Teluk Batik Resort, Lumut pada 30 Julai 2011.

Monday, July 25, 2011

Perkhemahan Perdana MES 2011
















Perkhemahan Perdana Unit Kokurikulum SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim telah berlangsung di Cameron Highlands pada 22 - 24 Julai 2011.

A True Blue Academician (Dengan izin...)

If a doctor makes a mistake, he kills a patient;
If a bus driver makes a mistake, he kills 40 passengers;
If a pilot makes a mistake, he kills 300 people;
But if a teacher makes the mistake of not being a good role model, he kills a whole genaration!

- Datin Ding Eng Lih, the beloved headmistress of SK Bandar Sri Damansara (1) who retired recently after 34 years.
(Star Metro, Wednesday - 20 July 2011)

Saturday, July 23, 2011

Majlis Perasmian Dewan Seri Tanjong MDTM 2011




















Sebagai AJK MMS MDTM dan wakil Pengetua, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, saya baru pulang daripada Majlis Perasmian Dewan Seri Tanjong, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim, Bandar Behrang 2020 yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Wira Chor Chee Heung, SPSK, DGMK, DPMP, DPMK, DMSM, DSDK, JP, AMK, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia pada 24 Julai 2011. Tahniah dan Syabas, MDTM!

BBK 2011

















Bulan Bahasa Kebangsaan 2011

Bulan Kecergasan KPM 2011























Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Batang Padang 2011 telah disempurnakan oleh YBhg. Tn.Hj.Muhammad Nawawi bin Hj.Yaakob, AMN, Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang pada 23 Julai 2011 (Sabtu) di Padang Awam Slim River. 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia.

Friday, July 22, 2011

Syarahan Perdana UPSI 2011























Syarahan Perdana - Pembangunan Guru, Kepimpinan dan Persekitaran Organisasi: Perspektif Bersepadu Kecemerlangan Sekolah oleh YBhg. Profesor Dr. Omar Abdull Kareem, Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Mutiara Kata

Plot Novel HIKMAH

Analisis Novel Tingkatan Satu – Hikmah
Penulis Novel: MOHD.FARIS IKMAL
Plot

Permulaan
Amri baru sahaja dirotan oleh Cikgu Salman kerana perbuatan buruknya terhadap Saleh telah dilaporkan oleh Sapura kepada Cikgu Salman. Hal itu menimbulkan perasaan sakit hati Amri terhadap Sapura dan bertekad untuk mengenakan Sapura pada suatu hari nanti.

Perkembangan
Emak Amri kurang sihat, kesempitan wang, dan dibebani pula perangai ayahnya apabila pulang ke rumah meminta wang daripada emaknya. Apabila emaknya gagal memberikan duit, ayahnya menyelongkar gerobok. Amri yang geram melihat kejadian itu cuba menegur ayahnya. Namun tindakan itu telah menyebabkan ayahnya menampar Amri sehingga tersungkur.

Perumitan
Hati Amri amat pedih mengenangkan keadaan yang berlaku kepada dirinya sehingga air matanya membasahi pipi. Amri sampai di rumah dan melihat keadaan rumahnya yang bersepah. Emaknya sedang menangis dalam keadaan kepalanya luka dan berdarah. Seterusnya, Amri berhasrat ke pekan untuk membeli ubat untuk emaknya. Amri mengambil keputusan ke farmasi yang terletak di pekan sejauh 10 kilometer dari rumahnya.

Klimaks
Semasa dalam perjalanan pulang dia telah ditahan oleh seorang lelaki yang tidak terurus dan berpura-pura meminta bantuannya mengangkat orang yang pengsan di sebuah lorong ke hospital. Semasa di lorong, barulah Amri mengetahui muslihat sebenar apabila muncul seorang lagi pemuda dan meminta Amri menyerahkan wang kepadanya. Akibat gagal menyerahkan sejumlah wang, ubat yang baru dibeli untuk emaknya itu terbuang oleh penjahat begitu sahaja. Amri berasa terkejut apabila Sapura muncul menghulurkan bantuan.

Peleraian
Amri juga mamohon maaf kepada Sapura atas perbuatannya semasa balik dari sekolah. Semenjak kejadian itu, Amri dan Sapura berkawan baik. Amri tidak lagi membuli murid-murid lain. Ayah Amri telah ditangkap oleh polis akibat penyalahgunaan najis dadah. Kini, ayah Amri benar-benar insaf. Dia berjanji akan menjadi insan yang berguna dan tidak akan mensia-siakan masa depan hidupnya lagi.

Hasil kerja:
Tan Hector dan Ng Weng Hong, Tingkatan 1 Hijau, SMJK Katholik, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

SAHABAT

Sahabat
Setiap orang pasti mempunyai sahabat yang baik. Saya pun tidak terkecuali. Saya mempunyai banyak sahabat seperti Wei Jing, Xiao Wen, dan Hui Si. Namun begitu, kawan yang paling akrab dengan saya ialah Shi Xuan.

Shi Xuan seorang gadis yang cantik dan bersopan-santun. Dia mempunyai mata yang besar, hidung yang tinggi, mulut yang kecil dan kulit yang cerah. Shi Xuan seumur dengan saya. Dia tinggal di Taman KRSM. Dia juga belajar di kelas yang sama dengan saya di SMJK Katholik, 35900 Tanjong Malim. Shi Xuan mempunyai tiga orang adik. Sebenarnya, kami berkenalan sejak zaman prasekolah lagi.

Shi Xuan sangat rajin orangnya. Dia mampu berdikari dan bertanggungjawab. Dia sentiasa membuat dan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru pada masa yang telah ditetapkan. Pada setiap hari, dia akan mengemaskan bilik tidur dan menjaga adiknya semasa ibu tidak berada di rumah. Shi Xuan sangat tekun belajar. Oleh itu, dia amat berjaya dalam pelajarannya. Sekiranya saya mempunyai masalah dalam pelajaran, dia sudi membantu saya.

Hobi Shi Xuan ialah membaca buku novel dan bermain badminton. Kami sentiasa bertukar-tukar buku novel untuk dibaca. Pada masa rehat, kami membaca buku novel di pondok bacaan sekolah. Selain itu, kami bermain badminton pada masa lapang. Selepas bermain badminton, kami turut bersiar-siar sambil berbual-bual di taman. Selain itu, kami juga akan pergi ke pasar malam bersama-sama untuk membeli-belah pada hari Sabtu.

Cita-cita Shi Xuan ialah menjadi seorang guru. Untuk mencapai cita-citanya, dia sanggup belajar dengan bersungguh-sungguh. Semasa guru sedang mengajar, dia akan memberikan perhatian. Dia sangat berusaha. Saya berharap agar cita-citanya akan tercapai pada masa depan.

Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan seorang sahabat yang baik seperti Shi Xuan. Saya berharap agar persahabatan kami akan berkekalan selagi hayat dikandung badan.

Hasil kerja:
Chan Ke Xin, Tingkatan 1 Hijau, SMJK Katholik, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Thursday, July 21, 2011

Mutiara Kata (Dengan izin...)

Bengkel Penggubalan Bahan Penilaian Tokoh Nilam Perak 2011


















Fasilitator Bengkel Penggubalan Soalan Penilaian Anugerah Tokoh Nilam Perak 2011 di BTPN, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 19 - 21 Julai 2011.

Majlis Perasmian Dewan Seri Tanjong MDTM 2011























Penulis menerima kad undangan YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia ke Majlis Perasmian Dewan Seri Tanjong di Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim pada 24 Julai 2011 (9 pagi).

Sunday, July 17, 2011

Tokoh Nilam Kebangsaan 2011



















Perak telah berjaya menggondol tempat ke-3 bagi kategori SM (Luar Bandar) dan SR (Luar Bandar) Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2011. Tahniah kepada adik Anis Syazwani dari SMK Muhibbah dan adik Azizi Haznal. Tahniah juga kepada pasukan Perak yang telah berjaya mempersembahkan rangkaian syair, nazam, sajak dan lagu puisi yang mempesonakan audiens di BTPN, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Saturday, July 16, 2011

Mutiara Kata

OLEH-OLEH























Ahad, 17 Julai 2011 - Oleh-oleh buah-buahan daripada seorang sahabat. Terima kasih daun keladi. Salam Satu Malaysia.

Tuesday, July 12, 2011

POEM - JOBS (Dengan izin...)
















Thank you, God, for my job.
Sometimes I get tired of the people at work:
the whiners and complainers,
the naysayers and backstabbers,
the bullies and cheats,
Then I remember the others:
the saints and soldiers,
the peacemakers and cheerleaders,
the listeners and uplifters.
And I am thankful.

Patricia Wilson
(Peom on Internet - StarBiz, Monday 11 July 2011)
Foto: Nina Khoo, Alumni MES

Sajak - Ceritera Waribashi, Sudu & Garpu














Ceritera Waribashi, Sudu & Garpu

Kehidupan
Seperti mangkuk
Dan waribashi
Seperti pinggan
Dan sudu garpu

Pincang kehidupan
Apabila mangkuk retak
Atau waribashi kehilangan pasangan
Bobrok kehidupan
Apabila pinggan pecah
Atau sudu kehilangan garpu

Dalam mangkuk kehidupan
Ada ribut-ributan
Dalam pinggan kehidupan
Ada rebut-rebutan
Antara waribashi kekuasaan
Sudu dan garpu kebendaan!

Chai Loon Guan,
Tg.Malim.

• Waribashi – penyepit (chopsticks) dalam bahasa Jepun.
Foto: Nina Khoo, Alumni MES.

Sunday, July 10, 2011

Mutiara Kata

MUTIARA KATA

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang
diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Panorama I
















Lokasi - Norway
Sumber - Nina Khoo, Alumni MES

Ceramah BM PMR 2011













Penulis diundang untuk memberikan ceramah Bahasa Melayu kepada 85 orang murid Tingkatan 3, SMJK Katholik, Jalan Slim Lama, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan pada 13 Julai 2011 ( Rabu, 10.30 pagi - 12.30 tengah hari). Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Friday, July 8, 2011

Analisis BM PPT 2011















Cuti hujung minggu ini telah saya isi dengan melengkapkan tugasan menganalisis keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu (Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5) Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, membandingkan peratus pencapaian keseluruhan dengan analisis TOV, ETR dan peratus kelulusan sebenar calon PMR dan SPM 2010 yang lalu sebelum mengenal pasti kekuatan, kelemahan, dan mengesyorkan cadangan-cadangan penambahbaikan agar prestasi BM murid-murid SMK Methodist, Tg. Malim senantiasa di puncak kecemerlangan dan kebitaraan. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Thursday, July 7, 2011

MMS MDTM 2011












Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Masyarakat Sivil Majlis Daerah Tanjong Malim Bil.1/2011 di Bilik Mesyuarat Sri Malim, Tingkat 4, Majlis Daerah Tanjong Malim pada 7 Julai 2011 (Khamis - 9 pagi). Banyak maklumat, pengalaman dan perkembangan terkini MDTM dapat diperoleh dan dikongsi bersama-sama selain mengeratkan silaturahim ahli-ahli MMS dengan pihak MDTM. Inovasi Merealisasikan Transformasi. Maju dan Jaya.

Temasya Sukan MES 2011























Temasya Sukan Tahunan SMK Methodist, Tg.Malim Ke-62 telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Lee Thai Thye, Setiausaha Alumni MES pada 6 Julai 2011. 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia. Majulah Sukan untuk Negara.

Tuesday, July 5, 2011

Latihan Intensif Calon Tokoh Nilam Kebangsaan 2011



















Jurulatih Latihan Intensif Calon Tokoh Nilam Kebangsaan 2011 (Fasa II) di BTPN, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 4 - 5 Julai 2011.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia





















Larian Serentak 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia 2011 - SMK Methodist, 35900 Tg.Malim pada 2 JULAI 2011 telah disempurnakan oleh YBhg. En. Goh Choong Seng, PPT, Pegawai Khas kepada YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Kawasan Tg. Malim.

Friday, July 1, 2011

Karangan Jenis Peribahasa BM PMR

Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Sediakan payung sebelum hujan”. Tuliskan suatu karangan yang menghuraikan maksud peribahasa itu.

Peribahasa memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Setiap peribahasa mempunyai maksud tertentu. Pada setiap peribahasa tersirat banyak nasihat dan pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup kita pada era globalisasi ini.

Peribahasa ”Sediakan payung sebelum hujan” bermaksud bersedia atau berwaspada kita dalam menghadapi segala perkara atau kemungkinan yang datang, khususnya kemungkinan yang tidak dirancang. Peribahasa ini juga mempunyai persamaan makna dan berkaitan dengan peribahasa “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”

Berdasarkan maksud peribahasa ini, ternyata bahawa tujuan penciptaannya bertujuan sebagai peringatan kepada kita untuk mengelakkan berlakunya sesuatu keburukan. Tegasnya, peribahasa ini menjelaskan bahawa jika kita senantiasa dalam keadaan bersedia atau bersiap siaga untuk menghadapi masa depan dengan penuh cabaran dan dugaan, sudah pasti kita dapat menempuhnya dengan baik dan penuh keyakinan. Oleh itu, peribahasa ini sesuai dijadikan pegangan hidup atau pedoman oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira ras, agama atau latar belakang kehidupan.

Dalam kehidupan seharian, maksud peribahasa ini wajar kita amalkan. Misalnya, semasa kita hidup senang, kita tidak harus bersikap boros. Sebaliknya, kita perlu berjimat cermat dan menyimpan wang untuk keperluan pada masa depan seperti melanjutkan pelajaran. Kita juga boleh menggunakannya pada waktu kesempitan wang atau ditimpa kesusahan. Dengan cara ini, kita tidak perlu berhutang daripada sesiapa.

Amalan berjimat cermat ini patut diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa patut menyediakan sebuah tabung untuk anak-anak. Lebihan wang belanja atau wang saku semasa di sekolah bolehlah dimasukkan ke dalam tabung. Wang ini nanti boleh digunakan oleh anak-anak untuk membeli buku-buku rujukan atau peralatan sekolah yang diperlukan oleh mereka dari semasa ke semasa.

Akhirulkalam, kita haruslah menghayati nilai dan pengajaran yang tersirat dalam peribahasa “Sediakan payung sebelum hujan”. Dalam keadaan apa juga pun, kita perlulah bersikap positif dan mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam peribahasa “Sediakan paying sebelum hujan” kerana bencana yang mendatang tidak diduga oleh siapa-siapa pun lebih-lebih lagi kata orang tua-tua, malang tidak berbau.

Hasil Kerja:
Tan Jia Meng, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Dewan Sastera Julai 2011














Sajak "Pelaut Hidup" dalam Dewan Sastera Julai 2011, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.