Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, August 6, 2011

AUTOBIOGRAFI IV - Aku Sepasang Tonfa

Aku Sepasang Tonfa

Aku sepasang tonfa. Aku bernama Frost. Aku diproses di sebuah kilang yang terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Badan aku diperbuat daripada besi yang sekeras berlian dan bersinar-sinaran. Pemegang aku dihiasi dengan paip PVC yang berkualiti.

Selepas siap diproses, aku diletakkan ke dalam sebuah kotak bersama-sama dengan rakan-rakan aku. Seorang pekerja kilang telah meletakkan kotak-kotak tersebut ke dalam feri yang besar. Feri tersebut akan bertolak ke Jepun. Aku berasa riang kerana aku berpeluang untuk dieksport ke negara Jepun yang mewah, indah dan aman. Disebabkan ruang di dalam kotak terlampau sempit, aku pengsan dan tertidur lena akibat kesesakan nafas.

Ketika tersedar, aku telah melangkah ke Jepun. Sebelum ini, fikiran aku sering bermain-main tentang persekitaran sibuk di Jepun. Rupa-rupanya, apa-apa yang aku fikir itu tidak benar. Aku telah dipamerkan di dalam rak cermin sebuah kedai tonfa. Aku ditetapkan dengan harga mati sejumlah dua ribu seratus dua puluh yen. Disebabkan aku mahal, banyak pelanggan tidak sudi untuk membeli aku. Lama-kelamaan, rakan-rakan aku telah mempunyai tuan masing-masing kecuali aku. Aku terkongkong dalam buana kesunyian.

Pada suatu hari, seorang jejaka yang tampan telah berkunjung ke kedai. Dia ingin membeli sepasang tonfa. Ketika dia ternampak akan diri aku, dia membelek-belek aku dengan penuh minat. Akhirnya, dia berkeputusan untuk membeli aku. Saat-saat yang aku nanti-nantikan telah tiba.

Tuan aku bernama Hibari Kyoya. Dia merupakan murid yang berdisiplin di Sekolah Menengah Namimori. Semasa dia meronda-ronda kawasan sekolah, dia akan membawa aku bersama-sama sebagai alat untuk mendenda murid-murid yang melakukan kesalahan. Tuan aku merupakan murid disiplin yang tegas. Oleh itu, ramai murid takut akan dirinya.

Selain itu, tuan aku sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan seni mempertahankan diri kerana dia suka bertarung dengan orang-orang yang gagah dan kuat. Walaupun dia tidak pernah ditewaskan, dia tetap merendah diri. Sikap ini menyebabkan banyak orang menyanjungi dirinya. Tuan aku sentiasa menggunakan aku dalam pertarungan. Hal ini menyebabkan harga aku meningkat mendadak di pasaran dunia. Tuan aku tetap tidak mahu menjual diri aku.

Aku berasa bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik hati. Aku berharap agar aku dapat berkhidmat di sisi tuan buat selama-lamanya. Aku sanggup merebahkan badanku sendiri demi melindungi tuan aku.

Disediakan oleh:
Derrick Goh Xin Deik, Tingkatan 2 Amanah, SMK Methodist Tg, Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: