1. Ilmu itu pelita hati
Makna:
2. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Makna:
3. Seperti lipas kudung
Makna: Cepat dan cekap.
4. Ada jalan
Makna: Ada cara
5. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
Makna: Kalau mahu, macam-macam usaha; kalau tidak mahu, macam-macam alasan.
6. Bagai menatang minyak yang penuh
Makna: Menjaga dan memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang.
7. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Makna: Membuat dua kerja serentak.
8. Berkayuh sambil bertimba
Makna: Membuat dua tiga pekerjaan serentak.
9. Sambil berdiang, nasi masak
Makna: Dari satu kerja dapat dua faedah.
10. Ke sungai sambil mandi
Makna: Mendapat dua faedah serentak.
11. Sambil menyelam minum air
Makna: Dapat membuat dua kerja serentak.
12. Sambil berdendang, biduk hilir
Makna: Dari satu kerja dapat bermacam faedah.
13. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
Makna: Dari satu pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
14. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Makna: Adik-beradik bergaduh akan berbaik balik.
15. Ikan pulang ke lubuk
Makna: Setelah balik dari merantau, tidak mahu ke mana-mana lagi.
16. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Makna: Yang diusahakan tak dapat, yang ada hilang.
17. Belut kena ranjau
Makna: Orang pandai pun ada masanya silap juga.
18. Orang memberi kita merasa
Makna:
19. Alang-alang berminyak biar licin
Makna: Buat kerja biar sampai jadi.
20. Darah seni
Makna:
Ungkapan yang menarik
21. Bagai ada batu yang menindih lidah
Makna: Sukar untuk berkata-kata
22. Mencalarkan sinar kebahagiaan yang telah pasti
Makna: Memusnahkan harapan.
23. Janjinya kurang kukuh
Makna: Tidak setia / mungkir janji
24. Takut menguak intan, terpilih kaca
Makna:
25. Hatinya berbunga riang
Makna:
26. Membanting sarat keluhan
Makna:
27. Hidup berkuah derita, berulam nestapa
Makna:
28. Teracun oleh sangka
Makna:
29. Nostalgia bertaut seperti kiambang
Makna:
30. Kegagahannya sudah mencair
Makna:
31. Bagai tercampak di gurun tak berorang
Makna:
32. Hati kecilku sukar dimakan pujuk
Makna:
33. Malam terus memanjat usia
Makna:
34. Tirai senja mula mengambil alih
Makna:
(Bibliografi: Teks BM Tingkatan 3 DBP)
No comments:
Post a Comment