Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, September 6, 2011

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 2/2011: Keperihalan

Anda telah mengikuti sambutan Hari Kebangsaan di tempat anda pada tahun ini. Gambarkan suasana sambutan tersebut selengkapnya.

Sambutan Hari Kebangsaan sudah dirasakan meskipun tarikh 31 Ogos masih jauh. Jalur Gemilang pada bangunan-bangunan di sekitar bandar Tanjong Malim berkibar megah apabila ditiup angin. Para pemilik kenderaan tidak ketinggalan mengibarkan bendera kecil pada kenderaan masing-masing. Pada tahun ini, aku berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Tanjong Malim. Pasukan pancaragam sekolahku terpilih untuk membuat persembahan.

Pada awal pagi 31 Ogos 2011, orang ramai mula berkumpul di padang Majlis Perbandaran Tanjong Malim. Mereka cukup patriotik meskipun terpaksa berdiri berjam-jam lamanya bagi menyaksikan upacara tahunan ini. Sokongan penonton begitu membakar semangat semua peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut. Semangat sebegitulah yang diperlukan untuk mempertahankan kemakmuran negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Pukul tujuh pagi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan berserta rombongannya tiba di hadapan Bangunan MDTM. Sejurus kemudian, DYMM Paduka Seri Sultan Perak pula tiba. Sebaik saja baginda naik ke atas pentas yang disediakan, lagu Negaraku berkumandang diikuti dengan upacara menaikkan bendera.

Pada pukul 8.30 pagi, acara perarakan raksasa bermula. Perarakan ini dimulai oleh pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim. Sejurus kemudian, puluhan kontinjen yang mewakili jabatan kerajaan dan swasta berarak mengikut giliran masing-masing. Suasana yang meriah dan berwarna-warni dapat dilihat. Tepukan gemuruh daripada para penonton mengiringi perarakan. Perarakan itu mengambil masa selama lebih daripada satu jam.

Selain itu, formasi logo Hari Kebangsaan pada tahun ini juga cukup menarik perhatian penonton. Tepukan gemuruh mengiringi setiap formasi yang terbentuk. Para penonton begitu berpuas hati melihat formasi-formasi berkenaan. Keterampilan mereka sekali gus mencerminkan kerjasama dan kesepaduan jitu antara semua kaum di Malaysia. Persembahan koir oleh para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim menghangatkan suasana juga.

Acara perarakan selesai lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Meskipun keletihan, namun pengalaman ini memberikan pengalaman indah buat diriku. Hal ini mengingatkan aku bahawa betapa beruntungnya aku kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini. Satu Malaysia – Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Karangan 2/2011: Keperihalan (Latihan – Melengkapkan Teks Karangan)

Anda telah mengikuti sambutan Hari Kebangsaan di tempat anda pada tahun ini. Gambarkan suasana sambutan tersebut selengkapnya.

Sambutan Hari Kebangsaan sudah dirasakan meskipun tarikh 31 Ogos masih jauh. Jalur Gemilang pada bangunan-bangunan di sekitar bandar Tanjong Malim ____________ megah apabila ditiup angin. Para pemilik kenderaan tidak ______________ mengibarkan bendera kecil pada kenderaan masing-masing. Pada tahun ini, aku berpeluang untuk mengambil bahagian ________ sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Tanjong Malim. Pasukan pancaragam sekolahku terpilih untuk _____________ persembahan.

Pada awal pagi 31 Ogos 2011, orang ramai mula ___________ di padang Majlis Perbandaran Tanjong Malim. Mereka cukup patriotik meskipun terpaksa berdiri berjam-jam lamanya bagi menyaksikan upacara tahunan ini. Sokongan penonton begitu ___________ semangat semua peserta yang mengambil bahagian ________ perarakan tersebut. Semangat sebegitulah yang diperlukan _________ mempertahankan kemakmuran negara kita yang terdiri _____________ pelbagai kaum dan agama.

Pukul tujuh pagi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan berserta rombongannya tiba di hadapan Bangunan MDTM. Sejurus kemudian, DYMM Paduka Seri Sultan Perak pula tiba. Sebaik saja ____________ naik ke atas pentas yang disediakan, lagu Negaraku __________________ diikuti dengan upacara _______________ bendera.

Pada pukul 8.30 pagi, acara perarakan raksasa bermula. Perarakan ini dimulai oleh pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim. Sejurus kemudian, puluhan _____________ yang mewakili jabatan kerajaan dan swasta berarak mengikut giliran masing-masing. Suasana yang __________ dan berwarna-warni dapat dilihat. Tepukan gemuruh daripada para penonton mengiringi perarakan. Perarakan itu mengambil masa selama lebih _____________ satu jam.

Selain itu, formasi logo Hari Kebangsaan pada tahun ini juga cukup menarik perhatian penonton. Tepukan ____________ mengiringi setiap formasi yang terbentuk. Para penonton begitu berpuas hati melihat formasi-formasi berkenaan. Keterampilan mereka sekali gus _____________________ kerjasama dan kesepaduan jitu antara semua kaum di Malaysia. Persembahan koir oleh para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim menghangatkan suasana juga.

Acara perarakan ____________ lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Meskipun keletihan, namun pengalaman ini _______________ pengalaman indah buat diriku. Hal ini mengingatkan aku bahawa betapa beruntungnya aku kerana dilahirkan di _______ Malaysia yang bertuah ini. Satu Malaysia – Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

No comments: