Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, January 26, 2011

Karangan BM Tingkatan 1 - Makanan Kegemaran Saya

Makanan Kegemaran Saya

Menurut Kamus Dewan, makanan bermaksud apa-apa sahaja yang boleh dimakan oleh manusia seperti nasi, roti dan sebagainya. Sebenarnya, makanan yang kita ambil itu mengandungi zat seperti vitamin, protein dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di Malaysia seperti makanan laut, makanan tradisional, makanan ringan dan kuih-muih. Makanan kegemaran ialah makanan kesukaan kita sehari-hari.

Negara kita, Malaysia merupakan syurga pelbagai jenis makanan. Antara makanan yang terkenal dan menjadi kegemaran ialah ikan bakar, sayur-sayuran, ayam goreng, nasi goreng, buah-buahan dan lain-lain lagi. Seperti orang lain, saya juga mempunyai makanan kegemaran yang tersendiri. Makanan kegemaran saya ialah ayam goreng.

Saya menyukai makanan ini kerana ayam goreng senang dimasak dan disediakan. Bahan mentah, yakni daging ayam mudah diperoleh di pasaran tempatan seperti di pasar pagi, pasar malam dan pusat beli-belah di seluruh negara. Harga daging ayam pula berpatutan. Selain itu, ayam goreng juga boleh didapati di Restoran KFC, jamuan majils perkahwinan dan hari jadi serta perayaan-perayaan utama di negara kita seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

Selain ayam goreng, pelbagai jenis resipi masakan daging ayam boleh kita nikmati. Masakan atau lauk yang berasaskan daging ayam adalah seperti rendang ayam, kari ayam, ayam panggang, ayam percik, sate ayam, bebola ayam dan sebagainya. Sesungguhnya, makanan kegemaran saya, iaitu ayam goreng turut menjadi makanan pilihan utama rakyat majmuk Malaysia pada hari ini.

Disediakan oleh:

Chai Wuang Xing,
Tingkatan 1 Kuning, SMJK Katholik, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: