Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, September 5, 2011

Penanda Wacana dalam Penulisan BM SPM

Penanda Wacana BM:
(i) Fungsi :
(a) Menyambungkan ayat dengan ayat,
(b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan agar berlaku kesinambungan antara ayat dan perenggan serta ayat menjadi gramatis.

(ii) Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu :

A. Penanda wacana memulakan karangan
a. Pada era globalisasi ini
b. Dewasa ini
c. Pada masa ini
d. Dasawarsa ini
e. Belakangan ini

B. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan
a. Sebagaimana yang kita ketahui
b. Lazimnya dalam keadaan
c. Umum mengetahui bahawa
d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
e. Sementara itu
f. Pada waktu yang sama

C. Penanda wacana huraian isi karangan
a. Hal ini demikian kerana
b. Dalam konteks ini
c. Dengan berbuat demikian
d. Bertitik tolak daripada itu
e. Hal ini bersangkut paut dengan

D. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbeza
a. Walau bagaimanapun
b. Kontradiksinya
c. Jika dilihat dari sudut lain
d. Di sebalik itu
e. Namun demikian

E. Penanda wacana untuk menyatakan contoh
a. Sebagai contohnya
b. Sebagai analoginya
c. Misalnya
d. Tamsilnya
e. Biar kita ambil contoh

F. Penanda wacana untuk menunjukkan statistik
a. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak
b. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian… pada tahun… menunjukkan bahawa sebanyak…

G. Penanda wacana menghuraikan contoh
a. Jelaslah bahawa
b. Oleh itu
c. Maka
d. Hal ini menyebabkan
e. Hal ini menunjukkan

H. Penanda wacana menutup isi
a. Kesannya
b. Natijahnya
c. Dengan berbuat demikian
d. Justeru

I. Penanda wacana untuk kesimpulan karangan
a. Sudah terang lagi bersuluh
b. Intihanya (Sebagai intiha)
c. Kesimpulannya
d. Dengan ini diharapkan
e. Konklusinya

No comments: