Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, January 31, 2011

Pertanyaan


Pertanyaan daripada anak didikku:

HIDUP untuk BELAJAR atau BELAJAR untuk HIDUP?

Sunday, January 30, 2011

Karya Seni Visual


Pelukis:
Chai Wuang Shen,
Pendidikan Seni Visual/BI/BM, IPGM Kampus Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Karangan BM Tingkatan 2 - Gejala Cetak Rompak

Gejala cetak rompak memberikan impak negatif kepada masyarakat dan negara. Huraikan langkah-langkah untuk menangani gejala ini.

Gejala cetak rompak, yakni perbuatan menyalin atau mencetak bahan hak cipta orang atau syarikat bertujuan untuk mengaut keuntungan berganda banyak memberikan impak negatif kepada masyarakat dan negara akhir-akhir ini. Jadi, sebagai warganegara yang prihatin dan sedar akan tanggungjawab sosial, kita perlulah bertindak proaktif untuk menangani gejala cetak rompak ini.

Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang membina untuk menangani gejala ini. Pertama sekali, kerajaan perlulah tegas menguatkuasakan undang-undang untuk menangani gejala ini. Antara lain, usaha pemantauan dari semasa ke semasa selain membuat serbuan terhadap premis-premis yang disyaki sebagai sarang pengedaran bahan cetak rompak.

Selain itu, maklumat dan kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. Kempen kesedaran dan pendidikan kepenggunaan haruslah diadakan dari semasa ke semasa untuk memberikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat. Usaha murni ini difikirkan wajar dan bermanfaat untuk mendidik masyarakat agar menjauhkan diri daripada gejala cetak rompak sama ada membeli, menjual atau mengedarkan bahan cetak rompak yang merangkum bidang seni muzik, filem dan dokumentari.

Mereka yang diberkas perlulah didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman yang berat seperti denda dan penjara mandatori. Hukuman yang berat merupakan antara usaha yang berkesan dalam usaha kerajaan untuk membanteras gejala cetak rompak dalam kalangan masyarakat. Sebagai pengguna yang bijak pula, kita haruslah senantiasa berkempen dan menggalakkan orang ramai agar membeli dan memiliki bahan yang tulen dan asli. Sesungguhnya bahan yang tulen biarpun mahal, mutunya terjamin dan terpelihara di samping memberikan kepuasan kepada pengguna.

Kesimpulannya, kita haruslah senantiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani gejala cetak rompak ini agar harta intelek dalam bidang seni muzik, perfileman dan dokumentari yang bermutu tidak diperkotak-katikkan oleh golongan yang berkepentingan yang cuba menahan lukah di pergentingan. Cegah sebelum parah!

Disediakan oleh:
Chai Hui Yi, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist,35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Saturday, January 29, 2011

Madah Kehidupan

Kehidupan ini suatu perjuangan yang memerlukan keberanian dan kesungguhan selagi hayat dikandung badan. Lumrahnya, biarpun yang kuat itu amat digeruni oleh yang lemah namun ajal maut makhluk atau insan di dunia masih di tangan Tuhan. Yang penting, kita harus berusaha sungguh-sungguh tanpa putus asa dalam melayari bahtera kehidupan di lautan buana yang berona ini. Salam.

Seni Grafik 2011

Thursday, January 27, 2011

Dewan Bahasa dan Pustaka
















Bahasa Jiwa Bangsa

Madah Kehidupan

Apabila hidup ini memberikan seratus sebab
untuk menangis dan berduka
Aduhai berilah seribu sebab
untuk tersenyum dan bersuka.

Prof.Dr.Rohaty Majzub,
27 Januari 2011

Wednesday, January 26, 2011

Karangan BM Tingkatan 1 - Makanan Kegemaran Saya

Makanan Kegemaran Saya

Menurut Kamus Dewan, makanan bermaksud apa-apa sahaja yang boleh dimakan oleh manusia seperti nasi, roti dan sebagainya. Sebenarnya, makanan yang kita ambil itu mengandungi zat seperti vitamin, protein dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di Malaysia seperti makanan laut, makanan tradisional, makanan ringan dan kuih-muih. Makanan kegemaran ialah makanan kesukaan kita sehari-hari.

Negara kita, Malaysia merupakan syurga pelbagai jenis makanan. Antara makanan yang terkenal dan menjadi kegemaran ialah ikan bakar, sayur-sayuran, ayam goreng, nasi goreng, buah-buahan dan lain-lain lagi. Seperti orang lain, saya juga mempunyai makanan kegemaran yang tersendiri. Makanan kegemaran saya ialah ayam goreng.

Saya menyukai makanan ini kerana ayam goreng senang dimasak dan disediakan. Bahan mentah, yakni daging ayam mudah diperoleh di pasaran tempatan seperti di pasar pagi, pasar malam dan pusat beli-belah di seluruh negara. Harga daging ayam pula berpatutan. Selain itu, ayam goreng juga boleh didapati di Restoran KFC, jamuan majils perkahwinan dan hari jadi serta perayaan-perayaan utama di negara kita seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

Selain ayam goreng, pelbagai jenis resipi masakan daging ayam boleh kita nikmati. Masakan atau lauk yang berasaskan daging ayam adalah seperti rendang ayam, kari ayam, ayam panggang, ayam percik, sate ayam, bebola ayam dan sebagainya. Sesungguhnya, makanan kegemaran saya, iaitu ayam goreng turut menjadi makanan pilihan utama rakyat majmuk Malaysia pada hari ini.

Disediakan oleh:

Chai Wuang Xing,
Tingkatan 1 Kuning, SMJK Katholik, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Tuesday, January 25, 2011

Tanjong Malim











Cuaca tidak menentu di Tg.Malim. Sesekali hujan ribut, banjir kilat, sesekali pula mentari memancarkan terik panasnya suhu dan petang ini, mendung awan-gemawan mula berkumpul untuk berpesta. Pastikah nanti hujan lebat akan turun atau sekadar permainan dan sandiwara hujan yang dipujuk oleh sihir angin yang sesekali sepoi-sepoi bahasa bertukar menjadi ribut yang mengganas dan menggila? Salam.

Sunday, January 23, 2011

Hadiah Sastera 2011












Tarikh tutup Hadiah Sastera Darul Ta'zim VIII 2011 pada atau sebelum 30 Mac 2011. Bilakah agaknya Hadiah Sastera Darul Ridzuan? Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Saturday, January 22, 2011

Aliterasi

Aliterasi dalam Sajak Petang, Sabtu bersamaan 22 Januari 2011:

kelam malam menyulam kenangan silam
.

Asonansi

Asonansi dalam Sajak Petang, Sabtu bersamaan 22 Januari 2011:

duka lara berkelana di buana cinta
.

Thursday, January 20, 2011

Epifora

Epifora dalam Sajak Petang, Khamis bersamaan 20 Januari 2011:

kasihku mekar di kebun hidupku
cintaku segar di kebun hidupku

Khabar buat MESA








Ahli MESA
Makan Malam Persaraan - Guruku, Jasamu Dikenang 2011
Tetamu Yang Diraikan:
Yang Berusaha En. Yogarajan a/l M.Packrisamy, AMN, Pengetua Cemerlang.
Tarikh: 5 MAC 2011 (Sabtu)
Tempat: Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
(Berhampiran dengan SOGO)
Masa: 8.00 malam
Pakaian: Rasmi/Santai
Bayaran: RM 50.00 seorang
Sila hubungi:
En. Chai Loon Guan / Pn. Zarinah bt. Ishak,
No.telefon sekolah: 05-4596244

Tuesday, January 18, 2011

Anafora

Anafora dalam Sajak Malam, Selasa bersamaan 18 Januari 2011:

resah gelisah melamar sepiku
resah gelisah mencumbui rinduku

Simile

Simile dalam Sajak Senja, Selasa bersamaan 18 Januari 2011:

Luka senja bagaikan kaca terhempas ke batu kecewa.

Personifikasi

Personifikasi dalam Sajak Petang, Selasa bersamaan 18 Januari 2011:

Kepura-puraan bersandiwara di pentas kehidupan.

Metafora

Metafora dalam Sajak Malam, Isnin bersamaan 17 Januari 2011:

Dengan takbur, pisau kuasa menghiris luka buana kemanusiaan.

Hiperbola

Hiperbola dalam Sajak Pagi, Isnin bersamaan 17 Januari 2011:

Merah nyala api menyemarak dan membakar buana amarahku.

Monday, January 17, 2011

Rencana

NASIHAT DALAM TEORI SASTERA MELAYU/ISLAM
Wednesday, 30 June 2010

Oleh: Dr Abdul Aziz Mahmood,
Ketua Jabatan Bahasa dan Ilmu Asasi,
Institut Dakwah IslamiahPERKIM,
Kelantan, Malaysia.

Pendahuluan

Sesungguhnya sepanjang pengamatan penulis belum pernah ditemui ‘nasihat’diperkatakan sebagai satu teori atau hepotisis berhubung dengan karya sasteraMelayu khususnya puisi moden atau sajak. Penulis melihat perkataan nasihat itusendiri amat tepat dan relevan dengan amanat atau mesej yang hendak disampaikanoleh pengarang. Justeru itu penulis cuba mengemukakan satu pendapat baru agardapat menambah khazanah teori sastera Melayu yang berunsur Islam sebagaimanateori ‘takmilah’ yang telah diperkatakan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar beberapatahun yang lalu.
Nasihat menurut KamusDewan Edisi Keempat (2005) ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan.Menurut Kamus Idris Al-Marbawi 1990 perkataan nasihat berasal dari perkataanarab nasaha bermaksud memberi nasihat atau teguran. Dalam al-Quran terdapatbeberapa ayat yang khusus tentang peringatan, nasihat dan saranan melakukanteguran baik dan mencegah kemungkaran. Firman Allah s.w.t dalam surah Azzariatayat 55, mafhumnya: “Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itumemberi guna atau manfaat kepada orang-orang beriman.” Dalam surah al-Asr, ayat1-3 mafhumnya: “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta salingberpesan supaya menjunjung ajaran kitab Allah yang benar dan saling berpesansupaya bersikap sabar.”
_________________________________________________________
* kertas kerja ini disampaikan dalam seminar bahasa Melayu, anjuran JabatanBahasa Melayu, Universiti Islam Yala, pada 19 Februari 2010.

Jelas sekali memberinasihat atau pesanan atau peringatan merupakan suruhan Allah kepada manusia danmemberi faedah kepada manusia khasnya orang-orang mukmin atau mukminah. SyedQutub dalam tafsir Fi Zilalil Quran, alih bahasa Yusuf Zaki Yaakub(1988)memberi ulasan bahawa saling berpesan supaya menjunjung ajaran Allah yang benardan saling berpesan supaya bersikap sabar melahirkan gambaran umat
Islam atau kelompok Islam mempunyai identity, ikatan dan tujuan perjuanganyang sama iaitu memimpin manusia ke jalan iman dan perbuatan baik atau amalsoleh.
Bagi menguatkan hujjah,penulis membawa hadith shahih yang dikumpul oleh Imam an-Nawawi dalam bukunyaHadith 40. terjemahannya seperti berikut: Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausinal-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Agama itu nasihat. Kami berkata,untuk siapa? Ia bersabda untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya danpemimpin-pemimpin golongan musliman dan orang awam dari kalangan mereka.(Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadithtersebut memberi nasihat adalah suatu perkara yang amat penting. Ia merupakantugas para nabi dan rasul, tanda kesempurnaan agama dan menjadi hak seorangmuslim terhadap seorang muslim yang lain. nasihat untuk Allah mengajak berimankepada-Nya, tidak menyekutukan-Nya, melaksanakan ketaatan kepada-Nya danmenghidari maksiat. Nasihat untuk kitab-Nya ialah beriman dengan kitab-kitabyang diturunkan Allah kepada para rasulterutama kitab terakhir iaitu al-Quran.
Nasihat untuk rasul-Nyaialah mengakui kebenaran rasul-rasul dan beriman dengan ajaran yang dibawa olehmereka. Nasihat untuk para pemimpin, bekerjasama dan taat kepada mereka dalamperkara kebenaran. Nasihat untuk orang awam, membimbing mereka kea rah kebaikandunia dan akhirat. Amalan nasihat menasihati mesti diperhebatkan kerana iamerupakan penyempurnaan iman.(lihat Hadith 40 Multimedia and publications,2008)

Aplikasi

Sasterawan Negara(SN) Usman Awang atau Tongkat Warrant melalui sajaknyayang terkenal berjodol Guru Oh Guru(1979) telah memberi dua nasihat pentingkepada manusia yang bernama murid atau pelajar. Pertama, guru adalahsegala-galanya, dialah ibu, dialah bapa, dialah sahabat dan dialah sumbersegala ilmu. Asas ilmu yang ditanam dengan penuh keikhlasan dan kegigihansedari kecil memberi kesan yang amat besar kepada psikologi manusia. Kedualantaran jasa gurulah maka seseorang manusia berupaya menjawat jawatan tinggiseperti Raja, Perdana Menteri, Presiden, ulama, peguam, pensyarah, doktor dansebagainya.

Penulis perturunkansebahagian sajak Guru Oh Guru untuk tatapan bersama.

Dialah pemberi palingsetia
Tiap akar ilmu miliknya
Pemimpin yang ditauliahkansegala umat
Seribu tahun katanyamenjadi hikmat.

Jika hari ini seorangPerdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Rajamenaiki takhta
Jika hari ini seorangPresiden sebuah negara
Jikahari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorangpeguam menang bicara
Jika hari ini seorangpenulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahajamenjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan olehseorang guru biasa
Dengan lembut sabarnyamengajar tulis-baca.

Nasihat SN Usman Awang iniselari dengan Islam yang meletakkan golongan guru atau ilmuan pada tahap yangtinggi. Allah swt berfirman dengan maksudnya: Allah mengangkat golongan berimandaripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derjat. DanAllah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah al-Mujaadalah: 11) SabdaNabi saw: Jadilah kamu orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orangyang mendengar dan jangan jadi golongan keempat maka akan binasa. (maksudnyatidak mengajar, tidak belajar dan tidak mendengar ajaran guru. Mereka adalahgolongan yang paling rugi di dunia dan di akhirat. Dorongan atau saranan Nabisaw ini merupakan satu amanat yang menggalakkan manusia menjadi pengajar yangboleh memberi manfaat kepada manusia di samping mengembang ilmu pengetahuan.Dalam hal ini Imam As-Shafie sangat menghormati guru, walaupun guru tersebutmengajar satu patah ilmu sahaja kepadanya. Hal ini menyebabkan beliau amatcepat menangkap ilmu ajaran guru dan sentiasa mendapat keberkatan kerana doa,restu dan keredhaan guru kepadanya.

Membaca sajak‘tikus’(Dewan Sastera, Januari 2010) karya Chai Loon Guan terdapat unsurnasihat yang diselit secara tidak langsung. Walaupun sajak itu ditulis seakanjenaka, namun pada bait terakhir ia menghantarkan mesej nasihat kepada golonganperasuah sebagai tikus yang sentiasa mengkhianati barang-barang dan jugamakanan. Perbuatan mengerit atau menggigit seperti rasuah yang merosakkannegara dan masyarakat. Perhatikan bait akhir sajak tersebut.

Biar apa pun tikus
Kerit-mengerit di bawahmeja
Gigit-menggigit di dalamselimut
Seperti tikus rasuah
Cukup noda
Kepada integriti manusia
Cukup dosa
Kepada kehidupan manusia.

Dalam sajak SeorangNakhoda (Bisikan 7, 2009) karya Dato’ A.Aziz Deraman, Mantan Ketua PengarahDewan Bahasa sarat dengan nasihat dan mesej penting yang ditujukan kepadanakhoda atau pemimpin. Seorang nakhoda yang baik bukan sahaja punya ilmu dankepintaran, malah lebih dari itu. Pengalaman, kebijaksanaan dan firasat turutmembantu menyempurnakan pelayaran atau pemerintahan. Perhatikan sajak tersebut:

Seorang nakhoda yangpintar
Firasatnya luas ilmusebenar
Tahu beza alunan gelombang
Antara air bergulung atautenang
Fasih berbicara anginribut taufan
Tatkala diri dekat ketanda musibah
Cepat faham ke arah haluanberubah
Bijaksananya pilih hala pelayaran
Agar selamat dari bertubi ujian
Niat baik sesuaikan perubahan
Tidak bahtera bertukar rupa
Kecuali cara meredah mara
Agar nanti terukir kebahagiaan
Hasil kecemerlangannya pelayaran.

Sajak bertajuk Gunting (Bisikan 7, 2009) karyaAhmad Sarju, mempunyai nasihat atau peringatan tentang ketajaman gunting yangsentiasa siap sedia untuk menggunting apa sahaja. Bukan hanya kain, selendangdan tali, malah apa sahaja yang boleh dimangsakan. Gunting adalah simbolikkepada musuh dalaman yang sentiasa menunggu mangsa. Perhatikan untaian pertamasajak tersebut:

Bukan kain atau selendang
Menjadi mangsa ketajamanmu
Bukan benang atau tali
Menjadi mangsa kebiasaanmu
Bukan kapas atau kertas
Menjadi mangsa jari tanganmu.

Bila menatap sajak Bisikan (Bisikan 7, 2009),karya penyair mapam Darma Mohammad, penulis terkesan nasihat secara tersiratyang ada dalam karyanya itu. Sajak Bisikan berunsur falsafah termasuk dalamsajak sukar atau kos tinggi. Namun pembaca yang teliti dapat menemui nasihatyang terselit di dalamnya. Umpama permata yang ada di dasar bumi akan terjumpajuga oleh jauhari. Sebagai seorang insan kita seharusnya melihat sesuatu denganpositif. Jika ada unsur negatif kita boleh tukar menjadi positif. Keresahanatau kesunyian boleh ditukar kepada perkara berfaedah jika kita punya iman.Sebagaimana kata Darma dalam rangkap akhir sajaknya.

Kabut telah mengalirkan bisik halus
Dari pelepah angin yang bertimpa-timpa
Jatuh dimeja menjadi sejilid bunyi
Resah lagi rusuh
Akhirnya kekuatan iman menukarkan
Setiap butir sepi menjadi segumpal sutera.

Menatap sajak berjodol Dengan Puisi (Setelah KauPergi ,2003), karya Mazli Husma seakan terlihat urutan hidup dan perjuanganmanusia dalam karya. Dengan puisi beliau dapat melayarkan bahtera diri,mengibarkan jalur peradaban bangsa, menyemarakkan perjuangan, menyuarakangolongan terpinggir atau tertindas, dan mengurangkan tekanan perasaan rindu.Secara tidak langsung penyair menasihat pembaca memanfaatkan karya untuk tujuanbesar dan murni. Sepatah ucapan penyair mampu melontarkan emosi dan fikir yangdalam. Sebagaimana kata Iqbal penyair tersohor Pakistan.

Kau mencipta tanah
Aku membuat piala.

Kalau tidak kerana kuasa Allah membuat tanah-tanih,kita tidak akan dapat membuat piala, gelas dan sebagainya. Kalau Allah tidakmembuat besi, manusia tidak berupaya membuat kereta. Manusia membuat rekaanberdasarkan bahan-bahan mentah yang telah disediakan Allah. Di sini penulismemperturunkan sajak Mazli.

Dengan Puisi
Dengan puisi aku layarkan
Bahtera diri
Alur hayat melingkari
Geruh malam dan seligi siangnya
Aroma nafas zaman.

Dengan puisi aku kibarkan
Jalur seri nusa gemilang
Nyanyian gah peradaban.

Dengan puisi aku unggunkan
Daerah kental perjuangan
Dengan semarak api
Tagih pengorbanan.

Dengan puisi aku himpunkan
Suara-suara terpinggir
Yang longlai dan dinafikan
Hak dan kewujudannya.

Dengan puisi aku basahkan
Hati dan kelakianku
Tatkala gerimis mengumpul rindu
Untuk mengenangmu.

Penutup

Sebagai penutup penulis amat berharap agar teoriini, mendapat sokongan dan dokongan para penulis terutama penulis-penulisIslam. Teori ini wajar dikembang dan diperbaiki demi kemajuan dan kemantapankarya di samping demi dakwah dan perkembangan Islam sendiri. Teori Takmilahsalah satu teori yang telah berkembang walaupun baru beberapa tahundiperkenalkan. Sarjana Islam perlu mencipta teori baru yang sesuai denganIslam. Kerana kebergantungan kepada teori Barat terkadang boleh mengelirukan.Namun begitu tidak semua teori barat kita tolak, kerana kebebasan ilmu danintelektual.
Penulis akhiri tulisan ini dengan terjemahan ayatal-Quran:
Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentangdatangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelakidari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamubertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat. (Al-A’raf:63)


Rujukan
1. PanduanAl-Quran Dan Hadith Bagi Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, Bahagian Hal EhwalIslam Jabatan Perdana Menteri. 1988
2. Al-Qurandan Terjemahan Indonesia,Cetakan Arab Saudi, 1971.
3. KamusDewan, Edisi Keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005
4. MazliHusma, Setelah Kau Pergi, Pustaka Dewan Puisi, Kota Bharu 2003.
5. ZulkifliMohd Zain dan Rogayah Abbas, Bisikan 7, Persatuan Seniman dan PenulisKelantan (PUSPA) 2009.
6. SNUsman Awang, Guru Oh Guru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979
7. MajalahDewan Sastera, Februari2010
8. Al-Marbawi, Mohd Idris Abd Rauf, Kamus Idris Al-Marbawi, Darulfikir, KualaLumpur 1990

Sajak

KEHIDUPAN:

Kehidupan
Bagaikan puisi
Yang memerlukan kata
Untuk membicarakan tema
Bagaikan warkah
Yang memerlukan frasa
Untuk meluahkan bicara
Bagaikan karangan
Yang memerlukan klausa
Untuk mengungkapkan wacana


Kehidupan
Adalah puisi
Yang tertulis kata usaha
Adalah warkah
Yang tertulis frasa sejahtera
Adalah karangan
Yang tertulis klausa cinta
Biarpun kebun kehidupan
Pernah dipagari
bahasa duka
bahasa suka
bahasa lara
bahasa bahagia!

Chai Loon Guan,
35900 Tanjong Malim.

Karangan Tingkatan 1 - Keluarga Saya

Keluarga Saya

Nama saya Tan Yi Yang. Saya berumur tiga belas tahun. Ketinggian saya 162cm manakala berat badan saya pula 54kg. Saya dianggap tinggi dan gempal. Saya dan keluarga tinggal di Tanjong Malim. Keluarga saya terdiri daripada ibu bapa, saya dan adik saya. Hobi saya pada masa lapang ialah menunggang basikal.

Nama ayah saya ialah Tan Hun Aun. Ayah saya berumur lima puluh enam tahun. Ketinggiannya 170cm dan berat badannya ialah 72kg. Dia sangat tinggi dan kacak. Ayah saya seorang peniaga. Ayah saya amat berminat dalam permainan badminton. Dia juga suka makan buah-buahan dan menjauhkan diri daripada makanan yang bergoreng dan berminyak.

Ibu saya bernama Panom Sae Tan. Ibu saya berumur empat puluh lima tahun. Ibu saya sangat cantik seperti dewi. Ibu saya seorang suri rumah tangga. Ibu saya gemar memasak makanan yang enak.

Tan Yi Hee ialah adik saya. Dia berumur dua belas tahun. Dia juga tinggi, iaitu 157 cm dan mempunyai berat badan sebanyak 72 kg. Adik saya sangat comel dan gemuk. Dia gemar bermain permainan komputer, badminton dan sebagainya. Kadang-kala, saya berkelahi dengan adik nakal saya. Saya berdoa agar keluarga saya hidup aman, makmur dan bahagia selama-lamanya.

Nukilan pena:
Tan Yi Yang, Tingkatan 1 Hijau,
SMJK Katholik, 35900 Tg.Malim.

Tuesday, January 11, 2011

Bicara Kata









I
Anak pewaris zaman, pelopor masa depan.

II
Yang miskin memerlukan wang.
Yang kaya memerlukan kasih sayang.
Yang sakit memerlukan kesihatan.
Yang sihat memerlukan kebahagiaan.

III
Tawa adalah ubat duka yang mujarab, ubat lara yang mustajab.

Rumah Kata - Taman Intan Setia, Jalan Ketoyong, 35900 Tg.Malim.

Saturday, January 8, 2011

Notelun Catatan Tahun Baharu 2011







Tahun Baharu 2011 kian menjelang tiba. Senja usia kian mewarnai sketsa hidup. Rupa-rupanya, sudah hampir 44 tahun lamanya, aku - sang pengembara hidup telah meninggalkan alam persekolahanku. Darjah Satu di SRJK Methodist, Tanjong Malim (1967) hingga Tingkatan 5 Sains di SMJK Methodist, Tanjong Malim (1977). Terima kasih, alma materku - SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim. Di sinilah, bermulanya aku mengenal silaturahim muhibah (hormat-menghormati), wacana ilmu, buana akhlak, nilai kemanusiaan, persahabatan dan kesejagatan insan. Salam.

Sunday, January 2, 2011