Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, October 27, 2011

Aktiviti Bercerita dalam BM






Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Bercerita

1. Pemilihan Cerita
Cerita-cerita yang dipilih seboleh-bolehnya memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:

1.1 Cerita yang menarik dan sesuai.
1.2 Tidak begitu panjang (sesuai dengan masa yang dihadkan).
1.3 Ada unsur kecindan.
1.4 Ada unsur suspen.
1.5 Dapat menimbulkan daya imaginasi dan rasa ingin tahu.
1.6 Menggunakan kepelbagaian bahasa yang mengandungi unsur keindahan dan kehalusan serta menyentuh cita rasa.
1.7 Sesuai dengan peringkat umur dan latar belakang pendengar.

2. Jenis Cerita
2.1 Cerita mitos, yakni cerita asal usul dunia, benda, tempat dsb. yang dikaitkan dengan kepercayaan keagamaan. Contoh: Sejarah Melayu.
2.2 Cerita legenda, yakni cerita-cerita berkenaan tokoh-tokoh yang pernah hidup dalam sejarah umumnya. Contoh: Hikayat Hang Tuah.
2.3 Cerita binatang. Contoh: Sang Kancil.
2.4 Cerita jenaka. Contoh: Pak Kaduk
2.5 Cerita penglipur lara yang bertemakan pengembaraan, percintaan dan peperangan. Contoh: Hikayat Malim Deman.
2.6 Cerita yang terkandung dalam puisi seperti syair dan balada.
2.7 Cerita pengalaman kendiri.

3. Teknik Bercerita
3.1 Suara
Kelantangan – suara pencerita hendaklah dapat didengar dengan jelas oleh semua pendengar.
Nada – pencerita dapat menunjukkan emosi melalui penggunaan situasi tertentu seperti cemas, sedih, gembira, marah dan lain-lain.
Intonasi – alunan suara pencerita mestilah ada tinggi dan rendah supaya tidak membosankan.

3.2 Gerak Laku
Pencerita boleh menimbulkan suasana yang sesuai yang berkaitan dengan cerita. Antara aspek yang digunakan ialah:
(a) Mimik – mimik muka seharusnya dapat menggambarkan emosi dalam cerita.

(b) Gerak badan – gerak badan yang sesuai boleh dilakukan tetapi janganlah sehingga mengganggu jalan cerita dan perhatian pendengar.

3.3 Kawalan Mata
Untuk memastikan kawalan dan konsentrasi semasa bercerita, pencerita harus memandang ke arah para pendengar.

4. Penghakiman dan Pemarkahan
4.1 Penghakiman akan dilakukan oleh sebuah Jemaah Pengadil yang dilantik yang terdiri daripada 3 orang (termasuk Pengerusi).
4.2 Keputusan hakim muktamad.

4.3 Pemarkahan didasarkan kepada pecahan yang berikut:
4.3.1 Bahasa
4.3.2 Kepetahan, kelancaran dan sebutan
4.3.3 Isi cerita
4.3.4 Gaya bercerita (suara, gerak laku dan mimik)
4.3.5 Keyakinan diri
4.3.6 Alat dan pakaian
4.3.7 Penglihatan pendengar

(Bibliografi: Aktiviti Bakat Sastera, DBP, 1990, Halaman 3 – 18)

No comments: