Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, October 26, 2011

Tanjung Tualang
















Tanjung Tualang, pekan bijih timah merupakan tempat pertama aku, sang munsyi untuk memulakan perkhidmatan perguruan di SM Dato Bendahara CM Yusuf pada tahun 1982. Tanjung Tualang, pekan kecil, tenang setenang riak kocak permukaan air lombong timahnya bersaksikan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan kawanan kerbau yang sering bertandang di lorong-lorong perjalanan.

Sebuah pekan pada ketika itu, kaya akan makanan istimewa dan enak, udang galah dan ikan-ikan darat. Biarpun sudah hampir tiga dekad, aku telah meninggalkan pekan yang bernama Tualang ini, namun sesekali detik kenangan dan nostalgia pahit manis di daerah perlombongan ini cukup mengasyikkan hati sanubari seorang musafir perjalanan di bumi Tuhan ini.

Sesekali jua terbisik akan suara hati, apakah pekan yang bernama Tualang masih mengalu-alukan kedatangan seorang insan bernama AKU? Janji dengan izin-Nya, pasti akan aku singgah di bumimu untuk bertanyakan khabar pada suatu hari nanti. Salam Tanjong Malim buat pekan bernama Tanjung Tualang.

No comments: