Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, December 22, 2009

PERIBAHASA II - Ayam

PERIBAHASA

1a.
Simpulan Bahasa:
Ayam
1b.
Makna:
Pelacur
2a.
Pepatah:
Ayam baru belajar berkokok.
2b.
Makna:
Baru cukup umur.
3a.
Pepatah:
Ayam berinduk, sirih berjunjung.
3b.
Makna:
Orang lemah harus mendapatkan bantuan dan perlindungan.
4a.
Simpulan Bahasa:
Ayam berlaga sekandang.
4b.
Makna:
Berkelahi dengan orang serumah.
5a.
Simpulan Bahasa:
Ayam bertanda.
5b.
Makna:
Keturunan berani.
6a.
Pepatah:
Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, hutan juga perginya.
6b.
Makna:
Orang dagang, bagaimanapun senang di negeri orang tetap ingin kembali ke negeri sendiri.
7a.
Pepatah:
Ayam bertelur di atas padi.
7b.
Makna:
Hidup mewah.
8a.
Pepatah:
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.
8b.
Makna:
Hidup susah di negeri mewah.
9a.
Simpulan Bahasa:
Ayam daging.
9b.
Makna:
Ayam yang dibela untuk dagingnya.
10a.
Pepatah:
Ayam dapat, musang pun dapat.
10b.
Makna:
Pencuri dapat ditangkap, barang-barang pun tidak hilang.
11a.
Simpulan Bahasa:
Ayam denak.
11b.
Makna:
Ayam liar yang hidup di hutan.
12a.
Simpulan Bahasa:
Ayam didik.
12b.
Makna:
Orang yang dilatih untuk menjadi pengganti kepada pemimpin berkenaan.
13a.
Pepatah:
Ayam ditambat disambar helang.
13b.
Makna:
Isteri dilarikan orang besar.
14a.
Pepatah:
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang.
14b.
Makna:
Nasib malang.
15a.
Pepatah:
Ayam hitam terbang malam; hinggap di pokok pandan, bergesek ada rupanya tiada.
15b.
Makna:
Kejahatan yang susah dibuktikan kerana tidak ada bukti kuat.
16a.
Pepatah:
Ayam menang, kampung tergadai.
16b.
Makna:
Meang tapi rugi.
17a.
Simpulan Bahasa:
Ayam pencen.
17b.
Makna:
Ayam telur yang dijual untuk dagingnya kerana sudah tua.
18a.
Pepatah:
Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi bertali benangbertambang tulang.
18b.
Makna:
Perkara baik yang cukup keterangan dan saksi.
19a.
Simpulan Bahasa:
Ayam tambatan.
19b.
Makna:
Orang harapan.
20a.
Pepatah:
Ayam terlepas, tangan bau tahi.
20b.
Makna:
Perbuatan jahat tentu membawa padah; berbuat jahat akhirnya malu.

(Sumber: Kamus Peribahasa Lengkap Utusan - Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 1993)

No comments: