Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, November 29, 2009

Saturday, November 28, 2009

LATIHAN MORFOLOGI - SINTAKSIS BM

Tatabahasa Bahasa Melayu I - 4 Disember 2009
Kenal pasti jenis KATA:

1. ibu (Kata Nama Am )
2. ibu kota (Kata Nama Majmuk )
3. ngeri (Kata Adjektif )
4. menghadiahi (Kata Kerja Transitif )
5. kepada (Kata Sendi )
6. pahlawan (Kata Nama Am )
7. itu (Kata Nama Tunjuk )
8. oleh (Kata Sendi )
9. akan (Kata Sendi / Kata Bantu)
10. tetamu (Kata Ganda Separa )
11. gas (Kata Nama Am )
12. cepat (Kata Adjektif )
13. masih (Kata Bantu )
14. amat (Kata Penguat )
15. berlari (Kata Kerja Tak Transitif)
16. berapa (Kata Tanya )
17. beberapa (Kata Bilangan )
18. yang (Kata Hubung Relatif )
19. Ahmad (Kata Nama Khas )
20. sedang (Kata Bantu )
21. kedua-dua (Kata Bilangan )
22. cahaya mata (Kata Nama Majmuk )
23. bukan (Kata Nafi )
24. engkau (Kata Ganti Nama Diri )
25. tetapi (Kata Hubung Gabungan)
26. berselimutkan (Kata Kerja Tak Transitif)
27. aduhai (Kata Seru )
28. mencantikkan (Kata Kerja Transitif )
29. nian (Kata Penguat )
30. kuih-muih (Kata Ganda Berentak )

Tatabahasa Bahasa Melayu II – 4 Disember 2009
Kenal pasti jenis FRASA:

1. dusun durian (Frasa Nama )
2. memasakkan ibunya (Frasa Kerja Transitif)
3. oleh Hasnah (Frasa Sendi Nama )
4. para peneroka (Frasa Nama )
5. bertilamkan rumput (Frasa Kerja )
6. dalam hal ini (Frasa Sendi Nama )
7. ilmu biologi (Frasa Nama )
8. antara pendapatnya (Frasa Sendi Nama )
9. warkah itu (Frasa Nama )
10. amat hodoh sekali (Frasa Adjektif )
11. guru sekolah (Frasa Nama )
12. ditulis oleh Ali (Frasa Kerja Pasif )
13. indah nian (Frasa Adjektif )
14. untuk ibu (Frasa Sendi Nama )
15. gadis itu (Frasa Nama )
16. menjahitkan adiknya (Frasa Kerja Transitif )
17. ekonomi negara (Frasa Nama )
18. harus sudah tidur (Frasa Kerja )
19. ke bandar Proton (Frasa Sendi Nama )
20. enak sekali (Frasa Adjektif )
21. pertunjukan itu (Frasa Nama )
22. di atas bukit (Frasa Sendi Nama )
23. masakan ini (Frasa Nama )
24. Beberapa buah rumah (Frasa Nama )
25. sungguh mendebarkan (Frasa Adjektif )
26. kena tipu (Frasa Kerja Pasif )
27. dua unsur pilihan (Frasa Nama )
28. nyenyak benar (Frasa Adjektif )
29. penyair agung itu (Frasa Nama )
30. harga barang ini (Frasa Nama )

Tatabahasa Bahasa Melayu III – 4 Disember 2009
Kenal pasti jenis AYAT:

1. Saya sedang membaca buku.
( Ayat Dasar / Ayat Tunggal )
2. Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
( Ayat Pasif Diri Pertama )
3. Ali pandai bermain bola dan hoki.
( Ayat Tak Transitif )
4. Nadiah jurutaip.
( Ayat Dasar / Ayat Tunggal )
5. Menangis bayi itu setiap malam.
( Ayat Songsang Sebahagian )
6. Anuar menjadi pelukis?
( Ayat Tanya )
7. Jangan ambil harta orang.
( Ayat Perintah / Ayat Larangan )
8. Silalah datang ke rumah saya.
( Ayat Perintah / Ayat Silaan )
9. Nah, ambillah wang ini!
( Ayat Seruan )
10. Dia berjalan dengan cepat.
( Ayat Tak Transitif )
11. Baik sungguh perangainya.
( Ayat Songsang Penuh )
12. Saya membeli baju yang berwarna merah.
( Ayat Majmuk Pancangan Relatif )
13. Ke Melakakah kamu minggu lalu?
( Ayat Tanya Songsang )
14. Tolong tutup pintu itu.
( Ayat Perintah / Ayat Permintaan )
15. Dia mengetahui bahawa Ah Chong telah bersara.
( Ayat Majmuk Pancangan Komplemen)
16. Pada hujung minggu ini Encik Mutu akan menghadiri kursus ini.
( Ayat Songsang Sebahagian )
17. Abang membelikan ibu sebuah rumah.
( Ayat Transitif )
18. Kanak-kanak itu sedang mandi di kolam itu.
( Ayat Tak Transitif )
19. Syabas, engkau telah menang!
( Ayat Seruan )
20. Perajurit itu kena tembak oleh pengganas.
( Ayat Pasif )

(Sumber: Chai Loon Guan, GC BM / Munsyi Dewan / Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP: 2008.)

TOKOH NILAM DAERAH BATANG PADANG 2009


SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim muncul johan dan naib johan Anugerah Tokoh Nilam Daerah Batang Padang 2009.

Tahniah kepada Sdri. Lalina Priya, Sdri. Fatehah Hanim dan Pn. Junainah Ahmat Ali (Guru PSS/Media)!

Ikhlas daripada En. Chai Loon Guan,
Ketua Panitia Bahasa Melayu, SMK Methodist, Tg.Malim.

TRANSFORMASI AYAT II

1a. Saya membaca buku itu. (Ayat Aktif)
1b. Buku itu saya baca. (Ayat Pasif)
1c. Saya baca buku itu. (Ayat Pasif Songsang)
1d. Baca buku itu. (Ayat Perintah)
1e. Sila baca buku itu. (Ayat Silaan)

2a. Saya mempercayai kata-kata itu. (Ayat Aktif)
2b. Kata-kata itu saya percayai. (Ayat Pasif)
2c. Saya percayai kata-kata itu. (Ayat Pasif Songsang)
2d. Saya percaya akan kata-kata itu. (Ayat Tak Transitif)
2e. Percayailah kata-kata itu. (Ayat Perintah - Suruhan)

(Sumber: Chai Loon Guan, Munsyi Dewan)

Friday, November 27, 2009

BICARA TOKOH II - Jeneral Douglas MacAthur


"Tuhanku, bentuklah anakku menjadi manusia yang cukup kuat untuk mengetahui kelemahannya, berani menghadapi dirinya sendiri pada saat ketakutan, manusia yang bangga dan tabah dalam kekalahan, tetap jujur dan rendah hati dalam kemenangan."

JENERAL DOUGLAS MACARTHUR
(1880 - 1964)

(Sumber: zak@ukm.my: Berita Harian - 27 November 2009)

Wednesday, November 25, 2009

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA (PPSB)






Program Penghayatan Sastera dan Budaya
(PPSB)

Tarikh: 17 - 19 Disember 2009
Pendaftaran: 1.30 - 2.00 petang
Tempat: Hotel Heritage Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Penganjur: Bahagian Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Peserta: Bakal Fasilitator PPSB 2009/2010

DUNIA KEHIDUPAN II


DUNIA KEHIDUPAN I


SAJAK - Cahayamata

CAHAYAMATA

Syukur, berkat mukjizat Tuhan
Tercipta alam keajaiban
Menghadirkan sketsa hidup
Misteri warna maya
Sehati sejiwa genetik - DNA
Menempuhi detik nikmat
Perjalanan ejakulasi
Mempertemukan sperma dan ovum
Di buana folopio


Dan, bersemilah ia
Bersatu intim akrab berpadu mesra
indah syurga nikmat buana
lahirlah zigot gah megah
Berenang-renang menang
menakluki uterus di medan persenyawaan

Zigot membahagi dua
di rumah MITOSIS
Pembahagian berevolusi
Jadilah morula bersatu akrab membentuk blastosis
di buana uterus
Implantasi melahirkan embrio
Membesar dalam ketakjuban buana-Nya
Mewarna dalam keajaiban landskap-Nya!

Gestasi menghadirkan sel
embrio fetus
Plasenta
pengantara
Fetus dan ibu yang melahirkan
keintiman dan kesetiaan
membelai bilah-bilah hari yang berona
penuh sabar dan tabah
penuh debar dan resah
Setelah sekian lama menunggu
Menunggu hari yang ditunggu
Maka berpecahlah suara tangisan
Memeriahkan alam kehidupan
Hadirmu cahayamata sebutir mutiara
Nurnya bergemerlapan menerangi buana pancaroba!

Chai Loon Guan,
Rumah Munsyi Tg.Malim.

PERIBAHASA MELAYU

Peribahasa Melayu
1. Simpulan Bahasa
Takrif:
a. Rangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas.
b. Terdiri daripada dua patah perkataan.
c. Terhasil berdasarkan pemerhatian terhadap persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa.
Contoh:
air muka, akal kancil, banyak mulut, batu api, bendera putih, cakar ayam, cepat tangan, durian runtuh, dan sebagainya.
2. Perumpamaan
Takrif:
a. Membandingkan dengan apa yang ada di sekeliling.
b. Didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat, dan bak.
c. Mempunyai makna tersurat dan tersirat.
Contoh:
seperti anjing berebut tulang, bagai ayam disambar helang, umpama burung, mata terlepas badan terkurung, dan sebagainya.
3. Pepatah
Takrif:
a. Mempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan sesuatu maksud.
b. Mempunyai maksud yang jelas.
c. Ringkas sifatnya.
Contoh:
ayam terlepas, tangan bau tahi. biar putih tulang, jangan putih mata, biar lambat asal selamat, dan sebagainya.
4. Bidalan
Takrif:
a. Susunan kata yang umum digunakan.
b. Seakan-akan pepatah.
c. mempunyai nilai, ilmu, dan pengajaran.
Contoh:
air tenang jangan disangka tiada buaya, nasi sudah menjadi bubur dan sebagainya.

Monday, November 23, 2009

TRANSFORMASI AYAT

Kemusykilan:
1. Pelajar-pelajar dilarang daripada pergi bermain di padang kerana hari sedang berhujan.
B. dilarang pergi
D. dilarang daripada pergi

Penyelesaian:
Untuk mengetahui ayat tersebut betul atau salah, marilah kita menggunakan teknik transformasi. Ayat tersebut sebenarnya berasal daripada ayat yang di bawah ini:

1. Pengetua melarang pelajar-pelajar pergi bermain di padang.(Ayat aktif)
2. Pelajar-pelajar dilarang oleh pengetua pergi bermain di padang. (Ayat pasif)
3. Pelajar-pelajar dilarang pergi bermain di padang. (Ayat pasif yang mengalami pengguguran oleh + FN).
4. Pergi bermain di padang.(Ayat suruhan)
5. Jangan pergi bermain di padang.(Ayat larangan)

Dengan berdasarkan ayat-ayat transformasi di atas, kata sendi nama `daripada’ tidak diperlukan dalam ayat tersebut. Oleh hal yang demikian, jawabannya yang tepat ialah pilihan B.

(Sumber: agy7500.blogspot.com)

BICARA TOKOH I - Mahatma Ghandi


Akhir kepada segala perbuatan ialah pembinaan peribadi dan perangai, iaitu adab.

MAHATMA GHANDI
( 1869 - 1948 )

BINA AYAT

1. menggegarkan
Maksud: menggoncangkan.
Takrif: menyebabkan menjadi bergegar
Ayat: Gempa bumi di situ telah menggegarkan rumah di sekitarnya.

2. menggelakkan
Maksud: mengetawakan
Takrif: menyebabkan gelak
Ayat: Apakah yang menggelakkan mereka itu?

3. menggenapkan
Maksud: memadakan
Takrif: menjadikan atau menganggap genap
Ayat: Suria berusaha untuk menggenapkan gaji yang diterimanya setiap bulan.

4. menggendalakan
Maksud: menghalang
Takrif: menyebabkan tidak dapat diteruskan
Ayat: Hujan lebat telah menggendalakan kerja membaiki jalan itu.

5. menggentarkan
Maksud: mencemaskan
Takrif: menimbulkan ras takut atau gentar
Ayat: Penjahat di kawasan sempadan telah menggentarkan pekerja balak di situ.

6. menggerakkan
Maksud: membangkitkan
Takrif: mengejutkan seseorang yang sedang tidur.
Ayat: Dia selalu menggerakkan adiknya untuk pergi ke sekolah.

(Sumber: Pelita Bahasa Disember 2009)

Sunday, November 22, 2009

6 OGOS 1945



Hiroshima - Nagasaki Jepun:
Berkuburnya kemanusiaan.

SENI LUKIS KALIGRAFI CINA 2009















Kem Seni Lukis Kaligrafi Cina 2009 telah disempurnakan penutupan rasminya oleh
YBhg. En. Quaik Chong Yu, Setiausaha / Pegawai Khas kepada YB Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Malim, YB Dato' Seri Ong Ka Chuan di Dewan SMK Katholik, 35900Tanjong Malim pada 22 November 2009.
(Sumber Foto: Chai Wuang Xing)

SAJAK - Roh Bahasa

ROH BAHASA
Chai Loon Guan

Bagaikan berabad-abad lamanya
Akhirnya, kembali aku dari perantauan insaf
Melewati ceruk rantau lingua franca
akar tradisi sejarah bahasa nusa
Yang semakin hilang rohnya
Yang semakin uzur namanya
Dalam simpang-siur kehidupan
Yang berselimutkan keilmuan
Yang bertilamkan kemajuan

Daulat bahasa
di bumi merdeka ini
perlu kita bela
perlu kita pulihara
Setelah sekian lama terlena
Dibelenggu goda globalisasi
Dibelenggu nafsu berahi sangsi

Belum sesat
Untuk kita tingkatkan darjat bahasa
Belum terlambat
Untuk kita tingkatkan martabat bahasa
Tanpa belenggu sinis
Tanpa cemburu prejudis
Tanpa lelagu cauvinis

Sebarluaskanlah aroma wangi bahasaku
Ke antero benua
Kembalikanlah roh semangat bahasaku
Ke buana dunia
Dirgahayu bahasaku
Penuh azam penuh iltizam
Di rumah wawasan
Di rumah gagasan
Kerana bahasaku hanya satu
Bahasa jiwa bangsaku
MALAYSIA!

(PELITA BAHASA - Disember 2009)
(Sumber: Chai Loon Guan, Panitia Bahasa Melayu, SMK Methodist, Tg. Malim.BBK : 01 – 31 Oktober 2009)

Kosa Kata/Makna:
1. lingua franca - bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat
2. simpang-siur - terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon dsb.)
3. pulihara - pulih dan pelihara
4. belenggu - sesuatu yang dianggap seperti mengikat kebebasan dll.
5. sinis - cenderung untuk mempersoalkan kebaikan / kejujuran orang
6. prejudis - rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dsb.
7. cauvinis - bersifat menunjukkan pendirian atau semangat yang keterlaluan (melampau) dalam memperjuangkan kepentingan kaum atau golongan tertentu.
8. dirgahayu - mudah-mudahan lanjut usia, panjang umur.

Saturday, November 21, 2009

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
Bahasa Melayu Kuno,
Bahasa Melayu Klasik dan
Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
Pengaruh agama Hindu
Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
masih memakai abjad India
buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
ditulis dalam tulisan Jawi
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
Zaman kerajaan Melaka
Zaman kerajaab Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:
ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
banyak ayat pasif
menggunakan bahasa istana
kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
ayat songsang
banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan:
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
(Sumber: Portal Pendidikan Utusan)

LEBAH MADU I


Proses pengumpulan madu oleh
Sang Lebah Madu.
(Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

ANGGERIK I


Anggerik ialah satu keluarga pokok berbunga (angiosperma) terbesar. Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin melebihi 25,000) disebabkan pertikaian taksonomi.
(Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Friday, November 20, 2009

BM KERTAS II - SPM 2009

Soalan 3 (b)
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
i.
Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
Subjek: Kami
Predikat: dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
ii.
Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
Subjek: Ketinggian Gunung Kinabalu
Predikat: 4104 meter.
iii.
Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
Subjek: Kami sekeluarga
Predikat: ke perpustakaan pada setiap petang Sabtu.
iv.
Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
Subjek: Taman Tasik Perdana
Predikat: terkenal oleh landskapnya yang menarik.
v.
Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
Subjek: Murid yang pintar itu
Predikat: bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
vi.
Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.
Subjek: Ibu bapa
Predikat: sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anak-anak.

(Sumber: Chai Loon Guan, Munsyi Dewan DBP)

Thursday, November 19, 2009

BM KERTAS II SPM 2009

JAWABAN SOALAN 1 :RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melehihi 120 patah perkataan.

Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari.

Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkankeupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu.

Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit.

Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang. Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.

(Dipetik dan diubah suai daripada `Tidur dari Segi Saintifik' oleh Danial Zainal Abidin, Dewan Kosmik, Februari 2007)
Cadangan pengenalan rumusan
Petikan membincangkan kelebihan/ faedah/ kebaikan/ manfaat tidur dari segi saintifik.
Ulang perkataan kepentingan = 0 markah
Cadangan isi tersurat :
Kepentingan tidur dari segi saintifik.[ Calon wajib mengambil semua isi daripada petikan ]
1.Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan.
2.Tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar.
3.Tidur dapat membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang.
4.Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang.
5.Tidur dapat memulihkan pusingan biologi dalam badan.
6.Tidur dapat menyegarkan tubuh badan,
7.Tidur dapat meningkatkan produktiviti.
8.Tidur dapat mengurangkan risiko sakit jantung..
9.Tidur merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
Cadangan isi tersirat :
Cara-cara mengatasi masalah sukar tidur[ Calon tidak boleh mengambil mana-mana isi daripada petikan ]
1.Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.
2.Mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor profesional jika mengalami masalah stres.
3.Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan.
4.Mendapatkan ubat-ubatan yang disyorkan oleh pakar perubatan.
5.Elakkan daripada menonton televisyen hingga larut malam.
Kesimpulan :
Semua orang perlu tidur secukupnya agar dapat melahirkan individu yang sihat dari segi fizikal dan mantap dari segi emosi dan mental.
(Sumber: Cikgu Abd Razak bin Hassan)

Wednesday, November 18, 2009

WORLD ROBOTIC OLYMPIAD - MES 2009

LAPORAN WORLD ROBOTIC OLYMPIAD (WRO) - MES 2009, POHANG, KOREA

Baru-baru ini, iaitu 5 – 9 November 2009, pasukan robotik Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) 35900 Tanjong Malim telah berjaya mencipta rekod di persada dunia, yakni pasukan MES menjuarai pertandingan World Robotic Olympiad 2009 yang telah berlangsung di Pohang, Korea Selatan.
Pada 5 November 2009, saya, Hazirah, Michael serta Puan Lau telah bertolak ke pejabat Sasbadi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur untuk berkumpul dengan pasukan robotik Malaysia yang lain. Komponen robot kami telah siap dibalut kemas dan disimpan di dalam kotak gergasi oleh beberapa orang kakitangan Sasbadi. Urusan balut-membalut ini amat penting untuk menentukan kejayaan persembahan kami pada hari pertandingan nanti. Setelah segala persiapan diuruskan, kami mula bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8 malam.

Sebanyak 6 pasukan Malaysia, yakni 18 orang murid dan 6 orang guru pengiring menggalas misi dan visi cabaran pertandingan robotik sedunia. Sebaik tiba, kami perlu mendaftar masuk serta menyelesaikan segala prosedur sebelum menaiki kapal terbang. Kira-kira pukul 11 malam, barulah kami berjaya melangkah masuk ke dalam kapal terbang Korea Air KE 679. Pramugari-pramugari kapal terbang itu cantik belaka dan bersopan-santun. Maka, bermulalah pengalaman pertama saya berada di dalam kapal terbang, yakni begitu dekatnya saya dengan awan biru dan begitu jauhnya saya dari tanah daratan – bumi, ciptaan Tuhan!

Selepas penerbangan selama 7 jam, akhirnya kami dapat mendarat di bumi yang bernama Korea Selatan bersamaan 6 November 2009. Sesi bergambar berlangsung di lapangan kapal terbang Korea. Selepas urusan kastam dan pendaftaran, kami menaiki bas untuk berangkat ke Pohang. Pemandu pelancong merangkap fasilitator perjalanan kami seorang gadis Korea. Jade, nama timangannya. Jade seorang yang peramah dan pandai berbahasa. Penjelasan beliau telah membolehkan kami mengenali Korea dari pelbagai aspek sosiobudaya, geografi dan sejarah agungnya.

Kami tiba di Pohang selepas tujuh jam perjalanan. Sebelum bertolak ke tempat pertandingan, kami makan tengah hari di Duo Bin, restoran Korea. Hidangan makanan Korea amat berbeza dengan makanan masyarakat majmuk di Malaysia. Pada hemat saya, lauk-pauknya agak istimewa. Salah satu hidangan yang diwajibkan dalam menu makanan Korea ialah kimchi. Warnanya kemerah-merahan, masam dan pedas. Kemudian, kami bertolak ke lokasi pertandingan, iaitu Postech, salah sebuah universiti yang terkenal di Korea Selatan. Dari jauh, boleh kami lihat panji yang berwarna merah jambu berkibaran di gelanggang, yakni di hadapan bangunan gimnasium. Sayup-sayup, dingin angin mula menggigit tulang sum-sum seolah-olah kami sedang berdarmawisata di Tanah Tinggi Genting. Kami memasuki bangunan gimnasium tersebut untuk membuat pendaftaran sebelum membuat penelitian dan pemantauan, kata orang tak kenal maka tak cinta. Kelihatan juga, para pekerja sedang membuat persiapan dari aspek teknikal, pentas dan ruang pertandingan. Kami menginap di Hotel Philos. Biliknya sungguh mewah dan selesa. Selepas meletakkan bagasi, kami pun makan malam secara bufet di dewan yang disediakan. Aneka makanan dan minuman yang dapat kami nikmati di bumi bertuah Korea. Selepas makan malam, kami mula berlatih dan membuat persediaan terakhir menjelang pertandingan pada keesokan harinya.

Pada 7 November 2009, kami bangun awal dan bersiap-sedia menghadapi saat yang dinanti-nantikan. Sebaik tiba di medan perjuangan, kami bermula mendirikan pondok operasi kami. Michael perlu memasang robot manakala saya dan Hazirah pula ditugaskan untuk menghiaskan pondok kami. Kerjasama dan semangat berpasukan amat diperlukan untuk mempercepat tugasan ini. Puan Lau dan Yip (pelatih Sasbadi) turut menghulurkan bantuan dan motivasi. Pada masa yang sama, pesaing-pesaing yang lain juga sedang rancak membuat persiapan masing-masing. Akhirnya, segala persiapan pasukan robotik MES – Malaysia telah beres diuruskan dalam masa sejam setengah. Giliran kami, kesebelas pun tiba, yakni pertandingan dalam kategori high school open category. Semasa menunggu ketibaan hakim, para pelatih Sasbadi, pengetua, guru-guru tidak berhenti memberikan sokongan moral dari aspek mental agar kami tidak gusar, panik atau kehilangan keyakinan diri apabila melihat kehebatan para pesaing yang lain. Benarlah kata-kata pujangga, penantian itu suatu penyiksaan. Namun, demi sekolah, daerah, negeri, dan negara, kami tetap setia menanti dengan penuh harapan dan keyakinan. Sejam kemudian, akhirnya tibalah giliran kami. Seperti yang diharapkan, persembahan dan pembentangan kami berjalan dengan amat lancar tanpa kesilapan. Kami berasa amat lega dan gembira. Kemudian, kami mengambil kesempatan untuk melawat ke pondok peserta lain. Kami juga dapat berinteraksi dengan mereka. Ciptaan robot mereka juga hebat dan setanding dengan robot kami. Walau bagaimanapun, kami masih menaruh sejuta harapan. Harapan rakyat Malaysia!

Jamuan telah disediakan oleh pihak penganjur untuk meraikan peserta-peserta WRO 2009 dari seluruh pelosok dunia. Suasana dimeriahkan pula dengan persembahan tarian Hip-hop oleh dua kumpulan tarian Korea. Di samping itu, kanak-kanak dari Jepun serta Arab Saudi turut mempersembahkan tarian tradisional mereka selain pertandingan tarian mini. Suasana ketika itu amat menghiburkan dan meriah. Walaupun berbeza warganegara, bangsa dan agama, namun kami masih boleh bergaul mesra, penuh akrab dan muhibah. Hari kedua di Korea berakhir dengan jamuan yang begitu bermakna dalam hidup kami.

Keputusan pertandingan WRO 2009 akan diumumkan pada hari ke-3, iaitu 8 November 2009. Kami bersama-sama peserta dari negara lain berkumpul di dalam dewan sambil menunggu saat pengumuman pemenang WRO 2009. Akhirnya, wakil Malaysia telah menjuarai kategori terbuka sekolah rendah dan kategori terbuka sekolah menengah tinggi. Kami berasa amat gembira dan bangga kerana pasukan robotik Malaysia telah mengharumkan nama baik negara di persada antarabangsa. Sesungguhnya, Malaysia Boleh! Sesi bergambar dan majlis penutupan rasmi telah dilangsungkan dengan begitu sempurna. Wartawan Malaysia, Helmi, mengambil peluang untuk mewawancarai kami sebelum menyiarkan berita baik ini untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Kawan-kawan, guru-guru serta pelatih-pelatih Sasbadi turut bersama-sama menikmati saat kegembiraan dan kebanggaan ini. Selepas berkemas, kami mengambil peluang untuk makan angin di luar hotel kami biarpun masa yang ada pada kami agak terhad.

Pada 8 November 2009, selepas sarapan terakhir di Hotel Philos, kami perlu bertolak ke Seoul semula. Perjalanan dari Pohang ke Seoul mangambil masa 7 jam. Kami sempat bermain, bersorak, mengambil gambar dan berehat di dalam bas. Walaupun perjalanan yang panjang tetapi kami tidak pernah berasa bosan, kata orang tua-tua jauh perjalanan luas pandangan. Langit kian gelap apabila kami tiba di Seoul. Kami makan malam di salah sebuah restoran yang terkenal di Seoul. Hidangan yang disediakan juga amat sedap dan istimewa. Selepas makan malam, YABhg. Tan Sri Robert Phang, jutawan dan dermawan terkenal tanah air telah memberikan ucapan tahniah kepada para pemenang di samping memberikan dorongan semangat buat pasukan yang tewas. Sebagai galakan, beliau telah menghadiahkan wang sebanyak RM100 kepada setiap peserta serta menganugerahkan hadiah 100USD kepada para juara WRO 2009. YABhg. Tan Sri Robert Phang turut mendendangkan sebuah lagu Korea untuk sama-sama meraikan kemenangan Malaysia.

Hari keempat di Seoul, Korea merupakan hari terakhir kami, yakni 9 November 2009. Awal-awal pagi, kami telah bersarapan di salah sebuah restoran Malaysia di Seoul. Restoran tersebut menghidangkan pelbagai makanan Malaysia seperti capati berkuah, teh tarik dan sebagainya. Makanan tersebut mengimbau nostalgia kerinduan kami terhadap kampung halaman yang tercinta di Malaysia. Setelah bersarapan, kami telah dibawa ke salah sebuah kedai ginseng untuk aktiviti beli-belah. Kedai tersebut hanya khas menjual produk berasaskan herba ginseng. Kami juga diperkenalkan cara-cara penanaman ginseng, jenis-jenis ginseng serta kegunaan ginseng Korea semasa sesi lawatan tersebut. Ada produk ginseng yang berharga tinggi dan berkualiti. Kami sempatlah membeli kuih pulut ginseng, gula-gula ginseng, serta rumpai laut Korea yang terkenal di pasaran antarabangsa. Selepas itu, kami dibawa ke kediaman pemerintah Korea silam, iaitu “rumah biru”. Kami tidak dibenarkan memasuki tempat tersebut kecuali dibenarkan mengambil gambar kenangan dari jarak beberapa ratus kaki dari tempat tersebut. Rumah biru tersebut berfungsi seperti rumah putih di Amerika Syarikat.

Akhirnya, lawatan kami di Seoul, Korea Selatan berakhir. Kami harus bergegas ke lapangan kapal terbang. Mujur, bas kami sempat menaiki feri untuk mempercepat perjalanan kami ke Icheon. Kami berpeluang untuk berlawak jenaka di atas feri sambil mengabadikan gambar kenangan. Kami sempat tiba di lapangan kapal terbang Icheon dan menaiki pesawat Korea Air menuju destinasi kami, tidak lain dan tidak bukan, tanah air kami yang tercinta, Malaysia. Kami pulang akhirnya. Kami pulang dengan kejayaan. Kami pulang dengan kecemerlangan. Kami pulang dengan Jalur Gemilang yang berkibaran tinggi di angkasa dunia. Setiap detik dan waktu di Pohang, Korea Selatan sempena WRO 2009 merupakan notelun pengalaman yang manis dan abadi selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya, pertandingan WRO 2009 ini bukan sahaja membolehkan kami menimba pengalaman, kemahiran dan pengetahuan bahkan juga kami dapat membina jambatan persahabatan kemanusiaan melalui sains dan teknologi robotik tanpa mengira gender, umur, bangsa dan agama di sarwajagat alam milik-Nya! Sayonara Pohang – Seoul – Icheon – Korea! Irrashaimasse Malaysiaku!

Nukilan pena:
Wong Shun Yi, Tingkatan 4 Sains I,SMK Methodist, Tg.Malim.

SEDAMAI RUMAH IMPIAN


Tuesday, November 17, 2009

KOMSAS SPM BM 2009 - CERPEN

LAMBAIAN MALAR HIJAU
“ Daneng tak ingin menyambung pelajaran?” Terlontar soalan itu daripada mulut Jo.
“ Tidak!” Jawabnya setelah membisu seketika .
“Mengapa?”
“Saya tak ingin meninggalkan tempat ini,” jawabnya terputus-putus.
“Bukankah merugikan?”“Kamu salah seorang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan PMR di sekolah asrama pada tahun lepas. Bukankah merugikan jika tidak menyambung pelajaranmu?”

Daneng tersenyum sinis. “ Sudah saya dengar hujah ini berpuluh kali. Saya sudah bosan. Cikgu tak faham perasaan saya. Sebenarnya cikgu tak kenal Daneng.”
“Cikgu faham. Tetapi keputusan kamu mungkin bukan yang sebaik-baiknya. Kamu perlu melihat dari semua segi.”
“ Perkara terbaik untuk saya ialah berada di sini. Di tempat ini, nenek moyang saya hidup dan bersemadi. Jiwa saya terikat pada pohon tualang. Pada bukit-bukit ini. Pada pohon-pohon ini. Menghidu keenakan udara jati tempat ini, satu kemestian. Memanjat pokok, mendaki gunung, menuruni lurah, memetik buah-buah hutan, memancing ikan, berjalan berkaki ayam. Inilah kehidupan bagi saya. Saya mendambakan kehidupan ini. Inilah Daneng, cikgu,” hujahnya.
Soalan:
(i)Mengapakah Daneng enggan menuruti kata-kata Cikgu Jo ? [3 markah]
(ii)Pada pendapat anda, nyatakan tiga tindakan yang boleh diambil oleh Cikgu Jountuk memujuk Daneng supaya menyambung pelajarannya? [3 markah]
(iii)Huraikan satu perwatakan Cikgu Jo dalam petikan di atas dan satu perwatakan Cikgu Jo dalam cerpen tersebut. [3 markah]
Panduan Isi:
(i) sebab Daneng enggan......tidak mahu meninggalkan tempat kelahirannya...tetap dengan pendiriannya untuk terus menetap di dalam hutan/itu keputusan tewrbaiknya
...hutan tempat nenek moyangnya hidup dan disemadikan... jiwanya sudah sebati dengan corak kehidupan di hutan.. ingin memperhamba dirinya di hutan/menginginkan kehidupan di hutan
(ii) tiga tindakan cikgu Jo:...terus berusaha untuk memujuknya sehingga berjaya...memujuk ibu/ayahnya supaya menasihati Daneng...meminta kerjasama kaunselor sekolah untuk mengubah pemikiran...meminta pihak sekolah membantu Daneng dari segi kewangan
(iii)perwatakan Jo dalam petikan:...penyabar (Cikgu Jo sabar memujuk Daneng untuk mengubah pendiriannya)...gigih (Cikgu Jo sanggup pergi ke Lembah Tualang semata-mata untukmemujuk Daneng supaya bersekolah semula).satu perwatakan Cikgu Jo dalam cerpen:,...bertanggungjawab (Cikgu Jo berasa bertanggungjawab untuk membantu Daneng mempertahankan hutan malar hijau melalui ilmu pengetahuan)...amanah (Cikgu Jo seorang guru yang amanah terhadap tugasnya )...berpandangan jauh(Cikgu Jo berpendapat Daneng perlu berilmu untuk menjadi pejuang belantara.)
(Sumber: cikgumie.blogspot.com)

KOMSAS SPM BM 2009 - DRAMA

JANGAN BUNUH RAMA-RAMA:
PERMAISURI : Kakanda, carilah rama-rama yang cantik-cantik supaya adinda tambah berseri dan indah; lebih daripada perempuan-perempuan lain
BADUT (RAJA) : Jangan adinda gundah-gulana. Kakanda telah pun memerintah beberapa orang panglima untuk pergi menangkap rama-rama yang adinda idamkan itu.
PERMAISURI : Adinda tak hendak rama-rama itu. Adinda mahu rama-rama yang kakanda sendiri tangkap, sebab kakanda lebih arif dalam hal ini.
BADUT (RAJA) : Jika begitu idaman adinda, menjelang subuh berangkatlah kakanda.
ROMBONGAN PERMAISURI :
Cantik tuanku berseri-seri
Bagai jelma di bidadari
Tak ketara seluruh negeri
Puji pula dagang dan santeri.
Bila dengar suara bermadah
Lemak lunak begitu indah
Berhenti burung telinga ditadah
Teringat-ingat dendam tak sudah.
Soalan:
(i) Mengapakah Permaisuri menyuruh Badut (Raja) menangkap rama-rama untuknya?
[3 markah]
Permaisuri menyuruh Badut (Raja) menangkap rama-rama untuknya supaya dirinya menjadi semakin berseri, semakin cantik, malah lebih cantik daripada perempuan-perempuan lain.
(ii) Pada pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “kakanda lebih arif dalam hal ini”?[3 markah]
Pada pandangan saya, ungkapan tersebut membawa maksud Badut (Raja) lebih faham akan kehendak permaisuri, dan perbuatan tersebut memberikan erti yang lebih besar kepada permaisuri. Selain itu, perbuatan tersebut akan membuktikan Badut (Raja) menyayangi permaisuri.
(iii) Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan drama di atas.[3 markah]
Gaya bahasa dalam petikan banyak menggunakan bahasa Melayu klasik dan bahasa istana. Contoh penggunaan bahasa Melayu Klasik ialah penggunaan kata-kata seperti gundah-gulana, adinda, dan kakanda. Contoh penggunaan bahasa Istana ialah perkataan berangkat, tuanku, dan permaisuri. Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa berirama seperti syair. Dialognya pula menggunakan ayat-ayat yang panjang.
(Sumber: agy7500.blogspot.com)

Friday, November 13, 2009

SETENANG LANDSKAP ALAM


Bhutan

MANUSIA SURAT KHABAR


Lakonan murid-murid SJK(C) Chung Sin, 35900 Tanjong Malim sempena RIMUP 2009.

UCAPTAMA SASTERAWAN NEGARA X



Isnin, Oktober 19, 2009

PIDATO PENERIMAAN ANUGERAH SASTERA NEGARA
CITRA SASTERA DAN KEPRIHATINAN SASTERA

‘Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah Khalikulalam,
Berkat Muhammad Sayid Alanam
Memberi rahmat siang dan malam.’

1
Awal bismillah fakir menyusun,
Di pangkal jalan memohon ampun,
Maklum bahasa tidak tersusun,
Banyak perkara hendak dihimpun.



Majlis permai fakir mengisi,
Kata dan fikir dengan puisi,
Kerana fakir bertugas di institusi
Yang ‘melangkah ke hadapan bersama tradisi’.

2
I : Citra Sastera

Sastera itu adab persuratan,
Pelbagai makna serta tafsiran,
Namun bakat serta indah penulisan
Tentang Tuhan, makhluk-Nya dan pemikiran.

Bakat dan karya ada tanggungjawabnya,
Berbuat di dunia balasannya di alam baqa,
Diingatkan Allah menjadi khalifah-Nya
Bantu membimbing umat manusia.

Hindari kutukan kepada penyair sesat,
Dalam Ash-Shu’ara telah tersurat,3
Yang ditulis benar itulah yang diperbuat,
Taqwa itu memandu pena menyurat.

Dengan akal pena menukilkan,
Seperti lidah wajar berperaturan,
Pena yang jujur lebih dimuliakan,
Bukan pedang melibas sembarangan.

Persuratan itu mengandung ilmu,
Juga mendidik tiadalah jemu,
Mutiara kata dapat ditemu,
Yang indah-indah dan merdu turut diramu.

Hamzah Fansuri, Syeikh Ahmad al-Fatani,
Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji,
Karya persuratan padat berisi
Tanda pujangga seorang insani.

Persuratan tidak mengulang yang lama,
Atau hanya alam dan watak semata,
Fikrah falsafah itu lebihlah mulia,
Disulam keindahan membijaksanakan manusia.

Dibantu ilmu karya terkarang,
Piawai Melayu ini jangan dibuang,
Nyata dan magis silang bersilang
Ke pentas dunia masuk gelanggang.


Melayu menyediakan atur hukum sastera,
Dalam puisi dan hikayat warisan bangsa,
Ditambah ilmu bantu dan prinsip semasa,
Ciptakan karya bertaraf dunia.

Ibn Tufail, Ibn al-Nafis,
Menyelami dasar falsafah menulis,
Apungkan ilmu madahnya pun majlis
Keadilan hakiki pencarian penulis.

II : Keprihatinan Sastera Malaysia

Sastera bukan khayali ke dalam diri,
Nasib alam dan ummah diperhati,
Peka akan gejolak yang mengelilingi,
Dicipta persuratan untuk dihayati:
(i)
Asas tamadun sudah bertunas,
Melayu bersyarak kepada nas,
Lenyap kegelapan oleh nur yang bernas,
Hablum min Allah, Hablum min al-nas.

Pusat intelektual bermula di istana,
Lahirkan ulama, pemikir dan pujangga,
Muamalat, munakahat, siasah dijana
Hukum jinayat, adab, persuratan juga.

Seteguh dahulukah Melayu-Islam kini?
Akidah mencair atas nama hak asasi,
Islam liberal dan sekularisme mencemari,
Kepada ad-Din yang benar hendaklah kembali.

Ada yang mencabar hukum syariah,
Anggap hukum duniawi lebih indah,
Tidak sempurna bukan sifatnya Allah,
Di atas segalanyalah asma’ ilahiyyah.

(ii)
Kita mengenal Suhaif Al-Rumi,
Begitu juga Salman Al-Farisi,
Berserta dengan Bilal Al-Habashi,
Begitu pelbagainya wajah insani.

Allah ciptakan pelbagai bangsa,
Allah hembuskan seribu bahasa,
Untuk berkenalan sesama manusia,
Jangan sampai abaikan hak milik kita.

Semenanjung Melayu ini di Alam Melayu,
Sebab musababnya jelas bagi yang tahu,
Sejak Abad ke-VII kembangkan tradisi ilmu
Kuasai ekonomi Nusantara delapan penjuru.

Majapahit, Sriwijaya, Langkasuka dan Melaka,
Corakkan wajah kebudayaan kita,
Sehingga penjajah membawa tenaga kerja,
Bekerja demi kepentingan ekonomi mereka.

Kini tenaga kerja asing terus penuhi negara,
Pada tempat dan ketika lebih ramai mereka,
Rakyat rasa tak selamat tak rasa bebas merdeka
Berbuatlah sesuatu agar negara ini tenang semula.

(iii)
Bangsa bermaruah merdeka daripada penjajah,
Kuasa-kuasa Barat dan Timur datang menjarah,
Menghalau mereka tidak sahaja perwira dan orang siasah,
Peranan ulama dan penulis juga diakui sejarah.

Justeru setiap menyambut ulang tahun merdeka,
Kenangilah pengorbanan dan bakti mereka,
Yang benar-benar berjasa tampilkan ke muka,
Berterima kasih pada saat sesuai dan ketika.

Melayu dengan kedaulatan dan ketuanan,
Ehsan memberi taraf kerakyatan,
‘Kontrak Sosial’ menjadi ikatan,
Diikat kukuhlah jangan rungkaikan.

Maka teguh-kukuhkan perkara yang empat,
Kedudukan Raja-raja Melayu menjamin daulat,
Islam agama rasmi, Melayu Bahasa Kebangsaan dinobat,
Hak istimewa Melayu dan bumiputera mendapat tempat.

Prihatinlah akan nasib tanah air dan bangsa,
Hubul watan manal iman peganglah ia,
Berhujahlah Melayu baru dengan akal dan fakta,
Bukan zahirkan rasa dan emosi semata.

Namun bertimbang rasalah kepada taulan,
Pelbagai bangsa jiran dan kenalan,
Pada zamannya Nabi telah tunjukkan
Islam menjalin indah perpaduan.

(iv)
Melayu itu beradab, berperaturan, berkerajaan,
Di Alam Melayu ribuan tahun kekuasaan,
Khalifah Allah segala raja dan sultan,
Patut dibantu Orang-orang Besar bijaksana lagi budiman.

Jangan sekali-kali bertindak atas hukum rimba,
Matlamat dan cara mesti halal belaka,
Tersurat hukum kanun dan undang-undang mulia,
Pangkal peraturan bagi segala raja-raja dan rakyatnya.

(v)
Pendidikan Melayu itu berliku lorongnya,
Pada zaman penjajah, hanya vernacular kastanya,
Peribumi sengaja ditolak dari bandar dan kotanya,
Sentiasa mengekori pelajar kota yang pantas lariannya.

Terfikir fakir akan nasib bahasanya,
Ratusan tahun melakar wacana;
Tanpa menjadi bahasa ilmu akan ke mana?
Cukupkah jadi bahasa basahan sahaja?

Pada Abad-XVI Valentijn4 terpesona,
Di sebelah sini bahasa Melayu berkuasa,
Dari timur Parsi hingga ke Kepulauan Filipina,
Kini mesti lebih perkasa di negaranya dan dunia.

Ilmu sekular-moden Melayu wajar berhati-hati,
Kerana akhirat itu pasti dihadapi,
Atas ilmu ukhrawi dirikan ilmu duniawi,
Baharulah barakah hingga ke kampung kekal abadi.

(vi)
Asal asali itu Melayu teras jua,
Bangsa besar lagi majoriti jumlahnya,
Patutlah teras segala citra budaya,
Entah kenapa kini digerhanakan seri wajahnya.

Budaya itu bersendi adat berpangkal agama,
Tanda bangsa beradab lagi mulia,
Tapi hedonisme tampak dibiarkan merajalela,
Budi bahasa amat ketara lunturnya.

Segalanya bermula darinya rumah,
Mencipta kasih sayang mawaddah war-rahmah,
Tahzibul akhlak tanggungjawab ummah,
Akhiran terpuji husnul khatimah.

(vii)
Persuratan dan bahasa ‘azwar’ yang baik,
tamsil makhluk dengan yang Khalik,
Perjuangan bahasa bukanlah pelik,
Kuasai yang asing, tak tercicir milik.

Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,
Melalui munsyi bahasa yang berjasa
Bukan dengan ‘pandai besi’ berbadan sasa
Bukan dengan ‘pandai emas’ mencanai suasa.
Kuasai bahasa Arab di dalam dada,
Bahasa barat dan timur di dalam minda,
‘Seribu bahasa kita bicaraManakan sama bahasa bunda.’
5
Ke manakah arah Bahasa Melayu?
Di pandang rendah tak banyak yang mahu,
Sesekali dipakai miskinnya mutu,
Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.

Alangkah molek bercitra kebangsaan,
Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,
Tercabut rohnya citra pun kehilangan,
Bagaikan tanah ini tidak bertuan.

(viii)
Sebelum mengundur diri fakir rakamkan,
Ucapan ‘terima kasih’ kepada sekalian,
Pengkritik, penterjemah, editor dan panel budiman,
Isteri, anakanda dan menantu pemberi sokongan.

Serta sahabat fakir Cina dan India,
Kadazandusun, dan Iban juga;
Dengan bakat, akal, bahasa dan karya
Perkasakan tamadun bangsa kita.

Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,
Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,
Jutaan ampun atas silap dan salah,
Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.

Wahai segala arif permata,
Janganlah apa fakir dikata,
Kalam buruk kertasnya lata,
Menyuratnya tidak ada pelita.

6
Sudahlah dengan takdir Allah,
Tiadalah dapat lagi disalah,
Di Luh Mahfuz suratan terjumlah
Barang yang datang disyukurkanlah.

7
[Pidato Penerimaan pada majlis Anugerah Sastera Negara Ke-10, pada 20 Oktober 2009, di Grand Ballroom, Palace of The Golden Horses, The Mines, Kuala Lumpur]
1,6,7 Rangkap-rangkap ini dipetik daripada Syair Perang Siak (Donald J. Goudie, MBRAS Monograph No. 17, 1989).
2 Moto ‘Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan’ (ASWARA), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
3 Ash-Syu’ara (ayat 224 – 227).
4 Kehebatan bahasa Melayu pada Abad-XVI seperti yang pernah dirakamkan oleh sarjana Belanda ini, Francois Valentijn (Dordrecht 17 April 1666 – 6 Ogos 1727). Bukunya yang terkenal Oud en Nieuw Oost-Indien (1726).5 Dua baris terakhir rangkap ini dipetik daripada puisi SN Usman Awang ‘Bahasa Bunda.’

Wednesday, November 11, 2009

Perfect Stay - Young Foods IV


ALMONDS
Benefit: Improved memory
Substitutes: Walnuts, pecans, peanuts, sesame seeds, flaxseeds
An ounce of almonds—or about 23 nuts—a day provides nearly 9 grams of heart-healthy oleic acid; that’s more than the amounts found in peanuts, walnuts, or cashews. This monounsaturated fat is known to be responsible for a flurry of health benefits, the most recently discovered of which is improved memory. Rats in California were better able to navigate a maze the second time around if they’d been fed oleic acid, and there’s no reason to assume that the same treatment won’t help you navigate your day-to-day life. If nothing else, snacking on the brittle nuts will take your mind off your hunger. Nearly a quarter of an almond’s calories come from belly-filling fiber and protein. That’s why, when researchers at Purdue fed study participants nuts or rice cakes, those who ate the nuts felt full for an hour and a half longer than the rice cake group did.
Bonus Tip: Before you go out to eat, grab a handful of almonds; it could help keep your hunger at bay.

Perfect Stay - Young Foods III


BELL PEPPERS
Benefit: Improved immune function
Substitutes: Carrots, sweet potatoes, watermelon
All peppers are loaded with antioxidants, but none so much as the brightly colored reds, yellows, and oranges. These colors result from carotenoids concentrated in the flesh of the peppers, and it’s these same carotenoids that give tomatoes, carrots, and grapefruits their healthy hues. The range of benefits provided by these colorful pigments include improved immune function, better communication between cells, protection against sun damage, and a diminished risk of several types of cancer. And if you can take the heat, try cooking with chili peppers. The bell pepper cousins are still loaded with carotenoids and vitamin C, but have the added benefit of capsaicins, temperature-raising phytochemicals that have been shown to fight headache and arthritis pain as well as boost metabolism.

Perfect Stay - Young Foods II


GARLIC
Benefit: Cardiovascular strengthening
Substitutes: Onions, chives, leeks
Allicin, an antibacterial and antifungal compound, is the steam engine pushing forward garlic’s myriad health benefits. The chemical is produced by the garlic plant as a defense against pests, but inside your body, it fights cancer, strengthens your cardiovascular system, decreases fat storage, and fights acne inflammation. To activate the most allicin possible, you have to crush the garlic as finely as you can: Peel the cloves, and then use the side of a heavy chef's knife to crush the garlic before carefully mincing it. Be sure not to overcook it, as too much heat will render the compound completely useless (and your food totally bitter).
Bonus tip: Some foods keep you looking young. Others can quite literally cure what ails you. Check out these super 15 Foods That Cure.

Perfect Stay - Young Foods I


EGGS
Benefit: Weight loss
Substitute: Egg Beaters egg substitute
When it comes to breakfast, you can’t beat eggs. (That was too easy, wasn’t it?) Seriously, at a cost of only 72 calories, each large egg holds 6.3 grams of high-quality protein and a powerhouse load of vital nutrients. A study published in the International Journal of Obesity found that people who replace carbs with eggs for breakfast lose weight 65 percent quicker. Researchers in Michigan were able to determine that regular egg eaters enjoyed more vitamins and minerals in their diets than those who ate few or no eggs. By examining surveys from more than 25,000 people, the researchers found that egg eaters are about half as likely to be deficient in vitamin B12, 24 percent less likely to be deficient in vitamin A, and 36 percent less likely to be deficient in vitamin E. And here’s something more shocking: Those who ate at least four eggs a week had significantly lower cholesterol levels than those who ate fewer than one. Turns out, the dietary cholesterol in the yolk has little impact on your serum cholesterol.
Bonus tip: Breakfast is the most important meal of the day. Choose wisely—avoid the foods on our list of 20 Worst Breakfasts in America.

Tuesday, November 10, 2009

KOMSAS SPM - Drama Serunai Malam

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
IBU : Eh, duduklah Bang Majid!
MAJID: Ya, ya. Baik, terima kasih. (Duduk) Umar tak datang?
IBU : (Duduk berhadapan) Ya, dia datang tadi, baru juga keluar. Kejap lagi baliklah dia. (Diam sebentar) Apa khabar di kampung?
MAJID: Alhamdulillah, baik semuanya. Nampaknya tahun ini padi jadi benar, tak tertuai kita. Rambutan dah berputik. Tak lama lagi adalah orang memajaknya.
IBU : Teringat) Eh Bang Majid tentu haus...! (Bangkit berjalan ke pintu, memanggil) Piah!SAFIAH: (Dari dalam) Yaa! Apa mak!
IBU : Bawakan air untuk pakcik kau ni, jauh jauh datang, haus....
SAFIAH: (Masih dari dalam) Nanti kejap, mak! (Diam sebentar) Kopi, ya mak?
IBU : Tengah-tengah hari ini, buatkan air limau sahaja. (Kembali duduk di kerusinya menyambung bual) Kata, kebun yang di baruh tu nak dijual?
MAJID: Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet.Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.
IBU : (Cepat menoleh memandang Pak Majid, terkejut dan rung) Ya? Syukur kalau begitu.
MAJID: (Senyum memandang bakal besannya) Dik Limah bila pula, takkanlah tak ada rancangan.
(Dipetik daripada Serunai Malam, dalam Antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)
Soalan pemahaman.
(i) Apakah alasan Pak Majid menjual kebun yang terletak di baruh ? [ 2 markah ]
Jenis soalan : Soalan konteks
Isi jawaban : Perlu rujuk kepada petikan
Cara menjawab : Perlu bina ayat yang gramatis.
Isi jawaban daripada petikan asal :
MAJID : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet. (Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.
Isi jawaban setelah mengedit ayat
1. Banyak orang yang mahu membeli tanah tersebut.
2. Hasil tanaman tidak begitu memuaskan/ tidak begitu berhasil
3. Kebun tersebut terletak begitu hampir dengan hutan.
4. Kera telah memakan hasil tanaman menyebabkan tiada baki yang tinggal.
5. Hasil daripada jualan tanah tersebut akan digunakan untuk pergi ke Mekah
Teknik bina ayat :
Masukkan subjek 1. Pak Majid mahu menjual tanahnya kerana banyak orang yang mahu membeli tanah tersebut.2. Pak Majid mahu menjual tanahnya kerana hasil tanaman tidak begitu memuaskan/ tidak begitu berhasil3. Pak Majid mahu menjual tanahnya kerana kebun tersebut terletak begitu hampir dengan hutan4. Pak Majid mahu menjual tanahnya kerana kera telah memakan hasil tanaman menyebabkan tiada baki yang tinggal5. Pak Majid mahu menjual tanahnya kerana hasil daripada jualan tanah tersebut akan digunakan untuk pergi ke MekahJawaban contoh :Pak Majid mahu menjual tanahnya kerana banyak orang mahu membeli tanah tersebut. Pak Majid berpendapat bahawa tanah tersebut tidak memberi hasil yang memuaskan kepadanya dan tanah tersebut juga terletak berdekatan dengan hutan. Alasan lain untuk menjual tanah tersebut ialah kerana kera telah memakan hasil tanaman menyebabkan tiada baki yang tinggal. Pak Majid juga bercadang untuk pergi ke Mekah berbekalkan wang hasil jualan tanah tersebut.
(Sumber: Cikgu Abd Razak bin Hassan)

SAJAK - Sepatu

SEPATU

dingin dinihari
yang menggigit tulang
melenakan mimpi
menidurkan jaga



renyai hujan
yang membasahi bumi
ribut sepi
yang mengganas diri
kian menyihirkan
kian melalaikan
insan
di buana mimpi

menjelang pagi
lesaplah sepatu bermutu
di tangan kutu
yang menghalalkan salah
yang merelakan helah
dalam rempah-ratus kehidupan
yang berteka-teki ini!

Chai Loon Guan,
Taman Intan Setia, Tg.Malim.

Sunday, November 8, 2009

WRO ROBOTIK KOREA 2009

UCAPAN:
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah buat pasukan Robotik MES yang telah berjaya menjuarai Pertandingan Robotik Sedunia 2009 dalam kategori terbuka!
Selamat pulang, wira dan srikandiku! Sesungguhnya MES Boleh!
Chai Loon Guan, KP Bahasa Melayu,
SMK Methodist, Tg.Malim.

Friday, November 6, 2009

KOTA TAMADUN


Notelun Catatan:
Walaupun kini hanya tinggal kota nostalgia namun sejarah silamnya menyerlahkan ketamadunan manusia di alam sarwajagat ini!

SENI ARCA I


SENI BATIK I



Thursday, November 5, 2009

SAJAK XXXIII - Merpati

Merpati Keamanan
I
Merpatiku
terbang tinggi di awan biru
mesra ceria mengirim rindu
di rumah cintaku.
II
Merpatiku
putih suci kalbu
lambang kebebasan insan
lambang keamanan warisan.
Chai Loon Guan,
Resort Purnama Beach, Pulau Pangkor.

PENANGGUHAN BBK 2009 SMK METHODIST, TG.MALIM

HEBAHAN:
Majlis Penangguhan Bulan Bahasa Kebangsaan SMK Methodist, 35900 Tg.Malim telah berlangsung pada pukul 7.30 pagi, Jumaat bersamaan 6 November 2009 bertempat di Dataran Perhimpunan MES.
Antara acara yang telah menambahserikan majlis ialah deklamasi sajak, pidato dan lelagu Negaraku, Bahasa Jiwa Bangsa dan Satu Malaysia.
Chai Loon Guan, KP Bahasa Melayu,Tg.Malim.

SAJAK XXXII - Sepi

Sepi
sepi yang mula berpesta
di desa duka
menghimpit nestapa
di setiap ruang kecewa

sepi yang mula bertakhta
di peterana resah
menghambat gelisah
di bucu lara

sepi dalam duka
memberikan ruang untuk kita tafsir
sepi dalam lara
memberikan luang untuk kita dikir
tentang kebesaran Tuhan
tawaduk dan pasrah kepada-Nya!

Chai Loon Guan,
Kamar Ilmu MES, Tg.Malim.

Wednesday, November 4, 2009

WRO ROBOTIK KOREA 2009

Warkah buat Pasukan Robotik SMK Methodist, 35900 Tg.Malim:
Selamat berangkat, wira srikandiku!
Selamat berjuang, wira srikandiku!
Selamat berjaya, wira srikandiku!

Warga MES menanti khabar berita gembira
daripada wira srikandiku
Warga Perak menanti khabar berita gembira
daripada wira srikandiku


Warga Malaysia menanti khabar berita gembira daripada wira srikandiku
Khabar berita gembira - kejayaan, kecemerlangan dan kemenangan abadi
mengungguli kejuaraan dunia sains dan teknologi!
4 November 2009

Tuesday, November 3, 2009

MAJLIS PENANGGUHAN BBK 2009

Majlis Penangguhan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Festival Bahasa dan Sastera 2009 telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir.Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1 pada 3 November 2009 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalung budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Sunday, November 1, 2009

MARKAH MERIT SPM 2009

18 markah = A +
16 markah = A
14 markah = A -
12 markah = B+
10 markah = B
08 markah = C+
06 markah = C
04 markah = D
02 markah = E
00 markah = G
(Sumber: Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia/BH - 31 Oktober 2009)