Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, September 5, 2011

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 1/2011: Laporan

Kempen Keselamatan Jalan Raya
Anjuran:
Kelab Keselamatan SMK Methodist, Tg. Malim
Dengan Kerjasama:
Polis Cawangan Trafik Tg.Malim/Slim River
Tarikh:
28 Ogos 2011 hingga 3 September 2011

Sebagai setiausaha kelab, anda ditugaskan untuk menulis laporan tentang kempen tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Kempen Keselamatan Jalan Raya, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim 2011

Kelab Keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 35900 Tanjong Malim telah bekerjasama dengan Polis Cawangan Trafik Tg.Malim/Slim River untuk menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya. Kempen ini diadakan selama seminggu, iaitu dari 28 Ogos 2011 hingga 3 September 2011.

Kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Yang Berbahagia Encik Mohammad Yusoff bin Babjan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya menjaga keselamatan di jalan raya. Kempen ini turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar juga.

Pameran tentang gambar-gambar kemalangan di jalan raya turut diadakan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah. Statistik kemalangan maut turut dipamerkan kepada orang awam. Pengunjung dapat melihat kesan atau akibat jika kita tidak berhati-hati di jalan raya.

Ahli-ahli kelab sekolah juga telah melakonkan aksi berbasikal dan melintas yang betul ketika berada di jalan raya. Kuiz turut diadakan juga. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan dikendalikan oleh pengerusi Kelab Keselamatan, iaitu saudara Mohd. Hafiz Hassan dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain.

Pertandingan menulis esei tentang keselamatan jalan raya telah diadakan juga. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar. Para peserta diadili oleh guru-guru dan pegawai trafik. Sambutan terhadap pertandingan ini amatlah menggalakkan. Pihak penganjur menawarkan hadiah berupa sebuah basikal bagi pemenang bertuah.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Setia Pegawai Polis Trafik Cawangan Trafik Tg.Malim/Slim River, iaitu Inspektor Mohd. Hanafi bin Mat Nor. Majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan meriah.

Majlis tamat pada pukul empat petang. Kempen ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan orang awam.

Laporan disediakan oleh,                                                          10 SEPTEMBER 2011

Chan Ai Nee
……………………….
(CHAN AI NEE)
Setiausaha,
Kelab Keselamatan, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim.


Karangan 1/2011: Laporan
(Latihan – Melengkapkan Teks Karangan)

Kempen Keselamatan Jalan Raya
Anjuran:
Kelab Keselamatan SMK Methodist, Tg. Malim
Dengan Kerjasama:
Polis Cawangan Trafik Tg.Malim/Slim River
Tarikh:
28 Ogos 2011 hingga 3 September 2011

Sebagai setiausaha kelab, anda ditugaskan untuk menulis laporan tentang kempen tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Kempen Keselamatan Jalan Raya, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim 2011

Kelab Keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 35900 Tanjong Malim telah _______________________ dengan Polis Cawangan Trafik Tg.Malim/Slim River untuk ______________________ Kempen Keselamatan Jalan Raya. Kempen ini diadakan selama seminggu, iaitu dari 28 Ogos 2011 hingga 3 September 2011.

Kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Yang Berbahagia Encik Mohammad Yusoff bin Babjan. Kempen ini ____________ untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya menjaga keselamatan di jalan raya. Kempen ini turut dihadiri _____ ibu bapa pelajar juga.

Pameran tentang gambar-gambar kemalangan di jalan raya turut diadakan untuk ___________________ kesedaran kepada warga sekolah. Statistik kemalangan maut turut dipamerkan kepada orang awam. Pengunjung dapat melihat kesan atau akibat jika kita tidak _______________ di jalan raya.

Ahli-ahli kelab sekolah juga telah _____________ aksi berbasikal dan melintas yang betul ketika berada di jalan raya. Kuiz turut diadakan juga. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan _______________ oleh pengerusi Kelab Keselamatan, iaitu saudara Mohd. Hafiz Hassan _____ dibantu oleh rakan-rakan yang lain.

Pertandingan menulis esei tentang keselamatan jalan raya telah diadakan juga. Pertandingan ini _________ kepada semua pelajar. Para peserta diadili oleh guru-guru dan pegawai trafik. Sambutan terhadap pertandingan ini amatlah menggalakkan. Pihak penganjur menawarkan ___________ berupa sebuah basikal bagi pemenang bertuah.

Majlis penutupan telah disempurnakan ______ Yang Setia Pegawai Polis Trafik Cawangan Trafik Tg.Malim/Slim River, iaitu Inspektor Mohd. Hanafi bin Mat Nor. Majlis penyampaian hadiah berlangsung __________ meriah.

Majlis tamat pada pukul empat petang. Kempen ini diharap _______ mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan orang awam.

Laporan disediakan oleh,                                                        10 SEPTEMBER 2011

Chan Ai Nee
……………………….
(CHAN AI NEE)
Setiausaha,
Kelab Keselamatan, SMK Methodist, 35900 Tg.Malim.

1 comment:

Abdul Rauf Anuar said...

assalanmualaikum cikgu. minta salin karangan ini boleh?