Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, July 31, 2011

AUTOBIOGRAFI - Aku Sebatang Pensel

Aku Sebatang Pensel
Aku ialah sebatang pensel. Nama aku ialah Faber Castell. Aku diperbuat daripada kayu. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Seluruh badanku dibalut dengan suatu lapisan yang berwarna-warni coraknya. Setelah siap diperbuat, aku dan “kawan-kawan” dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar.

Seterusnya, “kami” dihantar oleh sebuah lori ke sebuah tempat. Agaknya aku akan dibawa ke kedai alat tulis, bisik hatiku. Ramalan aku memang tepat sekali. Tidak lama kemudian, lori tersebut berhenti dan aku dibawa masuk ke Kedai Alat Tulis Amir.

Seorang pekerja kedai tersebut membuka kotak besar dan meletakkan aku dan “kawan” ke dalam rak yang berlutsinar. Setelah aku berada di sini selama seminggu, kawan-kawan saya kian meninggalkan aku kerana mereka telah dibeli oleh tuan baharu mereka. Aku berasa sungguh sunyi dan kecewa kerana tiada orang yang mahu membeliku.

Penantian saya akhirnya berbuah apabila seorang budak lelaki yang ditemani ibunya berhasrat untuk membeli buku latihan telah membeli aku. Mula-mula, dia membelek aku dengan gembira dan meminta ibunya membeli aku. Aku mengikutinya balik ke rumah setelah membayar wang.

Nama tuanku ialah Amir. Dia menggunakan aku untuk menulis dan menjaga aku dengan baik. Setiap hari, aku dibawa oleh tuan ke sekolah. Aku berjaya menarik perhatian rakan tuanku dengan mempamerkan kecantikan aku yang tiada tolok bandingannya. Aku berasa bangga akan keistimewaanku.

Suatu hari, apabila tuanku menggunakan aku, tuan aku telah menjatuhkan diri aku secara tidak sengaja. Mata aku patah dan aku dibuang oleh tuanku yang tersayang. Aku berasa sedih kerana tuanku tidak memerlukan perkhidmatan aku di sisinya. Namun begitu, saya berasa puas hati kerana berupaya untuk berbakti dan berkhidmat untuk tuanku. Maka, tamatlah riwayat aku sebagai sebatang pensel.

Disediakan oleh:
Chai Wei Kit, Tingkatan 2, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: