Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, September 28, 2010

Pemilihan Tokoh Nilam Perak 2010




















Pemilihan Tokoh Nilam dan Kem Penulis Muda Negeri Perak 2010.
Hakim bagi Kategori SM Bandar dan SM Luar Bandar sedang menjalankan sesi pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak mulai 27 September hingga 01 Oktober 2010.

Sunday, September 26, 2010

Karangan BM PMR



Pada musim cuti persekolahan yang akan datang, anda dan rakan-rakan bercadang untuk berkhemah. Ceritakan persediaan-persediaan yang anda lakukan untuk menjayakan perkhemahan itu.

Pada musim cuti persekolahan yang akan datang, saya dan rakan-rakan bercadang untuk berkhemah di tepi sebuah air terjun. Kami akan pergi dalam kumpulan seramai dua puluh orang. Kesemua peserta ialah peserta lelaki yang terdiri daripada berbilang bangsa. Saya, selaku ketua kumpulan, diberi tanggungjawab yang berat. Saya hendaklah memastikan perkhemahan itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya mestilah melakukan persediaan-persediaan untuk menjayakan perkhemahan itu.

Pertama sekali, saya akan mengadakan mesyuarat kecil untuk berbincang tentang tempat yang kami hendak berkhemah. Saya akan memastikan tempat perkhemahan kami adalah selamat. Seterusnya, saya akan membahagikan semua orang kepada lima kumpulan dan mengagihkan tugas mereka masing-masing. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada ahli yang berbilang kaum dan agama selaras dengan gagasan Satu Malaysia.

Kumpulan A ditugaskan untuk membawa alatan untuk mendirikan khemah dan menyala unggun api. Saya akan memeriksa alatan ini supaya alatan ini dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Jika terdapat alatan yang telah rosak, saya akan menggantikannya dengan yang baharu. Selain itu, peti pertolongan cemas haruslah dibawa ke tempat perkhemahan untuk digunakan semasa kecemasan atau kemalangan.

Kumpulan B pula diberi tugas untuk melayari Internet untuk mendapat maklumat lanjut tentang kemudahan yang disediakan di tempat perkhemahan kami. Hal ini bertujuan untuk membolehkan kami merancang pelbagai aktiviti dengan baik dan lancar.

Kumpulan ketiga, iaitu Kumpulan C ditugaskan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada hari perkhemahan tersebut. Aktiviti- aktiviti yang akan diadakan haruslah berfaedah dan menyeronokkan. Kumpulan ini juga ditugaskan untuk menyediakan jadual perkhemahan yang lengkap untuk diedarkan kepada semua orang manakala kumpulan yang terakhir, iaitu Kumpulan D ditugaskan untuk membeli-belah di pasar raya. Barang-barang keperluan adalah seperti sayur-sayuran dan makanan dalam tin yang akan dibawa untuk berkhemah. Saya akan memastikan agar sayur-sayuran yang dibeli segar belaka dan makanan dalam tin itu belum melepasi tarikh luput serta selamat dan terjamin halal.

Akhirulkalam, persediaan-persediaan tersebut perlu dibuat awal agar program perkhemahan berjalan dengan lancar dan mendatangkan manfaat kepada setiap peserta sekali gus dapat mengelakkan sebarang kesukaran dan masalah kelak, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Hasil Kerja:
Tan Jia Meng, Tingkatan 1 Amanah,
SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Friday, September 24, 2010

Kursus Kesantunan Berbahasa
















Kursus Kesantunan Berbahasa BM (Zon Utara dan Zon Timur) anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Hotel Excelsior, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 21 - 23 September 2010.
Teks dan foto:
Chai Loon Guan

Friday, September 17, 2010

Alam


Kata-kata Hikmat - Berjalan

Berjalan 10,000 Langkah Sehari, Menjadikan Anda Sihat Setiap Hari. Berjalanlah untuk Sihat Sepanjang Hayat.

Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia.
(Berita Harian - 17 September 2010)

Kata-kata Hikmat - Akronim

Our Promise, The Best Care Service:
C - Cordial Service
A - Accurate Service
R - Reliable Service
E - Efficient and Speedy Service

Sumber:
Chin Car Centre (Ipoh) Sdn.Bhd.,
Jalan Ng Song Teik, Kawasan Perindustrian Jelapang (First Garden),
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
14 September 2010.

Sunday, September 12, 2010

Cerpen XIV: Tora! Tora! Tora!








(Serangan Nippon terhadap Pelabuhan Pearl pada 7 Disember 1941)

Cerpen: Tora! Tora! Tora!
Chai Loon Guan

(Fragmen Novel - Aku Anak Malaysia: Bab 4 )
1941

Khabar angin tersebar luas. Khabar angin menjelajah setiap inci bumi Tanah Melayu. Kononnya, Nippon sedang melebarkan sayap kuasa. Sayap kuasa dari Timur Jauh. Sayap kuasa dari Utara Semenanjung. Nippon sedang mara. Marabahaya sudah menjelma. Marabahaya kian hampir. Nippon sedang bermaharajalela! Nippon sedang membina empayar. Empayar negara-negara Timur Jauh di rantau Asia Tenggara.

Ah Hai kian digigit resah. Resah-gelisahnya kian berpesta di kalbu hati. Duduk berehat masih memikirkan Nippon. Berdiri bekerja masih terngiang-ngiang akan berita itu. Kata orang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuat oleh Nippon. Benar, Ah Hai kian diikat gusar. Gusar yang serba salah. Nasib anak-anakku bagaimana? Isteri? Keluarga tersayang? Apakah benar Nippon sudah berjaya menduduki Daerah Engchun?

Teka-teki itulah menemani Ah Hai di Tg. Mualim. Biar apapun, Ah Hai perlu meneruskan rutin hidup. Ah Hai perlu tabah meneruskan hidup biarpun terpaksa dibelenggu desas-desus yang kian bertiup kencang membadai jantung hatinya. Hakikatnya, Ah Hai perlu membantu Tauke Teh. Khidmat bakti Ah Hai amat diperlukan oleh Syarikat Sin Teck Soon. Satu-satu pemborong dan pengedar barang-barang runcit di daerah tersebut. Di sinilah, segala-galanya ada. Beras, gula, garam, susu, tepung, minyak masak, minyak tanah dan sebagainya. Masyarakat Tg. Mualim amat bergantung harap pada syarikat tersebut sementelahan pada era kegawatan. Kegawatan penjajahan. Kegawatan peperangan. Era Perang Dunia Kedua!

Setiap dwiminggu, Ah Hai dan rakan sekerja perlu bertandang di stesen kereta api Tg. Mualim. Mereka akan menunggu ketibaan kereta api dari Kuala Lumpur. Di situlah, gerabak demi gerabak barang akan dipunggah ke dalam lori Bedford. Kemudian, dari lori itulah barang-barang tersebut akan ditempatkan di stor syarikat. Stor itu terletak di belakang deretan kedai dua tingkat Jalan Besar. Betul-betul terletak di barisan kedai Jalan Chong Ah Peng. Dan, di situlah, Ah Hai dan rakan-rakan akan membanting tulang empat kerat demi kelangsungan hidup diri, keluarga dan barangkali syarikat. Sungguh! Tanpa kuli macam Ah Hai dan rakan-rakan, bisa bagaimanakah syarikat itu berfungsi?

Siaran radio Tanah Melayu sekali sekala diganggu oleh gelombang asing.
Gelombang sering diganggu musuh. Gelombang sering disabotaj seteru. Setiap senja, selepas mandi dan makan malam, di depan radio sebuah itulah, Ah Hai akan duduk termangu. Di depan radio SANYO antik itulah, Ah Hai mengikuti berita demi berita dalam bahasa Mandarin.

Hari demi hari berlalu. Gusar demi gusar yang menguasai Ah Hai kian luntur. Kata orang alah bisa tegal biasa. Betul juga kata orang tua-tua, tiada khabar bererti berita baik. Pernyataan itulah yang seringkali difikirkan oleh Ah Hai. Malah, ungkapan tersebutlah yang acapkali diujarkan oleh orang putih di Tg.Mualim!

Suatu tengah hari, langit Tanah Melayu diwarnai kapal terbang perang Nippon. Kemudian, keadaan senyap seketika. Tiada sesiapa menduga Nippon akan berperang di Tanah Melayu. Tiba-tiba tergempar dek pengeboman Nippon ke atas Kuala Lumpur dan Gemas. Dalam beberapa hari, kelibat Nippon kelihatan di mana-mana. Masyarakat Eropah mula diburu Nippon. Pemimpin Cina diburu Nippon, terutamanya pemimpin yang pernah mengirimkan wang ke Tanah Besar Tiongkok untuk membantu perjuangan menyekat kemaraan Nippon. Rupa-rupanya, sebelum kehadiran mereka, Nippon sudah menempatkan ejen-ejennya. Mereka bertugas sebagai jurufoto, doktor gigi dan sebagainya. Sebenarnya, merekalah pegawai tinggi tentera Nippon!
Tora! Tora! Tora!
Suara keramat Nippon kian kedengaran. Suara semangat Nippon kian bersipongang. Suara-suara itu muncul selang-seli antara deruman enjin kapal terbang perang negara matahari terbit.
Tenggelamnya dua kapal perang British, “Repulse” dan “The Prince of Wales” maka berbangkitlah Nippon di Tanah Melayu. Askar-askar Nippon mendarat di Singora dan Patani, Siam serta Kota Bharu. Askar-askar British mula berundur ke Pura Singa. Kehadiran askar-askar Nippon bagaikan lalat datang berkerumun tidak dapat disekat oleh British. Sambil berundur, mereka memusnahkan jambatan-jambatan yang sedia ada untuk melambatkan kemaraan Nippon.

Askar-askar Nippon berazam untuk memusnahkan angkatan British. Mereka kian mara. Keberanian, keupayaan dan kesetiaan mereka kepada Maharaja Nippon cukup terpuji. Biarpun ketiadaan jambatan, mereka sanggup berenang biarpun kedapatan buaya yang sedia menunggu untuk membaham mereka. Sesetengah askar Nippon berbasikal dan bermotosikal. Kepantasan, keganasan dan kekejutan merupakan senjata ampuh membuahkan kejayaan Nippon menguasai Tanah Melayu! Akhirnya, tersebarlah berita British menyerahkan diri kepada Komander Nippon, Jeneral Yamashita pada bulan Februari 1942!

Tora! Tora! Tora!
Daripada Pak Cik Teh, Ah Hai turut mendapat berita. Pihak Nippon, turut menyerang Pelabuhan Pearl pada pagi 7 Disember 1941 dari Semenanjung Oahu untuk melengkapkan misi peluasan kuasa dan penjajahan di rantau Asia Timur sekali gus merealisasikan gagasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Pasifik dan slogan “Asia untuk Asia”!

“2, 403 orang mati. 188 kapal terbang perang musnah. Yang terselamat angkatan laut – Pacific Fleet, kapal selam dan simpanan minyak Amerika,” ujar Pak Cik Teh sungguh-sungguh.

Ah Hai dan rakan-rakan terlopong mendengar perkembangan terkini. Maklumat Pak Cik Teh cukup menggemparkan. Yang penting kini, bagaimanakah Pak Cik Teh, Ah Hai dan rakan-rakan untuk meneruskan kelangsungan hidup di Tg. Mualim selepas British mengibarkan bendera putih?

Keganasan Nippon kian berleluasa. Kebinatangan Nippon kian bermaharajalela. Keganasan dan kebinatangan Nippon terpancar di hujung pedang panjang Samurai. Kekejaman diterjemahkan dalam bentuk kebencian yang amat kepada bangsa Eropah dan Cina sementelahan kaum hawa! Berita penderaan, penindasan dan pembunuhan menjadi mainan bibir setiap insan di bumi Tanah Melayu. Banyak yang mati kerana kesakitan dan kecalaran maruah.

“Tahanan Nippon didera minum air sabun sehingga kesesakan bernafas. Perut buncit dek kekenyangan air sabun dipijak-pijak, diinjak-injak sehingga mangsa mengaku atau tidak sedar diri ataupun maut! Jadi, kita harus lebih berhati-hati, Ah Hai. Nippon ada di mana-mana. Ejen-ejennya kian bermaharajalela!”

Ah Hai dan rakan-rakan amat mengerti. Pesanan Pak Cik Teh perlu dijadikan peringatan. Nasihat Pak Cik Teh perlu dijadikan pedoman. Kata orang, yang baik perlu dijadikan panduan, yang buruk perlu dijadikan sempadan.

Nippon kian mengganas. Nippon kian bermaharajalela. Tora Nippon kian kuat kedengaran dalam hujan rintis-rintis pada awal dinihari yang belum pasti akan menjanjikan sebarang harapan. Yang pasti, penindasan dan penderaan Nippon masih berkesinambungan di bumi Tanah Melayu!


Bibliografi:

Lord, Walter, Day of Infamy (1957), Prange, Gordon, At Dawn We Slept (1981), Wallin, VAdm. Homer N. Pearl Harbor: Why, How, Fleet Salvage and Final Appraisal (1968).

The Story of Japanese Soldiers in Our Country (December 1941 – August 1945), Milon Nandy: Pustaka San Ming – Cetakan Pertama: 1993.

Friday, September 10, 2010

Sajak - Teka-teki Kehidupan











Teka-teki Kehidupan

I
Melangkah
ke luar rumah
seperti menjejakkan kaki
di pentas kehidupan
yang berona
yang menduga

II
Bahagia
seperti suara mesra
badai
yang beralunan
di bibir pantai

Derita
seperti buih-buih
yang teroleng-oleng
di lautan duka
di pelabuhan luka

III
Usia
adalah mainan mimpi
sesekali hadir dalam tidur
sesekali pulang dalam jaga
yang tinggal
teka-teki soalan
yang menanti jawaban!

Chai Loon Guan,
Dinihari Titiwangsa,
Tg.Malim.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


















Ingatan tulus ikhlas daripada:
Cikgu Chai Loon Guan dan keluarga, Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan.

Sunday, September 5, 2010

Kata-kata Hikmat


















Coming together is beginning. Keeping together is progress. Working together is success. (Henry Ford)
You may be disappointed if you fail but you are doomed if you do not try. (Beverly Sills)
Life's battles do not always go to the stronger or faster man. But sooner or later the one who wins is the one who thinks he can.

Kata-kata Hikmat


















To regret one's own experiences is to arrest one's development. (Oscar Wilde)
Have patience, all things are difficult before they become easy. (Saadi)
The superior man is modest in his speech but exceeds in his actions. (Confucius)

Kata-kata Hikmat


















Leadership is action, not position. (Donald H. McGannon)
A book is like a garden carried in a pocket. (Chinese Proverb)
Education is not filling a bucket but lighting a fire. (William Yeats)

Kata-kata Hikmat























The greater the tension, the greater is the potential. (Carl Jung)
The only good is knowledge and the only evil is ignorance. (Socrates)
Without a goal to work towards we will not get there. (Norasha Josefowitz)

Saturday, September 4, 2010

Universtiti Pendidikan Sultan Idris







Tanjung Malim is a small town in southern Perak on the border with the state of Selangor, Malaysia. It is some 70 km north of Kuala Lumpur. This small town can be reached by using the North-South expressway and going through Ulu Bernam in Selangor.

A picturesque town which is fast showing signs of modernisation and new development, Tanjung Malim is well known among the teaching and circles of Malaysia for the presence of the Sultan Idris Teachers' Training College ( Institut Pendidikan Sultan Idris ), a teacher-training college noted for having produced members of the teaching profession who either become teachers of students who later rose to national importance or who themselves acquired national significance of one sort or another.

Named after the late Sultan Idris, during whose reign many important events took place in Perak, the college is housed in a grand building of British colonial design. Its distinctiveness architecturally has made it a well-known landmark in Tanjung Malim, of being an institute of the teaching profession not only in Perak but indeed for the whole nation.

The Training College was then upgraded in 1997 to form the current Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) and was officially open on May 1, 1997. The University is specialised in teacher training and all education related courses. Its main objective is to fulfill the current needs of the educational field in Malaysia.

(Sumber: www.perakinfo.com)

Friday, September 3, 2010

HIROSHIMA



















Hiroshima selepas 64 tahun pengguguran bom atom - 1945.

Thursday, September 2, 2010

Sajak-sajak Kehidupan

KEHIDUPAN
I
Manik-manik warna, kolum
Manifestasi
Suka duka
Bahagia derita
Kehidupan manusia

II
Kehidupan
Adalah siri perjalanan
Masalah
Yang tiada noktahnya

III
Bersarang hidup
Sang tempua
di bawah lampu neon
kegelapan
sebelum maut menjemputnya
pulang!

Chai Loon Guan,
3 Dinamik, SMK Methodist, Tg.Malim.