Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, August 6, 2011

AUTOBIOGRAFI V - Aku Sebuah Kapal Terbang

Aku Sebuah Kapal Terbang

Aku sebuah kapal terbang. Aku dibuat di England dan dieksport ke negara Malaysia. Aku diperbuat daripada besi, plastik dan sebagainya. Kulit luar badanku dicat dengan warna putih dan perak. Enjin aku, jenis yang terbaharu dan tercanggih.

Setelah siap diwarnakan, aku diberi nama World Trip Forever X’burner A 312. Orang yang membawaku ke Malaysia ialah seorang juruterbang yang bernama Angry Bird. Pada masa yang sama, aku ternampak akan rakan-rakanku yang sedang “terbang” menuju ke negara yang lain.

Selepas sampai di Malaysia, aku diuji oleh seorang kapten pembantunya. Sebenarnya, badanku boleh memuatkan sebanyak 1000 orang penumpang. Aku juga mampu bergerak di udara sejauh 800 -1000 kilometer sejam. Aku pernah mengelilingi beberapa banyak negara seperti Hong Kong, England, Amerika, Korea dan Afrika Selatan.

Aku diservis sekali sebulan dan enjin di kedua-dua sayap aku akan ditukar pada setiap dua tahun. Setiap bulan, aku direhatkan selama seminggu. Kapten dan pembantunya akan diberi cuti selama seminggu. Kaptenku juga menguji aku sebelum membawa pelancong ke negara lain untuk tujuan keselamatan.

Setelah beberapa tahun aku digunakan, kapten yang membawa aku itu sudah meninggal dunia kerana menghidap sakit jantung di hospital. Kini, aku dipandu ganti oleh kapten yang lain. Kapten baharuku seorang yang baik hati dan senantiasa menjaga diriku. Beliau ringan tulang dan gemar membaca buku-buku pelbagai genre untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran.

Walaupun tuanku sudah diubah banyak kali, tetapi tubuh badanku masih boleh digunakan kerana setiap kaptenku amat menyayangi aku. Aku berharap agar aku akan dapat berkhidmat kepada rakyat Malaysia selagi hayat dikandung badan.

Chiam Tow Yuet, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: