Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, May 28, 2011

MES Naib Johan Bahas BI Ala Parlimen Negeri Perak 2011





Syabas dan tahniah kepada pasukan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen MES kerana telah berjaya muncul sebagai naib johan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Negeri Perak Darul Ridzuan 2011! Sesungguhnya, MES Boleh!

Friday, May 27, 2011

Penceramah Tatabahasa BM



















Penceramah tatabahasa BM PMR bersempena dengan Seminar Bahasa Melayu 2011 di Dewan Kuliah I, Maktab Rendah Sains MARA FELDA, Feldajaya Utara, 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan pada 28 Mei 2011.

Sajak - SAKIT

Sakit
senantiasa meluahkan
kata sihat
biarpun malaikatulmaut
setia menunggu
untuk memberikan salam
sebelum mengetuk
pintu sakaratulmaut!

Chai Loon Guan,
Tg.Malim.

Karangan BM PMR 2011

Soalan:
Cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang adalah seperti meluangkan waktu bersama-sama keluarga. Jelaskan cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang.


Cuti sekolah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Selepas berbulan-bulan mereka penat belajar atau menelaah buku dan nota-nota di sekolah, maka cuti sekolah sememangnya merupakan berita yang alu-alukan oleh setiap pelajar. Walau bagaimanapun, setiap pelajar dinasihati agar mereka menghabiskan cuti sekolah dengan bermanfaat.

Sebenarnya, cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah adalah dengan meluangkan masa bersama-sama keluarga. Sepanjang tempoh 10 bulan menuntut ilmu di sekolah, sebagai pelajar kita jarang mempunyai masa yang panjang untuk bergaul dengan ahli keluarga. Oleh itu, cuti sekolah yang panjang ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita mengeratkan hubungan dan silaturahim dengan keluarga. Misalnya, kita boleh mengambil kesempatan ini untuk melancong ke tempat-tempat yang bersejarah bersama dengan anggota keluarga kita seperti melancong ke Melaka dan tempat-tempat pelancongan yang indah dan menarik di negara kita. Rancangan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga tetapi juga dapat menambahkan ilmu dan pengalaman kita tentang landskap sejarah tanah air kita, Malaysia.

Selain itu, kita boleh membantu ibu kita membuat kerja rumah seperti mengemaskan rumah, menyapu atau mengelap lantai dan sebagainya. Dengan ini, kita dapat merasai betapa penatnya ibu mencurahkan tenaga untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. Seterusnya, kita boleh mengambil kesempatan bersempena cuti panjang ini untuk balik ke kampung menziarahi datuk dan nenek kita. Dapatlah kita luangkan masa kita berbual-bual dengan mereka sambil menjaga hal-ehwal kebajikan mereka.

Selain meluangkan waktu bersama-sama dengan keluarga, kita juga boleh membuat latihan ulang kaji pada tempoh cuti yang panjang ini sebagai langkah persediaan secara terancang untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun sekali gus berjuang untuk memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Di samping itu, kita juga boleh menyertai kempen, ceramah atau seminar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kampung atau taman sebagai pengisian aktiviti pada cuti panjang ini. Sebenarnya, usaha murni ini dapat mengelakkan diri kita daripada melepak di kafe siber atau membazirkan masa dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah malah membahayakan masa depan kita. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik ini, kita dapat berkawan dengan kawan-kawan yang baharu dan seterusnya dapat menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman.

Oleh itu, sebagai murid, marilah kita habiskan masa cuti sekolah kita dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, menarik dan menyeronokkan. Sesungguhnya masa itu emas.

Chai Hui Shin, Tingkatan 3 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan.

Saturday, May 21, 2011

Frasa Nama Berpartikel "Yang"

TATABAHASA Bahasa Melayu
Tugas Frasa Nama Berpartikel “Yang”

FN Berpartikel “Yang” sebagai subjek:
1. Yang enggang itu enggang juga
2. Yang bulat datang bergolek.
3. Yang berhutang terjerat di kaki.
4. Yang dikendong berciciran.

FN Berpartikel “Yang” sebagai predikat:
1. Yang ditembak yang memegang tombak.
2. Yang ditahan yang mengangkat tangan.
3. Yang ditegur yang tidak jujur.
4. Yang dipuji yang berbudi tinggi.

FN Berpartikel “Yang” sebagai objek:
1. Yang lahir memperlihatkan yang batin.
2. Yang kuat menolong yang lemah.
3. Yang kaya membantu yang miskin.
4. Yang cerdik memimpin yang buta.

FN Berpartikel “Yang” sebagai penerang:
1. Bangunan yang tinggi itu bangunan Daya Bumi.
2. Pelajar yang berbudi bahasa disayangi oleh guru.
3. Keputusan yang kita tunggu-tunggu belum diumumkan.
4. Pasukan yang memenangi hadiah diberi tepukan gemuruh.

(Sumber: Nexus Tatabahasa PMR Tingkatan 1, 2 dan 3 – Sasbadi Sdn.Bhd. – 2011)

Hikayat Opu Daeng Menambun

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

Sinopsis
Cerita mengisahkan jurai keturunan Raja-raja Kalimantan, bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi raja di Benua Lama dan mempunyai anak yang bernama Raja Baporang.

Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu.

Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sambas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin.

Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun. Opu Daeng Menambun merupakan Raja Bugis. Baginda berkahwin dengan Puteri Kesumba, anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba dikurniai sepuluh orang anak. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan.

Tema:
Jurai keturunan Kesultanan Melayu di rantau Kepulauan Melayu. Hikayat ini menceritakan keturunan raja-raja Kalimantan yang bermula dengan Sang Raja Majapahit dan berterusan sehingga Opu Daeng Menambun.

Persoalan:
i. Perkembangan keturunan jurai raja-raja keturunan Kalimantan.
ii. Hubungan diplomatik yang dibina melalui hubungan perkahwinan. Raja-raja keturunan Kalimantan berkahwin dengan anak-anak raja dari negeri lain.
iii. Kebesaran kerajaan Melayu pada abad ke-8.

(Sumber: Sasbadi Sdn. Bhd., Petaling Jaya)

Sajak - Ceritera Belantara

CERITERA BELANTARA

sketsa belantara
diwarnai landskap pepohon
sesungai tenang dengan dingin air jernih
kicau beburung merancakkan bicara mergastua
menambahserikan keajaiban alam
milik Tuhan


barangkali atas nama kemajuan
atau pembangunan tanpa mampan
sketsa belantara terguris luka
rakus noda di tangan manusia
haloba lara di hati manusia
tiada lagi kicau riang burung-burung
tiada lagi riak renang ikan-ikan
tiada lagi sandiwara bicara haiwan-haiwan
yang ada cuma
banjir lumpur
yang ada cuma
asap polusi klorofluorokarbon
yang ada cuma
khabar kebocoran ozon
kemaharajalelaan radioaktif ultraungu
yang mencekik hutan belantara
yang membunuh habitat rimba


cukuplah,
usah kita lukai hati belantara
cukuplah,
usah kita hiris hati habitat rimba
mari kita bangunkan kehidupan
di sarwajagat ini
tanpa menodai kesucian belantara
tanpa mencemari kelestarian rimba!


Chai Wuang Zhuang,
Tingkatan 5 Sains I,
SMK Methodist, 35900 Tg.Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Pantun

Guru pengasih anak murid selamat,
Bakal menjadi orang berilmu;
Limpahan kasih selaut rahmat,
Kesempatan ini dapat kita bertemu.

Dari Bidor ke Tg. Tualang,
Singgah di Tapah membeli udang;
Saya ucapkan selamat datang,
Ke Seminar Kualiti Guru Cemerlang.

(Sumber: SMK Bidor, Bidor)

Karangan BM PMR

Sukan membawa pelbagai faedah kepada golongan pelajar. Bincangkan faedah sukan kepada pelajar.

Sukan merupakan sejenis kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga yang tertentu. Aktiviti sukan biasanya dapat dijalankan pada waktu pagi, petang atau malam. Terdapat pelbagai jenis sukan seperti acara balapan dan padang, bola keranjang, badminton, bola sepak, bola tampar dan lain-lain lagi. Kebanyakan pelajar mempunyai hobi bersukan dan aktif dalam pelbagai acara sukan. Setiap sekolah wajib mengadakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama sejam pada setiap minggu untuk menggalakkan pelajar menceburi bidang sukan dan permainan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu 1Murid 1Sukan.

Sebenarnya, sukan memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada golongan pelajar. Pertama-tama, pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang masing-masing dengan berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara seperti budaya lepak, vandalisme, gengsterisme, merokok, menyalahgunakan dadah dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga dapat mengelakkan diri daripada membazirkan masa kerana masa ibarat emas.

Selain itu, pelajar-pelajar dapat mencungkil bakat dan kebolehan diri dalam bidang sukan. Melalui sukan, pelajar-pelajar dapat mengetahui dan mengembangkan potensi diri masing-masing. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari dan menguasai kemahiran hidup yang berharga seperti bekerjasama dan bertoleransi melalui aktiviti sukan. Sikap-sikap tersebut bukan sahaja diwajibkan ketika bersukan malah juga amat diperlukan ketika pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran atau menjalani aktiviti bersama-sama pelajar yang lain.

Di samping itu, pelajar-pelajar dapat memperlihatkan kemajuan dari segi fizikal dan mental selepas bersukan. Pelajar-pelajar dapat mengekalkan kesihatan badan kerana berpeluh dapat membakar kalori dalam badan sekali gus dapat mengelakkan diri mereka daripada penyakit-penyakit serius seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung. Pada masa yang sama, bersukan juga dapat mencerdaskan minda pelajar-pelajar dalam buana pendidikan.

Seterusnya, pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan dapat dipilih untuk menyertai pelbagai acara sukan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan ataupun di arena antarabangsa. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga di persada sukan nasional dan antarabangsa seperti Datuk Nicole David. Pelajar-pelajar tersebut juga berkeupayaan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan berkelayakan untuk dianugerahi “Tokoh Pelajar” dan olahragawan atau olahragawati di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa bidang sukan membawa faedah-faedah kepada golongan pelajar. Pihak sekolah perlu menganjurkan berbagai-bagai aktiviti di sekolah bagi mengalakkan pelajar bersukan. Ibu bapa juga harus bersikap prihatin akan minat dan kebolehan anak-anak dalam bidang kokurikulum, khususnya sukan dan permainan. Seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja perlu mahir dalam akademik malah juga perlu mengambil berat dan gemilang dalam bidang kokurikulum akademik dan sukan.

Disediakan oleh:
Derrick Goh Xin Deik, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul
Ridzuan.

Friday, May 20, 2011

Perutusan Hari Guru 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40

TEMA
“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan
Salam 1Malaysia.

Pendahuluan
Tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara akan meraikan Hari Guru sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-40 pada tahun ini.

”Selamat Hari Guru” dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Memperingati hari besar untuk guru membolehkan kita mengenal dan mengakui jasa guru tiada tolok tandingnya.

Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” pada saya amat tepat kerana guru merupakan pemangkin dan penjana kepada transformasi negara, kerana daripada gurulah anak-anak kita mula mengenali dan mempelajari erti kehidupan.

Tanpa guru maka tidak adalah pendidikan. Sentuhan profesional yang bermartabat, penuh tanggungjawab dan berkualiti membolehkan anakanak bangsa menerima proses pembelajaran yang terbaik dan bermutu. Pelaburan segala ilmu pengetahuan, keperibadian, jati diri serta budaya Malaysia oleh warga guru telah memungkinkan kemakmuran negara dapat dikecapi, malahan tanpa guru yang mengajar kita bertatih mengenal A, B, C, tidak akan mungkin kita boleh membaca, menulis dan mengira
sekarang.

Prestasi, keteladanan dan kepeloporan para guru yang telah ditunjukkan sejak sebelum merdeka sehingga kini merupakan semangat dan tradisi perjuangan yang perlu terus diabadikan dalam diri guru. Cetusan semangat perjuangan ini sememangnya penentu harapan masa depan negara dan tidak berlebihan jika dikatakan transformasi negara adalah dipertaruhkan kepada mereka yang bergelar sebagai guru.

Apabila kita mengenang semula sejarah, nilai-nilai kemuliaan guru boleh kita imbasi dengan cerita seorang wanita bernama Hajjah Zainon binti Munshi Sulaiman. Kejayaan yang dicapai dalam pendidikan telah dikongsi dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk menjadikan masyarakat pandai membaca dan menulis, kerana ilmu merupakan kunci dalam membentuk jati diri. Menyedari pentingnya ilmu,
maka Zainon yang kita lebih kenali sebagai Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.

Usaha Ibu Zain meningkatkan pendidikan anak bangsa diteruskan apabila beliau mengasaskan sekolah agama petang, yang juga merupakan sekolah agama perempuan pertama di Johor. Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh mereka.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain telah mencurahkan setia bakti demi sebuah kemerdekaan. Tanpa usaha gigih seorang guru seperti Ibu Zain pasti kemerdekaan sukar dicapai. Usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Tan Sri Hajjah Zainon binti Munshi Sulaiman dengan ini menunjukkan guru berperanan penting dalam pembangunan negara. Sesungguhnya, guru menjana pemikiran untuk mengubah nasib bangsa melalui pendidikan.

Kini, matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 juga amat bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan warga pendidik dalam menyedia dan menyampaikan pendidikan berkualiti. Tugas guru adalah untuk melaksanakan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Guru perlu melaksanakan tugas dengan bersungguhsungguh, jujur dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan sempurna peribadi. Saya yakin, semua guru sentiasa berusaha ke arah memberi pendidikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan permintaan ibu bapa serta murid-murid.

Berpaksi kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pembangunan modal insan secara holistik melalui sistem pendidikan yang terancang mampu untuk memacu dan mencipta kejayaan negara pada peringkat global. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merencanakan pelbagai dasar dan program dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara. Transformasi pendidikan perlu dilaksanakan agar terus relevan dengan
keperluan negara dan antarabangsa. Melalui transformasi ini, hasrat dan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju dengan rakyat berkemahiran tinggi mengikut acuan sendiri yang seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan dapat direalisasikan.

Transformasi sistem pendidikan dilakukan dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan keupayaan penyampaian agar relevan dengan tuntutan semasa. Saya amat berharap guru menjadi penyambut utama dan melaksanakannya dengan bijaksana. Dalam konteks ini, kualiti guru perlu terus dipertingkatkan terutama aspek pengetahuan dan kemahiran. Usaha berterusan amat wajar demi meningkatkan lagi kompetensi guru
sebagai pelaksana utama kepada transformasi pendidikan negara.

Semua warga pendidik telah sedia maklum dengan ungkapan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang merupakan teras kepada reformasi kepada cara kita bekerja. Menyedari pentingnya pendidikan kepada rakyat, maka Pendidikan telah dijadikan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara. Kejayaan NKRA pada tahun lepas, sememangnya amat membanggakan KPM. Peningkatan jumlah murid dalam mengikuti Pendidikan Prasekolah, pencapaian dalam literasi dan numerasi (LINUS) yang memberangsangkan, bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertambah dan bilangan Guru Besar yang mendapat insentif di luar jangkaan iaitu sebanyak 7 peratus serta pelaksanaan
Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang telah berjaya menurunkan bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7, menunjukkan betapa hebatnya guru-guru di Malaysia ini.

Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang telah bekerja keras memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mencapai sasaran yang ditetapkan. Sebenarnya kejayaan NKRA ini, adalah kejayaan kita semua di mana hasil kerja keras semua pihak terbabit. Semoga usaha ini akan diteruskan lagi untuk pencapaian akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pendidikan bermatlamat untuk membina dan membangunkan potensi setiap murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Matlamat ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Guru mempunyai tanggungjawab yang amat
besar dalam memupuk bibit-bibit perpaduan anak bangsa sejak berada di bangku sekolah lagi. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak bersemuka dengan rakan-rakan tanpa mengira perbezaan warna kulit. Oleh itu, saya menaruh penuh keyakinan bahawa guru mampu menjana, menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum sebaik mungkin.

Kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus berlaku dan pengaruh kuasa luar amat mencabar. Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional
mahupun global. Guru memainkan peranan yang utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan. Guru perlu menjadi pemain utama dalam menjana Model Baru Ekonomi bagi melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk bersama-sama menjana transformasi dalam membangunkan pendidikan negara. Ingatlah bahawa peranan guru sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang kerana guru penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru. Murid-murid sayangilah guru anda, mereka umpama ibu dan ayah. Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan ini akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”. “Terima kasih cikgu”.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum warah matullahi
wabarakatuh.

Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
10 Mei, 2011

Karangan Syarahan BM

Anda sebagai ketua murid sekolah telah diminta untuk memberikan syarahan tentang cara-cara mengelakkan diri daripada dadah. Sediakan syarahan tersebut selengkapnya.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majils, Yang Berusaha Puan Teng Siew Bee, Pengetua, SMJK Katholik, Tg.Malim, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Cara-cara untuk mengelakkan diri kita daripada dadah”.

Hadirin sekalian,

Penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja pada hari ini semakin berleluasa dan membimbangkan kerajaan. Banyak remaja terlibat dalam dadah dek kurangnya didikan ibu bapa, mudah terpengaruh oleh rakan sebaya di samping perasaan ingin mencuba.

Justeru, sebagai barisan pemimpin harapan nusa dan bangsa, remaja perlulah pandai memilih rakan sebaya yang tinggi akhlak dan budi pekertinya. Selain itu, kita perlu pandai merancang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Para remaja boleh melibatkan diri dalam kegiatan sukan, beriadah, dan menghadiri kelas-kelas tambahan sebagai persediaan menjelang peperiksaan.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah juga haruslah menjalankan aktiviti seperti Kempen Antidadah, ceramah dan sesi kaunseling. Program seumpama itu dapat memberikan maklumat yang berguna kepada murid-murid tentang bahaya najis dadah dan kesan buruknya kepada kehidupan manusia.

Seterusnya, para murid yang bermasalah perlulah menghubungi guru, guru kelas atau guru kaunseling untuk mencari jalan penyelesaian. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil berat hal-ehwal kebajikan dan kasih sayang anak-anak. Hubungan silaturahim yang intim, kasih sayang ibu bapa dan didikan agama serta moral difikirkan dapat menjauhkan diri generasi remaja daripada godaan dan perangkap maut dadah.

Hadirin sekalian,

Akhir kata, sebagai ketua murid, saya berseru kepada rakan-rakan agar senantiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada perangkap dadah. Sesungguhnya, dadah tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya penyalahgunaan dadah akan memusnahkan kehidupan diri, keluarga, bangsa dan negara. Hindarkanlah diri daripada najis dadah. Dadah musuh negara. Dadah membawa padah!

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Chai Wuang Xing, Tingkatan 1 Kuning,SMJK Katholik, 35900 Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan.

Thursday, May 19, 2011

Penulisan Dialog BM

Baru-baru ini, anda dan rakan anda telah membincangkan satu tajuk untuk peraduan mengarang, iaitu tentang faedah menonton televisyen. Tulis dialog anda dan rakan anda itu selengkapnya.

Pada suatu hari, Ong dan Imran sedang berbincang tentang tajuk peraduan mengarang, iaitu faedah menonton televisyen di perpustakaan sekolah.

Imran: Marilah kami berbincang bersama-sama tentang karangan ‘faedah menonton televisyen’.

Ong : Baiklah, Imran.

Imran: Ong, apakah pendapat kamu tentang amalan menonton televisyen?

Ong : Imran, televisyen hari ini bukan lagi barang mewah tetapi lebih kepada barang keperluan. Sebenarnya, menonton televisyen ada banyak faedahnya tetapi kita
memerlukan kawalan.

Imran: Betullah, Ong. Televisyen jugalah sumber hiburan. Terdapat pelbagai program hiburan seperti tayangan filem, drama, rancangan realiti dan sebagainya.

Ong : Selain itu, kebanyakan masyarakat pada hari ini bekerja pada siang hari. Mereka mengambil kesempatan untuk merehatkan minda dengan menikmati hiburan di kaca televisyen.

Imran: Ong, benarkah televisyen merupakan sumber motivasi?

Ong : Ya, Imran. Melalui program khas motivasi dan juga wawancara dengan
tokoh-tokoh yang berjaya, kita akan mendapat suntikan motivasi untuk mencapai kejayaan dalam hidup pada masa depan.

Imran: Wah! Dengan ini, kita tidak perlu keluar rumah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling sebaliknya menerusi panggilan langsung juga kita boleh memperoleh nasihat.

Ong : Oleh itu, penonton boleh berkongsi masalah tanpa menampailkan identiti
penonton untuk menjaga privasi lebih-lebih lagi televisyen juga wahana sumber informasi.

Imran: Ya, televisyen juga membawa sumber informasi kepada penonton-penonton. Setiap rangkaian perdana turut menyiarkan berita yang membolehkan masyarakat mengetahui perkembangan semasa dan hal-ehwal di seluruh dunia.

Ong : Apakah contoh program pendidikan yang disiarkan dalam televisyen, Imran?

Imran: Terdapat program-program pendidikan seperti rancangan masakan, ‘Nasional Geography’, Hal Ehwal Islam, forum dan lain-lain yang memaparkan maklumat terkini dan pengetahuan yang berguna.

Ong : Sebenarnya, penyiaran rujukan ataupun maklumat am, iaitu melalui iklan dan
juga rancangan khas tentang sesuatu barangan membolehkan kita memperoleh maklumat yang banyak tentang sesuatu barangan sama ada dari segi harga, kualiti jenama dan fungsinya.

Imran: Walau bagaimanapun, janganlah kita biarkan televisyen menguasai kita,
sebaliknya kita perlu menguasai televisyen.

Ong : Betul, Imran! Kita perlulah menonton televisyen secara terkawal dan berdisiplin agar kita memperoleh manfaatnya.

Imran: Terima kasih, Ong atas kerjasama menjayakan sesi perbincangan pada hari ini. Jumpa lagi, ya.

Ong : Sama-sama, Imran. Selamat jalan.

Selepas perbincangan di perpustakaan sekolah, mereka sempat singgah bersantai di gerai ais kacang Tanjong Malim sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Chai Wei Xin, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim.

Wednesday, May 18, 2011

Guru Pendeta atau Pendeta Guru?






Menurut Kamus Dewan, pendeta bermaksud orang yang banyak ilmu, pandai-pandai, ulama agama Hindu (Kristian dll.), orang yang bertapa, yakni dalam cerita-cerita lama (Halaman 1171) manakala kosa kata guru pula bermakna orang yang mengajar, pendidik , pengajar, pengasuh, pemimpin agama Hindu (Halaman 492). Yang jelas dalam Hukum D - M Bahasa Melayu, unsur yang diterangkan akan diikuti oleh unsur yang menerangkan. Contohnya, sos (unsur yang diterangkan) + cili (unsur yang menerangkan) = sos cili.

Dalam konteks kosa kata guru pula, yang jelas, frasa guru bantu, guru latihan normal, guru pelatih, guru pelawat, guru penolong, guru kaunseling, guru cemerlang, guru sukan, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum, guru penolong kanan petang, guru penolong kanan HEM, guru kanan, guru disiplin, guru SPBT, guru media, guru pakar, guru wibawa, guru muda, guru tua dan sebagainya adalah gramatis. Maka, pada hemat saya, frasa guru pendeta adalah lebih persis dan tepat daripada frasa pendeta guru.

Peribahasa untuk renungan:
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Maksudnya, kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dalam hal yang tidak baik).

Salam Bahasa Jiwa Bangsa.
Chai Loon Guan,
Tg.Malim.

Monday, May 16, 2011

Nostalgia MESA
















Alumni MES 1977 - 1978, yakni hampir 34 tahun yang lalu. Sesekali nostalgia menggugah minda menyentuh rasa.

Hanya Dikau



hanya dikau
mengerti setitis sepi
hanya dikau
memahami sebaris puisi
hanya dikau
menghayati seaksara derita
hanya dikau
menyelami sefrasa bahagia
hanya dikau
satu-satunya kawan
di buana persahabatan
satu-satunya teman
di buana kehidupan!

Chai Loon Guan,
MESA,Tg.Malim.

GURU



GURU BIASA
GURU KANAN
GURU WIBAWA
GURU PENDETA
(Hari Guru Malaysia Ke-40)

Hari Guru di MES





















Tarikh: 16 Mei 2011
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan MES
Tetamu Kehormat: YDP PIBG dan Pengerusi LPS
Tema: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Sunday, May 15, 2011

Perutusan Hari Guru YDP PIBG MES








PERUTUSAN HARI GURU MES 2011
oleh Encik Mohamed Yusoff bin Babjan, YDP PIBG, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim

“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
(Hari Guru Malaysia Ke-40)

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berusaha Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim, Barisan Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru Kaunseling, AJK PIBG, Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2011, kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik, iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

2. Tahun ini, tema ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’ dipilih kerana matlamatnya menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang maju dan berkesan. Dalam hal ini, PIBG sentiasa berusaha untuk memajukan mutu pendidikan di sekolah agar setiap kita dapat mengembangkan potensi dan bakat anak-anak didik secara optimum. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan bangsa dan agama.

3. Sejajar dengan Standard Guru Malaysia, maka para guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan. Guru harus bijak membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri dalam usaha mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan pembina negara bangsa.

4. PIBG dengan kerjasama pihak pentadbir sekolah dan setiap guru perlu memikul tanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin akan kemajuan dan kelemahan setiap anak didik supaya generasi pelapis akan mampu mengorak langkah ke arah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.

5. Saya penuh yakin dengan kewibawaan para guru di sekolah ini dalam mempersiapkan diri anak-anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi.

Warga pendidik dan murid-murid SMK Methodist, 35900 Tg.Malim,

6. PIBG akan senantiasa menyokong dan mendukung matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa, yakni memastikan setiap murid memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu sejajar dengan Konsep Satu Malaysia.

7. Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI dan sasaran prestasi boleh digunakan dalam setiap aspek pengurusan sekolah, yakni prestasi boleh diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah. Sasaran prestasi perlu mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan.

8. PIBG amat yakin bahawa sistem pengukuran KPI sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan perkhidmatan pendidikan akan dapat meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk setiap anak bangsa Malaysia. Akhir kata, sempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di SMK Methodist, Tg. Malim dan amat berharap agar tahun 2011 ini akan membawa kecemerlangan dan kebitaraan kepada MES dengan melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang yang akan menjadi tonggak kekuatan negara bangsa.

Begitu iltizam
Gigih memperkukuh buana azam
Ia menaburkan usaha budi
Saujana luas terbentang
Sawah ladang
Membekalkan padi iman
Membekalkan buah kemahiran
Buat anak-anak watan

Tekun sabar
Tabah iltizam, ia
Guruku yang cemerlang
Guruku yang gemilang
Di kota pedalaman
Di desa pembangunan
Mencemerlangwangikan buana
Anak-anak warisan

Terima Kasih, Cikgu! Selamat Hari Guru.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, May 14, 2011

Teacher - Guru

















(Sumber Gambar: Pn. Nina Khoo - Alumni MES)

I
Teacher

The mediocre teacher tells
The good teacher explains
The superior teacher demonstrates
The great teacher inspires

Guru

Biasa seorang guru sekadar memberitahukan
Bagus seorang guru sekadar menyampaikan
Hebat seorang guru mendidik melalui teladan
Unggul seorang guru mengilhamkan anak watan

II
The Competent Teacher

Able to maintain disciple
Able to treat students properly
Able to impart subject matter effectively
Able to accept teaching advice from superiors
Able to demonstrate mastery of the subject matter being taught
Able to produce the intended or desired results in the classroom

Guru Wibawa

Berkeupayaan memimpin
Berkeupayaan memanusiakan murid sebaiknya
Berkeupayaan menyemaikan ilmu secara berkesan
Berkeupayaan menerima nasihat keguruan daripada pihak atasan
Berkeupayaan merealisasikan kepakaran dalam keguruan
Berkeupayaan mencapai matlamat pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah

Analisis Novel T2 - Erti Sebuah Pengorbanan

Analisis Novel BM Tingkatan 2- Erti Sebuah Pengorbanan
Penulis: Zaihanim Zainal Abidin
Tajuk: Tema dan persoalan

Definisi tema: Subjek yang dijadikan dasar sesuatu cerita.
Definsi persoalan: Sesuatu yang dipersoalkan; masalah.

TEMA:
Kegigihan dan kecekalan hati seorang anak yang menjadi mangsa perceraian kedua-dua orang tuanya dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Contoh:
Iman Zulaikha tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung kerana ibu bapanya telah bercerai. Walau bagaimanapun, Iman berazam untuk menyatukan ibu dan bapanya semula.

PERSOALAN:
1) Perasaan anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Contohnya, Iman berasa sangat pedih pada mulanya kerana perceraian ibu bapanya. Selepas nasihat ahli keluarganya, Iman mula memahami dan menerima hakikat tersebut.

2) Perbezaan kaum tidak menghalang persahabatan. Contohnya, Iman dan kawannya berkawan baik dengan Pei Wen walaupun mereka berlainan bangsa dan agama.

3) Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam keluarga khususnya anak-anak. Contohnya, ibu Iman bertanyakan khabar Iman pada setiap hari melalui e-mel. Bapanya sering menelefon dan menziarahi Iman yang berada di kampung apabila terdapat masa yang terluang.

4) Kawan yang baik dapat membimbing ke arah kebaikan. Contohnya, Iman ingin menarik diri dalam pertandingan berpidato kerana Linda menuduhnya hipokrit. Namun, setelah mendapat sokongan dan desakan kawan-kawannya, Iman bersemangat untuk bertanding dengan Linda.


Hasil kerja:
Chai Wei Kit,
Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Karangan BM PMR

Cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang adalah dengan meluangkan waktu bersama-sama keluarga. Jelaskan…

Terdapat berbagai-bagai cara untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang, antaranya menyertai aktiviti yang diadakan oleh sekolah, melancong ke tempat lain, dan yang paling biasa- bermain komputer. Namun, selepas disimpulkan, meluangkan waktu bersama-sama keluarga merupakan cara yang terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang.

Melalui aktiviti bersama keluarga seperti melancong, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Keluarga juga akan menjadi lebih aman dan harmoni. Sebenarnya, keluarga yang harmoni banyak membantu untuk melahirkan masyarakat yang aman dan damai kerana keluargalah yang paling asas dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Tanpa keluarga, tiadalah masyarakat penyayang yang diharapkan.

Di bawah pengaruh keluarga yang bahagia, perkembangan minda kanak-kanak adalah lebih sihat. Mereka tidak akan berasa tertekan malah badan mereka akan menjadi lebih sihat untuk menjana kemampuan belajar yang lebih baik dan berkesan.

Dengan menyertai aktiviti kekeluargaan yang sihat, kanak-kanak akan berjalan ke arah kebaikan dan tidak akan memikirkan hal yang bukan-bukan sekali gus tidak akan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Risiko mereka untuk berkenalan dengan rakan yang kurang baik dapat juga dikurangkan. Biarpun ada kebarangkalian mereka diajak untuk melakukan sesuatu yang tidak baik seperti ponteng, bergentayangan dan lepak, namun mereka juga mempunyai peluang untuk menolak ajakan mereka sedaya upaya.

Sesungguhnya, usaha kita meluangkan masa yang berharga dengan keluarga yang tersayang merupakan langkah yang bijak ke arah melahirkan masyarakat penyayang yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, bangsa dan negara yang tercinta.

Disediakan oleh:
Leong Yu Zhe, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tg Malim, Perak Darul Ridzuan.

REMEMBER

REMEMBER:(Dengan izin...)

Life's too short to wake up in the morning with regrets.
Love the people who treat you correctly.
Forget about the one's who don't.
Believe that everything happens for a reason!
Never take someone for granted.
Hold family close to your heart.
Because you might wake up one day,
And realise that you have lost a diamond,
While you were too busy collecting stones!!


"The most important single ingredient in the formula of success is knowing how to get along with people."
Theodore Roosevelt, 26th U.S. President

Sajak - Ceritera Sebuah Kota
















Ceritera Sebuah Kota

Berdiri megah, kosmopolitan kota
Bersama mimpi dan impi
Setiap warga
Dari segenap pelosok nusa
Sehelai sepinggang
datang
Memburu cita-cita
Membina harapan
Yang barangkali tidak setinggi
rimba batu, atau
Menara pencakar langitmu

Berdiri gagah, metropolitan kota
Bersama sejuta sandiwara
Setiap warga
Tanpa menghitung warna
Tanpa menghitung usia
Mementaskan aksi
Melakonkan realiti
Demi sesuap rezeki
Demi seteguk simpati
Pada dunia kehidupan
Yang terbelenggu dek kebendaan
Yang terkongkong dek kepalsuan
Yang terpenjara dek kebobrokan

Dan, sandiwara kota
Akan terus dipentaskan untuk tontonan
Pengungsinya yang bernama audien
Babak demi babak
Adegan demi adegan
Sehingga sang sutradara yang kebutaan skrip
Menemukan noktah kehidupan
Di kota yang bernama megah
Di kota yang bernama gagah!

Chai Loon Guan,
Bandar Proton, Tg.Malim.

Frasa - Wacana BM









Frasa – Wacana Bahasa Melayu
Daripada frasa-frasa yang berikut, hasilkan sebuah karangan yang menarik.
1) Membaca buku
2) Cerita yang menarik
3) Murah sekali
4) Bersahabat dengan
5) Berjaya akhirnya

Buku

Membaca buku merupakan keperluan yang mustahak untuk menimba ilmu pengetahuan. Amalan ini ialah sejenis hobi yang murah sekali dan mengisikan masa lapang kita dengan berfaedah dan bermanfaat. Terdapat beberapa jenis buku yang mendatangkan kebaikan seperti buku cerita, buku fiksyen, buku rujukan dan lain-lain.

Buku cerita sesuai untuk bacaan kanak-kanak kerana buku tersebut lazimnya mempunyai gambar dan cerita yang menarik di samping fizikal bukunya berwarna-warni. Kanak-kanak dapat memperoleh ilmu dan mengasah daya imaginasi dengan membaca.

Sebenarnya, buku fiksyen merupakan pengumpulan cerita fiksyen yang penuh dengan imaginasi dan keajaiban manakala buku rujukan pula ialah buku yang isi kandungannya merupakan isi-isi penting dalam sukatan pelajaran di samping mempunyai catatan nota ringkas. Buku-buku tersebut dikhaskan kepada golongan remaja dan pelajar. Banyak membaca membolehkan matlamat pendidikan seseorang berjaya akhirnya.

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia haruslah bersahabat dengan buku untuk mengisi ruang yang masih kosong dengan ilmu, bak kata “ilmu pelita hati”.

Chai Wei Kit, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Thursday, May 12, 2011

Sketsa Cat Air - HARIMAU


















Sketsa Cat Air - HARIMAU

Hasil karya - Chai Wuang Shen, IPGM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Sajak - MATA











MATA

Mataku
Matamu
Bertemu
Di kamar rindu

Mataku
Matamu
Berpadu
syadu
Di buana biru

Mataku
Matamu
berbicara
Dalam duka aksara
Dalam bahagia wacana
Di dunia asmara

mataku
matamu
bersatu
di rumah cinta
di rumah bahagia!

Chai Loon Guan,
Taman Berop Idaman, Tg.Malim.

Wednesday, May 11, 2011

The Epic of HANG TUAH























(Dengan izin...)
Written between 1641 and 1739, this epic reflects the aspirations, ability, attitudes, culture and manner of the Malay people who were respected and acknowledge by foreigners long before the Portuguese invasion of Melaka. It was Hang Tuah who said, “The Malays will never vanish from this world.”
(Sumber: ITNM)

Sajak - ULAR III














ULAR III

Tiba-tiba anakku
berteriak
ada ular
sedang berlingkar
di dahan kehidupan

Anakku,
usah kaugelisah
lumrahnya
ular jalar-menjalar
lumrahnya
ular lingkar-melingkar
bebas di buana fauna

Awas,
yang perlu kauresah, sebenarnya
ular bergelar manusia
di marcapada!

Chai Loon Guan,
Bangunan MAS – 3 Bestari,
10 Mei 2011.

Tuesday, May 10, 2011

Sajak - BEGITU

















BEGITU
(sempena Hari Guru – 16 Mei 2011)

Begitu tekun
Sabar bernaung di rumah tabah
Ia menyemaikan benih
Di kebun bangsa
Di dusun nusa
Agar tumbuh nanti
Pepohon hidup yang rendang
Memberikan teduh bahagia
Pepohon hidup yang subur
Meranumkan buah nikmat
Waktu lapar
Meranumkan buah berkat
Waktu sukar

Begitu iltizam
Gigih memperkukuh buana azam
Ia menaburkan usaha budi
saujana luas terbentang
sawah ladang
Membekalkan padi iman
Membekalkan buah kemahiran
Buat anak-anak watan

Tekun sabar
Tabah iltizam, ia
Guruku yang cemerlang
Guruku yang gemilang
Di kota pedalaman
Di desa pembangunan
Mencemerlangwangikan buana
Anak-anak warisan

Chai Loon Guan,
PKG Bota, Bota Kanan.

Mesyuarat Silaturahim







Mesyuarat Silaturahim Pengetua MES dengan AJK Induk MES Alumni 2011
Tarikh: 15 JUN 2011 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan MES

(u.p.: YBhg.Prof.Dr. Yang Farina, En.David Chan, Pn.Christine Lee, En. Abdul Harith Arshad dll.)

Sunday, May 8, 2011

Majlis Penyampaian Netbook 1Malaysia



















Majlis Penyampaian Netbook 1Malaysia telah berlaya dilangsungkan di Dewan Besar, SJKC Chung Sin, 35900 Tanjong Malim pada 8 Mei 2011 melibatkan murid-murid SMK Bandar Behrang 2020, SMK Khir Johari, Tg. Malim, SMK Methodist, Tg.Malim dan SMJK Katholik, Tg. Malim.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Malim. Sebanyak 289 orang murid yang layak terpilih untuk menerima Netbook 1Malaysia daripada YB Dato' Seri Ong Ka Chuan.

Sasterawan Negara Ke-11























SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA KE-11:
KEMALA
by Djazlam Zainal

Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah juga dikenali dengan nama Kemala. Selain pernah juga menggunakan nama A.K., Ahmad Jiwa, Dur Kasih, Nur Hiryati dan Nirwana.. Dalam dunia akademia, beliau lebih senang dikenali sebagai Dr. Ahmad Kamal Abdullah. Begitu juga apabila beliau menulis ilmiah, desertasi mahupun esei. Sebagai penyair, beliau menggunakan nama Kemala.

Dilahirkan pada 30 Januari 1941 di Gombak, Selangor, Malaysia. Mendapat pendidikan awal di sekitar Kuala Lumpur. Pernah belajar di Institut Dharma ( Inggeris ) pada tahun 1956. Menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak ( 1958-1962 ) Lulus Sijil Persekolahan ( 1962 ) dan Sijil Tinggi Persekolahan ( 1974 ) secara persendirian. Mengikuti pengajian luar kampus ( 1975-1980 ) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda yang diikuti Sarjana Sastra ( 1985 ) dan Ijazah Doktor Falsafah ( 2000 ) dengan desertasinya berjodol Simbolisme Dalam Puisi Islam di Malaysia 1970-1990.

Pengalaman mengajar ( sebagai guru ) pada tahun 1962-1968 sangat mempengaruhi jiwanya sebagai pendidik. Biarpun kemudian beliau berpindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka, menyelaras majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Majalah Perisa, sifat pendidik beliau sangat terasa. Sebagai Pegawai Perancang Bahasa Tingkatan Kanan, juga seorang penyair kawakan, beliau tetap merendah diri dan budiman terhadap karyawan muda.

Kegiatan penulisan Kemala sejak di bangku sekolah dasar. Cerpennya Pengembaraan Ahmad pernah memenangi hadiah di majalah Hiburan. Ketika di Maktab, beliau memestaskan Sri Lembayung. Namun puisilah bakat beliau yang sebenar. Sejak tahun 1960an lagi, puisinya terkandung dalam antologi bersama Laungan ( 1966 ) Telok Gong dan Suara Tujuh ( 1969 ) Antologi ini merupakan perjuangan hidup masyarakat bawahan kaum tani dan buruh.

Mulai tahun 1970-an, Kemala tampil dengan keperibadiannya sendiri. Bersama Latiff Mohidin, Dharmawijaya, Zurinah Hassan, Baha Zain dan Muhamad Haji Salleh, nama beliau berada di puncak teratas. Keprolifikan Kemala berakhir dengan lahirnya kumpulan puisi Timbang Terima ( 1970 ) Meditasi ( 1972 ) Kaktus-Kaktus ( 1976 ) Ayn ( 1983 ) ERA ( 1985 ) Pelabuhan Putih ( 1989 ) Titir Zikir ( 1995 ) MIM ( 1999 ) Ziarah Tanah Kudup ( 2006 ) Syurga ke Sembilan ( 2009 ) yang mendapat sorotan luas sebagai penyair Melayu berjiwa Saadi, Rumi atau Khalil Gibran. Puisi kerohaniannya nalar seakan Abdul Hadi WM dan Taufiq Ismail sehingga tak cukup wangkang untuk memunggah karyanya ke bahasa asing seperti Inggeris, Rusia, Perancis, Jerman, Itali, Romania, Slovakia, Arab, Nepal, Serbo, Tamil, Cina, Thailand dan sebagainya.

Pada 21-25 Ogos 1986, beliau ke Struga Poetry Reading, Struga Macadonia. April 1990 ke Asean Voice in English di University Hong Kong, International Conggres og Conparative Literature Association, Tokyo ( 1991 ) International Writing Program di Iowa University, Amerika Serikat.

Pencapaian dan hadiah yang dimenanginya lumayan banyak. Malam Perhitungan ( drama ) memenangi hadiah Majlis Drama Malaysia ( 1971 ) Puisinya, Laut dan Meditasi ( Hadiah Karya Sastra, 1972 ) Maknawi Itu, Kasihku ( 1975 ) Pada Setiap Kali kau Tiba, Ogos, Bahawa Cinta Itu Kasihku ( 1976 ) Lelabah, Laut dan Cekerawala ( 1982/83 ) Dalam organisasi pula, sebagai Ketua Satu Persatuan penulis Nasional Malaysia ( PENA - 1983-1984 , Setiausaha Satu Gabungan Penulis National Malaysia ( GAPENA - 1972-1974 )dan menerima SEA Write Award di Bangkok pada 1986.

Kembali memperkatakan Kemala sebagai penyair kawakan tetapi sangat merendah diri, saya sebagai salah seorang anak didiknya seperti kebanyakannya yang lain, beliau adalah permata di perlembahan. Beliau yang mula saya kenali ketika mendeklamasikan puisinya dalam tali pita ( kaset ) Pembacaan Puisi-Puisi Dari Malaysia ( DBP, 1981 ) membaca dua puisinya iaitu Laut dan Meditasi-Pregmen. Dan kemudian beberapa kali berpapasan di kantornya dengan rikuh memberi semangat dan tunjuk ajar. Malah puisi-puisi saya dalam Kilir-Kilir Makna, ( GEMA, Kota Bharu, 1991 ) adalah bekas suntingan dan lalapan beliau ketika dalam Seminar Sastra Bandingan di Musium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor ( 2001 )

Sebagai pembimbing, Kemala tidak pernah tersorot ke belakang. Beliau sentiasa ada di mana-mana. Jejaka pemalu dan pendiam ini, menurut Siti Zainon ( Alam Puisi, DBP, Kuala Lumpur, 1994:68 ) Kemala sangat akrap dengan penyair muda. Ketika beliau dianugerahkan Dato' oleh baginda Sultan Selangor, kita begitu terkesima, mahu memanggilnya Dato'. Gelaran paling berarti tetapi bagi kami panggilan cikgu, bapak, bung atau sebagainya menandakan penghormatan dan kesayangan kami. Panggilan Dato' dikhuatiri menjarakkan silaturahmi. Namun kalau kita tidak memanggilnya Dato', bukan berarti ia menghilangkan rasa kehormatan tetapi masih menyimpan simpul kemesraan di bilik kantor atau di pentas-pentas baca puisi. Kini, kebanggaan kami, Kemala @ Dato' Kemala telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara. Jagat dan bumi bergetar beramin doa. Jantung dan jiwa bergetap rikuh beristigfar. Ya, Allah, ini puncak penghormatan Mu, manusia berjiwa seni yang halus mulus bernama Kemala. Sesungguhnya, di jiwa kami anak-anak yang pernah menerima asuhan puisi dan kasih sayangmu, Kemala, sejuta kesyukuran, bertafakur, dalam diam. Anugerah dan penghormatan itu juga adalah dugaan keimanan. Ingatlah, kolam jernih akan memantulkan wajah tenteram juga temeram dalam kocak dan kilaunya...

Dan Laut adalah puisi paling dalam untuk kenangan ini.

Akulah laut
gadis cantik tidur di peraduannya
titik-titik riak di tubuhku
lukisan detik dan tarian angin
bersatu di gemersik ingin
saujana ketenangan ini

akulah laut
pemuda tangkas asuhan waktu
gelodak ombak menjadi kata
deru menjangkau ufuk
musik terdampar ke benteng karang
lalu kenal diri

siang pilihan
menyimpulkan seloka camar
berlalu sejarah
kudukung sejarahmu
akulah laut pertama
pemupuk cinta abadi

malam pertaruhan
badai perkasa memeluk hadirmu
rahsia dan maha keghaiban
terpancar oleh penemu makna
demi ruang dan waktu
akulah laut pemilik lagu

kasih sayang nenek tua,
mata nakal cucu
bertemu di sini
angin jauh mencari harmoni
bergetar bibir di dalam tafsir
di sini: di hati ini kekasihku
meruap harga diri

Rujukan
1. Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu ( DBP, 1999 )
2. Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia ( Muhammad Haji Salleh, DBP, 1980 )
3. Kemala Meditasi Dampak 70 ( Insandi, 2011 )
4. Alam Puisi ( Siti Zainon Ismail, DBP, 1994 )

Saturday, May 7, 2011

Karangan BM - Makanan Ringan

Makanan Ringan Membahayakan Badan Kanak-kanak

Menurut Kamus Dewan, makanan ringan merujuk kepada makanan yang tidak begitu mengenyangkan seperti keropok, kacang, burger, ais krim dan sebagainya.

Biarpun makanan tersebut boleh mendatangkan marabahaya namun sesetengah kanak-kanak sangat suka akan makanan ringan tersebut. Pada setiap hari, mereka akan cuba memenuhi selera masing-masing untuk menjamah makanan ringan pada masa lapang lebih-lebih lagi ketika mereka menonton televisyen atau bersantai dengan kawan-kawan.

Sebenarnya, makanan ringan jika diambil secara berlebih-lebihan akan membahayakan kesihatan badan kita. Penyakit moden yang popular pada hari ini seperti kencing manis, sakit jantung dan penyakit buah pinggang sering menyerang kita. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 50% kanak-kanak di Malaysia dilanda masalah obesiti atau diancam masalah kegemukan. Kebanyakan kanak-kanak yang terlibat didapati sering melanggani makanan ringan.
Jelaslah bahawa makanan ringan boleh mendatangkan bahaya kepada kita, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah senantiasa memantau kesihatan anak-anak di samping menjauhkan mereka daripada godaan makanan ringan.

Seterusnya, kantin sekolah perlu dilarang daripada menjual makanan ringan kepada murid-murid sekolah di seluruh negara. Sebaliknya, pihak kantin perlulah mengutamakan mutu kesihatan murid-murid dengan menjual makanan yang bersih dan berkhasiat tanpa banyak membebankan golongan kanak-kanak.

Kesimpulannya, kempen pemakanan dan kesihatan perlulah diadakan dari semasa ke semasa untuk menyedarkan masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak agar senantiasa mengutamakan makanan yang seimbang, beriadah dan menjalani cara hidup sihat selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya, kesihatan itu kekayaan.

Goh Zheng Kun, Tingkatan 1 Hijau, SMJK Katholik, 35900 Tg.Malim.

Kejohanan Balapan dan Padang MES 2011








Kejohanan Balapan dan Padang Ke-62, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim 2011.
Tarikh: 02 JULAI 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang MES
Tetamu Kehormat: ALUMNI MES
1Murid 1Sukan - Majulah Sukan Untuk Negara.

Friday, May 6, 2011

Sajak - Ceritera Perpaduan
















Ceritera Perpaduan

Bersama kita
Memupuk cinta tanpa warna
Bersatu kita
Memperkasa nusa tanpa curiga

Kita tetap bersama
Dari dulu hingga kini
Kita tetap berusaha
Membangun nusa
memakmur bangsa

Bersama kita
Ilmu ditimba tanpa putus asa
Menjana modal insan
Di buana perpaduan
Di buana kemerdekaan

Seteru kita lawan bersama
Dalam roh aksara muhibah
Demi perpaduan
Demi kemajuan
Nusa bangsa Malaysia.

Chai Loon Guan,
MES, Tg.Malim.

Hari Anugerah Gemilang MES 2011







Majlis Hari Anugerah Gemilang SMK Methodist, 35900 Tg. Malim 2011.
Tarikh: 15 JUN 2011 ( Rabu )
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan MES
Tetamu Kehormat:
YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, SPMP, DPMP, PMP,
Ahli Parlimen Tg.Malim.
Selamat Datang!

Thursday, May 5, 2011

Pengalaman



















Pengalaman yang berguna dan menarik buat Pasukan Puisi dan Lagu, SMK Methodist, Tg. Malim semasa menyertai Sayembara Puisi dan Lagu SM Daerah Batang Padang di SMK Sg. Kruit, 35600 Sungkai pada 5 Mei 2011. Syabas dan tahniah buat Pasukan Puisi dan Lagu SMK Trolak Selatan, Trolak kerana mengungguli kejuaraan.

MES Juara Koir SM Batang Padang 2011!




















Syabas dan tahniah buat Pasukan Koir SMK Methodist, 35900 Tg. Malim kerana muncul JUARA dalam Pertandingan Koir SM Daerah Batang Padang 2011 di SMK Sg. Kruit, 35600 Sungkai pada 5 Mei 2011!

Wednesday, May 4, 2011

Poem (Dengan izin...)










Do Not Stand at My Grave and Weep

Do not stand at my grave and weep;
I am not there. I do not sleep.
I am a thousand winds that blow.
I am the diamond glints on snow.
I am the sunlight on ripened grain.
I am the gentle autumn rain.
When you awaken in the morning's hush
I am the swift uplifting rush
Of quiet birds in circled flight.
I am the soft stars that shine at night.
Do not stand at my grave and cry:
I am not there. I did not die.

(The Nation's Favourite, BBC Books, 2010)

Forum Remaja BM 2011



















Baru kembali dari SMK Trolak Selatan mengadili Pertandingan Forum Remaja BM Daerah Batang Padang 2011. Johan - SMK Agama, Slim River, Naib Johan - SMK Khir Johari, Tg.Malim dan Ketiga - MRSM Trolak. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya! Yang kalah bukan bererti gagal, cuba lagi pada tahun 2012. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, May 2, 2011

Bunga bernama Ros

Karangan Laporan BM PMR

Sekolah anda telah mengadakan Majlis Hari Penyampaian Hadiah. Sebagai ketua pelajar, anda diminta menyediakan laporan lengkap tentang acara tersebut.

Laporan Majlis Hari Penyampaian Hadiah SMK Methodist, 35900 Tg.Malim 2011

Pada 24 April 2011 yang lalu, SMK Methodist telah mengadakan Majlis Hari Penyampaian Hadiah buat kali ke-100 di Dewan A, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kapada pelajar-pelajar yang telah memperoleh kecemerlangan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kesahsiahan diri. Selain itu, majlis ini juga dapat memberikan galakan kepada murid-murid yang lain supaya lebih berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang dalam dunia pendidikan.

Majlis ini bermula tepat pada jam 9.00 pagi dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tg.Malim. Hari Penyampaian Hadiah ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para ibu bapa. Ramai antara mereka hadir untuk menyaksikan kejayaan anak-anak mereka dalam majlis tersebut. Hampir 500 pengunjung hadir pada majlis itu. Kehadiran pengunjung dan ibu bapa yang begitu ramai menjadikan suasana majlis berlangsung dengan begitu meriah.

Nyanyian lagu “Negaraku” dan “ Lux Et Veritas” memulakan tirai. Seterusnya majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua sekolah, Yang Berusaha Encik Lee Ming Ho. Dalam ucapan, beliau senantiasa menggalakkan anak-anak murid supaya berusaha untuk meningkatakn prestasi akademik , kokurikulum dan kesahsiahan diri pelajar.

Selepas persembahan caklempong, majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya telah dijalankan. Majlis ini dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun 2010 menurut kelas masing-masing. Kemuncak upacara ini ialah penyampaian hadiah penghargaan kepada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM 2010. Sebanyak 50 orang pelajar terpilih sebagai penerima anugerah kokurikulum.

Majlis ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan persembahan koir oleh pelajar-pelajar sekolah yang diketuai oleh Saudara Tan Yu Hang. Sebelum bersurai, para hadirin telah dijemput untuk menjamu selera di dewan makan. Ringkasnya, majlis penuh gemilang ini telah berjaya dilangsungkan dalam suasana yang meriah dan mencapai objektifnya.

Laporan disediakan oleh,
Chiam Tow Yuet
(CHIAM TOW YUET)
Ketua Pelajar,
SMK Methodist, 35900 Tg.Malim,
Perak Darul Ridzuan.

24 APRIL 2011

Sunday, May 1, 2011

Sajak - Susu Ibu









Susu Ibu

Tanpamu
Laparku menangis
Tanpamu
Badanku tragis
Tanpamu
Mindaku beku
lesu

Susu ibu
Keranamu
Aku hidup
Keranamu
Aku sihat
Keranamu
Aku dewasa
Di dunia kehidupan yang berona

Terima kasih, ibu
Susumu adalah kasih
Susumu adalah rindu
Susumu adalah cinta
Kerana susumu
Minda aku berilmu
Kerana susumu
Sihat aku
melayari bahtera dewasa
Cerdas cergas
di buana kehidupan yang menduga

Chai Loon Guan,
Hotel Seri Malaysia, Taiping.

SUSASTERA


















Pada 1 Mei 2011, Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said dan Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh berbicara tentang "Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran." Wacana ini berlangsung di Bilik Johor-Kedah PWTC, pukul 3 - 5 petang.

SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, "Sastera membuatkan kita menjadi manusia yang "lembut" atau bersopan. Warga Inggeris, Jerman, Perancis, di barat, sastera dibaca oleh pelajarnya tetapi kita tidak diminta membaca sastera..."

SN Datuk Dr. A Samad Said, " ...yang dilakukan oleh ITNM memang dapat meletakkan karya yang baik dari negara kita dibaca oleh masyarakat antarabangsa..."

(Sumber: FB YBhg. Prof.Emeritus Dr. Abdullah Hassan)

Sajak - Pengemis Hidup
























Pengemis Hidup

Rela dia,
Menyerahkan nasib
Pada tangan yang meminta
Sesuap nasi
dalam kelaparan

Rela dia,
Menggantungkan rezeki
Pada serbah-serbih baju
Merayu seteguk air
dalam kehausan

Rela dia,
Menjaja malu
Di stesen kehidupan
Yang menyaksikan sekujur tubuh
Kurang upaya
dibutakan ilmu
dibutakan mahir
Terlantar uzur di kaki lima
Tanpa saudara
Tanpa keluarga

Dalam hina, mengemis dia
Dari pagi hingga petang
Sebelum sakaratulmaut menjemputnya pulang!

Chai Loon Guan,
Taman Berop Idaman, 35900 Tg.Malim.