Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, March 1, 2009

Sajak VII - Masa

MASA
(bermuhasabah diri)

Masa itu waktu
Sesinonimnya waktu dalam kehidupan
masa capaian, masa kerja, masa depan,
masa kecil, masa kering, masa lampau, masa lapang, masa peralihan, masa Permian,
masa rehat, masa dari semasa ke semasa

Masa seumpama emas seumpama pedang
jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita
demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali
mereka yang beramal soleh
mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran
mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Masa tidak boleh diubah atau diganti
mensia-siakan masa bererti mensia-siakan hidup
maka
tepatilah masa
hargailah masa
efisienkanlah masa

ingatlah lima masa, sebelum datangnya lima masa, iaitu:

- masa muda sebelum datangnya masa tua.
- masa lapang sebelum datangnya masa sempit.
- masa kaya sebelum datangnya masa miskin.
- masa sihat sebelum datangnya masa sakit.
- masa hidup sebelum datangnya masa mati.

Zaman persekolahan zaman ilmu
bukannya masa
untuk berasmaraloka
ajal maut jodoh pertemuan
di tangan Tuhan
nostalgia silam
adalah air mata duka
adalah air mata bahagia!

Chai Loon Guan,
Panggung Budaya, UPSI, Tg. Malim.