Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, August 14, 2009

GERAK GEMPUR BM (K2) SPM BATANG PADANG 2009

Soalan 4: Novel
Soalan 4(a)
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan cara pengarang menyudahkan cerita dalam novel tersebut.
Julia:
1. Julia berjaya melaksanakan projek Homestay.
2. Perkahwinan Julia dengan Jun dapat menamatkan konflik jiwa yang dialaminya selama ini.
3. Julia bersanding dengan Jun.
4. Jun memaklumkan bahawa dia telah lama memeluk agama Islam.
5. Novel memberikan kejayaan pada watak utama.
Perlumbaan Kedua:
1. Tuk Kura menggunakan kebijaksanaannya melantunkan cengkerang dari batu ke batu.
2. Tuk Kura bijak dengan melakukan strategi yang dapat menewaskan Arnab Putih yang sombong.
3. Pengarang memberikan kemenangan pada Tuk Kura dalam perlumbaan dengan Sang Arnab.
4. Novel memberikan kejayaan pada watak utama.

Soalan 4(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak sampingan dalam kedua-dua novel tersebut.

Perlumbaan Kedua:
1.Sang Arnab Putih
- bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan diri
- tangkas dan lincah pergerakannya
- suka merendah-rendahkan kebolehan orang lain
2.Sang Kancil
- bermulut celupar
- suka mengadu-domba
- suka mengambil kesempatan
- tidak jujur
3.Sang Tedung
- pemberi maklumat kepada Sang Arnab Putih
- menerima rasuah
- suka mengapi-apikan kaum kerabat kura-kura

Julia:
1.Umi Sarah
- bercita-cita menjadi isteri solehah
- tidak tamak akan harta
- seorang yang jujur dan berterus-terang
- penyayang
- berani berhadapan dengan kenyataan
2.Jun
- seorang yang bertanggungjawab
- suka membantu
- prihatin akan masalah Julia
- penyayang
3.Rashid
- bersifat tamak
- tidak jujur dalam persahabatan
- suka berfoya-foya

(Bibliografi: PPD Batang Padang 2009)

No comments: