Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, April 30, 2011

Thursday, April 28, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Seminar GC










Seminar pemantapan kualiti Guru Cemerlang, Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Batang Padang 2011 di Bilik Santapan, SMK Bidor, Perak Darul Ridzuan pada 28 April 2011.

Tuesday, April 26, 2011

Monday, April 25, 2011

Ucapan Alu-aluan Pengetua MES























Ucapan alu-aluan Encik Lee Weng Woh, Pengetua, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim bersempena dengan Program Satu Malaysia Membanteras Dadah pada 25 April 2011 di Dataran Perhimpunan MES.

Sunday, April 24, 2011

Sajak: Akulah, pelaut hidup...


















akulah, pelaut hidup
yang baru pulang
dari pelayaran panjang
pernah belayar bahtera hidup
di lautan duga
pernah menimba
pahit manis pengalaman
dari pelabuhan ke pelabuhan
dari lautan ke lautan
antara siput duka
dan kerang bahagia

akulah, pelaut hidup
yang baru pulang
dari pengembaraan panjang
pernah dilamar bahasa ombak
yang liar yang jinak
sebelum berumah, aku
di pantai sejarah
meratapi senja merah
berlabuh suram di horizon hayat

akulah, pelaut tua
di lautan hidup!

Chai Loon Guan,
Taman Berop Idaman,
Tg.Malim.

(Dewan Sastera - Julai 2011)

Seminar KOMSAS BM


















Notelun Kenangan Aktiviti Bahasa dan Susastera BM 2011:
Seminar KOMSAS dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tg.Malim pada 11 April 2011.

Saturday, April 23, 2011

Karangan Pengalaman

‘’Anda telah mengikut bapa saudara anda ke laut untuk menangkap ikan. Ketika asyik memerhatikan ketenangan di laut, anda tidak menyedari bahawa langit mulai gelap dan hujan turun mencurah-curah.’’ Ceritakan pengalaman anda seterusnya.

Pada hujung minggu yang lalu, bapa saudara saya dan saya turun menangkap ikan di laut. Pada hari tersebut, kami menyediakan barang-barang keperluan seperti umpan, baldi, joran dan sebagainya. Kami juga menyediakan beberapa makanan ringan supaya tidak akan lapar semasa memancing. Selain itu, ibu menasihati saya bahawa kami harus berhati-hati semasa memancing dan bergurau jangan dimakan oleh ikan sebaliknya. Selepas itu, kami pun memulakan perjalanan ke pelabuhan.

Selepas dua jam perjalanan, kami telah sampai ke pelabuhan itu. Bapa saudara membeli tiket untuk menaiki bot. Harga tiket bukan mahal sangat. Sebelum menaiki bot besar yang lengkap, kami disuruh untuk memakai jaket keselamatan. Jaket keselamatan membolehkan kami terapung di permukaan air jika kami ditakdirkan berlaku kemalangan.

Kelihatan laut tenang dan cuacanya cerah. Saya menikmati pemandangan laut sambil menunggu sampai di destinasinya. Setibanya di tempat yang dikatakan lubuk ikan, saya mula mabuk laut, bapa saudara terus menghulurkan pil ubat kepada saya sebagai penawar. Selepas itu, bapa saudara pun mula melabuhkan pancingnya. Saya meminta bapa saudara mengajar saya teknik-teknik memancing ikan. Saya mendengar setiap arahan bapa saudara dengan teliti. Selepas setengah jam, ikan masih belum terpancing oleh bapa saudara saya. Bapa saudara saya memberitahukan bahawa memancing ikan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kami terus sabar menunggu.

Tiba-tiba sedang kami asyik memancing ikan, angin bertiup dengan kencang. Hujan mula turun mencurah-curah. Kilat sabung-menyambung. Bapa saudara menyuruh saya mengemas barang-barang untuk pulang. Saya berasa sangat panik namun tetap menurut arahan bapa suadara. Yang jelas pada ketika itu, hujan ribut telah menghalang kami. Kami hanya boleh berada di dalam bot itu sambil berdoa agar hujan berhenti. Hujan kian lebat. Angin laut kian kencang. Laut masih bergelora. Bot kami teroleng-oleng dipukul ombak. Tanpa berfikir banyak, bapa saudara mengambil keputusan untuk mengeluarkan air hujan dari bot dengan tong yang disediakan. Tidak lama kemudian, hujan telah berhenti dan bot kami mula stabil biarpun ombak masih mengganggu kami semasa dalam perjalanan pulang ke pelabuhan. Dengan kesabaran, kami berjaya menghadapi segala rintangan dan selamat kembali ke daratan. Syukur kami kepada Tuhan.

Selepas pulang ke rumah, saya menceritakan pengalaman ngeri ini kepada ibu. “Inilah suatu pengalaman yang tidak boleh kamu lupakan, anakku,” kata ibu. Ibu juga menasihati saya agar senantiasa berwaspada dalam melayari bahtera kehidupan ini. Akan saya ingat dan simpan memori itu dalam diari hidup saya selagi hayat dikandung badan.

Ditulis oleh:
Tan Chee Shin, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist , 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Bacalah dalam bahasamu - B U K U

Friday, April 22, 2011

Wacana Bahasa Melayu (II)






















WACANA BAHASA MELAYU
PENTHOUSE MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
22 APRIL 2011
ENCIK CHAI LOON GUAN, GC BM dan MUNSYI DEWAN.

ANALISIS TEKS: NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
PENULIS: ROBIAH K. HAMZAH
PENERBIT: DBP – 2011
HARGA: RM 25.00
HALAMAN: 201

BAHAGIAN I: BIODATA PENULIS
Nama: Dr. Robiah Kulop Hamzah
Tempat Lahir: Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, Parit, Perak Darul Ridzuan.
Jawatan: Pensyarah / Pakar Motivasi / Pembimbing Rakan Sekerja Kementerian Pendidikan.
Alamat: RKH Motivation & Services,
15, Jalan Joran Satu 19/24A, Seksyen 19,
40 000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03 – 5542 6754
Telefon Bimbit: 017 – 872 4285
Faks: 03 – 5549 2667
E-mel: rkhamzah@yahoo.com

Pendidikan:

• Sekolah Rendah dan Menengah di Perak.
• Latihan Perguruan Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, K.Lumpur
• Ijazah Pertama (B.A Hons) dan Sarjana (M. Ed) di Universiti Malaya.
• Dr. Falsafah di UKM, Bangi, Selangor.

Pengalaman Bekerja:

• Pernah mengajar di 4 buah Sekolah.
• Pensyarah di 4 buah Maktab Perguruan
• Pensyarah Sambilan di 4 universiti, iaitu di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, UiTM dan OUM.

(Senarai Rajah, Senarai Jadual, Pendahuluan, Penghargaan)

BAHAGIAN II
BAB 1:
SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENERAPAN NILAI MURNI DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
1.1 Konsep Nilai
1.2 Pendidikan Nilai
1.3 Pendidikan Nilai dalam KBSM
1.4 Peranan Guru dalam Pendidikan Nilai
1.5 Pendekatan Pengajaran Nilai/Moral
1.6 Pendekatan Penerapan Nilai
1.7 Pendekatan Penjelasan Nilai
1.8 Pendekatan Analisis Nilai
1.9 Pendekatan Perkembangan Kognitif Moral
1.10 Pendekatan Pembinaan Rasional
1.11 Kajian Berkaitan Pendidikan Nilai di Malaysia
1.12 Kajian Berkaitan Pendidikan Nilai di Luar Negara

Bab ini bermula dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, yakni:
Untuk kepentingan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja dilihat dari segi bilangan tenaga rakyat dan jenis pengetahuan yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima seperti yang ternyata dalam Falsafah Pendidikan Negara (1987:5)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (IREJ atau JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Menurut penulis, hasrat ini akan tercapai melalui pembentukan satu kurikulum yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:-
• Kurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang diperlukan oleh semua pelajar.
• Kurikulum yang boleh menjadi asas untuk pendidikan seumur hidup.
• Kurikulum yang dapat membina kefahaman,penghayatan dan amalan nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan, serta dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam kalangan pelajar. (PPK, 1988)

KBSM menekankan aspek penerapan dan penyerapan nilai murni melalui kandungan semua mata pelajaran selain mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Pendidikan nilai dilaksanakan secara langsung dan secara tidak langsung di dalam bilik darjah.

16 nilai dalam Pengajaran Bahasa Melayu:

1. Kerjasama
2. Kerajinan
3. Hormat-menghormati
4. Kasih sayang
5. Baik hati
6. Kebersihan fizikal dan mental
7. Berdikari
8. Kejujuran
9. Semangat bermasyarakat
10. Kesyukuran
11. Berhemah tinggi
12. Kesederhanaan
13. Keberanian
14. Keadilan
15. Rasional
16. Kebebasan

Keberkesanan Pelaksanaan Pendidikan Nilai melalui strategi pengajaran utama seperti berikut:
a. Nilai murni merentas kurikulum
b. Bahasa Melayu merentas kurikulum
c. Kesepaduan ilmu,kemahiran dan nilai
d. Budaya sekolah positif
e. Kesepaduan di antara kurikulum dengan kokurikulum.
(Kementerian Pelajaran – 1993:16)

Konsep Nilai
Pendekatan Penerapan Nilai mendefinisikan nilai sebagai satu peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut. (Superka et al., 1976)

Menurut pendekatan ini, tujuan penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi atau menerapkan ke dalam diri individu dengan nilai-nilai tertentu berbentuk universal dan mutlak yang difikirkan baik dan sesuai. Jelaslah bahawa nilai yang diamalkan oleh setiap individu itu ditentukan oleh ahli masyarakat dan budaya individu itu sendiri (Superka et al., 1976: Durkheim, 1961) manakala institusi terbaik tempat mengajarkan pendidikan nilai ialah sekolah (Durkheim, 1961)

Nilai-nilai yang dipilih untuk diterapkan dalam sistem pendidikan ialah nilai sesuatu masyarakat atau bangsa yang diasaskan kepada nilai agama (Al-Farabi, 1988: Khadijah Zon, 1988; Kamal Hasan, 1988).

Islam – beriman dan bertakwa yang bercirikan amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana dsb.
Kristian – merendah diri, benar, hati suci, cinta akan perdamaian, tabah dsb.
Buddha – kefahaman benar, pemikiran benar, kata-kata benar, tingkah laku benar, usaha benar, dsb.
Hindu – keberanian dan ketabahan, timbang rasa, tidak tamak, kebersihan, mengawal fikiran dsb.
Sikh – kebenaran, sikap berasa cukup, melihat ke dalam diri, bersih hati, jujur, berkebajikan dsb.
Confucius – timbang rasa, baik hati, taat, amanah, berkorban, tingkah laku baik terhadap keluarga dsb.

Kombinasi kesemua unsur keagamaan yang terdapat di Malaysia, maka lahir 16 Nilai Murni yang bersifat sarwajagat, tetap dan kudus untuk diterapkan kepada semua pelajar melalui semua mata pelajaran sekolah. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990)

Pendidikan Nilai
Menurut Armstrong dan Savage (1990) dan Hasan Langgulung (1987), pendidikan nilai harus menjadi satu daripada tumpuan dalam pendidikan kerana ia amat rapat hubungannya dengan perkembangan domain efektif di samping penyuburan perkembangan diri individu (Pintrich, 1990; McPhail, 1982)

Menurut Greer dan Ryan (1989), kegagalan pendidikan nilai ini akan menyebabkan pelajar gagal membentuk perlakuan yang seimbang dari segi kognitif dan nilai dalam kehidupannya. Ini kerana pendidikan nilai sangat rapat hubungannya dengan perkembangan kognitif (Rest, 1980; Kay, 1979)

Ellis, Cagan dan Howay (1991) mencadangkan agar:

i. Pendidikan nilai amat perlu di sekolah.
ii. Guru merupakan agen pemindahan nilai kepada pelajar.
iii. Pengajaran nilai sewajarnya menjadi fokus utama dalam pendidikan.
iv. Pegangan nilai secara umum harus didasarkan kepada kepercayaan masyarakat.

Pendidikan Nilai dalam KBSM
Dalam KBSM, konsep nilai murni merentas kurikulum bermakna nilai perlu diterapkan dalam semua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu. Nilai akan diterapkan dengan menggunakan kaedah langsung atau kaedah tidak langsung semua mata pelajaran bergantung pada suasana dan keadaan pengajaran dan pembelajaran yang wujud.

Peranan Guru dalam Pendidikan Nilai
Kurikulum pendidikan nilai yang baik hanya akan berjaya jika terdapat guru yang terdidik dengan pendidikan nilai dari segi teori dan amali (Musa Mantrak, 1991; Gudmundsdottir, 1990). Guru juga harus dapat memainkan peranan dalam bentuk mengaitkan nilai yang diajarkan dengan amalan dan keperluan dalam masyarakat (Ryan, 1988)

Tugas utama guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran kepada pelajar tetapi guru juga harus membentuk budi pekerti dan akhlak mereka. Tugas tersebut dapat dilaksanakan melalui peranan guru sebagai perancang, pengurus, pemudah cara, pembimbing dan model (contohan) yang boleh diteladani oleh pelajar (PPK, 1988).

Pendekatan Pengajaran Nilai / Moral
1. Pendekatan Penerapan Nilai
Menurut Superka et al., 1976, pendekatan ini berdasarkan teori pembelajaran sosial, iaitu gabungan teori psikoanalisis dan teori pembelajaran tingkah laku (Abd. Rahman Aroff, 1988).

Tujuan utama pendekatan penerapan nilai adalah untuk menerapkan nilai yang baik dan nilai yang menjadi pegangan masyarakat ke alam fikiran pelajar secara langsung dan tidak langsung agar dapat membina satu masyarakat yang berdisiplin.( (Rancangan Malaysia Keempat, 1981 – 1985). Melalui pendekatan ini, hampir kesemua nilai baik yang terdapat dalam masyarakat dapat diterapkan kepada individu melalui pengajaran nilai dan melalui pengajar itu sendiri.
Pendekatan ini juga terdapat nilai-nilai yang bercorak universal dan mutlak. Misalnya nilai-nilai yang berkaitan dengan keagamaan dan ketuhanan.

2. Pendekatan Penjelasan Nilai
Pendekatan yang diasaskan oleh Louis Raths, Merril Harmin & Sidney Simon (1966) bertujuan untuk membantu pelajar menjelaskan dan mengurangkan kekeliruan untuk memilih nilai positif yang sesuai dengan tanggapan individu.

Pendekatan ini lebih menitikberatkan cara seseorang individu itu memperoleh nilai daripada persoalan nilai yang patut dipilih oleh mereka. Menurut pendekatan ini, nilai dapat dipupuk melalui tiga proses yang mengandungi tujuh tahap nilai tara, iaitu:
a. Memilih
b. Menghayati
c. Mengambil tindakan

(Halaman 26 – 27)

3. Pendekatan Analisis Nilai
Pendekatan Analisis Nilai diasaskan oleh Oliver dan Newmann (1967). Pendekatan ini menawarkan suatu proses bagi membantu pelajar menghadapi isu-isu nilai yang kontroversial dengan cara mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang terlibat dalam pertimbangan nilai secara rasional, analitis, saintifik dan mengikut prosedur yang ditetapkan (Bond, 1970; Metchalf, 1971). Pertimbangan nilai yang dibuat tidak hanya berpandukan kata hati dan perasaan semata-mata (Scriven, 1976).

4. Pendekatan Perkembangan Kognitif Moral
Pendekatan yang dipelopori oleh Lawrence Kohlberg (1970) ini memperjuangkan pendapat yang mendakwa bahawa perkembangan moral seseorang dibayangkan oleh perubahan dalam pertimbangan moral. Perubahan ini berlaku mengikut perkembangan dan kematangan intelek individu tersebut (Abd. Rahman Aroff, 1986) Pendekatan ini membantu pelajar mengembangkan keupayaan membuat pertimbangan moral yang lebih kompleks berasaskan tahap-tahap tertentu secara berurutan, di samping untuk mendorong pelajar berbincang tentang sebab-sebab dan alasan bagi memilih sesuatu nilai serta dapat pula berkongsi hasil pertimbangan nilai tersebut dengan orang lain.

5. Pendekatan Pembinaan Rasional
Menurut shaver dan Strong (1982), pendekatan ini berusaha membantu pelajar mengenal pasti, menjelaskan dan melihat nilai-nilai mereka dalam konteks demokrasi, yakni menilai dan menyelesaikan konflik nilai sebelum sebarang pertimbangan dibuat, meneliti makna dan fungsi nilai dan menganalisis sifat serta dimensi nilai masyarakat demokratik.

Kesimpulan
Selain Pendekatan Penerapan Nilai (Superka et al., 1976) pendekatan-pendekatan yang disenaraikan didapati tidak mudah disesuaikan dengan amalan penerapan nilai merentas kurikulum yang disarankan dalam KBSM.

Kajian Berkaitan Pendidikan Nilai di Malaysia
Kajian-kajian menyentuh persepsi guru terhadap pelaksanaan penerapan nilai murni secara langsung di Malaysia yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah Universiti Putra Malaysia yang diketuai Rahman Aroff (1994).

Hasil kajian
Rushani Abdullah (1992)
Penggunaan bahan sastera (cerpen) dalam P & P BM – penerapan nilai telah dilakukan secara tidak langsung semasa aktiviti membaca dan memahami teks.


Musa Mantrak (1993)
Guru mempunyai pengetahuan tentang konsep penerapan nilai dan mengaku berkeupayaan untuk melaksanakan penerapan nilai dalam pengajaran. Namun kebanyakan guru menggunakan kaedah tidak langsung dan kurang terancang untuk menerapkan nilai pada bahagian akhir pengajaran.

Kesimpulan
Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 16 nilai murni yang disenaraikan dalam KBSM, hanya lima nilai yang paling kerap diterapkan dalam pengajaran, yakni hormat-menghormati, kerajinan, berdikari, bekerjasama dan kejujuran manakala nilai yang paling kurang diterapkan dalam P & P ialah kesederhanaan, kebebasan, rasional, semangat bermasyarakat dan baik hati.

Kajian Berkaitan Pendidikan Nilai di Luar Negara
Kesimpulannya, didapati pengajaran berfokuskan pelajar, dengan bahan yang memenuhi naluri pelajar dan bentuk soalan mencabar dan menjurus kepada proses pertimbangan nilai secara kritikal, rasional dan terbuka menjadikan proses penerapan nilai mudah dan dapat mendorong nilai moral yang lebih baik. Bagi membentuk suasana ini, guru-guru harus berfikiran terbuka, simpati, suka menyoal dan bertanggungjawab (Brook, 1972).

BAB 2:
PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN BM DI SEKOLAH MENENGAH
2.1 Kajian Secara Keseluruhan
2.2 Jenis Nilai Murni yang Selalu Diterapkan
2.3 Sumber untuk Memilih Nilai yang Hendak Diterapkan
2.4 Penggunaan Prinsip Penerapan Nilai dalam Pengajaran BM
2.5 Penerapan Nilai Melalui Aktiviti Bahasa
2.6 Kaedah Penerapan Nilai dalam Pengajaran BM
2.7 Teknik Penerapan Nilai yang Digunakan
2.8 Tahap Penerapan Nilai yang Dicapai oleh Guru
2.9 Penilaian terhadap Isi Nilai
2.10 Masalah-masalah yang Ditemui oleh Guru Semasa Melaksanakan Penerapan Niali
2.11 Pengujian Hipotesis Kajian
2.12 Hipotesis Umum Pertama
2.13 Hipotesis Umum Kedua Berkaitan dengan Latar Belakang Bentuk Kursus KBSM yang Diikuti oleh Guru
2.14 Rumusan Keseluruhan
2.15 Rumusan Keseluruhan Hasil Pengujian Hipotesis

Bab ini banyak membicarakan hasil kajian terhadap pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah menengah rendah di negara kita.

Jenis Nilai Murni
Jenis nilai murni yang diterapkan oleh guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu secara keseluruhan menurut kronologi ialah:
1. Kerjasama
2. Kerajinan
3. Hormat-menghormati
4. Kasih sayang
5. Baik hati
6. Kebersihan fizikal dan mental
7. Berdikari
8. Kejujuran
9. Semangat bermasyarakat
10. Kesyukuran
11. Berhemah tinggi
12. Kesederhanaan
13. Keberanian
14. Keadilan
15. Rasional
16. Kebebasan
(Halaman 49)

Pilihan jenis nilai berdasarkan Rancangan Kerja Mingguan Guru – Buku Persediaan Mengajar

Nilai Peratusan
1. Kerjasama - 55.6 %
2. Kejujuran / hormat-menghormati - 44.4 %
3. Berhemah tinggi - 38.9 %
4. Baik hati / berdikari / semangat bermasyarakat - 27.8 %
5. Kasih sayang - 16.7%
6. Kerajinan / kesyukuran - 5.6 %
7. Keadilan / kebebasan / keberanian / kebersihan - 0 %
8. Kesederhanaan / rasional - 0 %

Sumber untuk memilih nilai yang hendak diterapkan dalam pengajaran Bahasa Melayu

Sumber Guru dalam P & P BM mengikut keutamaan:

1. Buku teks
2. Buku ulang kaji
3. Gambar foto
4. Akhbar
5. Risalah
6. Papan gulung
7. Majalah
8. Papan pamer
9. Poster dan carta
10. Model
11. Pita audio
12. Slaid
13. Program radio
14. Pita video
15. Program televisyen
16. Komputer
17. Filem jalur
18. Trasparensi
19. Modul

Sumber yang digunakan oleh guru untuk memilih nilai yang hendak diterapkan dalam P & P berdasarkan catatan dalam Rekod Kerja Mingguan Guru / Buku Persediaan Mengajar Guru:

Sumber Peratusan
1. Buku teks - 83.33
2. Helaian kerja (buku ulang kaji) - 22.22
3. Benda maujud (benda sebenar) - 11.11
4. Bahan sastera - 11.11
5. Gambar - 11.11
6. Carta - 11.11
7. Kaset - 11.11

(Halaman 51 – 53)

Penggunaan Prinsip Penerapan Nilai dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Penerapan Nilai Min/Sisihan Piawai
Pelajar menghayati nilai - 3.39 / 0.83
Pelajar mengetahui nilai - 3.35 / 0.75
Pejalar memahami nilai - 3.34 / 0.89

(Halaman 53 – 58)

Contoh:
Pengajaran Frasa Nama Predikat dalam BM:
Ayat
1. Itu Pulau Tioman.
(Nilai mencintai alam sekitar atau nilai bangga akan keindahan negara sendiri.)
2. Kami anggota pengakap.
(Nilai bekerjasama dan nilai membantu secara suka rela.)
3. Encik Malik pengurus.
(Nilai berdikari dan bekerja sendiri.)
4. Sekolah tempat belajar.
(Nilai cinta akan ilmu.)
5. Kereta ini Proton Saga.
(Nilai cintailah barangan tempatan.)

Penerapan Nilai Melalui Aktiviti Bahasa

Penerapan Nilai Min/Sisihan Piawai
Pengajaran lisan - 3.46 / 0.86
Pengajaran bacaan - 3.39 / 0.76
Pengajaran tulisan - 3.37 / 0.90
Pengajaran tatabahasa - 3.19 / 0.88
Pengajaran unsur sastera - 3.14 / 0.91

(Halaman 58 – 62)

Kaedah Penerapan Nilai dalam Pengajaran BM

Penerapan Nilai Min/Sisihan Piawai
Kaedah langsung - 3.64 / 0.76
Kaedah tidak langsung - 3.01 / 0.85

(Halaman 62 – 66)

Teknik Penerapan Nilai yang Digunakan

Penerapan Nilai Min/Sisihan Piawai
Pengukuhan positif - 3.88 / 0.72
Pengukuhan negatif - 3.02 / 0.89
Dendaan dan leteran - 3.01 / 0.85
Main peranan - 2.79 / 0.91
Permainan bahasa - 2.76 / 1.00
Khutbah dan syarahan - 2.72 / 0.97
Simulasi - 2.55 / 0.96
Model - 2.54 / 0.99

(Halaman 66 – 72)

Contoh:
Pantun
Tenang-tenang air di laut,
Dari sawah hendak ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik harus disanjung.

(Nilai – baik hati, baik pekerti dan mengenang budi.)

Tahap Penerapan Nilai yang Dicapai oleh Guru

Penerapan Nilai Min/Sisihan Piawai
Sedia menerima nilai - 3.27 /0.70
Memberikan respons terhadap nilai - 3.11 / 0.75
Penilaian dan penentuan nilai - 2.99 / 0.81
Mengaitkan antara nilai - 2.85 / 0.89
Memberikan pencirian nilai - 2.71 / 0.92

(Halaman 72 – 75)

Penilaian terhadap Isi Nilai

Penerapan Nilai Min/Sisihan Piawai
Aktiviti lisan - 3.38 / 0.82
Aktiviti bacaan - 3.35 / 0.80
Aktiviti penulisan - 3.17 / 0.85
Aktiviti tatabahasa - 3.12 / 0.99
Aktiviti unsur sastera - 3.02 / 0.87

(Halaman 76 – 80)

Masalah-masalah yang Ditemui oleh Guru Semasa Melaksanakan Penerapan Nilai

Masalah Min/Sisihan Piawai
Sukar mendapat panduan - 3.34 / 0.82
Kurang menguasai kaedah - 3.22 / 0.96
Sukar membuat perancangan - 3.12 / 0.90
Sukar menentukan nilai - 3.07 / 0.90
Sukar menentukan kekerapan - 3.06 / 0.85
Kurang jelas matlamat - 3.03 / 0.83
Kurang jelas strategi penilaian - 3.94 / 0.84
Kesuntukan masa - 2.77 / 0.86

(Halaman 80 – 82)

Pengujian Hipotesis Kajian

Pengujian ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan soalan kajian kesepuluh, iaitu:
Adakah terdapat perbezaan dalam pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran BM antara guru yang
mendapat latihan pengkhususan BM dengan guru bukan pengkhususan BM?

(Halaman 82)

Hipotesis Umum Pertama

Tidak ada perbezaan dalam pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pengajaran BM, antara guru
pengkhususan BM dengan guru yang bukan pengkhususan BM.

(Halaman 83 – 103)

Hipotesis Umum Kedua
Hipotesis Umum Kedua berkaitan dengan latar belakang bentuk kursus KBSM yang diikuti oleh guru.
Adakah terdapat perbezaan dalam pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pengajaran BM antara
guru yang mendapat pendedahan KBSM yang berbeza bentuknya?

(Halaman 103 – 130)

Rumusan Keseluruhan

• Tiada perbezaan nilai purata yang ketara dalam semua aspek pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran BM yang dikaji.
• Berasaskan perbezaan pengkhususan kaedah mengajar guru, tidak terdapat perbezaan nilai purata dalam kesemua sembilang aspek penerapan nilai yang dikaji.
• Berasaskan empat bentuk kursus KBSM yang diikuti oleh guru, terdapat perbezaan nilai purata dalam empat aspek, iaitu pemilihan nilai, pelaksanaan perancangan penerapan nilai, kaedah penerapan nilai dan penilaian isi nilai.
• Tidak terdapat perbezaan nilai purata pada lima aspek penerapan nilai yang lain, iaitu penggunaan sumber nilai, penggunaan prinsip penerapan nilai, penggunaan kaedah penerapan nilai, penggunaan teknik penerapan nilai, tahap penerapan nilai dan masalah penerapan nilai yang ditemui guru.
• Berasaskan dapatan kajian secara umum bolehlah dirumuskan bahawa pengkhususan kaedah mengajar guru dan bentuk kursus KBSM yang diikuti guru tidak mempunyai kesan yang nyata terhadap pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran BM pada peringkat sekolah menengah rendah di Hulu Langat Selangor.

(Halaman 131 – 132)

BAB 3:
PENDIDIKAN NILAI: SUATU PERBINCANGAN
3.1 Jenis Nilai yang Diterapkan oleh Guru dalam Pengajaran BM
3.2 Sumber untuk Menerapkan Nilai
3.3 Penggunaan Prinsip Penerapan Nilai dalam Pengajaran BM
3.4 Penerapan Nilai dalam Aktiviti Bahasa oleh Guru
3.5 Kaedah Penerapan Nilai yang Digunakan oleh Guru
3.6 Teknik Penerapan Nilai yang Digunakan oleh Guru
3.7 Tahap Penerapan Nilai yang Dicapai oleh Guru
3.8 Penilaian terhadap Isi Nilai yang Diterapkan dalam Aktiviti Bahasa
3.9 Masalah yang Ditemui oleh Guru Semasa Melaksanakan Penerapan Nilai
3.10 Hasil Pengujian Hipotesis Umum Pertama
3.11 Hasil Pengujian Hipotesis Umum Kedua
3.12 Rumusan Secara Keseluruhan
3.13 Implikasi Kajian dan Saranan
3.14 Saranan untuk Mempertingkatkan Pendidikan Nilai

Kajian yang dijalankan berasaskan Pendekatan Penerapan Nilai (Superka et.al., 1976) yang dipilih
sebagai kerangka teoritis kajian. Pendekatan ini dipilih kerana ciri-ciri dan cara pelaksanaannya dapat
disesuaikan dengan keperluan pendidikan nilai yang dilaksanakan dalam KBSM.

(Halaman 133)

NILAI MURNI DALAM SUKATAN PELAJARAN
Kerap Sederhana Jarang
1. Kerjasama 1. Kesyukuran 1. Kesederhanaan
2. Kerajinan 2. Berhemah 2. Keberanian
3. Hormat-menghormati 3. Keadilan
4. Kasih sayang 4. Rasional
5. Baik hati 5. Kebebasan
6. Kebersihan fizikal dan mental
7. Berdikari
8. Kejujuran
9. Semangat bermasyarakat

(Halaman 134)

Jenis Nilai yang Diterapkan oleh Guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Kajian menunjukkan bahawa sebahagian sahaja nilai yang kerap diterapkan oleh guru dalam pengajaran
BM. Nilai-nilai yang kerap digunakan oleh guru ialah kerjasama, kerajinan, hormat-menghormati, kasih
sayang, baik hati, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran dan semangat bermasyarakat.
Kerjasama, hormat-menghormati, kejujuran dan berhemah tinggi – nilai yang kerap diterapkan oleh
guru dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Menurut Superka et.al. (1976), antara kriteria yang harus dibina dalam diri guru sebelum melaksanakan penerapan nilai ialah:

a. Guru mampu mengenal pasti jenis nilai yang hendak diterapkan kepada pelajarnya sesuai dengan jumlah masa dan tahap yang akan dicapai serta mampu membuat persediaan dan merancang proses pelaksanaan penerapan nilai tersebut.
b. Guru mempunyai keinginan yang tinggi untuk membantu mempertingkatkan pegangan nilai dalam kalangan pelajarnya agar setiap pelajarnya dapat memperbaik perasaan dan tindakan mereka berpandukan nilai yang positif.
c. Guru sentiasa berusaha untuk menyediakan kesempatan untuk pelajarnya mempertingkatkan keterampilan mereka secara individu dan secara berkumpulan berpandukan nilai positif yang diyakini mereka.
d. Guru mampu dan sentiasa berusaha memberikan rangsangan kepada pelajar agar mereka dapat mempertingkatkan penghayatan terhadap sesuatu nilai.]
e. Guru mampu berusaha dan berhasrat untuk membantu pelajar menggunakan pemikiran logik dan saintifik dalam proses membuat analisis terhadap nilai yang dipegang.

(Halaman 135 – 138)

Sumber untuk Menerapkan Nilai

Sumber nilai yang sesuai merupakan salah satu nadi penggerak kepada amalan penerapan nilai dalam pengajaran guru. Dapatan kajian menunjukkan bahan sumber nilai yang paling kerap digunakan oleh guru ialah buku teks.

Buku teks juga dilihat sebagai salah satu agen penentu pencapaian murid, penyokong pengajaran dan pembelajaran serta pentafsiran kandungan kurikulum (Jawatankuasa Kajian Keciciran, 1971)

Buku teks juga didapati sangat berpengaruh, relevan dan amat dominan dalam kalangan penduduk luar bandar dan mereka yang miskin (Mohd Radzi Ahmad, 1997).

Buku teks juga dianggap sebagai sumber paling berkesan untuk meningkatkan mutu akademik (Pearce, 1982) serta merupakan bahan pembelajaran yang amat penting untuk murid-murid dan sumber rujukan guru (Laporan Kabinet, 1979).

Superka et.al., (1976) menyenaraikan beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa memilih bahan sumber nilai yang boleh digunakan dalam pengajaran. Kriteria tersebut ialah:

a. Bahan harus sesuai dengan pendekatan yang dipilih.
b. Bahan mesti berperanan untuk memudahkan guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
c. Bahan harus mempunyai rasional dan objektif yang selari dengan perancangan dan keupayaan guru.
d. Bahan harus pada tahap kebolehbacaan pelajar.
e. Bahan tidak mengandungi isu sensitif dari segi etnik dan jantina.
f. Bahan mesti sesuai dengan amalan budaya dan agama masyarakat setempat.
g. Bahan mesti sesuai dengan jumlah masa yang diperuntukkan.
h. Bahan dapat menarik minat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
i. Bahan harus membantu menjelaskan nilai peribadi dan nilai sosial.
j. Bahan dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti dan teknik.
k. Buku panduan guru berhubung dengan strategi dan peraturan penggunaan bahan harus tersedia untuk guru.
l. Prosedur penilaian terhadap penggunaan bahan bagi mengukur pencapaian pelajar dibekalkan.
m. Bahan sepatutnya telah teruji keberkesanannya.
n. Kandungan bahan dirancang dengan teliti dan dibekalkan rancangan pelajaran yang selengkapnya di samping cadangan untuk guru membuat pengubahsuaian mengikut keperluan.

(Halaman 138 – 141)

Penggunaan Prinsip Penerapan Nilai dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Dapatan kajian menunjukkan guru belum menguasai pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan prinsip penerapan nilai dalam pengajaran. Oleh itu, disarankan agar pihak Pusat Perkembangan Kurikulum dan pihak lainyang terlibat dalam latihan guru praperkhidmatan dan guru terlatih agar melengkapkan kurikulum latihan perguruan dengan Pendekatan Penerapan Nilai, di samping pendekatan penerapan nilai yang lain yang mudah diubah suai dengan keperluan KBSM.

(Halaman 141 – 142)

Penerapan Nilai dalam Aktiviti Bahasa oleh Guru

Dapatan kajian menunjukkan guru masih kurang berupaya melaksanakan penerapan nilai dalam semua aktiviti bahasa semasa pengajaran Bahasa Melayu secara mantap. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual, didapati keadaan tersebut berpunca daripada sikap guru kajian yang kurang memberikan perhatian kepada proses penerapan nilai walaupun bahan yang digunakan dalam pengajaran berbentuk sarat nilai. Sikap ini lebih jelas lagi kelihatan apabila diperhatikan dalam persediaan mengajar guru kajian. Hampir tidak ada satu objektif pengajaran yang berfokuskan isi nilai, walaupun nilai ada dicatatkan dalam persediaan mengajar harian dan mingguan.

(Halaman 142 – 143)

Kaedah Penerapan Nilai yang Digunakan oleh Guru

Dapatan kajian menunjukkan guru lebih kerap menggunakan kaedah tidak langsung daripada kaedah langsung untuk menerapkan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Contohnya guru menggunakan bahan pengajaran yang sarat nilai dan menyebut unsur nilai yang terdapat dalam bahan tersebut kepada pelajar secara sepintas lalu sebagai isi pelajaran, maka proses tersebut dikategorikan oleh guru sebagai proses penerapan nilai secara tidak langsung.

(Halaman 144 – 145)

Teknik Penerapan Nilai yang Digunakan oleh Guru

Hasil kajian daripada soal selidik menunjukkan guru lebih kerap menggunakan teknik pengukuhan positif berbanding dengan teknik penerapan nilai yang lain. Hasil pemerhatian dan temu bual, didapati guru kurang berusaha untuk menggunakan teknik-teknik penerapan nilai dalam pengajaran kerana guru kurang berupaya untuk menerapkan nilai secara terancang sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dalam pengajaran mereka.

Tanggapn sedemikian menyebabkan terdapatnya guru yang gagal menjadi model pengamal nilai yang baik, pembentuk akhlak, penerap nilai dan penunjuk teladan dan akhlak yang positif, kreatif dan inovatif kepada pelajar dan masyarakat.

(Halaman 145 – 147)

Tahap Penerapan Nilai yang Dicapai oleh Guru

Dapatan kajian daripada soal selidik menunjukkan bahawa guru hanya mencapai tahap penerapan nilai yang pertama, iaitu tahap pelajar bersedia menerima nilai yang diajarkan dalam pengajaran. Hasil pemerhatian menunjukkan guru hanya menyebut nilai secara sepintas lalu.

Prosedur menurut Superka et.al., (1976) dapat dijadikan panduan kepada guru, iaitu:
Langkah pertama
Menentukan jenis nilai yang hendak diterapkan.
Langkah kedua
Menentukan tahap penerapan nilai yang hendak dicapai.

Langkah ketiga
Memastikan matlamat penerapan nilai yang akan dicapai dari segi perlakuan.
Langkah keempat
Memilih kaedah dan teknik yang tepat dan sesuai dengan matlamat perubahan perlakuan yang diharapkan.
Langkah kelima
Melaksanakan kaedah yang telah dipilih.
Langkah keenam
Mencatatkan perkembangan pelajar terutama dari segi perlakuan, pertuturan dan tindakan.

(Halaman 147 – 149)

Penilaian terhadap Isi Nilai yang Diterapkan dalam Aktiviti Bahasa

Hasil daripada soal selidik menunjukkan guru jarang membuat penilaian terhadap isi nilai yang diterapkan dalam aktiviti bahasa (lisan, bacaan, tulisan, tatabahasa dan unsur sastera). Hasil pemerhatiaan dan temu bual, penulis mendapati guru mengakui bahawa mereka memang jarang membuat penilaian terhadap isi nilai yang terdapat dalam bahan yang digunakan oleh mereka dalam pengajaran. Keadaan ini terjadi kerana guru mengutamakan penilaian terhadap isi pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran berbahasa, bukan memberikan penekanan terhadap penerapan nilai, walaupun proses tersebut boleh berlaku serentak.

(Halaman 149 – 151)

Masalah yang Ditemui oleh Guru Semasa Melaksanakan Penerapan Nilai

Hasil kajian menunjukkan guru menghadapi masalah seperti yang berikut:

i. Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan strategi penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.
ii. Guru kurang menguasai prinsip, kaedah dan teknik penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.
iii. Strategi penerapan nilai sukar dijalankan kerana aktiviti gabung jalin kemahiran terlalu banyak.
iv. Guru sukar menentukan kekerapan penerapan nilai yang patut dilaksanakan.
v. Guru sukar menentukan jenis nilai yang hendak diterapkan.
vi. Guru sukar membuat perancangan penerapan nilai dalam perancangan persediaan mengajar.
vii. Guru kurang jelas akan matlamat penerapan nilai yang patut dicapai.
viii. Guru sukar mendapatkan panduan yang mantap tentang penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.
(Halaman 151 – 153)

Hasil Pengujian Hipotesis Umum Pertama

Dapatan hipotesis umum pertama terhadap semua aspek penerapan nilai dalam pengajaran BM menunjukkan pengkhususan kaedah mengajar guru tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.

(Halaman 153)

Hasil Pengujian Hipotesis Umum Kedua
Pengujian hipotesis yang kedua, iaitu tidak ada perbezaan dalam pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu antara guru berasaskan perbezaan bentuk kursus KBSM yang pernah diikuti telah dijalankan. Dapatan hipotesis umum kedua menunjukkan bentuk kursus KBSM memberikan kesan yangkurang signifikan terhadap semua aspek penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan kursus KBSM dijalankan secara teori tanpa tunjuk cara secara amali. Peserta kursus pula bukan berasaskan keperluan dan minat guru (Isahak Harun, 1990 dan 1991).

(Halaman 153 – 154)

Rumusan Secara Keseluruhan

Dapatan kajian menunjukkan guru dapat menerapkan sebahagian daripada 16 jenis nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu, iaitu kerjasama, kerajinan, hormat-menghormati, kasih sayang, baik hati, kebersihan fizikal dan mental, berdikari, kejujuran, dan semangat bermasyarakat.

Guru juga ada melaksanakan penerapan nilai dalam aktiviti lisan dalam pengajaran Bahasa Melayu secara minimum. Kaedah penerapan nilai yang cuba digunakan ialah kaedah tidak langsung. Guru didapati mencapai tahap penerapan nilai yang pertama, iaitu tahap pelajar menerima nilai yang diterapkan oleh guru, walaupun secara minimum semasa menerapkan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Pendekatan Penerapan Nilai didapati sesuai diperkenalkan kepada guru-guru kerana konsep dan amalan pelaksanaan mudah disesuaikan dengan keperluan pendidikan nilai dalam KBSM terutama dari segi definisi konsep nilai, pelaksanaan pendekatan tersebut, Pendekatan Penerapan Nilai menggunakan kaedah langsung dan kaedah tidak langsung, serta dilaksanakan secara terancang dan semerta mengikut situasi yang wujud di dalam bilik darjah. Selain itu, kesesuaiannya dapat dilihat dari segi prinsip penerapan nilai, sumber nilai, dan tahap penerapan nilai.

(Halaman 154 – 155)

Implikasi Kajian dan Saranan

Kajian ini mendapati bahawa guru belum dapat melaksanakan penerapan nilai dengan baik dan sempurna dalam pengajaran Bahasa Melayu, sedangkan pendidikan nilai mempunyai peranan dalam meningkatkan perkembangan sikap moral pelajar.

Pada dasarnya, amalan penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan pengajaran, tetapi jelas tugas kecil ini masih belum dapat disempurnakan mengikut tahap yang diharapkan. Oleh itu, ada usaha untuk lebih meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan penerapan nilai tersbut. Usaha ini diperlukan dalam rangka membina keperibadian pelajar supaya menjadi generasi muda yang unggul dalam penguasaan bahasa serta berdaya maju, namun tetap memiliki ciri-ciri dan identiti diri sesuai dengan nilai-nilai dan budaya bangsanya sendiri.

Saranan meningkatkan keberkesanan penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu, iaitu:
Pertama, secara terus-menerus perlu dilakukan penyempurnaan kurikulum, bahan pengajaran pembelajaran dan keterampilan dalam proses pengajaran. Kedua, perlu diwujudkan suasana dan persekitaran dan sosial yang memberangsangkan dan mendukung penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran usaha penyempurnaan kurikulum khususnya kurikulum dalam latihan perguruan pengkhususan Pengajian Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah harus dilakukan dari semasa ke semasa. Persekitaran sekolah perlu mengamalkan nilai murni. Persekitaran keluarga dan masyarakat juga perlu baik bagi pelajar.

Menurut Rowley Willems (1995), persekitaran masyarakat adalah lanjutan daripada usaha belajar di sekolah dan masyarakat merupakan tempat yang sesuai untuk anak belajar dan mempraktikkan hasil pembelajaran yang diperoleh oleh mereka di sekolah.

Semua guru bahasa wajar mendapat pendedahan lebih lanjut berhubung dengan pendekatan, kaedah dan teknik penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Pusat Perkembangan Kurikulum, JPN, PPD dan sekolah berperanan untuk meningkatkan keberkesanan penerapan nilai dalam pengajaran guru di samping pembinaan bahan pengajaran berbentuk sarat nilai oleh guru-guru BM di Pusat Kegiatan Guru yang terdapat di setiap daerah.

Pihak berwajib di sekolah diharapkan dapat menyeimbangkan tugas kurikulum dengan tugas bukan kurikulum dalam kalangan guru serta mengelakkan tugas perkeranian dan gangguan pihak luar yang tidak perlu terlalu banyak mengambil masa guru, hinggakan masa tidak dapat dimanfaat dalam pengajaran dan pembelajaran.

(Halaman 157 – 162)

Saranan untuk Mempertingkatkan Pendidikan Nilai

Beberapa kajian lanjut disarankan, iaitu:

i. Sesuai dengan batasan kajian yang telah dikemukakan dalam Bab Satu, kajian ini terbatas dalam satu daerah, iaitu daerah Hulu Langat Selangor. Oleh itu, untuk meningkatkan keberkesanan penerapan nilai dalam pengajaran BM di seluruh negara, perlu dilakukan kajian terhadap penerapan nilai dalam pengajaran BM dalam bentuk yang lebih luas dan menyeluruh di seluruh negara.

ii. Satu kajian untuk menilai keberkesanan Pengkhususan Kaedah Pengajaran terhadap pendidikan nilai oleh guru yang mengikuti kursus perguruan dilaksanakan bagi memastikan pengkhususan kaedah mengajar tersebut dapat menyumbang ke arah mencapai hasrat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
iii. Memandangkan arus teknologi maklumat yang pesat berkembang, maka difikirkan wajar dibuat kajian berhubung dengan keberkesanan penggunaan multimedia bagi menerapkan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu agar dapat mendorong guru menggunakan bahan multimedia untuk menerapkan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu.

iv. Adalah wajar dilaksanakan kajian yang difokuskan terhadap keberkesanan kursus pendek dalam perkhidmatan kendalian Pusat Perkembangan Kurikulum atau JPN dan pihak-pihak yang diberi kuasa untuk mengendalikan kursus berkaitan, agar dapat diketahui kelemahan yang dapat diatas dan kekuatan yang dapat dikekalkan atau dipertingkatkan bagi faedah peserta kursus.

v. Kajian lanjut dilaksanakan berhubung dengan penerapan nilai dalam mata pelajaran selain Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

Untuk meningkatkan keberkesanan penerapan nilai dalam pengajaran BM, perlu diberikan perhatian yang seimbang ke atas dua perkara utama.
Pertama, secara terus-menerus perlu dilakukan penyempurnaan kurikulum, bahan pengajaran pembelajaran dan keterampilan dalam proses pengajaran.
Kedua, perlu diwujudkan suasana dan keadaan persekitaran sosial yang memberangsangkan dan mendukung penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.

Setiap konsep dan strategi yang diperkenalkan seperti konsep Nilai Murni Merentas Kurikulum diperjelas sesuai dengan keperluan kurikulum dan bidang pedagogi serta dapat membina konsep sepunya secara langsung dan tidak langsung pada semua guru Bahasa Melayu sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (Kebangsaan) dan Wawasan 2020.

(Halaman 162 – 172)

Bibliografi (Halaman 173 – 198)
Indeks (Halaman 199 – 201)

Madah Pujangga:
“Patutlah bahasa Melayu dilayakkan dari selangkah ke selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula”. – Pendeta Za’ba.

Salam Bahasa Jiwa Bangsa.
Chai Loon Guan, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
e-mel: chaimestm@yahoo.com
chaimestm.blogspot.com

Tuesday, April 19, 2011

Wacana Bahasa Melayu 2011
























Wacana Bahasa Melayu anjuran DBP Wilayah Utara di Penthouse Majlis Perbandaran Taiping, Taiping, Perak Darul Ridzuan pada 22 April 2011.Penulis terpilih sebagai salah seorang ahli panel untuk membicarakan buku terbitan terbaharu DBP, iaitu Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu oleh Robiah K.Hamzah. Ucaptama telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara.

Sunday, April 17, 2011

Skrip Juruacara I














Skrip Juruacara MAJLIS JAMUAN 1 MALAYSIA anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Bidor bersama-sama YAB Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, SPMP, DGSM, DPMP, AMS, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Tarikh: 17 APRIL 2011 (AHAD)
Tempat: Dewan Cina Thai Seong Leow Kuan, Bidor
Masa: 4.30 petang

Pengumuman:
1. Mohon kerjasama dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan menutup talian telefon bimbit atau menukarkannya ke nada getaran demi kelancaran majlis pada petang ini.
2. Sidang hadirin dipersilakan berdiri semasa pengumuman ketibaan masuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

(Ketibaan YAB Dato’ Seri Dr.Zambry bin Abdul Kadir, MB Perak Darul Ridzuan dan Dif-dif kehormat. YAB Dato’ Seri Dr. disambut dengan tarian singa, tarian naga (di luar dewan), kalungan bunga malai oleh N. Visulanathan, Pengerusi Badan Pentadbir Hindu, muzik band India (tengah dewan) dan kompang/lagu Gagasan 1 Malaysia sehingga YAB Dato’ Seri Dr. mengambil tempat duduk di dalam dewan.)
Sebaik sahaja YAB tiba di pintu utama:
Majlis mengumumkan ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sebagai memulakan acara majlis, lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Negeri Perak Darul Ridzuan’ akan diperdengarkan. Para hadirin dipersilakan berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu “Negaraku” dan lagu “Negeri Perak Darul Ridzuan”. Terima kasih.

(Setelah YAB Dato’ Sri mengambil tempat…)

Berarak mega di dada angkasa,
Bayu Wawasan berhembus panjang;
Semarak cendekia di minda bangsa,
Gagasan nusa menjadi tunjang.

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia.

1. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Zambry b. Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak Darul Ridzuan.

2. Yang Berbahagia En. Alias bin Mohamad, Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Perak Darul Ridzuan.

3. Yang Berbahagia En. Mohd Hussin Ali, Pengarah Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

4. Yang Berbahagia Datuk Chang Kon You mewakili YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Kawasan Tg.Malim.

5. Yang Berbahagia Encik Loo Foo Kooi, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Baru Bidor.

6. Yang Berhormat – Yang Berhormat

7. Dato’- Dato’, Datin – Datin

8. Dif-dif Kehormat, dif-dif Jemputan, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

Pada petang yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita ke hadrat Tuhan kerana dengan izin-Nya dapatlah kita berada di Majlis Jamuan 1 Malaysia anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Bidor.

Saya mewakili Jawatankuasa Pengelola Majlis Jamuan 1 Malaysia terlebih dahulu ingin mengalu-alukan serta mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran YAB Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Kehormat, Dif-dif Jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.

Sesungguhnya kehadiran YAB Dato’ Seri amat bererti kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesra 1 Malaysia khasnya dan setiap warga Bidor amnya.

Makan sireh dalam puan,
Makan bersama nona manis;
Terima kasih kami hulurkan,
Hadir YAB Dato’ Seri penyeri majlis.

YAB Dato’ Seri, dif-dif kehormat dan para hadirin sekalian.

Pertama-tama, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg.Berbahagia En. Loo Foo Kooi, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Baru Bidor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
(Ucapan YBhg.En.Loo Foo Kooi)

Terima kasih, YBhg. En. Loo Foo Kooi.

Seterusnya, majlis mempersilakan YBhg. En. Mohd Hussin Ali, Pengarah Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(Ucapan YBhg. En. Mohd Hussin Ali)

Terima kasih, YBhg. En. Mohd Hussin Ali.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan, amanat dan ucapan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Majlis dengan segala hormat dan suka citanya mempersilakan YAB Dato’ Seri Dr. Zambry b. Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Perak Darul Ridzuan untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya melancarkan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Baru Bidor. Dengan takzim, dipersilakan, YAB Dato’ Seri.

(Ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Seri MB Perak. Bilang 1, 2, dan 3 untuk gimik pelancaran)

Seterusnya, majlis penyerahan Netbook 1 Malaysia oleh YAB Dato’ Seri Dr. Zambry b. Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan kepada sekolah-sekolah di Mukim Bidor, yakni SMK Bidor, SMJK Choong Hua, dan SMK Syeikh Abdul Ghani. Dengan ini, majlis dengan suka citanya menjemput dan mempersilakan YBhg. En. Mohd Hussin Ali, Pengarah Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, YBhg. En. Alias bin Mohamad, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak Darul Ridzuan, Yg. Berusaha Pn.Hjh. Hamidah bt. Mohd Ibrahim, Pengetua SMK Bidor, Yg.Berusaha Cik Tong Yoke Khuan, Penolong Kanan HEM, SMJK Choong Hua, dan Yg. Berusaha Tn. Hj. Abdul Kefli b. Mat Sih, Pengetua SMK Syeikh Abdul Ghani naik ke pentas untuk menyempurnakan majlis penyerahan Netbook 1 Malaysia.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.
1
Netbook untuk SMK Bidor:
Dipersilakan Yg.Berusaha Pn. Hjh. Hamidah bt. Mohd Ibrahim.
2
Netbook untuk SMJK Choong Hua, Bidor:
Dipersilakan Yg. Berusaha Cik Tong Yoke Khuan.
3
Netbook untuk SMK Syeikh Abdul Ghani:
Dipersilakan Yg. Berusaha Tn.Hj. Abdul Kefli b. Mat Sih.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Perak Darul Ridzuan.

Seterusnya, majlis mempersilakan YBhg. En. Loo Foo Kooi, Pengerusi Rukun Tetangga Kawasan Kampung Baru Bidor, diiringi oleh Yg Berusaha En. Wong Kee Fong, Timbalan Pengerusi, Rukun Tetangga Kawasan Kampung Baru Bidor, Yg. Berusaha En. Tan Sek Paw, Setiausaha Rukun Tetangga Kawasan Kampung Baru Bidor, dan Yg. Berusaha En. Lee Kok Fatt, Bendahari Rukun Tetangga Kawasan Kampung Baru Bidor untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YBhg. En. Alias bin Mohamad, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak dan YBhg. En. Mohd Hussin Ali, Pengarah Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih YAB Dato’ Seri.

Seterusnya, majlis dengan suka citanya, menjemput dan mempersilakan Dif-dif Kehormat untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan sesi bergambar kenangan dengan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

(Dif-dif Kehormat, Wakil YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, YBhg. Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak, YBhg. Pengarah Wilayah Utara SKMM, YB-YB, YBhg. Orang Besar Jajahan dsb. naik ke pentas untuk sesi bergambar.)

Seterusnya, majlis dengan suka citanya, menjemput dan mempersilakan YAB Dato’ Seri, Dif-dif Kehormat, Dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan untuk menjamu selera sambil mendengar beberapa buah lagu dendangan penyanyi undangan, iaitu En. Mohan.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Acara penyerahan Netbook 1 Malaysia dan cabutan bertuah.

Dengan ini, maka berakhirlah Majlis Mesra 1 Malaysia bersama-sama YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Sekali lagi bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesra 1 Malaysia, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry b. Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Perak Darul Ridzuan, Dif-dif Kehormat, Dif-dif Jemputan serta para hadirin sekalian kerana sudi menghadiri majlis pada petang yang berbahagia ini.

Akhir kata penyudah bicara,
Sepuluh jari kami hulurkan;
Panjang umur kembali bersua,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Majlis mengumumkan YAB Dato’ Seri Dr. Zambry b. Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan meninggalkan majlis. Sekian, terima kasih. Salam Satu Malaysia.

• Chai Loon Guan, Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan – 17 April 2011.

Majlis Jamuan 1 Malaysia






















Baru kembali daripada tugas menjadi Juruacara Majlis Jamuan 1 Malaysia - KRT Kampung Baru Bidor yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 17 April 2011.

Wednesday, April 13, 2011

Sajak - Rerama

RERAMA

menari-nari
merangkul dukaku
ke sukmanya
menari-nari
bagai melodi
mengubati lukaku
ke buana sejarah

terima kasih, rerama
menceriakan dunia pelangiku
biarpun hanya sekelumit waktu!

Chai Loon Guan,
SMJK Choong Hua, 35000 Bidor.

Sajak - Daun

DAUN

bagaikan berkata-kata
gugur
melamar santaiku
rindu
kian membiru
di lautan kasih!

Chai Loon Guan,
SMJK Choong Hua, 35000 Bidor.

Monday, April 11, 2011

Senamrobik MSSPK 2011


















Pasukan Senamrobik SMK Methodist, 35900 Tg.Malim sedang membuat persembahan bersempena dengan majlis pembukaan rasmi Kejohanan MSSPK 2011 di Stadium Proton, Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan. Tahniah dan syabas, MES! MES Boleh!

Seminar


















Seminar Kesusasteraan dalam Pengajaran BM 2011 di Auditorium UPSI, 35900 Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan pada 11 April 2011. Tema: Identifikasi Komsas - Antara Harapan dan Cabaran Globalisasi Abad Ke-21.

Sunday, April 10, 2011

Karangan Pengalaman BM PMR

Pada suatu hari anda berseorangan di rumah. Tiba-tiba berlaku ribut yang menerbangkan sebaris bumbung rumah anda. Ceritakan pengalaman anda ketika itu sehingga ibu bapa anda pulang.


Pada bulan Disember 2010, hujan turun dengan lebatnya selama beberapa hari di selatan Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang, Melaka, dan Johor Darul Takzim. Negeri-negeri berkenaan turut dilanda banjir besar. Taman perumahan saya tidak terkecuali. Ribut telah menerbangkan sebaris bumbung rumah saya.

Kebetulan pula ibu bapa dan abang saya balik ke kampung nenek di Negeri Sembilan kerana bapa saudara saya mengadakan kenduri majlis hari jadi anaknya. Oleh itu, saya dan adik lelaki saya yang berusia 12 tahun ditugaskan untuk menjaga rumah sepanjang ketiadaan ibu bapa saya. Mereka hanya meninggalkan sedikit wang untuk kami membeli makanan di kedai makan yang berhampiran.

Peristiwa itu bukan sahaja mengejutkan kami bahkan juga jiran tetangga yang lain. Jiran-jiran kami turut menghulurkan pertolongan. Ada yang bertindak pantas menelefon pihak bomba dan klinik kesihatan. Beberapa orang jiran mengalami kecederaan. Mereka kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Pihak polis yang bertugas turut memantau keadaan. Mereka turut menasihati kami agar bersabar sehingga bantuan kecemasan tiba. Mujurlah, saya dan adik saya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Seperti kebanyakan jiran yang lain, kami cuma mengalami kejutan. Sesungguhnya, kejadian ribut kali ini mengejutkan kami, penduduk taman dan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Kami sempat menelefon ibu dan bapa di kampung nenek untuk menceritakan keadaan yang berlaku. Rupa-rupanya, mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Kami menunggu sehingga mereka tiba di rumah pada lewat tengah malam. Sesungguhnya, pengalaman itu tidak akan luput daripada kehidupan kami selagi hayat dikandung badan.

Hasil kerja:
S.GURUSAMY, Tingkatan 2 Dedikasi, SMK METHODIST, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Saturday, April 9, 2011

SASTERAWAN NEGARA

Nostalgia 1990-an

















Melaka dalam nostalgia sejarah yang membahagiakan.

Thursday, April 7, 2011

Pertunjukan Karate


















Pertunjukan karate di Dataran Perhimpunan, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim pada 6 April 2011.
Menurut Kamus Dewan, karate bermaksud seni mempertahankan diri orang Jepun yang menggunakan tangan, kaki, siku, dan lutut sebagai senjata.
(KD: Halaman 677)

Saturday, April 2, 2011

Kursus Penulisan BM 2011






















Kursus Penulisan Bahasa Melayu - Minit Mesyuarat, Surat Rasmi dan Kertas Kerja telah dilangsungkan di Dewan Kuliah ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah, 35950 Behrang pada 2 April 2011.

Kursus Penulisan BM anjuran Jabatan Bahasa, SMK Methodist, Tg.Malim dengan kerjasama intim Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara disertai oleh 110 orang peserta yang terdiri daripada guru, staf pejabat, dan para pemimpin murid (unit kokurikulum - persatuan, kelab dan unit beruniform) telah dirasmikan oleh YBhg. Pn.Zakiah bt. Hj.Muda, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim.

Encik Mohd Noor bin Jabar, penceramah daripada DBP Kuala Lumpur berjaya mengendalikan kursus dari awal hingga akhir. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Friday, April 1, 2011

Lakaran Pensel Warna - Ayam Jantan
























Pelukis - Chai Wuang Shen, IPGM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Bola Keranjang MSSD Batang Padang 2011






















Pasukan Bola Keranjang 18TKB (Lelaki/Perempuan) SMJK Choong Hua, 35500 Bidor muncul sebagai juara dalam Kejohanan Bola Keranjang MSS Daerah Batang Padang 2011 yang telah berlangsung pada 31 Mac - 01 April 2011.

Kejohanan selama dua hari berturut-turut tersebut berjaya dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk dan Pelaksana MSSD Batang Padang di gelanggang SMJK Choong Hua dan Majlis Bandaran Bidor.

Pasukan Bola Keranjang 18TKB (Perempuan), SMK Methodist, 35900 Tg.Malim pula telah memenangi tempat ketiga dalam kejohanan yang disertai oleh belasan buah sekolah di Daerah Batang Padang. Tahniah dan majulah sukan untuk negara!