Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, July 22, 2011

Plot Novel HIKMAH

Analisis Novel Tingkatan Satu – Hikmah
Penulis Novel: MOHD.FARIS IKMAL
Plot

Permulaan
Amri baru sahaja dirotan oleh Cikgu Salman kerana perbuatan buruknya terhadap Saleh telah dilaporkan oleh Sapura kepada Cikgu Salman. Hal itu menimbulkan perasaan sakit hati Amri terhadap Sapura dan bertekad untuk mengenakan Sapura pada suatu hari nanti.

Perkembangan
Emak Amri kurang sihat, kesempitan wang, dan dibebani pula perangai ayahnya apabila pulang ke rumah meminta wang daripada emaknya. Apabila emaknya gagal memberikan duit, ayahnya menyelongkar gerobok. Amri yang geram melihat kejadian itu cuba menegur ayahnya. Namun tindakan itu telah menyebabkan ayahnya menampar Amri sehingga tersungkur.

Perumitan
Hati Amri amat pedih mengenangkan keadaan yang berlaku kepada dirinya sehingga air matanya membasahi pipi. Amri sampai di rumah dan melihat keadaan rumahnya yang bersepah. Emaknya sedang menangis dalam keadaan kepalanya luka dan berdarah. Seterusnya, Amri berhasrat ke pekan untuk membeli ubat untuk emaknya. Amri mengambil keputusan ke farmasi yang terletak di pekan sejauh 10 kilometer dari rumahnya.

Klimaks
Semasa dalam perjalanan pulang dia telah ditahan oleh seorang lelaki yang tidak terurus dan berpura-pura meminta bantuannya mengangkat orang yang pengsan di sebuah lorong ke hospital. Semasa di lorong, barulah Amri mengetahui muslihat sebenar apabila muncul seorang lagi pemuda dan meminta Amri menyerahkan wang kepadanya. Akibat gagal menyerahkan sejumlah wang, ubat yang baru dibeli untuk emaknya itu terbuang oleh penjahat begitu sahaja. Amri berasa terkejut apabila Sapura muncul menghulurkan bantuan.

Peleraian
Amri juga mamohon maaf kepada Sapura atas perbuatannya semasa balik dari sekolah. Semenjak kejadian itu, Amri dan Sapura berkawan baik. Amri tidak lagi membuli murid-murid lain. Ayah Amri telah ditangkap oleh polis akibat penyalahgunaan najis dadah. Kini, ayah Amri benar-benar insaf. Dia berjanji akan menjadi insan yang berguna dan tidak akan mensia-siakan masa depan hidupnya lagi.

Hasil kerja:
Tan Hector dan Ng Weng Hong, Tingkatan 1 Hijau, SMJK Katholik, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: